"Gilo ah! Dalam pada kau sakit teruk aritu pun kuiz kau yang higher. Otak kau ah!".
Teman yang bercakap mengangkat dua penumbuk dengan ibu jari keduannya terjongket.
"Daebak!"
Yusoff juih bibir dan angkat kening. Buat muka selamba. Sekarang dia sudah semakin pendiam. Pendek kata jika bukan kerana pelajaran langsung tak dengar suaranya.
Malas!
Rasa malas nak hidup...
Nauzubillahi Min Zalik! Mudah-mudahan tidaklah sampai tahap itu dia merajuk dengan cinta ini.
Sepanjang dua bulan selepas pertemuan terakhir dengan Khaleeda dia bermuhasabah diri. Belajar menerima qada dan qadar Allah sebagai hamba yang sempurna akal.
Tak mengapalah. Dia ambil sebagai ujian diri dan pengalaman yang tidak boleh dijual beli dalam perjalanan di setiap check point menuju alam dewasa kemudian tua.
Mungkin satu hari nanti dia akan ketawa mengingat pengalaman hidup yang ini. Pertama kali jatuh cinta dan pertama kali kecewa bercinta.
Tiada siapa yang tahu apa yang ada di masa hadapan. Tidak mustahil kaya, berjaya, dicintai dan menyintai itu menjadi milik dia.
Tiada apa yang mustahil selagi dia sentiasa berfikiran positif. InsyaAllah satu hari nanti dia berbahagia dengan seseorang... Dida mungkin.
Arghhhhhhh!!!
@@@@@@@
Yunus berlari anak. Menyusup-menyasap di celah-celah orang ramai sepanjang pasar malam yang bagai ular menyusur.
Kenapalah dia pilih lokasi ini. Gerai burgernya dia terpaksa tinggalkan sahaja tak bertuan.
Dari celah bahu, leher dan kepala orang ramai yang berpusu-pusu berselisihan, dia nampak sosok Wati yang masih mengejar.
Nampaknya banyak lagi berat yang harus dia nyahkan dari tubuh besarnya. Walau ramai yang menegur dia sudah semakin kurus tapi hari ini dia tahu yang hilang belum cukup jumlahnya.
Aduh mengah!
Yunus berhenti di balik bunting berdiri yang besar di hadapan sebuah gerai yang berderet. Kepala masih terjengah-jengah ke arah yang ditinggalkan.
Wati sudah berhenti tapi kepala umpama zirafah apabila leher yang pendek cuba dianjal setinggi yang boleh untuk meninjau.
Dari kejauhan dia nampak Wati menyinggah ke gerai menjual air kelapa. Haus mengejarnya barangkali. Yunus sendiri sangat mahukan seteguk minuman sejuk sekarang ini.
Wati beralah rasanya kerana sudah berpatah balik ke arah asal datang mereka.
Fuh! lega...
Nasib baik selamat. Telefon tangan dikeluarkan.
"Weh! Man! kau tolong jaga gerai aku kejap."
"..."
"Bukan... janda aku datang tadi. Dia kejar duh!".
Panggilan ditamatkan.
Tolonglah Ya Allah...
Dua bulan sahaja lagi Yusoff akan ke luar negara.
Selepas itu dia akan pulang ke Perak. Sehingga Yusoff tamat pengajian di Perancis baru dia fikir untuk datang lagi ke Kuala Lumpur.
Dua bulan sahaja lagi!.
@@@@@@@
"Kalau kau dah tak boleh... aku kena cari orang lain."
Tak sampai seminit dia duduk mahu melegakan urat betis dan pinggang yang pedih kerana lama berdiri dari sejak jam enam pagi.
Khaleeda berkuat pada tebing meja di tengah ruang dapur untuk bangun dari duduk. Aduh... sakitnya kaki. Sudah bengkak, mahu menyarung selipar jepun pun jadi sakit.
Kalau berkasut lagilah tidak boleh. Kasut yang ada semua sudah tidak muat. Mahu beli yang baru... ada duit, tapi itulah... harus menyimpan untuk menyambut si kecil di dalam perut.
Urusan Papa dan Mama pun sudah tidak mampu dia tolong. Kali terakhir ke penjara melawat papa dia dimaki dengan bermacam perkataan yang menyedihkan sambil Papa menangis meraung-raung melihat dia membawa perut. Hmmm...
Malaslah cerita.
Tak nak fikir, tak nak ingat tapi itu sahaja yang berlegar di dalam kepala otaknya. Cerita sedih, cerita risau... semualah berlegar-legar hampir memerengkan kewarasannya.
"Di baru duduk Mek."
Mek yang sedang mengacau air gula di dalam periuk di atas dapur nampak ralit dengan kerjanya sebelum...
'Beletum!'...
Senduk yang diguna Mek untuk mengacau air gula dibalingnya ke dalam sinki.
Khaleeda jeling dengan ekor mata. Menarik nafas panjang dan mengosok perut yang memboyot. Kasihan anak ibu...
"Aku cari makan Di. Belum cukup nak menolong orang jadi senang. Aku sendiri belum pernah merasa senang."
Bebel Mek menjadi semakin sebal dari hari ke hari. Pedih telinga pedih hati Khaleeda mendengarnya. Dia bekerja, bukan duduk sahaja Mek hulur duit gaji yang dibayar hari.
Dalam pada sakit dan tidak selesa membawa perut tetap juga kerjanya siap cuma kebelakangan ini menjadi perlahan mahu menyaing Mek mengejar masa yang sentiasa suntuk.
Khaleeda pilih mendiamkan diri. Jika dijawab hanya akan memanaskan hati Mek. Silap hari bulan dia akan kehilangan pekerjaan ini.
Dia tinggal lagi mahu menumis sayur. Bahan semua sudah siap tapi kerana tidak tahan sakit di betisnya dia mahu duduk sekejap malangnya ketika itu jugalah Mek masuk ke dapur.
Hmmm... bertahan Di!
Bertahan ya...
Tolonglah bertahan Khaleeda...
@@@@@@@
Apabila dibuka pintu bilik perkara pertama Khaleeda buat meraba dinding memetik suis lampu. Bilik menjadi terang tapi nampak dan terasa sangat sunyi kaku.
Khaleeda bawa badan dengan perut yang memboyot ke katil bujang di tepi dinding. Penatnya...
Lega sungguh rasa kaki dan pinggang dapat duduk di atas katil setelah seharian penat berdiri dan sebentar tadi memanjat anak tangga untuk naik ke bilik sewanya di tingkat tiga.
Bungkusan makanan yang dibawa balik dia letak di atas bangku plastik di tepi katil. Nasi bungkus dari restoran Mek. Sepanjang mengandung, makanan dia hanya datang dari restoran Mek.
Ada juga benda dia teragak sangat untuk dimakan tapi sekadar dijilatnya tapak tangan.
Tak tahu entah betul atau tidak, dia pernah terdengar arwah Mama Yati berbual dengan jiran sebelah rumahnya dahulu. Jika teragak sesuatu makanan tapi tak dapat, jilat sahaja tapak tangan untuk elak kempunan.
Hmm... entahlah dia cuba sahaja. Mudah-mudahan tidaklah bercanggah dengan akidah hingga boleh memudaratkan keimanan dia kepada Allah.
Dia buat begitu kerana terdengar perbualan ibu mengandung di klinik kesihatan pasal anak yang baru dilahirkan ibu itu berjejehan air liur selepas lahir kerana tidak mendapat makanan idaman ketika di dalam kandungan.
Duit simpanan dia tidak banyak dapat dikumpul. Satu hari gajinya tujuh puluh ringgit sahaja. Tolak sewa bilik dan bill telefon selebihnya memang dia simpan.
Dia harus menyediakan sewa bilik ini untuk dua bulan tambahan, sebagai persediaan ketika bercuti kerana bersalin nanti.
Belum lagi untuk makanan dan ubatan sakit pening ketika di dalam hari. Pengangkutan untuk ke klinik dan hospital sebelum dan selepas melahirkan. Semua itu harus masuk di dalam kira-kiranya.
Sangat menyesakkan fikirannya. Pakaian untuk bayinya juga belum dibeli. Kelmarin ada kenalan di bilik hujung kata mahu beri milik anaknya tapi harus diambil di kampung terlebih dahulu.
Mungkin dia boleh beli sedikit sebagai persediaan. Manalah tahu kenalan itu terlupa. Mahu bertanya lagi segan pula rasa muka.
Atau mungkin dia boleh ambil yang terpakai, percuma daripada pertubuhan NGO di bangunan sebelah belakang. Dia terdengar pelanggan restoran Mek bercerita tentang tempat itu kelmarin. Hmm...
Kasihannya anak Ibu...
Khaleeda gosok-gosok perut yang bulat memboyot. Timbul bengkak bergerak-gerak sekitar perut, Khaleeda tertawa. Terhibur rasa hati melihat perutnya begitu kerana si anak bergolek-golek di dalam.
InsyaAllah sayang, Ibu cuba sehabis baik usaha, untuk beri sehabis baik penjagaan, khas buat anak Ibu. Khaleeda kekal mengusap perutnya. Mengebu-gebu rasa kasih dan sayang buat si kecil.
Sudah lebih enam bulan usia kandungannya bermakna sebulan sahaja lagi masa untuk dia mengubah fikiran.
Ada masanya ketika dia amat lelah dengan pesekitarannya sekarang ini mahu sahaja dia mengubah keputusannya.
Bukan duit sahaja, bukan soal sakit pening dan kebajikan diri dan anak sahaja, Mek juga sekarang semakin dingin dengannya. Satu-satunya sosok paling dekat buat dia yang bagai 'Kajang Pak Malau musafir lalu'.
Sosok yang dia harap dapat menumpang sokongan emosi dalam waktu dia berada pada aras paling jatuh rendah ke dasar kesedihan.
Entah apa diadu si Chah rakan kerjanya yang tidak habis-habis mencari olah memusuhi dia.
Chot pula berburuk sangka dengan kandungannya lalu kerap bersikap tidak sopan seolah dia perempuan murah.
Puncanya semua kerana mereka ternampak dan terdengar peristiwa antara dia, Yusoff, Yunus, Khairul dan 'Yang si Khairul' di kaki lima bangunan dahulu.
Manakan tidak hati dia berbolak-balik seperti ini, dia tertekan perasaan dari pelbagai arah.
Tapi...
Dia takutkan ugutan Yunus.
Apa tindakan yang akan Yunus ambil jika dia mencari Yusoff sekarang dan berterus terang tentang anak di dalam kandungannya?.
Kasihankan Yusoff pun iya juga. Dia mahu sangat lihat Yusoff berjaya. Tak mengapalah kalau dia tidak bersatu dengan Yusoff atau Yusoff sudah bencikan dia, dia tetap gembira jika Yusoff berjaya.
Bukankah rasa cinta bermakna mahu melihat si dia sihat berjaya walaupun bukan abadi milik diri, walau bukan di depan mata.
Rindunya pada Yusoff. Setiap malam dia mimpikan Yusoff seperti sepanjang dua bulan sebumbung. Setiap malam Yusoff datang dalam mimpinya. Mengelus wajahnya, mengelus bulat perutnya.
Allah...
Tidak sedar dia sedang menangis teresak-esak. Habis basah sehelai t-shirt milik Yusoff yang sentiasa menjadi teman tidurnya setiap malam.
Allah, Allah!.
Kenapa dia? Kenapa!?
so far ok lg kan. dh nyampah ke cite ni?. Sy tk brpe nk ada idea. tqvm kwn2 yg sudi singgah bce dan komen. komen lg ye pls pls pls
Share this novel