TADIKA BAKTI. Pekerjaan baru yang buatkan dia tambah semangat hendak bekerja. Adinda tersenyum manis melihat kanak-kanak yang sedang ceria mewarna kertas lukisan itu.
Santai dan sangat gembira. Seronok jadi budak-budak kan? Tak perlu risaukan apa pun.
"Adinda?" sapa seorang guru disana.
"Ya? Kak Siti kan?"
"Ya Allah tak sangka dapat jumpa Adinda dekat sini. Basith ada cakap jugak, yang adik dia nak kerja sini. Dapat jugak kita jumpa kan?"
Siti, kakak sepupu kepada Hanif. Atau lebih tepat lagi kawan abangnya. Diorang satu universiti dulu. Jadi tak hairanlah dia tahu semuanya. Orangnya baik, peramah.
"Adinda tahu, Hanif dah nak kahwin kan?" beritahunya, teruja.
Kening Adinda berkerut. Kahwin? Secepat itu Hanif memberitahu kepada ahli keluarganya? Senyumannya melebar.
"Tahu kak, alhamdulilah. Dah sampai jodoh ya?"
"Itulah kan? Tak sangka, diorang baru je kenal kan? Katanya nak kahwin sebelum raya nanti. Tengoklah macam mana. Akak nak tengok budak-budak kejap, ada apa-apa bagitahu akak ya?"
Adinda mengangguk kepala. Dia hanya pandang wanita itu berjalan pergi. Baru berkawan? Ah, Hanif.
Selalu sangat lupa tempoh perkenalan mereka. Selalu dah, asyik dia yang kena ingatkan semua benda. Macam-macam. Sekarang ni, keluarga Hanif dah tahu semuanya.
Tak sabar rasanya nak kahwin. Telefon ditangan berbunyi. Senyuman Adinda semakin melebar melihat mesej yang diterima daripada Hanif.
Dia dah cukup duit agaknya? Sebelum raya? Cepatnya!
**
"STOCK bulan lepas ada lagi yang tak sampai, macam mana korang kira? Ini dah kira rugi banyak, aku tak kira...apa pun kau semua settle harini. Aku nak barang je," tegas Fateh.
Dua orang pekerjanya hanya mengangguk. Fateh berjalan ke arah luar bengkel. Ada dua buah kereta yang belum lagi siap. Dia perlu siapkan cepat, nanti dah masuk Ramadhan, tak adalah sibuk sangat.
"Bang! Bulan puasa nanti bengkel bukak macam biasa ke?" tanya Nami.
"Bukak jugak, kalau tak korang nak makan apa? Aku bayar gaji kau semua kan? Datang kerja, jangan malas!" bebel Fateh.
"Yalah. Abang selalu macam tu. Orang tanya sikit je, jawapan panjang berjela. Suka sangat membebel macam perempuan!" rungut Nami.
Fateh senyum senget. Ya, dia perlu mengaku. Perangai umi dia dah ambik sikit. Suka sangat membebel. Macam mana tak Bebel kalau dah diorang semua suka mengelat? Siapa je tak marah? Duit nak, kerja perlahan.
"Kereta Merc tu, anak Datuk Haz suruh hantarkan dekat office dia bila siap nanti."
"Nanti aku hantar. Sparepart kereta dia mana sampai lagi? Kecohlah. Aku cakap ni bengkel biasa, dia sibuk nak hantar jugak. Lepastu merungut kereta lambat siap."
"Macam tak biasa, bang. Selalunya pelanggan perempuan datang sini semata-mata nak tengok abang! Mengaku jelah, tu pelaris utama bengkel ni!"
"Amboi kau?"
Nami ketawa lagi. Dia hanya tersenyum sebelum menyusun kembali kotak-kotak berat didalam rak. Bengkel kereta yang boleh dikatakan besar baginya. Tidak tahulah kenapa anak lelaki Haji Aziz ni suka sangat lari bidang.
Sepatutnya dia jadi ustaz tapi sekarang dah jadi mekanik. Main minyak kotor, comot. Haji Aziz pula takdak nak merungut ke apa, nampak relax je biarkan anak dia. Tak macam tipikal bapak-bapak ustaz dalam movie ni.
"Abang jadi imam teraweh lagi tahun ni?" tanya Nami.
"Tak. Tahun ni aku bagi orang lain. Aku takut tak sempat, sebab aku nak tutup bengkel lagi. Aku jadi jemaah je." jelas Fateh yang membelek tayar kereta.
"Oklah tu. Kuliah subuh dengan Maghrib pun abang yang ajarkan?"
"Tu sebab abi aku suruh. Aku tak minat sangat nak jadi imam macam Haji Aziz tu. Aku suka kerja aku ni, santai."
"Habistu kenapa abang sambung belajar sampai ke mesir?"
"Orang cakap, menuntut ilmu biar tinggi macam tembok besar cina. Aku pergi cari ilmu, dah dapat aku balik sini sambung belajar lagi. Aku ambik bidang lain, bidang yang aku minat. Abi dengan umi tak bising sebab apa? Masyuk!" cerita Fateh dengan bangga.
Nami geleng perlahan. Ini kalau orang cakap bukan anak imam pun orang percaya. Kasar semacam.
"Umi cerita abang tak nak kahwin?"
"Umi, kira dengan dia. Satu taman ni dia nak cerita!"
"Kahwin dengan jiran saya nak? Orang indon, cantik."
"Kau ni...!"
Fateh sudah bangun mengejar budak lelaki itu. Memang nakal perangai Nami. Ya, dia ambik Nami sebab kesiankan budak ni. Baru umur lapan belas, dah kena kerja keras jaga keluarga. Kesian.
Tapi kadang-kadang perangai dia menyakitkan hati.
Share this novel