Bab 4

Mature Content Series 6285

Pagi itu, rumah agam keluarga Rafael tampak tenang, namun bagi Ariana, keheningan itu bukan tanda kedamaian.

Hatinya masih berat, memikirkan sikap dingin suaminya yang jarang menegur atau menatapnya dengan lembut.

Malah, layanan Puan Helena sejak beberapa hari terakhir semakin menusuk hati.

Setiap kata, setiap senyuman tipis wanita itu, terasa seperti panah beracun.

“Selamat pagi, Ana.” Suara Puan Helena memecah sunyi di ruang tamu.

Ariana menoleh, menahan degup jantungnya yang cepat.

Wanita itu berdiri anggun, dengan pakaian korporat elegan, namun mata tajamnya tidak lekang dari menilai setiap gerak-gerinya.

“Saya… selamat pagi, Mama,” jawab Ariana perlahan.

Dia masih menyesuaikan diri dengan aturan rumah itu, dan kata-kata sopan itu adalah perisai kecilnya.

“Bangun awal dan sarapan tepat waktu, Ana. Kita ada tetamu hari ini,” kata Helena sambil tersenyum tipis, matanya menyala dengan perhitungan yang jelas.

Ariana mengerutkan dahi.

“Tetamu,?”

Helena mengangguk.

“Ya… Almira akan tinggal bersama kita mulai hari ini. Anak saudara saya. Ibu bapanya berada di luar negara, dan saya diamanahkan dia padaku. Kamu harus anggap dia sebagai keluarga. Tapi tentu saja, peraturan rumah tetap sama—kamu harus menyesuaikan diri.”

Ariana menelan liur.

"Almira?" gumamnya nama yang pernah tertera di telefon milik Rafael.

“Baik, Mama…” Hatinya berdebar, tanpa mengetahui bahawa kedatangan Almira membawa lebih daripada sekadar kehangatan keluarga.

Beberapa jam kemudian, kereta hitam meluncur perlahan di halaman rumah.

Seorang gadis muda yang umurnya mungkin jauh beberapa tahun dengan umur Ariana melangkah keluar, wajahnya menawan, namun aura yang dibawa seolah-olah menyimpan tujuan tertentu.

Rambut hitamnya disisir rapi, pakaian berwarna pastel menonjolkan keanggunannya.

Gadis kota pastinya mengancam itulah yang ada di fikiran Ariana saat melihat wajah gadis itu.

“Almira…” Helena memanggil, senyumannya manis namun licik.

Gadis itu membalas dengan senyuman sopan, lalu menoleh kepada Ariana, yang berdiri canggung di tangga.

“Hai… saya Almira,” sapa gadis itu lembut. Suaranya manja, namun ada sesuatu dalam tatapannya yang membuat Ariana merasakan seolah-olah dia bukan sekadar gadis biasa.

“Selamat datang… ke rumah ini,” balas Ariana, cuba menahan rasa tidak selesa.

Helena menepuk bahu Almira.

“Ini ujian mu atau sebuah amaran"....

---

Hari-hari berikutnya, kehadiran Almira mulai memberi kesan.

Setiap pagi, dia selalu mencari Rafael dengan alasan ingin belajar perniagaan atau berbincang soal harta keluarga.

Ariana sering terdengar gelak mereka dari ruang kerja Rafael, dan sesuatu dalam tingkah Almira membuat hatinya resah.

Suatu petang, Ariana memberanikan diri memasuki ruang kerja Rafael.

Tetapi hanya sedikit tersembunyi di balik rak buku yang berhampiran pintu.

... Mendengar....

Dia menemui Almira duduk di sofa, tersenyum manis kepada Rafael yang duduk di kerusi roda, dokumen di tangan.

“Rafael, tolong ajarkan saya cara membaca laporan ni,” pinta Almira dengan nada sopan, menunduk manja.

Rafael menatapnya sebentar, kemudian mengangguk.

“Baiklah. Duduk sini.”

Ariana berdiri terpaku di pintu.

Hatinya perit, seolah-olah ruang itu bukan lagi miliknya.

Dia ingin melangkah mendekat, ingin menegur Almira atau paling tidak menahan senyuman licik gadis itu.

Tetapi kata-kata tertelan.

Keakraban itu membuat hatinya yang kian membengkak.

---

Malam itu, setelah rumah sunyi, Ariana duduk di birai katilnya, termenung panjang.

Bayangan Rafael dan Almira terus menghantui fikirannya.

“Kenapa hati aku berdebar sebegini…?” bisik Ariana.

Rafael masuk ke kamar, wajahnya tetap kaku.

“Ariana…” panggilnya perlahan.

Ariana menoleh, air mata yang tadi tertahan hampir jatuh.

“Apa yang awak mahu?” suaranya bergetar, namun penuh keberanian.

Rafael menghela nafas panjang.

“Aku tahu kamu risau tentang Almira. Jangan… salah faham. Dia hanya anak saudara Helena. Aku tidak… antara kami tak ada apa-apa.”Kata-kata itu apakah sekadar penenang hatinya atau sekadar ingin menyatakan bahawa rumah tangga mereka yang baharu sahaja dibina ini sudah pun menuju badai tsunami yang akan meledak nantinya.

Ariana hanya terdiam tanpa membalas ucapan suaminya itu.

Siapa pun wanita itu di hati Rafael dia tidak mampu menghalangnya kerana pernikahan mereka sekadar kemahuan keluarga mereka.

Tetapi, kehadiran Almira jelas menimbulkan ketegangan.

Rafael sendiri tidak menyangka gadis itu begitu cerdik, mampu mengubah suasana hati dan tumpuan mentalnya.

"Ariana..."seru Rafael lagi setelah melihat isterinya tidak memberikan reaksi apapun.

" saya tak berhak nak komen apa-apa, saya orang asing dalam rumah ini, pendatang baru yang hanya menjadi kurungan di sini"ucapnya sinis dan menusuk ke dalam kalbu.

Rafael tersentak mendengar ucapan yang berbunyi luahan itu, dia tahu Ariana merasakan dirinya terkurung di sini.

Ariana tidak mahu terus berdebat kerana dia tahu dia tidak akan menjadi pemenangnya, siapa pun yang Rafael mahukan dia harus berlapang dada untuk merelakannya sekiranya itulah jalan untuk dia akhiri pernikahan yang memang dari awalnya tidak mereka inginkan.

"siapa pun dia di hati tuan Rafael.. saya tak ada hak untuk marah.." ucapnya sebelum meninggalkan Rafael Adrian yang terus terkejut dengan ucapan gadis muda itu.

Ingin marah namun, dia tersenyum sendiri, ucapan itu seolah berbaur cemburu seorang isteri.

Rafael hanya mampu melihat kelibat Ariana yang berlalu pergi.

" tidak ada orang yang mampu lagi membuka hati aku Ariana..." ucapnya perlahan dan menolak perlahan kerusi rodanya ke arah jendela, merenung nasibnya sendiri.

---

Beberapa hari kemudian, Helena mula lebih agresif.

Dia mengatur situasi supaya Ariana terlihat kurang berpengalaman, contohnya memasak menu yang Rafael gemari, dan Almira selalu muncul pada saat-saat itu.

“Rafael, Ana belum mahir lagi masak hidangan ini. Saya boleh tunjukkan,” kata Almira manja di dapur.

Rafael hanya tersenyum tipis, menghargai bantuan gadis itu.

Ariana merasa terpinggir.

Namun, di sudut hatinya, dia menolak untuk menyerah.

“Aku harus tunjukkan aku juga mampu,” bisiknya, sambil menatap periuk yang sedang mendidih.

Ketegangan antara Ariana, Almira, dan Rafael mulai memuncak.

Helena memerhati dari jauh, senyumnya semakin lebar setiap kali melihat Ariana terpaksa bersaing untuk perhatian suami yang dingin itu.

Namun, Rafael sendiri mulai merasakan sesuatu.

Dia melihat keteguhan Ariana, keberaniannya menghadapi ujian, dan ketulusan hatinya yang tak pernah berpura-pura. Sedikit demi sedikit, dinding dingin dalam dirinya tergoyah.

Tetapi Almira, dengan segala pesona dan licikannya, tetap menjadi bayangan yang mengganggu.

Rafael harus memilih: mempertahankan rumah tangga dan isterinya, atau membiarkan pengaruh Helena dan Almira menakluk hatinya sekali lagi.

---

Malam itu, Ariana duduk termenung di jendela, memandang langit kelam.

Tangannya mengepal erat, hatinya bertekad.

“apakah Aku harus menyerah? atau pertahankan hubungan ini? .”ucap Ariana yang mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan permainan Helena dan Almira.

Kehadiran Almira seolah dirancang dengan mulus.

Dan di koridor lain, Rafael menatap langit

Sebuah dilema besar mengikat hatinya—antara masa lalu, janji keluarga, dan tanggungjawabnya sebagai suami yang kepada gadis yang baharu dia nikahi itu.

---

Pagi itu, rumah agam keluarga Rafael...

Kehadiran Almira menimbulkan getaran halus yang tidak disedari oleh semua orang kecuali Ariana.

Gadis itu, walaupun masih tersenyum manja, sudah mula menunjukkan kebolehan membaca situasi.

Setiap gerakannya disusun agar Rafael tertarik dan Ariana terpinggir.

Di ruang makan, Tan Sri Arman, ayah Rafael, duduk di hujung meja.

Wajahnya serius, menandakan kebijaksanaannya yang selalu menjadi penyeimbang keluarga.

Dia melihat Ariana dengan pandangan yang lembut namun penuh analisis.

“Ariana, saya harap kamu tidak terlalu tertekan berada di sini .”

"saya ok Papa"

"Tapi jangan risau kalau ada apa-apa masalah cakap jer kat papa"

Ariana mengangguk perlahan tanpa membalas ucapan bapa mertuanya itu dan dia menoleh pula ke arah suaminya yang hanya memandang ke arah meja.

Pandangan Tan Sri Arman menenangkan hatinya sedikit, memberi keyakinan bahawa ada pihak dalam keluarga yang melihatnya bukan sekadar menantu lemah.

Di sebelah lain, Datuk Razak, datuk Rafael, sedang membaca surat khabar.
Dialah orang yang menjadi tulang belakang dalam hubungan Ariana dan Rafael kini.
Pernikahan cucunya itu adalah kemahuannya.

Walaupun umurnya sudah lanjut, matanya masih tajam, memerhatikan setiap gerak-geri Helena dan Almira dari jauh.

Datuk Razak sudah lama menyedari sifat licik Helena, namun selama ini memilih untuk menunggu Rafael matang sebelum mengungkapkan sepenuhnya.

Sementara itu, Salmah, ibu Ariana, berada di rumahnya, khuatir tentang keadaan putrinya.

Naluri seorang ibu pasti merasakan bahawa anaknya sedang berada dalam masalah kini.

Tok Ayah, datuk Ariana memerhati anaknya Salmah yang kelihatan risau itu

“Kalau rindukan Ariana, kamu pergilah jenguknya di sana, lagipun. semenjak menikah budak tu tak pernah pulang ke sini kan? "

Salmah mengangguk lemah dan menyetujui cadangan ayahnya itu dan berhajat akan mengunjungi anak menantunya nanti.

Rindu seorang ibu pastinya begitu, tambahan selama ini Ariana lah yang sering menemaninya di kampung dan pada akhirnya telah pergi mengatur hidup bersama suaminya.

---
Setiap hari Almira sengaja muncul di hadapan Rafael ketika Ariana sedang memasak.

“Rafael, awak boleh tunjukkan cara periksa akaun syarikat sebentar? Saya cuba faham, tapi agak rumit,” katanya, senyum manja.

Rafael, walaupun duduk di kerusi roda, menunduk, menunjukkan kesabaran.

“Baik, mari sini.”

Ariana menahan rasa cemburu, hatinya berdebar.

Walaupun Rafael masih menjaga jarak dan tidak memberi reaksi mesra kepada Almira, interaksi itu sudah cukup membuat Ariana merasa terpinggir.

Puan Helena, yang melihat dari jauh, tersenyum puas.

“Lihat… Ana mulai panik. Ini baru permulaan.”dia tersenyum sinis.

Namun di luar rencana Helena, Rafael sebenarnya mulai merasakan ada sesuatu yang berbeza dengan Ariana.

Hatinya mula bergelora melihat tingkah Ariana yang sering terdiam dan seolah sering mencuri pandang dalam diam itu.

---

Petang itu, Datuk Razak memanggil Rafael ke bilik bacaan.

“Rafael, atuk ingin bincang sedikit tentang kelakuan Helena. Atuk tahu dia berusaha mengawal keluarga, tapi kamu harus berhati-hati dengan Almira juga. Atuk tak mahu kamu terperangkap dalam tipu daya itu, takut jadi macam Papa kamu nanti ya, di control macam lembu dicucuk hidungnya"tegas Datuk Razak.

Rafael menunduk.

“Atuk… saya tahu. Tapi… Helena terlalu kuat mengongkong hidup orang. Saya bukan tidak mampu melawan apa kemahuannya tetapi cuma buat saat ini.."dia berjeda dan menghela nafas.

" bimbang kan Ariana?"celah Datuk Razak faham apa yang ingin cucunya itu maksudkan.

Datuk Razak menepuk bahu Rafael dan menyungging senyum, cukup dengan perkataan itu dia mengerti akan situasi sebenarnya.

“ kamu harus kuat dan kembali berdiri, demi rumahtangga kamu, Ariana perlukan sokongan suaminya... Jangan biarkan Helena merosakkan apa yang belum sempat tumbuh di antara kalian.”

Di saat itu, Rafael terdiam.

---

Sementara itu, Salmah memutuskan untuk berkunjung ke rumah besannya secara tidak rasmi, atas alasan ingin mengetahui keadaan Ariana.

Sesampainya di rumah, dia disambut tenang oleh Helena, namun wajah wanita itu tetap menonjolkan licik.

“Kedatangan Puan Salmah memang mengejutkan,” kata Helena sambil tersenyum tipis.

Drama dan lakonannya sentiasa yang terbaik.

“… saya gembira melihat … Ariana menyesuaikan diri di sini.”ucapnya.

Salmah menatap tajam...

“syukurlah... Saya harap Helena tidak terlalu mengganggu anak saya. Ariana masih menyesuaikan diri.”

Helena tertawa kecil.

“Oh… jangan risau. Hanya sedikit ujian, untuk melihat sejauh mana dia mampu bertahan. Rumah ini… bukan untuk yang lemah.”

Salmah merasakan hawa jahat tersembunyi di balik kata-kata itu, dan hatinya semakin waspada.

“Aku akan pastikan Ariana tidak akan kalah,” bisiknya dalam hati.

Kehadiran ibunya sudah pasti membuat hati Ariana gembira dan sekurangnya ada insan yang dia sayangi bersamanya biarpun dia tahu kehadiran ibunya itu cuma sementara sahaja.

"anak ibu sihat?" tanya Salmah sambil mengusap lembut rambut anaknya itu.

Ariana mengulum senyum dan mengangguk, biarpun hatinya tidak senenarnya merasai kehangatan kasih seorang suami di rumah itu namun saat ini belaian seorang ibulah yang dia amat perlukan.

" alhamdulillah ibu, sihat dan happy" bohong mata seorang ibu pastinya dapat membaca apa yang tertulis di wajah anaknya itu namun sebagai seorang ibu dia tidak mungkin menyangkal terlalu awal apa yang tidak dia lihat sendiri.

"syukurlah anak ibu dapat menyesuaikan diri di tempat orang, ibu senang mendengarnya, hati ibu sahaja yang merasa resah kat kampung, tok ayah yang suruh ibu menjenguk Ana kat sini, melihat Ana sihat dan bahagia sudah cukup buat ibu" tangan Ariana pula diusap lembut.

"tak usah risaulah soal Ariana kat sini, semua orang baik dengan dia" Helena mengangkat bicara.

Puan Salmah tersenyum dan mengangguk faham, tetapi dia tahu keadaan tidak sebaik yang dia lihat sekarang tetapi semuanya sudah terlanjur terjebak di dalam takdir ini.

"Alhamdulillah,kedatangan saya ke mari semoga tak menganggu semua yang ada kat sini.. Niat hati hanya melepaskan rindu kat Ariana, maklumlah dia adalah satu-satunya anak yang saya ada" balas Salmah.

"ibu jangan risau, Ana ok dan Alhamdulillah semua orang baik kat Ana" Ariana tahu itulah caranya menenagkan hati ibunya yang datang dari jauh hanya untuk melihat keadaanya.

Sedangkan dia tidak sebaik yang dirinya pamerkan sekarang, suasana hatinya tidak pernah membaik semenjak dia menjadi isteri kepada Rafael Adrian.

"Puan Salmah dengar sendirikan apa kata Ariana, dia bahagia kat sini" Helena bersuara kembali, lakonannya memang nombor satu, itulah yang Ariana nampak sekarang.

Doakan semoga Ariana terus bertahan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience