1

Romance Series 665

Kring...kring...kring...

Loceng jam  berbunyi menandakan   waktu subuh sudah menjengah. Seorang gadis yang masih di selubungi selimutnya mula menarik semula duvet melorot ke dada untuk menutup semula mukanya.

"Chienta. Bangun dah subuh!" Laung
Puan Eisya dari luar pintu kamar anak daranya itu.

Dalam keadaan yang masih mamai, Chienta Ellisa bangun dan menenyeh-nenyehkan matanya yang masih terpejam itu. Lantas menguap sambil mengeliat kecil.

"Yeargh!!!" Chienta Ellisa mengeliat sekali lagi.

Lantas menurunkan kaki ke bawah dan menjejak ke lantai marmar. Matanya liar mencari sesuatu ,lantas mendapatkan telefon bimbitnya yang berjenama samsung notes ii.

Ada sepuluh miscall. Lima belas mesej dari nama yang amat dia kenali dan amat dia membencinya sekarang ini.

"Chienta! Bangunlah sayang oi. Dah subuh ni!" Laung suara itu lagi mengejutkan gadis itu dari menung yang panjang.

Lantas gadis itu mencapai tuala yang tergantung di kayu penyidai dan menapak ke arah bilik mandinya.

                                    *     *     *

           
 "MORNING mama!" sapa Chienta Ellisa sambil mengucup pipi Puan Erisya yang sedang leka menuang air minuman ke dalam   cawan yang dia susunkan  di atas meja.

Lantas gadis itu mengambil sekeping roti di sapu dengan jem perisa strawberi.

"Morning sayang..." ujar ibunya pula.

 "Mama, hari ini maybe Chienta lewat kot kena stay back kat ofis ada banyak kerja yang tak setel lagi..." ujarnya lalu mengunyah roti.

"0kay sayang...."jawab Puan Erisya pula. Tanpa wanita itu sedari ada satu tangan sedang melingkari pinggang rampingnya. Pipi gebunya menerima satu kucupan lembut dari seseorang.

"Morning sayang.." ujar Encik Zikry tersenyum manis.

Lantas melabuhkan punggungnya ke atas kerusi bersebelahan dengan Chienta Ellisa.

"Amboi papa..." sakat Chienta Ellisa sambil mengenyitkan matanya pada Encik Zikry sang papa.

Manakala Puan Erisya pula tersipu malu.

"Kan best if dapat boyfriend yang romantik macam papa ni,"ujar Chienta Ellisa lagi.

"Roti pa....." ujar gadis itu sambil menghulurkan sekeping roti pada bapanya.

Encik Zikry mengambilnya.

"Thanks sayang..." ungkap lelaki berusia lewat empat puluhan itu sambil melemparkan senyuman mesra.

"Chienta, Haicarl lama tak datang ke rumah ? Dia ok ke ? " Soal Encik Zikry.

Dan soalan yang keluar dari mulut itu, mengejutkan Chienta Ellisa. Hampir tersedak di buatnya. Nama itu teramat ingin dia lupai namun di ingatkan semula.

"Aku dah kata... aku tak bohong Chienta," ujar Sofie Edrina bersungguh-sungguh menyakinkan teman rapatnya itu tentang kecurangan kekasih hatinya, Ammar Haicarl. Sofie Edrina teramat yakin bahawa Ammar Haicarl cuba selingkuh.

 Namun, lain pula pada Chienta Ellisa. Dia teragak-agak untuk mencari kebenaran dari cerita itu. Amat mustahil baginya untuk mempercayai.

Namun, tatkala melihat kelainan pada sikap Ammar Haicarl, membuatkan Chienta Ellisa mula meragui kekasihnya itu. Hati gadisnya mula di pagut rasa cemburu.

Sedang dia berfikir-fikir, Sofie Edrina meraih lengannya lantas membuatkan gadis itu terkejut dari lamunan. Chienta Ellisa merenung tajam pada sahabatnya itu, Sofie Edrina.

"Kalau kau tak percaya cuba lihat di sana tu..." ujar Sofie Edrina sambil memuncungkan bibir tebalnya, itu.

Chienta Ellisa tergamam. Lensa matanya masih lagi tertancap pada pasangan yang kelihatan amat intim di meja selang beberapa buah sahaja dari meja mereka, dalam restoran itu.

Sungguh dia tidak menyangka, bahawa kekasihnya itu sanggup selingkuh dan menipunya. Sanggup mengotori sumpah janji cinta mereka. Cinta yang di bina hampir setahun itu.

Airmata tanpa di sedarinya, turun setitis demi setitis menuruni pipi yang bersih tanpa sebarang cela itu. Perasaan sebak mula menghantui jiwanya kini.

Mana janji-janji yang telah di meterai dahulu?

Tidak cukupkah kasih dan sayangnya ?

Tergamak merobohkan kota cinta kita!

"Chienta....." ujar Sofie Edrina menyeka airmata di pipi sahabatnya itu.

Dia amat memahami akan gelodak di jiwa sahabatnya itu. Entah mengapa tiba-tiba, hati Sofie Edrina di serang rasa bersalah. Di cerita salah, tak bercerita pun salah...

Sofie Edrina sedikit pun tidak berniat untuk meruntuhkan cinta sahabat baiknya itu. Namun, kerana rasa kasih pada sahabatnya itu, membuatkan dia perlu menegakkan kebenaran. Dia juga tidak sama sekali menyangka, Ammar Haicarl sanggup selingkuh.

 ***

"Chienta Ellisa..!"
                       
"Chienta Ellisa..!"

Chienta Ellisa terkejut tatkala mendengar suara Zikry sedikit lantang. Kini gadis itu berpijak di bumi yang nyata. Lantas merenung wajah papanya itu dengan seribu persoalan.

Mindanya mula berfikir untuk mencari jawapan pada persoalan papanya itu.

"Kenapa soalan papa tadi tak berjawab?"

 "Kenapa Haicarl dah lama tak datang sini?"

 "Korang pun dah jarang keluar ya?" sahut Puan Erisya pula. Satu-satu soalan kian membebankan fikirannya kini.

Hati gadisnya kini di landa rasa sebal.

"Chienta, kenapa ni sayang?" soal Encik Zikry semula.

Lelaki itu perasan akan perubahan pada wajah anaknya itu.

"Korang bergaduh ke?"

"Dia busy pa..." jawab Chienta Ellisa malas-malas.

Roti di tangan di letakkan kembali di atas piring ,entah kenapa tiba-tiba seleranya mati.

"Okay la mama...papa...Chienta dah lewat ni..." ujar Chienta Ellisa lantas bangun lalu bersalaman dengan kedua orang tua nya itu.

Encik Zikry dan Puan Erisya hanya berpandangan sesama sendiri pabila gadis itu melangkah keluar dari rumah itu.      

"Sayang perasan sesuatu tak?" tanya Encik Zikry sebelum menyentuh semula pinggir cangkir.

"Sayang, perasan juga bang. Anak kita tu macam nak lari-lari je. Carl pun lama sangat tak datang sini. Kalau tak tu...ada je. Nak tanya Sofie dia pulak dah tukar nombor. Minta anak kita confirm lah dia syak," jelas Puan Erisya sambil sapu jem atas roti.

"Sebenarnya abang ada juga dengar desas-desus pasal Carl," ujar Encik Zikry menyelak halaman akhbar tapi muka pandang isterinya.

"Apa yang abang dengar?" tanya Puan Erisya terjungkit keningnya. Tak jadi gigit roti teruja mahu dengar. Encik Zikry menanggalkan kacamata membacanya lantas merenung paras ayu sang isteri biarpun kian dimamah usia.

"Carl ada perempuan lain. Tapi abang tak pasti betul atau tak..."

"Apa? Betul ke? Siapa yang bercerita?" Agak terkejut Puan Erisya mendengarnya. Walau saat yang sama, terfikir juga di fikiran memandangkan pemuda itu pun memang dah lama tak bertandang.

"Abang dengar dari perbualan telefon anak kita..."

"Carl ke yang telefon?" soal Puan Erisya berkerut dahi. Roti sapu jem sekadar dicubit tapi belum dimakan.

"Ya. Abang tak dengar sepenuhnya tapi apa yang abang boleh cakap anak kita marahkan Carl..."

"Tapi pasti ke Carl buat anak kita macam tu? Sayang tengok si Carl tu baik budaknya. Takkanlah..." nafi wanita itu lagi sambil memerhati suaminya itu tenung jam dinding.

"Abang dah lambat ni sayang. Nanti malam sajalah kita talk about this," potong si suami kelam-kabut habiskan kopi.

revamp novel zmn jd blogger 2013. Bab awaln tak byk editing huhu...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience