49

Other Completed 76851

WAJAH yang penuh serius sedang menatapnya tanpa berkelip. Dari riak serius, wajah itu berubah tenang. Setiap inci pada wajah itu Natrah tatap dalam kerinduan.

Itu adalah pertemuan kedua mereka setelah enam tahun terpisah. Eirfan sudah tumbuh janggut. Rasanya, pertemuan pertama mereka dulu janggut Eirfan tak sepanjang itu.

Natrah buntu. Kenapa dia boleh terserempak dengan Eirfan di situ? Siapa Eirfan sebenarnya?

"Ara!!"

Cepat-cepat Fatin membantu Natrah untuk berdiri.

Ratikah yang berdiri di belakang Eirfan mengukir senyum sinis. Gelojoh punya perempuan!

"Ishh kau ni! Okey ke tak ni?"

"Aku okey"

Ekor mata Natrah masih mengiringi tatapan lelaki itu. Wajah serius itu tak henti-henti memandangnya. Dia jadi hilang arah. Fikirannya buntu melihat kehadiran Eirfan di situ.

"Are you really okay?"

Suara itu langsung tak pernah berubah. Bikin Natrah berdebar saja.

Perlahan-lahan dia angguk kepala. Riaknya seolah sedang dalam ketakutan.

"Good! Okay, let's gather here. Saya nak berkenalan dengan awak semua"

Senyum manis dia lemparkan pada Natrah. Kemudian ,beralih kepada semua yang ada di situ.

"Macho betullah!" puji Fatin. Matanya tak berkedip memandang tampang Eirfan itu.

"Masculine nyahh!!" sambung Tina pula.

"Amboi, pantang nampak yang macho sikit, terus naik bulu ye korang?" perli Natrah. Entah kenapa hatinya berdebar setiap kali melihat wajah itu.

"Dah, jom! Kumpul kat sana" ujar Tina sambil tertawa kecil. Mana ta naik bulunya, dah orang tu macho, masculine!

SEBUAH keluhan panjang Natrah muntahkan seraya menghenyak punggung di kerusi. Dia tidak menyangka Eirfan merupakan majikannya. Yang lebih memeranjatkan, Syarikat Nabil Catering juga merupakan idea penubuhan daripada Eirfan sendiri. Pendek kata, Eirfan merupakan bos besar tetapi Nabillah pengurusnya.

Sungguh tak menyangka betapa Allah jadikan sekecil-kecilnya dunia ini. Betapa jauh dan lamanya dia menyepi tetapi aturan Allah tetap tiada siapa yang mampu menyangkalnya.

Punyalah dia nak larikan diri dan bersembunyi dari Eirfan, tetapi tetap ketemu juga. Atau jangan-jangan Eirfan sengaja merancang semua itu?

"Termenung jauh nampak!"

Teguran Hamizan memeranjatkan Natrah. Dia tersengih lantas menggaru kepala.

"Menungkan apa tu? Pakwe ke?"

"Ehh takdelah! Saja ambik udara" Natrah hembus nafas kemudian dilepaskan perlahan-lahan.

Hamizan senyum tipis.

"Betul ke takde pakwe?"

Ahh sudahh!! Hamizan datang dengan soalan bodoh pulak. Inilah sebabnya kenapa dia malas hendak berbuat baik dengan lelaki itu. Gampang ambil kesempatan!

"Kenapa pulak tanya macam tu?"

"Saya nampak awak macam tak sibuk je. Biasanya kan kalau orang ada pakwe, mesti sibuk dengan handphone. Awak lain.."

Penjelasan Hamizan membuatkan Natrah mengerut dahi. Jauh bebeno pemikiran mamat psiko ni!!

"Ohh.. hmm.." Natrah sedang berfikir akan sesuatu.

"Ada! Saya ada pakwe. Cuma kita orang bukan jenis yang suka bermesej. Masing-masing sibuk dengan kerja" Jawapan selamatkan diri! Harap si Hamizan mengerti dan jauhkan diri!!

Senyuman sinis di wajah Hamizan menakutkan Natrah.

"Alaa sekadar pakwe apalah sangat! Belum jadi suami lagi. So saya ada chance lah. Tapi kalau tak dapat jugak, mungkin kena guna cara kasar!"

Usai berkata sedemikian, Hamizan berlalu meninggalkan Natrah. Dia kembali ke partitionnya.

"Weii apa si psiko tu cakap dekat kau?" Fatin mendekati Natrah yang tampak pucat saja.

"Betullah kau cakap! Dia tu psiko!"

Natrah hela nafas dalam-dalam. Perasaan takut mula bermaharajalela. Apa ni? Sana Eirfan, sini Hamizan. Dua-dua menakutkan!

"Dia buat apa kat kau?"

"Dia cakap..." Natrah berjeda. Tak sanggup nak teruskan kata-katanya.

"KAN I cakap jangan jumpa I lagi! I tak nak bagi you harapan. I dah nekad dengan keputusan I"

"I know that! Salah ke kalau I datang sebagai kawan?"

Soraya mengekor jejak Eirfan sehingga ke bilik ofisnya. Ketika melewati meja Natrah, dia melihat meja itu kosong. Lehernya melilau sekeliling mencari kelibat itu. Mana dia pergi?

Jam di tangan dikerling. Belum waktu lunch lagi.

"Eirfan! Dengar dulu I nak cakap apa"

Eirfan tutup pintu ofis. Dia risau sekiranya Natrah salah faham.

"Fine! Five minutes!"

Laju dia menghenyak punggung di kerusi. Soraya suka cari pasal dengannya. Tempoh hari, dia cukup jelas menyatakan perasaannya selama ini. Kenapa Soraya masih enggan menerima dan menghormati keputusannya?

"I takde niat jahat. I datang cuma nak mintak maaf. Ye, I tahu. I looked like an idiot before. I paksa you untuk terima I. I buat macam-macam untuk buat you sukakan I. Tapi sekarang I dah menyesal. I takkan kejar you lagi"

Wajah serius Soraya ditatap. Dia lihat sinar keikhlasan dari sepasang anak mata itu. Sukar untuk dia percaya namun setakat ini, itu sajalah penyedap hatinya.

"I akan perbetulkan silap I. I akan tebus salah I pada you. I'll do everything to make you happy"

Soraya ukir senyuman. Kali ini, dia tekad, dia tidak akan berpaling lagi. Apapun yang telah terjadi akan tinggal jadi kenangan untuknya.

"Then help me with her"

Eirfan tunding jari ke luar bilik, tepat ke arah Natrah yang sedang sibuk dengan kerjanya.

Melihat akan gerangan yang dimaksudkan oleh Eirfan, hatinya mula membengkak. Dia hendak menangis namun segera dipujuk hati sendiri. Dia takkan jadi milik engkau Soraya!!

MELIHAT Soraya keluar dari bilik Eirfan, perasaan cemburu mula bergadang dalam hati. Dia jadi teringat akan kisah lampau yang merobek hatinya.

Ketika itu, Soraya dengan beraninya meminta izin untuk menjadi isteri kedua Eirfan. Siapa saja yang tak sedih? Dalam dia berjuang, ada wanita lain yang mencuba merebut kebahagiaannya.

Natrah pasrah! Mungkin benar jodoh dia dan Eirfan tertulis setakat itu saja. Cukuplah hati! Dia tak mahu terus rasa sakit.

"Dah nak masuk lunch hour. Kau keluar tak?" tanya Fatin.

"Jap lagi. Ada benda nak kena key-in dalam sistem ni"

"Kalau macam tu, aku gerak dululah. Nanti kita jumpa kat kantin tau?"

Natrah mengangguk.

Keadaan jadi sepi. Natrah siapkan 'assignment' yang baru diberi oleh Eirfan sebentar tadi. Katanya, itu adalah 'assignment' salam perkenalan. Cehh perkenalanlah sangat! Dia jadi meluat pulak dengan lelaki itu apatah lagi setelah melihat kelibat Soraya sebentar tadi.

"Ahh lantaklah! Korang nak berkasih sayang ke, nak bermadu asmara ke, bukan hal aku!!"

Walhal dalam hati dia rasa pedih sangat. Tak tahulah kenapa..hmm

Setelah selesai menyiapkan semuanya, Natrah menuju ke lif. Dia ingin menunaikan hasrat perutnya yang sedari tadi menjerit kelaparan.

Pintu lif terbuka. Dia lihat kelibat Eirfan di situ. Lelaki itu sedang sibuk dengan handphonenya.

Natrah tak jadi nak masuk namun suara garau Eirfan mencacat-celakan ketenangannya.

"Tak nak masuk ke?"

Terkebil-kebil Natrah dengan omongan itu. Matanya tertumpu ke arah skrin telefon tetapi mulutnya sedang berbicara dengan Natrah.

"Ke nak saya gendong masuk dalam?"

Eirfan mengukir senyum sinis. Wajah tak puas hati Natrah ditatap.

"Tahu pun takut.." perli Eirfan tatkala Natrah akur dengan perintahnya.

Natrah diam. Malaslah dia nak beramah mesra dengan lelaki itu. Baik dia jadi patung cendana saja.

"Sombong kan awak. Kita dah lama tak jumpa, tapi awak buat tak kenal je"

Natrah mengeluh. Macam-macam hal betullah!

"Hmm macam bercakap dengan tunggul!" rungut Eirfan.

Mendengar rungutan Eirfan, laju saja Natrah menoleh dan menunduk hormat kepada Eirfan.

"Hai encik Eirfan. Nama saya Nur Natrah. Saya pekerja baru kat sini. Baru secara paksa" Natrah tekankan ayat hujung itu.

Eirfan sembunyi senyum.

"Selamat berkenalan. Dan semoga menjadi bos yang baik untuk saya"

Wajah comel Natrah bikin hati Eirfan tak keruan. Untung saja dia mampu tahan gelojak hatinya, kalau tak, mahu tewas dia dengan nafsu yang satu itu!

"Bos je? Tak nak lebih dari tu?"

Natrah angkat kening. Dasar lelaki buaya! Dah ada si Soraya tu, sibuk nakkan kita!

"Encik dah ada cik Soraya. Tak perlulah nak tamak sangat!"

Kata-kata Natrah menimbulkan tanda tanya dalam hati Eirfan. Apa kaitan pulak Soraya dengan mereka?

Pintu lif terbuka. Cepat-cepat Natrah keluar dari situ. Dia tak mahu dah berduaan dengan Eirfan. Hatinya sakit, perit, benci, semualahh!!

"Ara!!"

Tak sempat nak bertanya, pintu lif dah tertutup semula. Eirfan mengeluh. Dia nakkan jawapan dan penjelasan dari wanita itu.

EIRFAN menutup mata rapat-rapat. Dia mencuba untuk mencari ketenangan namun dicuri oleh sebujur wajah milik Natrah. Senyuman, lirikan dan suara itu mula membuatkan hatinya tak keruan.

Mata terbuka semula. Parah! Dia benar-benar sudah gila! Kehadiran Natrah bikin dia tak tentu hala saja.

Apa yang harus dia lakukan untuk merebut hati itu kembali? Natrah tampak marah dengannya. Bahkan aura ego itu juga sudah mula tunjukkan diri.

Soraya? Adakah Natrah cemburu melihat Soraya di ofisnya? Namun untuk apa dia cemburu? Natrah masih mencintainya? Senyuman manis mula melebar di wajah.

Eirfan gapai telefon bimbit lalu mendail nombor Nizam.

"Offer kau haritu masih lagi ke?"

"Masih encik. Kenapa?"

"Jangan cancel! Nanti aku jumpa kau. Bincang apa yang patut"

Nizam terdiam. Benar kata Datin Jenny. Eirfan mudah lentur hatinya. Pasti ada sesuatu yang terjadi.

"Okey. Boleh. So ni maksudnya encik..."

"Ye aku setuju dengan offer kau!"

Setelah selesai berbual, Eirfan letak telefon di atas meja.

Satu plan dah berjaya! Sekarang, dia harus ketemu Natrah dan mengakhiri semuanya. Natrah harus tahu isi hatinya selama ini. Memendam perasaan bikin dia semakin terseksa.

Dia mahu dimiliki dan memiliki. Oleh Natrah!

SUDAH jam 4.45 petang, Natrah bersiap-siap untuk pulang. Seharusnya dia pulang bersama Fatin tetapi gadis itu pula punya rencana. Makanya dia terpaksalah menunggu bas atau teksi.

Inilah padahnya kalau tak beli kereta. Susahkan diri sendiri, susahkan orang lain! Bukannya dia tak nak punya kenderaan sendiri, namun gajinya cukup-cukup saja buat menampung dia dan Erman.

Makanya untuk memiliki kenderaan sendiri, dia harus menitikberatkan segala macam hal. Ekonomi sekarang semakin tenat! Hu hu

"Ara!"

Langkahnya terhenti saat namanya diseru seseorang. Dia menoleh dan mengeluh melihat Eirfan tersengih padanya. Lelaki itu sedang bersandar pada pintu keretanya.

"Hishh apa lagilah dia ni nak?!"

Tak mempedulikan panggilan tersebut, Natrah teruskan langkahnya.

"Nur Natrah!!" Eirfan mengejar dari belakang. Namun Natrah buat tak tahu.

"Love!!"

Panggilan itu ternyata mampu menundukkan kedegilan Natrah sebentar tadi. Dia jadi kaku dan berdiri di situ.

Eirfan sinis.

"Saya hantarkan. Jom!''

"Tak...tak nak!"

"Awak ni memang degil kan? Balik naik apa? Bas? Teksi? Grab?"

"Kalau jumpa bas, naik bas. Kalau jumpa teksi, naik teksi. Tapi kalau jumpa grab, naik grablah!"

"Tapi awak jumpa saya kan? So naik saya jelah"

"Tak naklah!"

Wajah Eirfan serius. Dia tak suka Natrah bersikap seperti itu.

"Driver dia lelaki kan?"

"Laa manalah saya tahu. Orang bawak grab tak semestinya lelaki! Kenapa? Cemburu?" Natrah tergelak di hujung bicaranya. Lucu pula apabila mengenangkan perasaan itu.

"Ye saya cemburu!"

Natrah diam. Niatnya hanya bergurau, tetapi Eirfan pula seserius itu.

"Naik kereta saya. Saya hantarkan. Ni bukan soal cemburu je. Ni soal keselamatan. Buatnya driver tu buat bukan-buka pada awak, tak ke susah?"

Eirfan tarik hujung baju kurung Natrah agar Natrah membontotinya.

"Sedarlah sikit diri tu comel! Tak takut kena culik ke?"

Nak tergelak Natrah mendengar bicara Eirfan itu. Tak jadi pulak dia nak marah. Hishhh dia ni!!

sorry ye baru update? lepas ni mgkin kiki akan update lambat sikit. tp kiki usaha utk update jgak. happy reading. n tq for your patience ✌️?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience