MENGANDUNG + ENDING

Romance Series 11578

Aku dan baihaqi terus pulang ke rumah selepas itu, aku tidak bercakap banyak didalam kereta

"Hubby sayang nak tanya, sape perempuan tadi?"

"Ouhh, tadi tu?"

"Yes" jawab aku tegas

"Cuba sayang teka?"

Dia nak suruh kita main teka-teki pulak dah, ni buat kita naik hangin

"Betul-betul la hubby tak lawak, kalau tak tidur luar, esok masak sendiri daripada pagi sampai malam, jangan bercakap dengan sayang langsung" kata aku bersyarat sambil berpeluk tubuh menghadapnya. Tak ada niat untuk bermain dengannya harini, mood aku sudah lari entah kemana

"Okaylah, hubby bagitahu" katanya geram sambil mencubit hidung aku

Auchhh sakit tahu tak, ishhhhh la dia ni!!

"Dia tu sepupu hubby, belah mak"

"Elehhh iye la tu, tak kan rapat sampai macam tu?"

"Sayang jealous ke?"

"Tak, okay cuba hubby fikir. Boleh ke sepupu rapat macam tu sampai nak kena ajak sepupu dia jugak keluar tengok wayang malam-malam? apa siang hari dah tak ada waktu ke nak pergi tengok? dan dia pun memang jalan pun kena rapat-rapat dengan hubby?" marah aku

"Hubby dengan dia memanglah rapat daripada dulu lagi, daripada kecik. Dia anggap hubby macam abang dia sendiri, apa-apa dia akan mintak tolong hubby"

"Okay tu sayang tak kisahlah, nak anggap tu i don't care. Tapi janganlah sampai melampaui batas kott. Dia tahu yang hubby dah berkahwin?"

"Dah, dia ada datang masa kahwin haritu"

"Habistu, apa lagi yang dia nak?" suara aku sudah naik

"Sayang"

"Hubby please lah, lepasni sayang tak nak lagi hubby keluar dengan dia. Kalau hubby nak keluar sayang tak kisah dan sayang tak halang, atleast bagitahu sayang dulu kalau hubby nak keluar dengan perempuan sekali pun. Ajak sayang dulu or bagitahu sayang, sekurang-kurnagnya sayang tak risau dan tak fikir yang bukan-bukan" kata aku terus terang

"Okay-okay hubby faham, hubby minta maaf eh pasal tadi tu?" katanya sambil mendekati aku

"Hemmm ye lah, kalau hubby buat lagi. Sayang tak nak kawan hubby" aca-aca merajuk

"Okay-okay hubby janji, hubby tak buat dah" katanya sambil mencantumkan jari kelingking kami

"Betul? janji?"

"Iye hubby janji sayang" katanya sambil memeluk belakangku

"Hubby sayangkan sayang" katanya sambil mencium pipiku yang ditutupi oleh rambut

"Iye, sayang pun sayang hubby" kata aku sambil menepuk lembut pipinya

"Sayang..." panggil meleret

"Apa dia hubby?" orang tengah mood tak baik ni, nak bermanja pulak

"Jomm kita naik atas"

"Tak ada mood" jawab aku lurus

"Sayang, okay okay hubby minta maaf. Hubby betul-betul minta maaf"

Aku diam lagi

Tiba-tiba aku terasa diri aku diangkat

"Hubby ni apa main angkat-angkat?" marah aku

"Hubby!!"

Baihaqi langsung tidak mengambil peduli, dia terus bawak aku naik bilik

"Hubby ni" baihaqi terus menutup pintu dan lampu

"Jomm" katanya sambil membuka ikatan baju tidur aku

"No" aku memegang semula tali itu

"Kenapa no?"

"Jepun datang melawat" kata aku tanpa nada atau riak

"Lahhh, bila lagi dia serang?"

"Masa nak solat asar tadi"

"Patutlah sayang moody pagi tadi, rupa-rupanya dia kena serang dengan jepun" katanya sambil mencari sesuatu di dalam rak meja

"Hubby cari apa?"

"Cari minyak panas"

"Untuk?"

"Untuk sayang lah kata jepun datang, nak suruh jepun tu kalahlah"

Baihaqi menghampiri aku semula lalu menyapukannya pada perut aku. Sedap je rasa panas suam-suam aku terus terlena

1 Tahun kemudian....

"Hubby ni punca hubby la ni" marah aku tiba-tiba sengaja

"Lahh kenapa pulak ni nak naik hantu dengan hubby?"

"Hubby buat perangai"

"Perangai apa?"

"Macam la sayang tak tahu" kata aku sambil menjeling

"Eh dia main jeling-jeling pulak" baihaqi perlahan

"Hubby cakap apa? sayang tak dengar ulang semula?"

"Tak ada apa-apalah, sayang please cakaplah apa masalah ni? hubby tak fahamlah, cuba terus ke hujung" katanya sambil mendekati aku

"Hermm hubby ni. Saje tak faham atau memang buat-buat tak faham?"

"Hubby 100% langsung tak faham"

"Okay, sayang bagi hint. Hubby akan jadi CEO"

"Eh macam mana boleh jadi macam tu? hubby tak ada beli company, ataupun sayang pun tak ada yang beli company pun. Kenapa tetiba cakap pasal CEO ni?"

"Tapi hubby kena buat kerja 24/7, kena buat susu, kena tukar lampin, kena jaga dia kalau dia tak tidur, jangan bagi dia menangis"

"Hehhh, CEO apa macam tu?" kerut dahi baihaqi

"CEO la tu, hubby punya staf yang akan datang"

"Hubby tak fahamlah sayang, cuba terus-terang je"

Aku pun menghulur sekeping sampul berwarna putih kepadanya

"Apa ni sayang?"

"Surat tu untuk interview hubby lah"

"Ishhh sayang ni, hubby tak naklah terima jawatan CEO tu"

"Hubby nak atau tak, hubby kena terima jugak jawatan tu. MUKTAMAD"

"Alahh...... ye la ye lah" baihaqi pun membuka sampul putih itu dan melihatnya, terus matanya terbeliak macam nak terkeluar

"Sayang are you serious?"

"Yes, for what nak kena main-main?"

Terus baihaqi mendukung aku dan memeluk aku seeratnya

"Sayang thank you, hubby tak sangka secepat ini rezeki kita"

"Cepat ke bagi hubby? sebab ini kan masuk kali ke-2 anniversary kita. Bagi sayang ni biasa je"

"Bagi hubby cepat, sebab sesetengah orang tu kahwin 5 10 tahun tak dapat lagi"

Aku menganggukkan kepala "sayang nanti kita pergi cari baju baby"

Akhirnya dapat tangkap jugak laki aku ni, punyalah loading

"Awal lagi la hubby, baby pun tak tahu lelaki atau perempuan, kembar ke tak"

"Takpelah kita buat persediaan awal" kata baihaqi sambil mengosok perut aku yang nipis

"Excited sangat hubby ni"

"Mestilah excited, benih hubby ni berjaya bercambah dalam rahim sayang. Nanti jadi jpj jugak"

Aku sudah menepuk dahi, manakala baihaqi tergelak

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience