SA 5

Romance Series 93230

PETANG itu Rhea dan Hayyan membawa Armel ke taman permainan berhampiran rumah mereka. Setelah sekian lama Hayyan sibukkan diri kerana mahu mengelak daripada Rhea. Itu pun puas Rhea pujuk Hayyan. Dia cuma kasihankan Armel yang asyik bertanya tentang Hayyan.

“Terima kasih abang sebab bawa Armel datang sini. Armel seronok sangat. Dah lama dia tak luangkan masa dengan abang,” ujar Rhea memecahkan kesunyian antara mereka.

Sudah hampir sepuluh minit mereka duduk di bangku yang disediakan di taman itu sambil memerhati Armel bermain.

“Macam mana dengan persiapan perkahwinan abang? Ada apa-apa yang abang nak Rhea bantu?” Mungkin Rhea terlihat tenang saat mengajukan soalan itu tapi hanya ALLAH yang tahu betapa hancurnya hatinya.

“Kenapa? Awak dah tak sabar-sabar nak tengok saya kahwin?”

***Orked share teaser dulu je kat sini ya. Nak baca sambungan boleh follow/add orked dekat ig dan fb. Harini hari terakhir.

ig - orkedungu_14
fb - Orked Ungu

Rhea menggeleng perlahan. Bukan itu maksudnya.

“Abang, Rhea nak abang tahu yang Rhea tak pernah menduakan abang selama kita berkahwin.”

Hayyan menghela nafas berat. Susah untuk dia percaya. Apatah lagi bila dia sendiri nampak depan mata Rhea keluar dengan Luth. Entah mengapa hatinya sakit sangat-sangat. Cemburu? Entahlah. Hayyan sendiri tak pasti dengan perasaannya.
Sekarang ni walaupun dia sibuk menguruskan persiapan perkahwinannya dengan Trisha, Hayyan tetap rasa tak bahagia. Rasa macam ada sesuatu yang kurang. Tapi dia sendiri tidak tahu apa yang dia rasakan. Sampai satu tahap, Hayyan bertanya pada dirinya sendiri. Betul ke keputusan yang dia lakukan ini?

“Walaupun kita dah tak bersama nanti, Rhea tetap akan selalu doakan kebahagiaan abang.” Rhea nak abang tahu yang Rhea cintakan abang sampai hujung nafas terakhir Rhea. Ayat terakhirnya itu Rhea mampu sambung dalam hati saja. Tak tergagah lidah mahu menyebut ayat itu di hadapan Hayyan sendiri.

Jika ditanya apa yang Rhea mahukan sebelum dia menutup mata buat selamanya, Rhea cuma mahu ingatan Hayyan kembali pulih. Dia mahu Hayyan mengingatinya walaupun hanya sebentar. Itu sudah memadai.

“Ibu, ayah!” Armel berlari mendapatkan Rhea dan Hayyan.

“Ya, Armel.” Wajah Hayyan yang tadinya beku terus berubah ceria.

Rhea hanya mampu tersenyum perit. Tidak mengapalah. Asalkan dia masih dapat melihat senyuman Hayyan walaupun bukan dia lagi yang membuat lelaki itu tersenyum.

Armel menarik tangan Rhea dan Hayyan kemudian disatukan. Hayyan dan Rhea terus pandang antara satu sama lain.

“Armel sayang ibu dengan ayah!” ucapnya ceria.

“Ayah pun sayangkan Armel,” balas Hayyan.

“Ibu pun. Ibu sayang Armel sangat-sangat.”

Puas hati dengan jawapan daripada mereka berdua, Armel kembali berlari menuju ke taman permainan.

Rhea pandang Hayyan. Tangan mereka masih bersatu. Tak sempat Rhea nak buka mulut bersuara, Hayyan sudah melepaskan tangannya. Selepas itu lelaki itu langsung palingkan wajah ke arah lain.

Rhea hanya mampu tersenyum perit. Hayyan dah tak sudi nak pandang dia lagi. Tak mengapalah. Biar dia sahaja yang pandang Hayyan. Selepas ini belum tentu dia berpeluang mahu melihat wajah itu lagi. Jadi biar dia lihat wajah Hayyan sepuas-puasnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience