Langkah kaki Adriani terasa berat saat dia berjalan melalui koridor hotel The Ember Horizon yang sunyi dalam malam yang dingin dan mendung. Udara malam terasa lembap, seolah-olah menyerap letihnya yang masih bersisa dari insiden petang tadi. Dia baru saja ditukarkan ke bilik lain, tubuhnya belum sempat direhatkan, tetapi kini terpaksa pula menghadiri satu acara yang langsung tidak dimaklumkan lebih awal fansign BoyLand yang berlangsung dalam dewan utama hotel itu.
"Memang wanita gila," gumamnya sendiri sambil mendengus kecil. Merujuk kepada CikL, wanita yang bertanggungjawab atas semua kekecohan yang menyeretnya ke acara ini.
Dewan The Ember Horizon yang hanya menempatkan seratus peminat bertuah tampak eksklusif. Lampu-lampu candelier malap menghiasi langit-langit, mencipta suasana intim dan mewah. Namun, bagi Adriani, semuanya cuma menambahkan rasa berat dalam dadanya. Dia ingin pulang, merebahkan badan, bukan berada di sini.
Langkahnya perlahan, namun dia tetap menggayakan pemakaian kebiasaanya, Hoodie kelabu yang longgar disarung di bawah jaket varsity hitam oversized mencipta aura kasual yang tidak disengajakan. T-shirt putih bercetak samar terlihat di bawah hoodie, dan jeans potongan lebar yang menyapu lantai menambahkan elemen vintaj yang unik. Kasut putih yang bersih menapak tenang di atas permaidani merah marun.
Tas silang berjalur navy terletak kemas di sisi tubuhnya, menjadi aksen lembut pada gaya streetwear yang dikenakannya. Wajahnya dilindungi mask muka berwarna hitam, dan tudung polos kelabu asap terselindung rapi di bawah topi bucket hitam. Siluet yang terbentuk sopan, bergaya, dan misterius cukup untuk menghindar perhatian yang tidak diingini, namun cukup menarik untuk dipandang dua kali.
CikL melambai dari barisan tempat duduk hadapan, wajahnya ceria bagaikan kanak-kanak yang baru melihat patung kesayangan hidup kembali.
"Ash! Sini cepat!" jerit kecilnya sambil menepuk-nepuk tempat duduk di sebelahnya.
Adriani menarik nafas panjang sebelum melangkah ke arah CikL, duduk tanpa banyak bicara. Ruang dewan dipenuhi suara peminat yang berbisik penuh harapan. Belum ada bayang kelima-lima ahli BoyLand di pentas.
Desas-desus mengatakan acara itu mungkin akan dibatalkan, selepas salah seorang idol mereka dikaitkan dengan insiden yang berlaku sebentar tadi. Adriani hanya mampu berharap agar pembatalan itu menjadi kenyataan. Dia benar-benar keletihan fizikal dan emosi selepas kejadian yang menggoncang dirinya petang tadi.
Namun harapannya musnah apabila CikL berpaling padanya sambil mengerutkan dahi.
"Kau kenapa pakai macam ni?" keluhnya, nadanya penuh kecewa. Mata CikL memerhati Adriani dari kepala ke kaki. Penampilannya yang serba santai jelas bertentangan dengan suasana glamor dewan itu apatah lagi bersebelahan CikL yang tampil menawan dalam feminine dress pastel lengkap dengan aksesori kecil yang berkilauan.
Adriani memaling wajah, malas melayan. "Lantaklah aku nak pakai apa pun. Bukan aku yang nak jumpa idol tu, kan?" Monolog Adriani dalam hati
CikL menjuihkan bibir, kecewa. Apabila tertanyaanya tidak disambut oleh Adriani. "Aku dah suruh kau pakai elok-elok. Takkan kau nak datang jumpa BoyLand dengan gaya wartawan pencen ni?"
Adriani mencebik. "Aik, bukan kau suruh aku datang sebab kerja ke? Aku tak minat benda-benda macam ni pun."
CikL ketawa kecil sebelum menjawab, "Aku lupa nak bagitahu kali ni tugas kau jadi bestfriend aku sepanjang aktiviti ni. Kerja video dan gambar semua aku dah pass kat orang aku. Kau temankan aku je."
Adriani mengerutkan dahi sambil menggeleng perlahan. "Aku dah tak minat nak bersorak atau tengok benda-benda macam ni lagi," gumamnya dalam hati. Tapi apakan daya CikL sudah pun membuat bayaran penuh tanpa berbincang. Segalanya seakan telah ditentukan, walau hatinya masih berat untuk meneruskan.
"Tapi aku dah bayar penuh untuk kau, sayang. Jangan kecewakan aku." Nada manja CikL mengiris hati. Wajahnya bersinar ceria, seperti semua tenaga Adriani telah disedut sepenuhnya olehnya hari ini.
"Jangan tunjuk kau depress sangat," ujar CikL lagi, tersenyum lebar.
"BoyLand dah masuk!"
Sorakan kecil mula bergema dalam dewan, peminat-peminat berdiri di tempat masing-masing, bersorak sopan tetapi jelas teruja. Lampu pentas dihidupkan, dan kelima-lima ahli BoyLand muncul dengan gaya penuh bintang berpakaian seragam pentas yang bersinar, senyuman terpamer dan tangan melambai mesra.
Adriani hanya memandang sepi.
Matanya tertumpu pada satu wajah yang terlalu dikenalinya kini lelaki acah retis itu. Senyumannya tampak ikhlas, lambaian tangannya seolah membawa kehangatan kepada seluruh dewan. Namun bagi Adriani, semuanya itu hanya topeng.
Dia tahu di balik wajah tampan itu, tersembunyi ego yang menjulang dan kepura-puraan yang menjijikkan. Semua lakonan itu hanya untuk kamera dan peminat yang terlalu buta untuk melihat kebenaran.
Adriani mendengus kecil. Menyampah.
Suasana di dewan fansign semakin hangat, dipenuhi alunan bisikan dan gelak kecil para peminat yang menanti giliran mereka dengan wajah teruja dan mata bersinar. Setiap nama yang dipanggil membuat jantung mereka berdegup lebih laju. Para peminat dipanggil secara berkumpulan tiga orang pada satu masa untuk duduk rapi di barisan hadapan meja panjang, di mana kelima-lima ahli BoyLand menanti dengan senyuman mesra yang telah mereka latih sejak debut.
Setelah tiga kumpulan selesai melalui giliran mereka, kini tibalah giliran kumpulan yang termasuk Adriani. Langkahnya terasa berat, seakan setiap tapak kaki diheret bersama beban emosi. Hatinya kosong, seperti biskut krim yang terlupa disumbatkan krim.
"Aku betul-betul tak nak tengok muka mamat poyo tu," bisiknya dalam hati, menahan rasa menyampah yang membuak-buak sambil mengelak daripada memandang lelaki dengan senyuman yang pada matanya tampak penuh kepura-puraan. "Lagi senyuman dengan muka menjengkelkan tu!"
Di hadapan mereka, duduklah barisan lima jejaka yang menjadi kegilaan ramai Kang Ilwoo, si maknae dengan senyuman bayi. Seo Minjae, ketua kumpulan yang tenang. Choi Ryuseok, si Main Rapper yang mencerikan suasana. Edward Raiyan, Main Dancer merangkap Center yang ‘poyo’ dalam kamus Adriani dan terakhir sekali, Zayyan Kael, Main Vocal yang entah kenapa wajahnya terasa begitu familiar.
Kang Ilwoo menjadi yang pertama menerima album Adriani. Dia menyambutnya dengan senyuman manis, meskipun bahasa Inggerisnya sedikit terbata-bata. "Nice to meet you," katanya perlahan. Adriani sekadar mengangguk dan setiap soalan Adriani hanya menjawab sepatah dua kata. Jiwanya tidak berada di situ lebih kepada ingin kembali ke bilik hotel dan menekup muka dengan bantal.
Ilwoo cuba mengangkat tangan untuk bersalaman, namun Seo Minjae sempat membisikkan sesuatu di telinganya sambil memberi isyarat. Ilwoo segera mengangguk tanda faham tidak semua peminat berhijab selesa bersentuhan dengan lelaki. Ilwoo menghormatinya dan menarik kembali tangannya dengan sopan.
Sebelum berlalu ke ahli seterusnya, Adriani menyerahkan sebuah beg kertas hadiah yang sepenuhnya disediakan oleh CikL. Ilwoo menerimanya dengan senyuman dan melambai mesra. Adriani membalas dengan anggukan singkat. Jangan salahkan aku. Aku datang sebab terpaksa.
Acara berjalan seperti biasa sesi tandatangan, perbualan ringkas, dan penyerahan hadiah. Namun semuanya berubah saat Adriani berdiri di hadapan Edward Raiyan. Ingatan tentang ‘insiden tuala’ kembali menghantui kejadian yang dia sendiri berharap boleh dipadam dari ingatan seperti fail dalam recycle bin.
Edward menyambut album itu dengan senyuman lembut, berbeza sekali dengan sikapnya di luar pentas. "Asal mana?" soalnya, barangkali meneka Adriani berasal dari Malaysia berdasarkan hijabnya.
"Asal boleh." Guman Adriani pelahan yang didengari dirinya sendiri.
Edward mencuba lagi, "May I know where you live?" sambil mengangkat muka untuk memandangnya.
Adriani mengetap bibir geram di sebalik mask hitamnya. Jawapan yang akhirnya keluar?
"Rumah."
Zayyan Kael yang duduk di sebelah Edward tergelak kecil. "Haha, comel lah. Rumah kat mana?" katanya dengan nada bersahaja, membuat suasana jadi sedikit kurang tegang.
Edward memandang Adriani, jelas tidak senang dengan sikap acuh tak acuh itu.
Pandangan Adriani berpindah ke arah Zayyan, cuba mengenal pasti dari mana wajah lelaki itu terasa begitu familiar. Rasa seperti pernah bertemu sebelumnya, namun masih samar.
Melihat pandangan tajam Adriani ke arahnya, Edward menyerahkan album itu kepada Zayyan. "Dia fan berat kau ni," bisik Edward dengan senyuman sinis.
"Awak minat saya ke?" soal Zayyan, tersenyum lebar seperti baru menang cabutan bertuah.
Adriani membalas dengan nada datar, "Coklat… cheese…"
Zayyan memandang minuman coklat cheese yang terletak di tepi meja, kemudian menatap Adriani semula. Ada sinar dalam matanya, seperti mentol baru dipasang. "Ya, coklat cheese. Saya tak berapa suka yang manis sangat, tapi… tersuka."
Entah kenapa ayat itu kedengaran lebih daripada sekadar suka pada minuman. Ia seperti… pengakuan terselindung?
"Awak suka coklat cheese?" tanya Zayyan lagi, matanya tidak lepas dari wajah Adriani.
"Tak. Kadang-kadang saja nak minum," jawab Adriani sambil mengambil album itu kembali. Ada sesuatu yang bermain di benaknya, tetapi dia tidak pasti apakah itu benar-benar orang yang dia fikirkan.
Namun fikiran Adriani jauh mengembara. Dia cuba menyambung benang memori yang terputus adakah benar lelaki ini… dia?
"Nama awak siapa?" soal Zayyan sebelum menahan Adriani yang mahu berlalu mengambil albumnya. Tatapan mereka bersatu lagi, wajah lelaki itu masih tersenyum mesra.
Adriani terdiam, serba salah. Akhirnya dia menjawab perlahan, "Ad... Ash." balas Adriani perlahan, penuh keraguan. Ada naluri aneh yang membuatkan dia mahu menyembunyikan namanya daripada lelaki itu.
Zayyan mengangguk dan menulis sesuatu dalam albumnya.
'Senyumlah selalu, Ash. Seperti manisnya coklat cheese, begitu juga dirimu di hati saya.'
Adriani membaca ayat itu dalam hati. Tangannya menggeletar sedikit, bukan kerana terharu, tetapi kerana… “Hah… tetiba pula teringat mamat noob tu.” Monolog dalam hatinya bersahaja, tanpa riak pada wajah. Segalanya diterima dengan tatapan datar dan satu anggukan malas.
Zayyan masih melambai dengan senyuman yang seolah-olah dilekatkan dengan gam UHU. Adriani hanya mengangguk ringkas sambil menahan diri dari berkata.
Dia segera melangkah turun dari pentas. Wajahnya kekal tenang, tapi dalam hati. Tolonglah, cepatlah habis benda ni. Aku cuma nak balik bilik dan tidur sampai hari esok.
Namun, sebelum langkah terakhirnya meninggalkan pentas, dia dapat rasa… pandangan Zayyan masih melekat padanya. Dan walaupun dia tidak peduli mungkin sedikit? Dia terus melangkah. Apa pun yang berlaku, tuala tetap tuala. Dan coklat cheese… tetap misteri.
Share this novel