BAB 4 Luka tak berdarah /berdarah

Romance Series 29529

Nurlydhia baru sahaja membaringkan tubuhnya di atas katil setelah katil itu dikemas beberapa minit yang lalu .Matanya menghadap siling seketika itu juga fikirannya menerawang memikirkan kehidupannya.Setelah kejadian itu dia dan Maksunya kembali duduk berbincang dan Nurlydhia akhirnya bersetuju untuk mengikuti saranan ibu saudaranya agar dia menyambung pengajiannya di IPTA .Keptusan dibuat tanpa paksaan sebaliknya dia berlapang dada memenerima kententuan hidupnya saat ini .

Tidak lama dia mengelamun pintu biliknya diketuk sebanyak 3 kali .Dia bingkas bangun dan membenarkan pintu dibuka

"Masukkkk"

Seusai itu pintu biliknya dibuka dan tersembul wajah ibu saudaranya di hadapan pintu dengan wajah sugul

"Kenapa Maksu ?"Nurlydhia bertanya

"Keluarga Rafael ada dekat depan ..Dhia keluar kejap boleh ?"
Puan Aminah memberitahu dan meminta agar Nurlydhia untuk keluar sebentar

Nurlydhia agak terkejut saat itu apabila diberitahu keluarga bekas teman lelakinya berkunjung ke rumah ibu saudaranya saat ini .Entah apa tujuan dan entah apa yang akan mereka ajukan ,segalanya membuatkan dia tertanya-tanya memandangkan hari mereka bersua di balai telah menyebabkan dirinya dimaki hamun entah kenapa sedangkan yang bersalah anak mereka jadi dirinya pula yang dipersalahkan

Dengan lambat -lambat Nurlydhia melangkah keluar dari biliknya menuju ke ruang utama rumah .

Dia muncul dibalik tirai dan segera melangkah berada di samping ibu saudaranya

Suasana pada awalnya sunyi mencengkam berubah serta-merta apabila dengan tiba -tiba Hajjah Yasmin menarik dan mendekati Nurlydhia

"Dhia tolongggg makcik ...tarikh balik laporan tuuu ,makcik merayu pada Dhia "
Dengan menggenggam tangan Dhia dan mempamerkan wajah sugul merayu agar Nurlydhia menarik balik laporan yang dibuat ke atas anak lelaki mereka Rafael

"Betul tu Dhia lagipun kamu tak kesiankan dia ke ?Dia cintakan kamu sangat-sangat sebabtulah dia sampai bertindak sedemikian rupa "
Haji Mahmud menambah sebagai bapa Rafael

Nurlydhia terkedu mendengarkan semudah itu rayuan ,perkataan dan alasan mereka untuk menegakkan benang yyang dah basah .Hilang akal Nurlydhia dibuatnya apabila berhadapan dengan manusia yang berotak cetek begini.Serasa otaknya ingin meledak untuk memberitahu mereka bahawa laporan tidak akan ditaik balik dan itu adalah muktamad .

"Maaf Makcik dan Pakcik ..saya tak akan sesekali menarik balik laporan polis itu kerana tiada alasan Rafael perlu keluar dari situ dan perkataan makcik dan pakcik pada saya tempoh hari amatlah keterlaluan ,jangan ingat saya takde mak bapak pakcik dan makcik boleh tindas sayaa ..ingat saya masih bermaruah dan Rafael dengan sesuka hati dia nak cabul kehormatann saya ..sorry to say he deserve it"
Cukup lantang Nurlydhia bersuara mempertahankan hak dia dan berharap agar tiada siapa yang boleh gugat pendiriannya lagi
Puan Aminah terdiam di sampingnya membiarkan anak saudaranya bersuara

"Dhiaa makcik merayuuuuu ..tolong bebaskan Rafael lagipun dia tak sempat apa-apakan Dhia jadi dia tak salahhh pun "
Hajjah Yassmin masih tekad untuk terus merayu dan membuktikan anak lelakinya tidak bersalah

Nurlydhia tersenyum sinis sebelum dia berdiri dan merentap tangannya dari digenggam oleh wanita di hadapannnya

"Makcik dan Pakcik dipersilakan beredar dari sini sebab saya dah muak dan jijikk..masih sanggup yer makcik dan pakcik mempertahankan binatang macam tuuu "
Nurlydhia menghamburkan kata-katanya itu yang memang lahir dari hatinya kerana telah berasap kepala dengan keluarga ini

"Dhiaaaa ,kamu jangan nak samakan anak aku dengan binatang yer ..anak aku tak macam tu "Haji Mahmud turut berdiri dan menengking Nurlydhia yang telah menyamakan anak lelaki mereka dengan binatangg tangannya juga hampir mengenai wajah Nurlydhia namun sempat di tahan oleh isterinya

"Pakcik nak lempang sayaa? ..berani yer pakcik ,pakcik jangan sampai dengan pakcik sekali saya humban dalam penjara duduk dengan anak lelaki pakcik ..dah sayang sangat kan ,sudah terang dia bersalah pakcik masih berani nak menidakkannya ?"

Haji Mahmud tahan marah lalu dengan segera dia menarik isterinya untuk segera keluar dari rumah itu.Sebaik sahaja mereka berdua pergi Nurlydhia kembali jatuh tertuduk di atas sofa.Laju air matanya mengalir mengenangkan pergaduhan sebentar tadi .

Puan Aminah yang turut haru dengan tangisan memeluk Nurlydhia dengan erat .Berat ujian mereka kali ini apabila dituduh bermacam-macam walhal bukti kukuh telah ada kerana ada saksi di tempat kejadian namun keluarga Rafael tetap menidakkan benda yang dah memang jelas terbukti akibatnya mereka bergaduh dan tidak lagi mesra seperti dulu .

"Dhia jangan give up yer ..insyaalah ALLAH bersama kita "

Dengan air mata yang masih laju mengalir Nurlydhia menangguk -angguk tanda mengerti

Kayden muncul di hadapan pintu Lift dan segera bergegas ke lobi kerana dia telah lambat untuk menjenguk isteri kesayangannnya hari ini .

Tempat letak kereta segera dituju ,memandangkan hari ini dia telah terlambat jadi dia berfikir ada sesuatu yang dia perlu sediakan sebelum dia menjenguk Larissa di hospital sebagai tanda permohonon maaf .

Dalam 10 minit perjalanan ,dia tiba di sebuah kedai yang menjual bunga .Pelbagai jenis bunga dan dia akan mencari bunga mawar sebagai hadiah buat isterinya kerana isterinya amat menyukai bunga itu .Dengan tergesa-gesa dia masuk ke kedai dan keluar semula setelah selesai membeli .
Otaknya saat ini hanya ingin cepat sahaja kerana rindunya untuk melihat wajah si isteri sudah tidak tertahankan lagi

Dia lalu mengundur kenderaannya tanpa melihat keadaan sekelilng tiba-tiba terdengar seperti dia telah melanggar sesuatu

Bukkkkkkk!

Matanya segera memandang cermin

"Masalahh betullaa kalau tengah rushinggg ni "
Dia dengan kadar segera keluar dari perut kereta dan berjalan ke arah belakang keretanya ,kelihatan ada seorang gadis sedang cuba berdiri setelah terjatuh mungkinn

"Errrrrr cik ,okay ke?"saya tak perasan pulak tadi ."
Ujar Kayden sambil berjalan mendekati wanita itu yang membelakangi dia

"Arghhhhhhh"
Nurlydhia mengerang kesakitan tangan dan lututnya telah terluka kerana terjatuh di atas jalan tar

Mendengarkan suara yang agak familiar itu telah memaksanya untuk segera berpusing untuk mengetahui siapakah gerangannya

Sebaik mata beretemu mata dia agak terkejut kerana itu adalah lelaki yang telah menyelamatkannya dalam kejadian rogol tempoh hari dan kali ini mereka telah dipertemukan kembali tapi dengan cara yang berbeza

"Dhia ?"
Ujar Kayden agak tidak percaya

"Eh Encik Kay "

Masing-masing terkejut dan tidak tahu reaksi bagaimana yang perlu ditunjukkan kerana masih diberi peluang untuk bertemu buat kali kedua .

Lama berjeda akhirnya Kayden yang terlihat cemas apabila sedar tapak tangan gadis itu serta lututnya sedang berdarah
Dengan tangkasnya dia mengeluarkan kai lap kecil dibalik kotnya untuk menghentikan pendarah ituuu

"Auchhhhhhh ..arghhhh "
Nurlydhia memberi reaksi terhadap sentuhan itu kerana sakit bercampur pedih

"Tahannn sikit ..saya balut dulu "
Pinta Kayden di saat dirinya dengan berhati-hati membalut telapak tangan wanita itu yang berdarah

Setelah balutan selesai Kayden sekali lagi dengan bersungguh-sungguh meminta maaf

"Dhia saya betul-betul mintak maaf ,saya tak sengajaa dan saya -betul -betul tak nampak awak tadi sebab gelojoh dan tak alert ...sorry "

Nurlydhia hanya mengukir senyum "Tak apalah Encik Kay bukannya saya koma pun "Ujar Nurlydhia beserta candanya

Mendengarkan gurauan itu membuatkan darah menyerbu ke seluruh mukanya kerana trauma dengan perkataan koma

"Dhia jangan cakap macam tu ,saya tak suka "

Mendengarkan itu Nurlydhia perlahan-lahan mematikan senyuman lebarnya dan sedar akan keterlanjurannya

"Sorry "Ujarnya pula

Kayden menggelangkan kepala kerana sedar dia terlalu emo

"Jom saya bawak pergi hospital ...kita dapat rawatan "
Ajaknya kemudian

"Tak perluuu ...."
Belum sempat Nurlydhia menghabiskan kata-katnaya Kayden telah memaksanya masuk ke dalam kereta
Dan seperti yang pernah terjadi dia ikut lagi .

"Now excuse pleasee "
Kayden lalu menutup pintu kereta dan tergesa-gesa dia berpindah ke tempat pemandu

Dalam perjalanan ,Nurlydhia perasan ada jambangan bunga mawar di seat belakang cantikk ..pujinnya dalam hati

Tidak mahu keadaan sunyi Nurlydhia membuka topik

"Cantik bunga tu ... untuk tersayang ke"
Soalnya

Kayden tersentak dan menoleh ke belakang ,dia lalu menoleh ke samping

"Haaa ahhh untuk isteri "
Balasnya dengan senyuman

Nurlydhia terdiam ...entah apa perasaan yang tiba-tiba muncul namun diabaikan sahaja

"wowwwww beruntungnya isteri Encik Kay dapat suami romantis macam ni "
Puji NUrlydhia

"I hope .."

"Isteri Encik tahu tak ni Encik bawak saya ke hospital ...kesian dia kalau dia tunggu Encik Kay dekat rumah "

"Jangan risau kita OTW nak jumpa dia jugak ni .."
Balas Kayden lagi

Nurlydhia terdiam ....dia nak bawak aku jumpa bini dia ke ?

Share this novel

Suraya Hani
2024-06-21 23:57:18 

tq update....x puas baca


NovelPlus Premium

The best ads free experience