Bab 3

True Story Series 282

Ketika usiaku menjangkau lima atau enam tahun, berbagai peristiwa yang berlaku.

Aku seorang anak yang sangat lasak. Setakat terjun sungai, panjat pokok, main lumpur dalam sawah apa la sangat kan. Kawan-kawan pula tak kira lelaki atau perempuan semuanya sama.

Rumah aku dulu rumah kampung yang bertiang tinggi. Jadi bawah rumah ada pangkin dan buai. Ada juga alat tumbuk padi. Pangkin tempat mak-mak bergosip. Buai untuk santai. Alah buai orang dewasa tu.

Selalunya aku naik macam biasa je buai tu. Kadang-kadang balik sekolah tertidur di situ sambil-sambil tengok nenek menumbuk padi dengan kaki. Seronok. Selalunya aku dengan kawan-kawan buat main je.

Suatu hari lepas balik dari sekolah, aku buat aksi atas buai tu. Berdiri atas buai sambil tangan memegang rasuk lantai rumah. Apalagi, aku jatuh dan tangan terpusing ke belakang. Tangan aku patah.

Sebelum ni mak selalu cuba telefon ayah supaya mintak ayah bagi nafkah untuk kami berdua. Kadang-kadang je ayah bagi. Kali ni mak telefon lagi bagitahu tangan aku patah.

Ketika itulah dia datang bersama abang dan itulah kali pertama aku melihat wajah ayah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience