Bab 26

Romance Series 39793

Mummy dan daddynya masuk la ke office kerana mempunyai mesyuarat terbesar dan penting. Di dalam bilik itu, tania berada di sebelah kiri talhah. Mereka fokus dan tekun dengan apa yang dikatakan oleh daddy

Talhah menyiku tania agar membuat kira-kira bajet tentang yang dicakapkan oleh tan sri anaqi tentang pembangunan yang akan dibina. Dalam tania membuat kira-kira itu, talhah hanya memandang tania tanpa berkelip dan sambil tersenyum. Tania yang perasan tiba-tiba terpandang talhah dengan muka berkerut

"Yes, ada apa mr talhah?"

"Nope, saje nak pandang you. Sebab you cantik harini" puji talhah sambil tersenyum sampai ke telinga

"Apa-apa je la mr talhah, i tahu i memang dah cantik. Thanks for that but.............."kata-kata tania tersekat setelah dilihat mata datin maryam memandang mereka

"But what?" kata talhah sambil matanya tetap memandang tania

"Datin pandang you sekarang" kata tania sambil menaip sesuatu di komputer ribanya

Terus talhah memandang mummynya setelah dikatakan oleh tania begitu. Mummynya membuat eye contact sambungan mata ke mata antara talhah dan mummynya. Talhah terus mengosok lehernya yang terasa "alamak terkantoi".Setelah habis mesyuarat hampir 2 jam itu. Semua staf telah pun keluar hanya tinggal tania, talhah, datin maryam dan tan sri anaqi sahaja yang ada di dalam bilik itu

Tania ingin keluar, tetapi dipanggil oleh tan sri anaqi

"Tania sekejap" terus berhenti langkah tania apabila dipanggil oleh tan sri anaqi

Tania berpusing dan berjalan mendekati mereka, "ye tan sri"

"You dah lama kan kerja dekat sini?"

"Yes tan sri, almost 2 year"

"Ouhh, 2 tahun. You CFO bawah talhah right?"

"Ye betul tan sri"

"Okay, kalau macam tu. I nak you buat kira-kira pasal pembangunan tu supaya dapat berjalan dengan lancar dan tiada unsur kekurangan atau berlebihan. Boleh ms tania?"

"Boleh tan sri, saya akan cuba buat yang terbaik mungkin untuk office ni"

"Okay, that sounds good. Do your best for this tender. I trust 100% for you" kata tan sri anaqi tegas

"Okay, tan sri. Kalau tak ada apa-apa. Saya mintak diri dulu lah, saya nak pergi sambung buat kerja dan kerja baharu ni" kata tania minta izin untuk keluar daripada bilik mesyuarat itu

"Alright" kata tan sri lalu tania pun keluar daripada bilik itu dan menuju ke arah biliknya sendiri

Talhah yang dari tadi diam hanya memandang percakapan antara daddynya dan buah hatinya itu. Daddynya yang perasan akan mata anaknya itu melekat pada tania sahaja. Terus disiku perut anaknya itu

"Hehhh! duk tengok tenung macam nak tembus anak dara orang tu dah kenapa?"

"Auchh, aduhh!! sakitlah daddy. Apa ni main siku-siku? jatuh saham talhah macam ni!" kata talhah sambil mengosok perutnya yang sakit akibat disiku oleh daddynya sendiri

"Saham apanya ada dekat perut tu? perut buncit?" usik daddynya

"Ishhh, daddy ni. Penat-penat orang pergi gym dia boleh cakap perut kita buncit" kata talhah sambil muncung mulutnya

"Iye la kalau bukan buncit apa? kering macam lidi?"

"Ishh daddy ni, tahu la orang ada 6 packs daddy tak ada" kata talhah lalu terus keluar daripada bilik itu. Takut kene siku lagi nanti habis kecut semua

"Hehh! bertuah punya budak. Nasib baik sempat lari, kalau tak kena siku lagi" kata daddynya

"Dah-dah la tu, awak ni pun. Dengan anak pun nak main siku-siku ke?"

"Tak adalah, saje nak bergurau dengan anak teruna awak sorang tu. Bila pandang perempuan cantik tak ingat dunia"

"Elehh, kata dekat anak. Awak pun sama dulu-dulu tu. Sampai pernah tidur dekat ruang tamu kann. Ke tak serik-serik lagi?" tanya datin maryam

"Eh, eh. Dah-dah. Awak nak balik dulu atau nak berehat dekat bilik saya?" tanya tan sri kepada isterinya

"Saya nak ke bilik awak dulu, saya nak borak pasal talhah sekejap"

"Okay, jom" tan sri anaqi dan datin maryam pergi ke bilik CEO untuk berbincang

Mereka pun berjalan menuju ke lif dan menaiki lif sehingga ke tingkat 5. Pintu lif pun terbuka dan mereka pun keluar dan lalu di depan bilik tania dan talhah. Mereka pun pergi ke bilik CEO. Setibanya di bilik itu, datin maryam duduk di hadapan suaminya itu

"Abang, saya nak tanyalah. Kott la abang tahu"

"Tanya apa?"

"Talhah tu dia berkenan ke dekat budak perempuan sebelah dia tadi?"

"Budak perempuan??.......... ouhh nama dia tania"

"Ouhh, tania namanya"

"Iye, tapi abang pun tak pastilah yang talhah berkenan atau tak? kalau talhah berkenan kenapa?"

"Saya bukan apa abang, talhah tu dah setahun bertunang. Tapi dia tak bersungguh atau bercakap pasal majlis kahwin. Saya nak buat macam mana bang?"

"Itulah, abang pun berfikir jugak. Kalau bertunang lama-lama tak elok. Tapi awak tengoklah anak teruna awak tu"

"Saya agak la abang kann, talhah berkenan lah dengan si tania tu. Bukan apa kalau sayalah jadi talhah pun saya berkenan. Cantik, pandai"

"Awak jangan nak puji lebih-lebih kalau awak tak tahu lagi perangai dia yang selebihnya. Saya takut awak puji-puji nanti awak benci pulak"

"Ishh, abang ni. Saya puji sebab saya nampak cara dia layan anak kita tadi. Itu je"

"Iye abang tahu, tapi jangan nilai macam tu je kalau nak dijadikan menantu pun"

"Iye la bang, tapi kan bang. Kalau saya sendiri yang nak pergi tanya talhah boleh ke?"

"Tak payahlah maryam, kan talhah dah cakap. Kalau dia berkenan nanti dia sendiri yang bagitahu kita, jadi awak janganlah risau sangat. Daripada awak risaukan talhah baik awak risaukan si taufiq tu, kerja pun tak apa pun tak. Nak kahwin macam mana?"

"Jadi saya kena tanya taufiq la ni kott ada calon macam tu?"

"Itu lebih baik, daripada awak fikirkan hal talhah. Talhah sekurang-kurangnya ada kerja, ada pendapat tetap. Taufiq ada apa?"

"Iye tak ye jugak, takpelah. Balik nanti saya tanya"

"Hemmm.......... ye la"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience