Rate

BAB 1

Romance Series 4483

“Dari tadi aku perasan kau asyik pandang je maria tu seif. Haish kau ni , aku tahu lah kau suka dia tapi janganlah sampai tenung dia macam tu sekali.” Tegur Shamsol , mengusik Seif Adika.

“Mana ada.” Seif menafikan

“Kau ni , aku dah kerja dengan kau nak masuk 5 tahun dah. dah boleh masak dah dengan perangai kau tu. Bukan baru ni aku tahu yang kau suka si Maria Darina tu. Orang cantik , tak pelik lah kalau ramai suka dia. Sebelum kau masuk dulu pun , si Maria ni ramai dah cuba nak tackle, sorang pun tak lekat.”

“Haha.. Tak ada la sol. Aku suka tengok muka dia je. Klasik. Klasik elegant.”

“Yela Seif. Tahu la angau. Hahaha. Aku memang tahu Dan perasan dari dulu dah. Suka tolong dia , suka je buat kalau dia yang suruh. Kenapa kau tak terus terang je dekat dia ? Kan senang korang boleh happily ever after gituu.”

“Aku takut kena reject sol. Kau tak faham.”

“Tak faham apa? Maksud kau ?”

“Aku takut sol. Kena tolak. Maria ni umpama my very first love. Bukan boleh senang macam tu je aku nak terima kalau kena reject dengan dia. Aku dah lama suka dekat dia sol.”

“Kau ni parah dah ni Seif. Sabor jela.” Ujar Sol sambil kembali ke kaunter masing masing untuk kembali melayan guest untuk check in masuk.

Seif ni boleh dikatakan lelaki yang agak terkenal dengan kekacakkan mukanya. tapi dia tak nak langsung dekat yang datang menggodanya. Ya lah bukan seorang dua , ramai kot. Tapi yelah bila hati dah ada dekat Maria , dengan Maria juga la yang nak nya.

“Kan aku dah cakap , aku dah booking dalam sistem ni , kau takkan tak pandai nak baca ??!!”

“Sekejap ya cik , saya periksa semula booking cik. Kalau ikutkan dalam sistem kami memang tak ada cik tapi tak apa saya akan call customer service apps yang cik pakai ni untuk pengesahan semula ya.” Ujarku sambil memohon maaf berkali-kali.

“Kau ni buat kerja macam tahi !” Ujar guest tersebut sambil mengambil pen bersedia untuk membaling ke arahku.

“Cik , sabar ya cik.” Sampuk Seif sambil menepis pen yang dialing oleh guest tersebut

“Saya Seif Adika , saya akan bantu cik Maria ni untuk sahkan semula booking cik ya. Maaf diatas kesulitan.” Ujar Seif lagi

“Untuk booking encik ni , memang tak ada masuk dalam sistem kami. Kami dah call , memang masalah sistem website mereka yang ada masalah sekarang ni. Tapi tak apa cik , sebab cik pun pilih membuat pembayaran di kaunter , kami ada Suite yang kosong untuk booking. Harga pun tak lari jauh dengan apa yang cik booking online tersebut.” Ujar Seif

“Ya boleh.” Ujar Guest tersebut

“Saya minta maaf ya dekat cik , saya berkasar tadi. Saya tak sedar itu kesilapan saya. Saya minta maaf ya.” Ujar Guest tersebut sambil cuba memegang tanganku. Aku menepis halus. Aku yang memang selalu dalam keadaan macam ni dah tak kisah dah.

Selepas selesai menguruskan guest tersebut , aku ke pantry untuk menenangkan fikiran. Ye lah , dah kena marah kan.

“Sabarlah Maria , guest memang selalu rasa dia je betul. Even kalau dia yang Salah pun kita juga yang kena.” Ujar Kak Yan sambil menghulurkan air minuman ke tanganku.

“Tak apa Kak Yan , saya ok je..” Ujarku sambil menghirup air di tangan. Aku ni macam tu lah. Tak suka bercakap banyak.

“Sabar lah ya Maria , abaikan je apa yang dia cakap tadi tu okay.”

“Hmm Kak, saya nak rehat awal harini boleh ?”

“Boleh - boleh. Awak ambil waktu rehat akak ni dulu.” Ujar Kak Yan sambil mengelus lembut bahuku.

“Terima Kasih Kak..”

Aku melangkah ke taman berdekatan hotel untuk menenangkan fikiran. Aku memang lebih selesa begini. Lebih tenang berseorangan. Deringan telefon tanpa henti mengganggu ketenanganku.

“Maria dah cakap Kan berhenti call Maria. ayah tak faham ke ? Janganlah ganggu !” Marahku

“Ayah rindu dengan Maria. Tak boleh ayah call sesekali begini?”

“Kalau ayah boleh hidupkan ibu semula , Maria terima call ayah setiap hari. tak boleh kan ? So don't !” Ujarku sambil menutup telefon. Aku mengesat air mataku yang mengalir. Masih terbayang-bayang kejadian yang menimpa ibuku lima tahun lalu.

……………………………………………………………………………

Hai korang !! Lama dah rasa tak mengarang. Terima Kasih sebab sudi bersama sama dengan Amylea Rose dalam penghasilan novel novel baru. Jangan lupa tinggalkan komen ya !!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience