Bab 25

Romance Series 39793

Talhah terus masuk ke dalam bilik air dan terus melakukan perkara yang wajib. Setelah selesai talhah pun turunlah ke bawah untuk melihat daddy dan mummynya. Setibanya dibawah dilihat ada alongnya sekali sedang duduk bersembang kosong. Talhah pun turut bersama mereka

"Mummy daddy rancak nampak, borak pasal apa?" tanya talhah lalu duduk di sofa

"Tak ada apa-apalah, saje tanya apa yang kamu berdua buat dekat rumah ni masa mummy dengan daddy tak ada" jawab daddynya

"Ouhhh, kitaorang okay je daddy. Biasalah lelaki kannn" potong alongnya

"Eh daddy, daddy nak tahu tak. Angahkan sebenarnya dia ada seseorang yang special" kata taufiq bersungguh

"Eh kau, aku tak cakap apa-apa pun lagi eh?" elak talhah

"Ouhh, yeke?? sape tu?" tanya mummynya pula

"Eh tak ada sape-sape la mummy, talhah cuma berkawan je dengan dia. Tak ada yang special nye" jawab talhah jujur sambil merah telinganya

"Iye ke?? dia bukan special?? Kalau tak kenapa telinga kamu merah talhah?" uji daddynya

Terus talhah menutup telinganya, "ini semua gara-gara kau along" marah talhah melalui bahasa mata. Tetapi abangnya tidak mengendahkannya

"Along tahu ke sape yang special talhah tu?" tanya mummynya pula

"Tak tahu la mummy, tapi talhah save nombor dia sebagai sweetheart" kata taufiq sambil terangkat-angkat keningnya kerana dapat mengenakan adiknya

"Ouh.................. sebagai sweetheart, bunyi macam special. Hemmm........... betul ke kawan je talhah?" tanya mummynya ingin kepastian

"Betul mummy kawan je, sweetheart tu sebab....... emm........ sebab" jawab talhah gagap

"Sebab apa?"
. "Malulah mummy, nanti kalau kita cakap berdua je boleh? nanti talhah cerita semuanya supaya mummy dengan daddy tak salah faham dengan perkataan sweetheart tu. Boleh?"

"Boleh je, mummy akan tunggu. Bila-bila masa pun boleh okay?"

"Okay, mummy" jawab talhah sambil menjeling ke arah abangnya

Tan sri anaqi terus berpaling pada anaknya yang lagi seorang

"Taufiq pulak apa citer? talhah sekurang-kurangnya ada sweetheart. Kamu bila nak adanya?" tanya daddynya

"Emmm taufiq?? nanti-nanti. Adalah kalau ada jodoh adalah. Kalau tak biarlah dulu" kata talhah

"Hermmm, kalau ada jodoh adalah. Dah tunang aku pun kau nak rembat" kata talhah perlahan dengan matanya yang tajam memandang ke arah abangnya

Abangnya hanya mengangkatkan bahunya sahaja tanda tidak tahu apa-apa

Mummynya pula bangun nak menuju ke dapur untuk menolong bibiknya memasak menu makan malam mereka bersama. Mummy ni jenis yang tak suka orang lain memasak untuk keluarganya

Daddy, taufiq dan talhah hanya menunggu di ruang tamu. Daddynya membaca surat khabar di dalam telefon, manakala abangnya bermain chat dengan seseorang sambil tersenyum kadang-kadang. Sedangkan dirinya pula? bukak televisyen je la layan kdrama macam tania. Eh tersama pulak

Daddynya yang mengetahu anaknya sorang tu tidak pernah layan kdrama. Tiba-tiba tengok pulak. Macam aneh je anak dia sorang ni?

"Talhah sejak bila kamu layan drama korea ni?"

"Ouhh, semenjak berkawan dengan orang yang suka tengok kdrama"

"Ouhh, kdrama panggilnya. Pandai betul dia pengaruhkan kamu kann?"

"Eh tak adalah daddy, dia tak pengaruh pun. Dia cuma cakap jalan cerita dia best. Itu yang talhah berminat nak tengok, itu je daddy"

"Ouhh, dia cantik?"

"Cantik daddy, cantik menawan"

"Ouhh, pandai?"

"Pandai, ex-student PhD dekat UM"

"Ouhh, not bad"

"Kamu berkenan?"

"Berke......... eh daddy ni. Orang kawan je la" kelentong talhah

"Ouhh, okay-okay kawan je. Daddy gurau je, saje nak uji kott suka betul-betul" kata daddynya lalu bangun menuju ke dapur untuk makan malam bersama

"Nasib baik aku tak cakap berkenan tadi, kalau tak habis kelentong aku kantoi tadi" kata talhah perlahan dan menuju ke dapur juga diikuti oleh abangnya

Mereka makan dalam keadaan diam sahaja sehingga lah selesai makanan. Mereka pun kembali ke ruang tamu untuk berborak menyambung borak

"Talhah, apa perancangan kamu dengan ariana? dah lama kamu dengan ariana diikat tali pertunangan. Kamu tak nak langsungkan terus majlis?" tanya mummnya

"Emmmm, entahlah mummy. Talhah pun tak tahu, sebab mummy tahu kan yang talhah tak suka dengan dia?"

"Kalau kamu tak suka, kamu nak cakap macam mana?" tanya mummynya semula

"Itu yang talhah tak ada idea mummy" kata talhah sambil memandang abangnya yang sedang risau akan berbincangan mummynya

Talhah yang perasan akan riak cuak abangnya itu, terus ditanya abangnya itu. "Along kau dah kenapa? cuak semacam je aku tengok. Kau risau aku kawin ke?" uji talhah

"Eh sape kata aku cuak? aku okay je" daleh taufiq

"Ouhh, tapi kenapa muka kau macam pucat semacam je. Kau ada apa-apa masalah ke?"

"Pucat? mana ada aku biasa je la. Dah la aku nak naik atas dulu. Kau bincanglah elok-elok dengan mummy. Mummy along naik atas dulu ye? bye, good night mummy, daddy, talhah"

"Hemmm, ye la. Bye good night along" kata mummynya

Talhah yang memahami akan reaksi abangnya itu, terus talhah terdiam

"Pandai kau mengelak kan along, aku tak kan buka cerita pasal kau ada hubungan dengan ariana. Aku akan cari bukti untuk kukuhkan lagi kepercayaa daddy dan mummy. Aku pasti benda ni akan pecah jugak dimulut kau sendiri" kata talhah dalam hati

"Talhah" panggil mummynya

"Iye mummy" jawab talhah

"Kenapa dengan muka kamu tu? ada bengkak-bengkak, luka-luka dekat kening. Kamu bergaduh ke dengan along masa kami tinggal kamu berdua dekat sini?" tanya mummynya risau sambil menilik mukanya

"Eh tak adalah mummy, kitaorang tak gaduh pun la. Along buat cara dia, talhah pulak buat cara talhah. Dekat rumah pun cakap aje, lepastu masing-masing buat hal sendiri. Kitaorang tak gaduh pun la, kalau mummy tak percaya, mummy boleh tanya along sendiri" jawab talhah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience