32 Tunggu Saya

Family Series 110448

Deila terjaga dari tidur apabila dengar suara lantang tok menempelak. Terpisat-pisat dia bangun. Masih mamai, telinga tetap menangkap jelas setiap butir bicara tok dengan seseorang di dalam telefon. Tok tak sedar kerana tok berdiri menghadap jendela bilik hospital, membelakangi Deila.

“Perbincangan apa lagi? Ibu tengah sibuk! Mahu apa lagi perempuan tu? Orang dah tak sudi dengan anaknya, tak malu ke bak kata pepatah, hidung tak mancung pipi tersorong-sorong? Ish, tak faham ibu dengan perempuan tu!”

Senyap seketika. Kelihatan tok gigih mendengar bicara di hujung talian.

“Bukan pasal Rhett? Jadi? Pasal Del? Apa kena mengenai cucu ibu dengan perempuan tu hah?”

Senyap lagi.

“Apa?!!!”

Deila kelam kabut menutupi mata bila tok berpaling ke arahnya.

“Ibu akan terangkan. Tunggu sampai ibu balik.”

Deila mulai rasa tidak sedap hati bila dengar suara cemas tok. Apa berlaku? Bahunya tiba-tiba digoncang dengan lembut.

“Del… tok kena balik sekejap tau. Ada masalah di rumah. Nanti tok suruh Rhett temankan kau. Boleh kan?” Lembut suara tok menerjah pendengaran. Deila pura-pura menggeliat sebelum menguak mata seluasnya.

“Del okay tak tok tinggalkan sekejap?” Tanya tok lagi. Deila cepat-cepat angguk.

“Saya okay tok. Kata doktor luka saya dah hampir sembuh. Tok tak perlu risau. Saya boleh jaga diri.”

Tok Teh tersenyum mendengar jawapan Deila. Dia tahu anak gadis itu lasak orangnya, persis arwah ibu dan opahnya juga. Jemari Deila digapai lalu tok usap penuh kasih sayang.

“Del, dengar baik-baik… apa pun yang terjadi, Del adalah cucu tok dan selagi tok punya kudrat, tok akan lindungi Del. Biar dunia menentang, tok akan tetap berjuang bersama kau. Itu janji tok pada opah dan ibu kau.”

Tersentuh hati Deila mendengar kata-kata tok. Tanpa sedar, air mata menitis ke pipi. Semakin lama, semakin dia terasa kemunculan tok bagaikan mengisi kekosongan yang ditinggalkan opah. Rasa rindu pada opah terubat dengan kehadiran tok.

“Selagi Del bernyawa, Del juga berjanji akan sentiasa berada di sisi tok selagi tok perlukan Del.”

Tok mengangguk sebak lalu memeluk Deila. Selepas beberapa saat berpelukan, tok meminta diri. Tinggallah Deila seorang diri di situ. Baru mahu terlelap, Deila terperanjat beruk bila pintu bilik ditolak dengan kasar.

“Del!”

Hampir saja Deila jatuh tergolek ke bawah katil akibat terperanjat. Dahlah pintu terhempas kuat, ditambah lagi dengan suara pekikan macam guna healer. Stress!

“Deila!”

Terperanjat beruk Deila apabila Rhett muncul-muncul terus melompat naik ke atas katil lalu memeluk tubuhnya dan mula menangis. Dah kenapa? Ditampar malaikat maut ke?

“Maaf sayang… saya tak tahu… maafkan saya…”

Deila mencebik. Manalah Rhett pandang kiri kanan bila dah diapit oleh jelitawan macam Zara tu kan? Dah namanya pasangan titipan dari surga!

“Saya kotor, tak layak kau sentuh. Saya kan setaraf bibik di rumah kau? Dah, lepaskan saya!” Deila menolak kasar tubuh Rhett hingga punggung Rhett terhenyak di hujung katil. Rhett kesat air mata.

Deila membuang wajah. Setakat air mata dan air liur basi, dia tak hairan!

“I miss you, Del!” Rhett menerpa lagi lalu menarik tubuh Deila ke dalam pelukan.

“Miss me? Tak payah susah-susah. Kau simpan je rindu, sayang, cinta kau tu untuk perempuan yang lebih layak macam Zara tu. Saya cuma orang kampung Rhett. Cukuplah kau perdayakan saya dengan kata-kata manis kau. Ni, orang kampung macam bibik kau kata ni… bukan bodoh tau! Saya tak sudi pun nak berebutkan kau. Kalau Zara nak, ambil je! Saya tak perlukan lelaki yang tak pernah pedulikan saya, pandang rendah terhadap saya! Saya tak hairan dengan lelaki macam kau, Rhett Raffendy!!!”

BUK!

“Aduh!!!”

Rhett tergolek jatuh ke bawah katil bila disepak oleh Deila sekuat hati. Benci betul dia dengan lelaki itu. Katalah dia isteri derhaka kerana mengasari suami, tak kisah! Dia sudah terlalu banyak memendam perasaan kerana lelaki itu. Sampai bila? Dia juga punya hati dan perasaan. Takkanlah asyik dia je kena jaga hati orang lain kan?

“Del… sampai hati kau sepak suami kau…” Rhett buat drama pula. Siap bergolek-golek kesakitan di lantai. Deila memandang geram.

“Kau tunggu sat! Tak cukup sakit lagi tu. Saya bagi biar sampai cacat kau tak bangun-bangun!” Deila bergegas turun dari katil. Liar mata memandang sekeliling. Mahu cari sesuatu yang boleh menyakitkan lelaki itu.

Tak semena-mena, Rhett melompat bangun lalu menerpa ke arah Deila.

“I know kau mak segala singa, tapi kau tak sampai hati because you love me. I love you too, Del!”

Chup! Chup!

Kedua-dua belah pipi Deila dikucup dengan pantas. Deila tergamam. Tubuh kembali dipeluk erat oleh Rhett.

“Saya minta maaf banyak-banyak. Semua yang berlaku buat fikiran saya runsing memanjang sehingga saya terlupa nak jaga hati kau. But saya dah lepaskan satu bebanan berat di bahu. Saya dah berterus terang dengan Zara bahawa saya dah kahwin. Saya benar-benar rasa lega, Del.”

Deila terpaku. Rhett akhirnya memilih untuk berterus terang? Bagaimana dengan penerimaan Zara? Bagaimana dengan penerimaan keluarga kedua belah pihak?

“Kenapa kau tetap nak pertahankan tentang kita, Rhett? Zara lebih layak. Saya cuma orang ketiga. Saya dah kata saya tak kisah lepaskan kau kerana itu yang sepatutnya berlaku.”

Rhett merenung seraut wajah Deila dengan sungguh-sungguh. Pipi Deila dielus lembut.

“Because I love you the most, Deila Araferro. Meski kau bukan yang pertama, tapi saya mahu kau jadi yang terakhir biar sampai ke hujung nyawa.”

Deila terpegun. Jawapan yang Rhett berikan menyengat hingga ke relung hati.

“Rhett… saya…”

“Psyttt…” Deila tercengang bila jari telunjuk Rhett melekat di bibirnya.

“End of discussion. Sebagai tanda perdamaian, jom bertukar ciuman.”

Deila membeliakkan mata. Cis! Dia patut sudah duga ke mana arah tujuan Rhett sebenarnya.

“Tak nak!” Deila memaling wajah. Masih terasa saki baki sakit hatinya terhadap perbuatan Rhett.

“Del… saya rindukan kau. Kalau saya tahu susahnya nak bermanja dengan kau di sini, baik saya bawa kau balik kampung je.”

Laju kepala Deila terpusing semula menghadap Rhett. Mata bercahaya terang benderang.

“Nak!” Kemain teruja suara Deila menjawab. Rhett sengih lebar.

“Kita lari balik kampung, okay tak? Saya dah fed up dengan masalah yang tak pernah selesai. But then, saya mungkin tinggal sehelai sepinggang, jobless. Kau sanggup ke nak tanggung saya? Kau tahu kan saya ni tak reti kerja kampung.”

“Laa, kau bukan cacat. Tak reti belajarlah. Saya tak nak tanggung kau. Saya pun membanting tulang demi sesuap nasi.“

Minah ni memang savage nak mampus. Takde kasih sayang langsung. Rhett mengeluh.

“Yela, saya jadi tukang bakar biskut pepero ye, Miss Pepeyo sayang.”

“Rhett!”

Terkejut Deila bila belakang tengkuknya ditarik pantas oleh Rhett seusai berkata. Seolah dapat dia duga apa yang mahu dilakukan oleh Rhett, laju Deila memaling wajah namun tindakannya pantas dibaca oleh Rhett. Rhett cengkam tulang rahang Deila, mengunci pergerakan wajahnya lalu membenam bibir di atas bibir Deila.

“This is heaven…” Bisik Rhett lalu memperdalamkan ciuman. Deila menutup mata. Tanpa sedar, baju kemeja di bahagian dada Rhett dia genggam erat. Setelah berkali-kali melakukannya bersama Rhett, dia semakin mahir membalas ciuman. Buat seketika, mereka hanyut dalam melampiaskan kehendak batin masing-masing.

TREET! TREET!

Rhett menjauhkan wajah lalu melepaskan dengusan geram. Telefon bimbit yang asyik memekak benar-benar mengganggu rasa nikmat yang sedang dikecapi. Melihat nama yang tertera pada skrin telefon, sekali lagi keluhan terlepas dari bibir.

“Papa?” Rhett berkata selepas menggeser ikon terima.

“Where are you? Papa nak kau balik sekarang. Ada perkara penting yang papa nak bincangkan.”

Rhett mendengus perlahan. Bosan! Dia sudah muak asyik berbicara tentang isu yang sama.

“Nak bincang apa lagi, papa? Keputusan saya muktamad!”

“Ini bukan tentang kau dan Zara, Rhett Raffendy! Ini tentang kau dan Deila! Budak bertuah! Kau balik sekarang, sekarang juga sebelum papa cari kau dan buat kau cacat seumur hidup!”

Rhett terperangah. Jatuh rahang mendengar ugutan papa. Dada tiba-tiba berdebar buat Rhett rasa tidak sedap hati. Selepas menamatkan panggilan, Rhett menghampiri Deila.

“Del, dengar baik-baik. Saya nak kau berkemas dan tinggal di hotel buat sementara waktu dan tunggu sehingga saya datang jemput kau. Saya janji akan bawa kau balik kampung. Ni kad saya. Guna untuk perbelanjaan kau.”

Usai berkata, Rhett memeluk Deila dengan erat.

“Whatever happens after this, let’s stay together throughout our ups and downs, Del.”

Mendengar kata-kata Rhett, Deila mulai sedar akan sesuatu. Tiada jalan mudah bagi dia dan Rhett.

Share this novel

Hashim
2024-05-22 22:46:41 

Update please tq


NovelPlus Premium

The best ads free experience