BAB 12:Lori Kontena Berhantu
WARTAWAN Yeob Maon di lihat sedang sibuk bercakap dengan seseorang melalui gagang telefon pejabat syarikat penerbitan tabloid misteri BONGKAR.
"Huu?! uhuhu naya..naya..ko janganlah nak buat cenggini. Uhuhu syarikat mana ada wang nak bayor upah ko sebanyak cenggitu haa?! Iya misteri apa je yang ko nak aku bongkarkan tu haa?sekian"
Perbualan wartawan muda gemuk gedabak dan pendek tu dengan seorang individu di percayai sebagai penyampai maklumat kelihatan sedikit tegang. Wajahnya merah padam. Bila bercakap pun macam semput-semput.
Namun dalam pada itu,mulutnya tak henti-henti mengunyah keropok dan jajan.
Krup..krap..krupp..krap..berderuk-deruk bunyi keropok di kunyah.
Kemejanya sendat dek perut yang bulat dan buncit. Peha dan punggungnya lebar.
"Kikiki'Haziq dah tersembam ke meja sambil terhenjut-henjut menahan ketawa.
Wartawan-wartawan lain pun dah ssnyum-senyum. Wartawan Yeob Maon memang banyak kelakarnya walaupun suaranya sedikit parau dan macam orang marah aja. Perbualannya terus di amati.
"Huu?! misteri kehilangan seluor dalam jemuran penduduk?! Uhuhuhu naya..naya..iya kes apa yang ko bagi ni haa? Ini syarikat surat kabor misteri lah..bukan surat kabor arus perdana nak lapor hal-hal kecurian cenggitu..huwwaaaa ko janganlah nak buang masa aku cenggini..uhuhu siap ada hati nak mintak upah mahal bagai..sekian"
"Awak bongkarlah misteri si pencuri seluar dalam tu Encik Yeob.."kata si penyampai maklumat di hujung talian.
"Huu?uhuhu tidak..tidak..mintak bior ko je selesaikan kes memalukan cenggitu..uhuhu sekian..sekian..ko jangan nak call aku lagi lah..huwaaaaa sekian"macam nak menangis suara wartawan Yeob.
Gagang di letak macam apa entah.
Bahahahahaha hahaahha
Langsung ketawa rakan-rakan sejawat dan staf terbarai.
''Huu?uhuhu siapa suruh ko semua nak ketawa haa? Huwaaa..aku dalam minggu ni dah tak ada kes dan tugasan luor nak buatlah..uhuhu iya ini semua gara-gara informer tadi punya pasal. Tiga hari aku dah buang masa kena tunggu dia call balik sebab dia ada urusan sikit kat luor daerah. Uhuhu bila dah call rupanya kes orang curi seluor dalam je..huwwaaaaa tak patut..tak patut..sekian''cerita si gemuk tu dengan wajah sedih. Tapi mulut masih mengunyah keropok dah macam apa entah.
Rakan-rakan lain pun tak boleh berjanji yang mereka boleh tahan dari terlepas ketawa.
Bahahahahahaha
________________
TENGAHARI memang waktu yang paling di tunggu-tunggu oleh para wartawan dan staf. Ini kerana di seberang jalan hadapan bangunan letaknya premis syarikat penerbitan akhbar tabloid BONGKAR ada deretan gerai-gerai warung kedai makan yang menyediakan lauk-pauk yang enak untuk makan tengahari.
Yeob Maon tersengih-sengih dah macam apa entah. Sepinggan nasi siap di cedok dengan lauk gulai ayam dan tempe berlada. Punggung pun di labuh atas kerusi. Duduk semeja dengan Haziq dan Asywina.
"Huhuhu sodip..sodip..sekian"
"Sedap..sedap..bukan sodip.."Asywina membetulkan.
"Huu?huhuhu aku punya sedap bior le sodip..sekian"
Nasi dan lauk di kunyah penuh selera. Haziq dan Asywina tersenyum saja. Bukan tak tahu pe'el rakan wartawan mereka yang seorang ini. Kalau bab makan memang nombor satu.
"Uhuhu naya..naya..uhuhu jikalau aku tak dapat subjek misteri terbaru untuk tugasan luor,nampak gayanya minggu ni terpaksa lah nak duduk berkurung cenggitu je kat opis sambil tulis rencana untuk kolum fiksyen misteri..sekian"
"Eh okey apa..tulis untuk kolum fiksyen misteri,kita boleh karang cerita rekaan je..tak perlu nak pening kepala buat tugasan luar Yeob"kata Haziq sambil menikmati nasi berlaukkan gulai ikan tenggiri.
"Uhuhu iya aku sebenornya lebih gemor buat tugasan luor je Ziq..sekian"kata Yeob Maon.
"Laa kenapa pulak Yeob?"
"Ahahaha kau Ziq macam tak reti-reti le Yeob punya perangai"Asywina dah tertawa. Minaci muda itu lebih berselera menikmati mee sup sahaja.
"Kenapa eh?"Haziq masih kurang dapat menangkap maksud kata-kata wartawan wanita india muda dan lawa itu.
"Laa..kan kalau buat tugasan luar dapat le nak merayap jalan-jalan..singgah gerai ABC laa..cendol..air tebu..kuih-muih..hahaha"galak Asywina ketawa.
"Buhuhuhu ko tau tak pe..huhuhu perut besor aku ni memang asyik nak makan je tiap masa..aku tak mo komen apa-apa..sekian"kata Yeob sebelum perut buncitnya melantun-lantun menahan ketawa.
"Hahahahaha"
Ketiga-tiga mereka terlepas ketawa.
"Huu?uhuhu iya ko berdua dah ada tugasan luor ke untuk minggu ni haa?"tanya Yeob.
"Aku minggu ni kena ganti abang Rauf buat kerja jurueditor salinan. Dia balik kampung tiga hari jenguk mak dia sakit. Aduh boring do kerja jurueditor. Pening kepala nak edit tulisan orang"Haziq dah garu-garu kepala.
"Adui kesian kau Ziq"kata Asywina.
"Uhuhu iya ko pulak Wina? Dah ada tugas luor ke?"
"Yup! tapi tugasan luar aku kenaĀ tunggu waktu malam nanti baru boleh keluar ronda"kata Asywina.
"Huu?uhuhu.."
"Uih..macam best je Wina. Misteri apa pulak kali ni?"
"Kes lori kontena panjang warna hitam muncul kat lebuhraya pelabuhan kapal. Semalam aku pergi temubual informer aku kat pelabuhan. Mereka panggil itu sebagai lori trak berhantu sebab setiap kali dia muncul,jalanraya akan jadi basah seolah-olah dia muncul dari dalam air. Lepas tu kan..dia orang cakap kat aku..lori hitam tu tak ada pemandu. Muatan kontena panjang dia pun kelihatan dah usang, berlumut dan kotor. Pekerja pelabuhan pun kecut perut nak lalu kat laluan pelabuhan sejak penampakkan lori kontena misteri berlaku hampir setiap malam"ujar Asywina.
"Bapak ah.."Haziq dah ternganga.
"Uhuhu naya..naya..mintak bior le ko berhati-hati sikit malam nanti Wina..sekian"
________________
LEWAT malam sekitar jam sebelas. Kereta yang di pandu oleh Asywina di lihat melilau-lilau di laluan jalanraya pelabuhan kapal. Wartawan wanita india muda itu sudah berada di situ sejak sejam yang lalu lagi.
Memang keadaan laluan jalanraya itu sedikit lengang. Kenderaan yang di lihat lalu-lalang di situ pun boleh di bilang dengan jari.
Asywina berhenti di bahu jalanraya pelabuhan dan melihat ke jam tangan.
"Mana dia ni? dah nak sejam tunggu"keluhnya.
Kamera video digital sudah siap di bawa. Hampir wartawan india muda itu berputus-asa kerana waktu kian berlalu tanpa ada tanda-tanda yang lori kontena misteri itu akan memunculkan diri.
"Haih,dah pukul 11.45 malam..dah lewat sangat ni. Malam esok je lah kot"getus hati Asywina.
Dia pun menghidupkan enjin kereta sebelum memandu di atas jalanraya pelabuhan kapal. Dekat kawasan itu dapat di lihat kawasan gudang tempat letak kabin-kabin muatan kontena kapal bersusun-susun dan bertimbun.
Tiba-tiba dari arah hadapan telah muncul kenderaan dengan suluhan cahaya lampu yang amat terang dan malah menyilaukan pandangan mata.
"Eh gila ke orang ni? Terang dan silau betul cahaya lampu dia. Bahaya kat pemandu lain"rungut Aswina hingga dia terpaksa berhenti seketika di bahu jalan dan menunggu sehingga kenderaan yang datang dari arah hadapannya itu jalan dan melepasi keretanya terlebih dahulu.
Tidak dapat pula di pastikan kenderaan apakah itu kerana pandangan mata sudah tenggelam dek kesilauan cahaya lampunya.
Ketika ia hampir lalu di sebelah kereta Aswina,barulah jelas kelihatan yang kenderaan tersebut rupanya adalah sebuah lori kontena panjang.
KRENGGG!
Hon dari kenderaan terbabit bukan main kuat lagi bunyinya. Apabila Asywina menoleh ke tingkap,dia pun terkejut apabila mendapati lori treler terbabit berwarna hitam dengan membawa muatan kontena kabin yang telah usang berlumut serta badan lori juga basah seolah ia baru keluar dari air.
"Ah itulah dia!"
Tak bertangguh cepat-cepat Asywina membuat pusingan U dan mengekori lori kontena hitam itu dari belakang.
"Bagus! akhirnya tak sia-sia pun kedatangan aku malam ni"kata wartawan wanita india tu. Video kamera digital pun di hidupkan. Penampakkan kenderaan misteri itu kini sedang di rakam.
Dari jalanraya lebuhraya kapal,lori kontena hitam itu terus di ekori dari belakang. Ia di lihat membelok masuk ke laluan menuju sektor pergudangan kapal tempat menyimpan bertan-tan muatan kabin dan kargo kontena kapal.
Pelabuhan itu memang agak luas kawasannya. Akan tetapi sektor gudangĀ itu agak sunyi-sepi walaupun ada lampu-lampu di buka buat menerangi.
Tiba-tiba lori kontena misteri itu pun berhenti. Enjin dan lampu-lampunya pun terpadam.
SHreeeet..!!
Nyaris kereta yang di pandu oleh Asywina hendak terlanggar di bahagian belakang kenderaan besar terbabit.. Mujur pantas dia membrek.
Keadaan jadi sunyi-sepi. Hanya bunyi enjin kereta wartawan wanita itu sahaja masih kedengaran. Tiada seorang pun pekerja di lihat dekat kawasan gudang terbabit.
"Dah kenapa dia berhenti tiba-tiba pulak ni?"getus hati Asywina.
Hampir lima minit menanti,akhirnya Asywina pun turun dari kereta. Dia nekad mahu menghampiri treler panjang berkenaan dengan lebih dekat.
Rakaman video digital kamera masih berjalan. Lampu-lampu spotlight yang menerangi permukaan lantai gudang agak terang sehinggakan boleh di lihat kabus berkepul terawangan dalam gumpalan cahaya.
Share this novel