Di kampung hujung negeri Perak, ada satu rumah tinggal yang semua orang takut. Orang kampung panggil Rumah Tok Wook. Tok Wook dulu bidan kampung, tapi katanya dia pandai "menarik roh" bila ada yang sakit tenat.
Lepas dia mati, rumah tu ditinggalkan. Tapi benda paling pelik adalah... di anjung rumah tu, ada sepasang terompah kayu merah. Selalu tersusun elok, macam baru lepas orang pakai. Walaupun rumah tu dah berpuluh tahun kosong.
Tiap malam Jumaat, orang kampung cakap mereka dengar bunyi "ketok… ketok… ketok…" dari arah rumah tu. Macam bunyi terompah berjalan atas lantai papan. Tapi bila tengok—kosong.
°°°°°
Suatu hari, Haikal balik kampung cuti semester. Dia jenis tak percaya benda mistik. Jadi bila kawan dia cabar masuk rumah Tok Wook, dia terus setuju.
Dalam rumah tu berhabuk, gelap, dan sejuk semacam. Tapi apa yang buat Haikal meremang—terompah merah tu… ada dalam rumah. Atas tikar mengkuang yang bersih, seolah-olah baru dikemas.
Dia pegang.
Terus ada bisikan:
"Satu langkah, satu roh… pakai aku, kau nampak semuanya."
Haikal, nak tunjuk berani, terus sarung terompah tu.
Ketok. Ketok.
Tiba-tiba dunia sekeliling dia berubah. Rumah tu dah tak usang—tapi penuh orang. Tapi semua orang tu pucat, mata hitam legam, berdiri senyap tengok dia.
Dan di hujung rumah, ada Tok Wook… duduk bersila, senyum dengan gigi hitam reput. Dia bangun perlahan-lahan, jari panjang melambai:
"Selamat pulang, cucu... dah lama terompah ni tunggu tuannya balik."
Haikal nak lari, tapi kakinya kaku. Setiap langkah yang dia ambil, dia nampak satu roh ikut dari belakang. Semakin lama, semakin banyak.
Mereka berbisik:
“Jangan bukak terompah tu. Kalau tidak… tempat kau akan diisi.”
Haikal cuba cabut terompah—tapi tak boleh. Kayu tu melekat ke tapak kaki, macam daging sendiri. Dia menjerit, pengsan.
°°°°°
Esok pagi, budak-budak kampung jumpa terompah merah tu di anjung rumah, tersusun elok. Tapi kali ni… ada darah kering atas permukaan kayu tu. Dan Haikal?
Tak pernah dijumpai.
°°°°°
;)
Share this novel