“Miss Pepero, ni laporan penghantaran yang miss minta tu.”
Deila mengangkat muka, memandang seraut wajah salah seorang staff yang sudah berkhidmat bersama dia sejak awal kilang bakerynya dibuka.
“Thank you, Sheera.”
Fail bertukar tangan.
“Oh ya, hari ni miss nak turun ke kilang pemprosesan ke?” Sheera aju soalan. Deila berfikir sejenak.
“Saya pergi sekejap lagi.”
Sheera lempar sengih bermakna. Deila pandang curiga.
“Kenapa, Sheera?” Deila menghempas tubuh di penyandar kerusi kerjanya lalu menyilang lengan di dada.
“Takde apa-apa miss. Saya keluar dulu.”
Deila pandang pelik sehingga kelibat Sheera hilang di sebalik pintu. Kerja yang tinggal sedikit cepat-cepat diselesaikan. Kemudian, Deila terus bergerak menuju ke belakang bangunan pejabat kecilnya, di mana terletak sebuah bangunan sederhana besarnya, iaitu kilang bakery milik dia yang sudah mulai berfungsi sejak setahun lalu.
Deila merenung bangunan yang terpacak di depannya dengan pelbagai rasa yang menggerudi dada. Terimbas kembali bagaimana dia melalui waktu sukar seorang diri.
Selepas dia melangkah keluar dari perut hospital, kembali sekejap ke kampung untuk melawat kubur opah, ibu dan ayah sebelum merantau kembali demi memulakan hidup baru. Bermula dengan menjaja di tepi jalan, berniaga secara online sehingga kewangan semakin stabil sebelum dia berniat mahu besarkan perniagaan.
Tetapi semuanya tidaklah semudah perancangan. Deila berjuang separuh mati untuk dapatkan dana. Satu persatu bank dikunjungi tetapi semuanya menolak kerana Deila bukan siapa-siapa, jauh sekali punya kewangan yang kukuh untuk bayar balik sejumlah wang pinjaman.
Kenaikan harga barangan hampir buat Deila berputus asa. Pelanggan mulai berkurangan kerana harga terpaksa Deila naikkan untuk mengurangkan kos kerugian. Tak putus asa, Deila ubah resepi dengan mengekalkan rasa. Ternyata, tindakannya menarik lebih ramai pelanggan tetapi belum cukup untuk menarik minat bank untuk keluarkan dana.
Deila hanya mampu keluarkan deposit untuk tapak kilang dan pejabatnya. Tarikh perjanjian hampir tamat dan depositnya hampir hangus saat Tok Teh muncul dan tawar diri jadi penjamin. Semuanya berjalan dengan lancar selepas itu.
Bersama Tok Teh, Deila mulai berjinak-jinak dengan persatuan anak yatim. Perniagaan juga semakin baik dan Deila turut menyumbang dana ikut kemampuannya ke beberapa rumah anak yatim sehinggalah Deila dilantik menjadi salah seorang wakil sebuah rumah anak yatim.
Satu kebanggaan buat seorang Deila Araferro. Pun begitu, Deila tetap rasa terhutang budi kepada Tok Teh. Tanpa wanita itu, tak mungkin Deila mampu kecapi kejayaan seumpama itu. Walaupun cuma sebagai penjamin, Tok Teh memainkan peranan penting dan bagi Deila, tanpa tok tak mungkin dia mampu pergi sejauh itu.
Melangkah masuk ke dalam kilang pemprosesan biskut jejari awalnya dan kini sudah dipelbagaikan mengikut permintaan semasa, Deila mematikan langkah bila terasa ada sesuatu yang aneh mengenai suasana di ruang penyediaan bahan dan pemprosesan itu. Bebola mata bergolek memerhati sekeliling.
Kosong!
Ke mana semua pekerjanya yang taklah ramai sangat, adalah dalam lapan orang semuanya itu? Amboi, curi tulang nampak? Deila atur langkah selajunya menuju ke ruang rehat staff.
“Wah, bestlah kalau hari-hari kena belanja macam ni! Bos baru kita memang awesome!”
Langkah Deila mati di gerbang masuk ke ruang rehat. Dahi berkerut seribu. Bos baru? Sejak bila? Mengapa dia tidak tahu wujud bos baru selain dari dia?
“Jemputlah semua, jangan malu-malu.”
Deila cuba amati suara maskulin yang menjawab. Siapa? Perlahan, Deila buka langkah lalu mengintai di sebalik dinding gerbang. Satu sosok sedang berdiri membelakangi Deila. Cuba diamati sekali lagi. Masih tidak punya sebarang klu, Deila melangkah masuk dengan wajah tegang, super ketat!
“Miss Pepero!”
Deila yang sedang tayang wajah serius buat staff yang menegurnya tadi terus terdiam.
“Siapa yang benarkan korang lepak di sini semasa waktu bekerja?”
Tegas! Itu sikap Deila sewaktu bekerja dan semua staff memahami dia. Sosok tubuh milik seorang lelaki itu berpaling, memandang Deila. Berkerut hingga hampir bercantum kening Deila sebaik sahaja pandangan dia dan lelaki itu bertaut.
“Maaf, Cik Deila. Saya yang panggil semua staff ke sini untuk meraikan sesuatu.”
Berdiri tegak kuping telinga dengar jawapan lelaki itu. Sambil genggam penumbuk, Deila mara menghampiri lelaki itu.
“Kau siapa? Punca kuasa mana kau pungut sampai berani bagi arahan dalam kilang saya hah?!” Suara Deila meninggi. Lelaki itu undur setapak.
“Dengar dulu penjelasan saya, Cik Deila. Nama saya Ghadaffi. Saya pembantu Tuan Rhett. Macam ni, Cik Dei…”
“KELUAR!!!”
Tergamam seketul Ghadaffi bila diteriak oleh Deila. Laju bebola mata Dafi bergolek, berharap tuan punya mulut yang beri arahan kepada dia muncul serta merta. Serius, dia seriau bila lihat wajah bak singa baru beranak Deila ketika itu.
“Sabar dulu Cik Deila. Dengar dulu apa yang mahu saya katakan.” Dafi buru-buru keluarkan beberapa lembar dokumen dari dalam briefcase. Belum sempat dia hulur, Deila terlebih dahulu menyambar dokumen tersebut. Kaget Dafi dibuatnya. Ganas betul ex bos dia ni!
Laju bebola mata Deila bergolek, meneliti dokumen tersebut sebelum mata menyorot ganas ke seraut wajah Dafi.
“Apa semua ni hah?!” Deila jerit lagi sambil tayang lembaran kertas itu di depan wajah Dafi.
“Seperti yang tertera dalam penyata bank itu, kilang ni dah bebas dari bank.”
“Maksud kau?”
“Maksudnya kilang ni dah bebas hutang. Bank tiada kuasa ke atas kilang serta tapak kilang ni.”
Terkejut Dafi bila Deila koyakkan dokumen itu di depan muka Dafi.
“Siapa yang memandai pergi jelaskan semua hutang piutang saya hah?! Ada saya suruh ke?! Apa hak korang buat macam tu?!”
“Cik, sabar dulu, saya tak…”
“Saya tak nak! Saya tak nak semua ni! Kilang ni dibangunkan atas penat lelah saya, syaitan! Kau datang berurusan dengan bank hanya kerana kau punya duit berkepuk-kepuk dan mahu ambil alih kilang saya macam tu je? Syaitan betul kau kan?! Kau keluar sekarang, keluar saya kata sebelum saya panggang kau hidup-hidup dan buang kau ke laut jadi makanan ikan jerung!”
Deila hampir hilang akal waras lantaran terlalu marah menerpa, mahu menyerang Dafi. Beberapa staff kelam kabut menarik Deila menjauhi Dafi.
“Bos, sabar bos!”
“Sabar kau kata?! Lelaki macam nila spesis paling tak guna di dunia. Hidup asyik menyusahkan orang, suka ambil kesempatan! Kau nak sangat tengok saya jadi gila kan?! Lepaskan saya! Biar saya ajar lelaki tak guna ni!”
Dafi undur dan terus undur. Wajah pucat lesi. Batin menjerit, menyeru lelaki yang bertanggungjawab letak dia dalam situasi yang begitu sulit itu supaya muncul dan bebaskan dia dari terus dijadikan tempat melepaskan amarah gadis singa itu. Menakutkan!
“Bos, sabar bos.” Staff Deila masih cuba sedaya upaya menarik Deila.
Dafi yang sudah menghampiri gerbang pintu terus putar tubuh, mahu lari dari situ.
Buk!
Di ambang pintu, Dafi menabrak seseorang. Bulat mata Dafi, bersinar seterang bulan purnama sebaik saja seraut wajah tampan lelaki yang terpacak di depannya tertangkap lensa mata.
“Bos! Thank god you are here. Bos je yang berurusan dengan ex bos tu.” Bergegas Dafi tolak belakang Rhett untuk masuk ke ruang rehat tersebut.
Rhett rasa ragu-ragu mahu masuk bila lihat wajah pucat lesi Dafi. Ada sesuatu yang tak kena, itu pasti! Bukan dia tak kenal siapa Deila Araferro. Yang pasti, Deila bisa bertukar jadi serigala jadian kalau mengamuk.
“Kau!!!”
Mati mendadak langkah Rhett bila satu suara nyaring menusuk pendengaran. Suara yang amat dia cam. Dan yang pasti, suara berbaur amaran berbahaya. Rhett terpacak, kaki terpasung saat dia lihat Deila mara menghampiri dengan wajah merah padam. Mampus! Dia harus melarikan diri. Malangnya, kaki bagai dirantai oleh bumi, tak mampu Rhett gerakkan.
“Apa kau dah buat hah?!” Rhett tergamam diherdik oleh Deila.
“Nothing!” Masih cuba terlihat tenang, Rhett jawab.
“Nothing?” Deila ulang guna suara dalam. Suara yang buat Rhett mulai rasa gemuruh. Suara dalam itu mengundang rasa cemas. Ada bau-bau bahaya.
“Saya cuma…”
“Kenapa Rhett? Tak puas lagi ke kau nak siksa saya?”
“Tak, Del! Bukan macam tu. Saya…”
“Kenapa Rhett? Apa maksud kau jelaskan hutang bank saya?”
Rhett terpempan sebentar. Apa maksud dia buat macam tu? Dia cuma mahu dapatkan Deila semula. Tak mengertikah Deila niat hati dia?
“Speak, Rhett Raffendy!”
Terenjut bahu Rhett dengar suara nyaring Deila. Ya ampun, minah ni! Tak menyempat langsung. Bagilah dia sedikit waktu untuk fikirkan jawapan yang paling tepat. Kang dia kata nak tackle balik janda dia, tak pasal-pasal patah tengkuk dia Del kerjakan.
“Macam yang tertera dalam penyata bank, kau tak berhutang kepada bank. Mulai hari ini, kau dan saya adalah pemilik bersama kilang ini.”
“Syaitan!!!”
“Del!”
“Lari, bos!”
RHETT muncul di rumah agam dengan dahi sebelah tepi sedikit terjojol, kebiru-biruan. Itu hasil kasut tumit tinggi Deila yang dibaling dan tepat mengenai sasaran. Rhett menghempas punggung di salah satu sofa lalu membaringkan tubuh di penyandar. Sambil buang keluhan, pelipis diurut perlahan.
Tok Teh muncul lalu duduk di samping Rhett. Tergeleng tok lihat wajah Rhett. Hari tu muncul dengan pipi calar balar, bawah bibir pecah. Hari ni dahi pula benjol. Esok-esok entahlah, mungkin cacat kot cucu dia ni dikerjakan!
“Del masih sukar didekati ke?” Tanya tok dengan suara lembut. Rhett buang keluhan kasar, sekali lagi.
“Rancangan tok tu… disaster! Del mengamuk gila!”
Tok angguk, mengerti. Ya, dialah yang menyuruh Rhett berurusan dengan pihak bank. Mudah saja kerana dia adalah penjamin Deila. Salah satu strategi untuk mendekatkan Rhett dengan Deila sebenarnya. Malangnya, dengan sikap keras kepala Deila, ia tak mudah. Kasihan pula Tok Teh lihat keadaan Rhett tetapi jika dia fikirkan, apa yang Deila alami adalah lebih sakit berbanding cucunya. So, anggap jela ini semua kifarah buat kau, Rhett! Sesungguhnya apa yang sudah kau lepaskan, tak mungkin kau akan dapatkan semula dengan mudah. Hanya buang air liur dan tabur duit, kau mungkin fikir kau akan dapat kembali apa yang kau nak. Malangnya, Rhett… Deila bukan semudah itu.
“Jadi… Kau nak putus asa sekarang?” Duga Tok Teh. Laju Rhett geleng.
“Even saya mati di tangan Del, saya takkan undur.”
Tok tersengih. Senang hati tuanya lihat kesungguhan Rhett. Kenapalah Rhett tak tunjuk kesungguhan macam tu sewaktu Deila masih jadi hak mutlaknya suatu ketika dulu? Betul kata orang, penyesalan selalu datang lambat. Bila sudah kehilangan, barulah tahu menghargai.
“Bagus. Sekarang, kau dah punya kelebihan sebagai salah seorang rakan kongsi Del. Kau tahu apa yang harus kau lakukan, Rhett. Tok tunggu perkembangan positif. Jangan lambat sangat, tok bukan semakin muda.”
Tok bingkas bangun usai berkata. Selepas beberapa langkah meninggalkan Rhett yang masih gigih berfikir, tok membantutkan langkah lalu menoleh ke arah Rhett.
“Jangan sampai kau abaikan syarikat sudahlah. Faham tak?” Tok beri amaran. Rhett hanya angguk sebagai jawapan.
Dafi muncul esok hari di bilik pejabat Rhett setelah hampir tamat waktu lunch.
“Bos, semua yang bos pinta tu saya dah letak dalam kereta bos.”
“Baik, kita gerak sekarang.”
Dafi kelihatan ragu-ragu. Siap garu kepala yang tak gatal di depan Rhett.
“Saya kena ikut jugak ke bos?”
“You’re my PA, Dafi! Jangan lupa, bawa sekali office boy tu. Siapa namanya?”
“Aiman!”
Rhett angguk sebelum buka langkah besar-besar menuju ke arah lift.
Hampir sejam menyusur lebih raya, akhirnya kereta Rhett yang dipandu oleh Dafi masuk ke perkarangan sebuah bangunan sederhana besarnya. Seperti yang diarahkan, Aiman budak ofis jadi mangsa Rhett untuk menghantar jambangan bunga, teddy bear sebesar pemeluk gadis sunti juga beberapa jenis manisan untuk diberikan kepada Deila.
Rhett menanti di dalam kereta bersama Dafi. Kereta sengaja diparkir berhampiran pintu masuk. Agak terselindung tetapi pintu depan bangunan pejabat Deila masih boleh dilihat dengan jelas.
Hampir lima belas minit kemudian, kelihatan Aiman tergesa-gesa keluar. Belum separuh meninggalkan pintu, Deila muncul lalu melempar jambangan bunga dan bakul berisi manisan ke arah jalan raya. Patung beruang menyusul kemudian, siap Deila pijak-pijak sebelum dia sepak dengan kasut tumit tingginya. Terpelanting patung beruang malang itu lalu bergolek ke jalan raya.
Rhett dan Dafi pandang dengan wajah tercengang.
“Ex bos jenis tak lut dengan benda-benda sweet! Rasanya lebih baik bos bagi boxing gloves dan punching bag je!”
Rhett jeling Dafi dengan wajah bengang.
Deila Araferro!
What should I do to win you back? Huwaaa!!!
Share this novel
yeahhhh go del! jangan bagi muka