Bab 10

Romance Series 16121

MATA Dahlia tercari-cari susuk tubuh Umar. Sedari tadi dia tak nampak batang hidung lelaki itu. Kali terakhir dia nampak Umar, lelaki itu sibuk melayan tetamu yang datang ke kenduri kesyukuran mereka.

“Cari siapa?” Bahu Dahlia ditepuk daripada belakang.
Dahlia tersentak. “Eh, Kak Siti.” Dia tersenyum janggal pada wanita itu. Siti adalah sepupu kepada Umar.

“Cari encik suami ke?” soal Siti mengusik. Dia tersenyum-senyum pandang Dahlia.

“Tak adalah.” Dahlia menggeleng. Menidakkannya. Malulah dia nak mengaku yang dia tengah cari Umar. Nanti makin kuat wanita itu mengusiknya.

“Umar!” panggil Siti saat kelibat lelaki itu singgah di mata.

Umar terus datang ke arah mereka berdua. Wajah Siti dan Dahlia dipandang silih berganti.

“Ada apa?” soal Umar.

“Ni, isteri awak cari. Janganlah tinggalkan isteri macam tu je. Isteri awak ni belum makan lagi tau,” bebel Siti panjang.

Dahlia laju geleng kepala bila Umar memandangnya. Ish, Kak Siti ni pandai-pandai ajelah.

“Dah, ajak isteri awak makan. Masuk angin perut dia nanti.” Usai itu Siti terus berlalu ke bawah khemah. Meninggalkan pasangan pengantin baru itu berdua-duaan.

“Kau cari aku ke Lia?” soal Umar. Entah mengapa lepas akad nikah tadi dia rasa segan tiba-tiba dengan Dahlia. Sebab tu lah dia pura-pura sibuk melayan tetamu.
“Tak adalah. Kak Siti saja je tu,” balas Dahlia. Sebenarnya ada soalan yang ingin ditanyakan pada Umar. Tapi rasanya soalan itu tak sesuai ditanyakan sekarang.

“Kau belum makan lagi kan? Jom, makan dulu,” ajak Umar.

“Aku seganlah. Orang ramai tu.” Dahlia sebenarnya malas nak berhadapan dengan orang kampung. Dia tahu ada je diantara mereka yang datang tidak senang melihatnya.

“Kau tunggu dalam bilik. Aku ambilkan makanan.”

“Makan dalam bilik ke?” soal Dahlia kembali.

“Dah tu, kau nak berlapar sampai malam?”

“Ya lah.” Dahlia akur. Dia terus berlalu ke bilik sementara menunggu Umar ambilkan makanan. Lagipun perutnya mula terasa lapar. Daripada pagi belum diisi dengan apa-apa makanan.

MASUK ke dalam bilik, Dahlia labuhkan duduknya di birai katil. Matanya meliar memerhati sekeliling bilik yang dihias cantik. Sama seperti waktu dia bernikah dengan Edri dulu.

Ah, cakap tentang Edri sudah hampir seminggu mereka tidak berhubung. Kata Edri dia sibuk menguruskan projek besar. Disebabkan projek itu bukan projek biasa, dia perlu memberikan fokus sepenuhnya kepada projek itu.

Mengenangkan hal itu buatkan hati Dahlia sedih. Dia rindukan Edri. Kadang-kadang dia rasa sikap Edri makin jauh berubah. Lelaki itu melayaninya acuh tak acuh saja. Tapi dia cuba memujuk hati sendiri. Mungkin saja Edri benar-benar sibuk.

“Lia.” Umar menolak perlahan daun pintu bilik. Dia bawa bersama sepinggan nasi dan juga segelas air sirap.

“Tak apa ke makan dalam bilik?” soal Dahlia.

“Makan je lah.”
Dahlia bangun daripada duduknya.

“Nak pergi mana?”

“Basuh tangan.”

“Tak payahlah.”

“Takkan nak makan dengan tangan yang kotor,” bidas Dahlia.

“Guna tangan aku je.”

“Hah?”

“Aku suapkan.”

Dahlia terkedu seketika. Terkebil-kebil dia pandang Umar.

“Aku dah basuh tanganlah. Dijamin bersih.” Umar menunjukkan tangannya pada Dahlia.

“Duduklah,” arah Umar.

Lambat-lambat Dahlia duduk kembali di birai katil. Umar mengambil tempat di sebelahnya.

“Baca doa,” suruh Umar. Dah macam budak kecil dia layan Dahlia.

Nasi digaulkan bersama dengan lauk sebelum disuap ke mulut Dahlia.

“Kunyah perlahan-lahan,” ujar Umar. Dia menahan bibirnya daripada menguntum senyum. Comel pula dia tengok Dahlia. Rasa macam tengok Dahlia sepuluh tahun lepas.

“Perlahan-lahanlah ni.” Dahlia menjegilkan mata. Nasib baik Umar tolong suap dia, kalau tak dah lama kena SmackDown!

“Kau tak makan ke?” tanya Dahlia. Umar sibuk suap dia tapi lelaki tu tak makan pun. Nasi yang Umar ambil pun cuma sepinggan saja untuknya.

“Aku tengok kau makan pun, aku dah kenyang.”

Dahlia mencebikkan bibir. Dramatik!
“Suaplah mulut kau sendiri juga. Lagipun nasi ni banyak. Aku tak habis.” Dahlia tak sampai hati tengok Umar sibuk suapkan dia sedangkan lelaki itu sendiri masih belum makan.

“Ya lah.” Umar suapkan nasi ke mulutnya juga. Dia pun masih belum makan daripada pagi tadi.

“Dah baca doa ke belum?” soal Dahlia. Balas dendam balik.

“Dahlah. Baca dalam hati. Baca kuat-kuat nanti orang cakap riak pula.”

Dahlia menampar perlahan bahu Umar. “Main-main!”

“Umar, terima kasih tau sudi tolong aku. Aku janji nanti lepas kita bercerai nanti aku tolong carikan isteri yang cantik untuk kau.”

Raut wajah Umar terus berubah. Baru je beberapa jam mereka menjadi suami isteri, Dahlia sudah bercakap tentang penceraian.

“Umar, kau dengar tak?” soal Dahlia. Dia nampak Umar mengelamun.

“Kau ni, baru je nikah kau dah cakap nak bercerai. Kalau mak dan abah tahu…”

Tangan Dahlia terus naik menekup mulut Umar. “Janganlah cakap kuat-kuat. Nanti orang dengar.” Tiba-tiba dia cuak. Padahal tadi dia yang mula dulu.

“Tahu takut.”

“Kalau orang tahu, bukan aku je yang kena. Kau pun sama.”

“Aku cakaplah kau yang paksa aku kahwin,” balas Umar selamba.

Dahlia menjeling geram. Ada saja idea Umar nak menjawab.

“Ni aku nak tanya, kenapa kau menangis waktu akad nikah tadi?” soal Dahlia. Daripada tadi dia tahan diri untuk bertanya.

Umar terdiam seketika. Waktu dia lafazkan akad tadi, hatinya dihurung sebak membuatkan dia tidak dapat menahan air matanya. Besar tanggungjawabnya selepas ini. Andai dia tersilap semuanya akan dituntut kelak. Umar takut dia gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.

“Umar, cakaplah. Kenapa kau menangis? Mak cik-mak cik tu semua ingat kau menangis sebab kena paksa kahwin dengan aku.”

Umar tergelak kecil. Menutup rasa hatinya. “Memang kena kahwin paksa pun. Aku bukan apa… Aku sedihlah sebab lepas ni hari-hari aku nak kena hadap perangai tiga suku kau tu,” seloroh Umar sambil ketawa.

“Eii kau ni kan, suka sakitkan hati aku.” Sekali lagi bahu Umar ditampar. Kali ini lebih kuat. Geram punya pasal.

“Aduh! Sakitlah Lia. Berdosa tau pukul suami.”

Dahlia menjeling geram. Guna kuasa veto nampak!

“Lia, Umar.” Suara Mak Esah di luar menghentikan perbualan mereka.

“Ya, mak.” Dahlia terus bangun daripada duduknya. Kaki melangkah ke muka pintu. Daun pintu dibuka daripada dalam.

“Buat apa dekat dalam?” soal Mak Esah. Puas dia cari anak dan menantunya itu tadi. Itu pun Siti yang beritahu mereka berdua ada di dalam bilik.

“Makan.” Umar tersengih sambil menayangkan pinggan yang sudah kosong di tangannya.

“Dah kenapa makan dalam bilik pula ni? Kenapa tak makan dekat luar je? Ramai tetamu cari kamu berdua.”

“Lia lah mak. Dia saja nak bermanja-manja dengan Umar,” laju Umar menjawab. Waktu ni lah dia nak kenakan Dahlia.

“Mana ada!” nafi Dahlia keras. Wah, Umar dah lebih ni! Padahal dia yang ajak makan dalam bilik tadi. Siap offer nak suapkan Dahlia lagi.

Mak Esah tersenyum lebar melihat gelagat anak dan menantunya itu. Sungguh hatinya senang melihat mereka berdua. Andai saja Dahlia memilih Umar daripada awal lagi tentu mereka dah lama hidup bahagia. Tapi inilah takdir. ALLAH dah susun jalan cerita mereka cantik-cantik. Lega hati seorang ibu melihat anaknya bersama dengan orang yang tepat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience