Rate

HFM 63 | | Ugutan Berpada

Romance Series 110280

Zane sentiasa ingat Dihya setiap kali hendak melakukan sesuatu. Pendek kata sejak bersama Dihya, Zane akan berfikir dua kali semasa hendak membuat keputusan. Gadis itu benar-benar meninggalkan kesan mendalam dalam dirinya sejak mereka bersama.

Jadi disebabkan hal itu, Zane sentiasa teringat akan pesanan Dihya. Di mana tak semua perkara jahat yang menimpa diri ni, kita perlu membalas semula kejahatan tu dengan kejahatan jugak ada masanya perbuatan jahat tu tak perlu dibalas. Sebabnya kalau ianya berterusan begitu, maka masalah itu takkan ada penamat dan penyelesaiannya.

Kan lebih baik mengalah walaupun diri tu tidak salah. Sebab dengan cara ini aje masalah dapat diselesaikan dan diri pun takkan dibelenggu dengan masalah.

Maka Zane ambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Astrid buat selamanya. Untuk itu dia perlu pastikan Astrid tidak berdendam dengan dia atau cuba hendak menuntut keadilan dari dia nanti lepas mereka bercerai. Zane fikir dia pun sudah menjadi seperti Dihya. Yang dia hanya mahukan hidup yang tenang tanpa masalah.

Memang la tak puas hati, tapi hanya cara ini saja yang boleh pastikan Astrid takkan berdendam dengan dia lagi. Kalau dia gunakan kekerasan, dah pasti la Astrid akan menuntut keadilan padanya nanti.


"Kau dadahkan Dihya sebab nak dia mati dan berharap aku akan kembali pada kau lepas tu?"dengus Zane sambil tersengih sinis." Kau silap. Bukan aku yang kembali pada kau. Tapi kau yang akan kembali ke kehidupan susah kau semula. Sebab aku akan ceraikan kau tanpa meninggalkan sebarang hak milikan atau harta. Kalau kau nak duit, kau boleh jilat kaki ayah mentua kesayangan kau tu untuk dapatkannya. Sebab aku akan bekukan semua aset yang diberikan kepada kau atas nama aku selama ni sehingga kau tandatangan kertas penceraian tu!"

Apa dia! Astrid menganga.

Zane tak boleh lakukan semua tu! Kalau ianya terjadi, hidup dia bagaimana!?


"Zane, you tak boleh buat macam ni dekat I? "geleng Astrid turut bangun dari situ. Dia capai tangan Zane dengan terdesak." Ayah you yang suruh I buat semua tu. Dia yang cakap dekat I supaya dadahkan you. Tapi I tak sanggup. Sebab tu I pilih untuk dadahkan mistress you... Zane please."

Zane pandang wajah terdesak Astrid dengan perasaan kesal dan benci. See...sampai ke akhirnya, dalam hati Astrid itu hanyalah wang dan kemewahan. Jadi tak salah la kalau dia pilih untuk menceraikan Astrid!


"I tak pernah ada niat nak curang dengan You. Tapi you kena faham, I pun perlukan belaian seorang lelaki. Dan you tak dapat berikannya kepada I sekalipun I mintak pada you..."


"Kalau macam tu tiada alasan untuk kau menolak penceraian ni."Zane merentap tangan yang dipegang Astrid itu kasar-kasar hingga hampir membuatkan Astrid terhumban ke depan.

Kejung Astrid dibuatnya. Dia pandang Zane tidak berkedip kerana tersentak.


"Nanti, lepas kau bercerai, kau boleh bersama dengan lelaki yang boleh terima kau dan layan kau lebih baik dari aku. Dan tak lagi terseksa menjadi isteri kepada lelaki tak guna macam aku ni. Boleh la kau dapatkan belaian yang kau dambakan selama ni."

Habis sahaja ucapan itu di lafaz, Astrid cepat-cepat berjalan ke tepi meja lalu duduk melutut atas lantai menghadap Zane. Tak! Semua ni tak mungkin terjadi! Dia tidak mahu bercerai!


"No....please no. Zane, please."air mata deras mengalir di pipi Astrid. "I hanya ikut arahan ayah You aje. Kalau you ceraikan I, keluarga I akan buang I. Perkahwinan ni aje yang dapat kekalkan keluarga I terima I dalam hidup mereka...I sumpah Zane. I buat semua ni sebab ayah you yang suruh. Jangan buang I Zane!"

Kyren dan Encik Thariq memerhatikan Astrid di atas lantai dengan renungan kosong masing-masing tanpa mengatakan apa-apa. Namun begitu Zane begitu konflik. Lelaki itu berkerut kening memandang ke satu arah dengan kepalan penumbuk erat di kedua belah tangan. Rayuan Astrid itu langsung tidak meninggalkan bekas di hatinya.

Astrid bukan perempuan pertama yang merayu kepadanya agar tidak dibuang olehnya. Jadi Zane sudah lali dengannya. Cuma dia berasa sakit hati bila difikirkan semula.


"Kelakar kan. Selama ni, aku tak pernah minta apa-apa pada sesiapa sejak ayah rampas kehidupan aku dari insan yang aku sayangi. Aku turutkan segala keinginan dan kemahuan semua orang walaupun ianya hanya akan menyakiti aku. Tapi bila aku inginkan sesuatu. Bermatian-matian kau orang ingin musnahkannya." kata Zane sambil termenung. Dia marah sangat, tapi perasaan kecewa dan terkilan melebihi segalanya sampaikan dia mahu ketawa pun ada." Aku tak tahu la apa isu kau orang semua dengan aku, sedangkan aku tak pernah susahkan hidup sesiapa. Yang ada kau orang aje yang tak habis-habis nak menyusahkan aku."


"Maafkan I Zane. I janji I takkan buat lagi. Lepas ni apa you lakukan I takkan masuk campur. You nak kahwin dengan Dihya ke apa ke, you buat la. Tapi jangan ceraikan I Zane. Please... I need you Zane."


"Sign paper tu. Hanya Itu aje cara untuk aku maafkan kau."Zane tunduk memandang Astrid.

Bersama linangan air mata, Astrid mendongak ke arah Zane tidak percaya. Begitu bungkam dibuat keputusan nekad Zane yang benar-benar mahu bercerai dengannya.


"Kalau bukan disebabkan Dihya, kau mungkin dah masuk penjara sekarang ni. Tak ada slow talk apalagi bertimbang rasa dari aku. Sebab aku bukan seorang yang penyabar. Tapi kau tahu apa kata Dihya lepas dia dapat tahu kau cuba bunuh dia?"

Astrid mengetap bibir menahan sebak.


"Dia suruh aku maafkan kau! Perempuan murahan yang kau bencikan tu ajar aku untuk maafkan orang yang selama sakiti aku! Perempuan, yang kau cuba bunuh tu, suruh aku ikhlas kan segalanya sebab dia salahkan diri dia sendiri untuk kesalahan yang berpunca dari aku. Sementara kau dekat sini hanya fikir tentang diri kau!"

Mengalir turun air mata dari tepi mata Astrid sebaik mendengarnya. Dan apa yang membuatkan dia semakin sakit hati adalah apabila melihat tatapan kecewa dan patah hati Zane kepadanya. Tak pernah sekali dia lihat Zane tersenyum kepadanya apa lagi memandangnya dengan penuh kasih sayang.


"Disebabkan aku taknak sakiti hati Dihya dengan menyakiti kau, jadi aku lepaskan kau melalui penceraian ni. Hanya cara ni aje aku boleh lakukan untuk menghukum kau. Sebab aku sedar kau pun sama-sama tersakiti sepanjang masa bersama aku selama lima tahun ni. Jadi, baiknya kita hentikan semua ni sebelum antara kita terluka lebih daripada apa yang dah kita tanggung."

Dengan kuat Astrid tersedu sedan. Tangannya mencengkam kain baju di dada akibat tidak dapat bernafas dengan baik akibat terlalu sedih yang tak tergambar. Bagaimana dia mahu meneruskan hidupnya nanti? Bagaimana dia nak tunjuk muka di depan orang yang mengenali dirinya nanti?


"I akan sign."akur Astrid akhirnya. Sebab dia tahu kalau dia melawan apalagi protes ianya takkan bawa sebarang kebaikan pada dirinya selain kesusahan. Lagi-lagi kalau orang itu ada Zane. Memang sampai kesudahan nanti dia yang akan kalah pada akhirnya. "Please Zane, I taknak hidup susah..."elok dia berundur semasa Zane bagi peluang. At least dia masih boleh simpan asetnya dari dirampas!

Encik Thariq bangun, dia kemudiannya mengeluarkan sehelai kertas dari briefcase hitamnya lalu diletakkan atas lantai depan Astrid. Ianya adalah salinan kertas penceraian baru.

Mata Astrid yang kabur dek kerana air mata itu berkedip sekali melihat kertas itu dan pen yang disua kepadanya. Ini la pengakhiran dia.


Selesai menandatangani kertas itu, Astrid perlahan-lahan bangun dari situ sebelum berkata lagi. "You sedarkan walaupun you ceraikan I, ianya takkan hentikan ayah you untuk jatuhkan You?" air mata masih mengalir deras di pipi.

Zane pandang tatapan berair mata Astrid dengan riak dingin tiada perasaan. Kalau orang mungkin akan bersimpati. Tapi disebabkan sudah lima tahun dia berkahwin dengan Astrid, air mata itu bukan la air mata sedih kerana bercerai dengan dia. Tapi bersedih kerana perlu bercerai dengan harta dia.


"Bukan masalah kau untuk fikirkannya. Apa yang kau kena fikir adalah selepas penceraian ni, kau akan diberi perintah mahkamah untuk tidak berada berhampiran dengan kediaman aku apa lagi Dihya. Sekiranya kau ingkar, aku benar-benar akan merampas semua harta kau. Termasuk segalanya yang kau miliki."

Astrid tidak memberi respon. Dia masih dalam keadaan shock selepas sedar bahawa dia dan Zane sudahpun memetrai penceraian.


"Dengar ke tidak!"


"Ya."angguk Astrid teragak-agak." Saya dengar."air mata mengalir lagi tanpa diminta. Namun cepat-cepat Astrid seka dengan tapak tangan. Siapa sangka kedudukannya yang selama ini dia pertahankan dan tak pernah di gugat oleh mana-mana wanita, kini telah dirampas oleh favorite mistress Zane!

Dihya Maelani.

Nama yang takkan dilupakan oleh Astrid sampai bila-bila!

This chapter almost 1500 wordings. Dan dah di recheck sebanyak 3 kali. Still rasa mcm ada yg kurang... Mcm ada yg rushing.. Tk tahu part mana. Kalau tinta detail kan lagi gamaknya jd 2k wording lebih.. Takkan nak pecahkan kepada chapter Lagi kan, so tinta cut huraian... Kalau perasan ada part tu mcm rushing sikit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience