BAB 8:Kabus Tebing Tinggi

Thriller Series 558

BAB 8: Kabus Tebing Tinggi

{AUTHOR:Hi readers..dlm bab yg lalu sy ada cakap nk tunggu read cecah seratus dulu baru publish part seterusnya. Hm bila fikir-fikir balik mcm demand la pulak..lagipun kesian pula kat beberapa kerat readers yg setia membaca BONGKAR. So sy dh ubah fikiran dan akan terus publish cerita ini selagi ada yang membacanya walaupun seorang. Selamat membaca dan terima kasih-Nofolo O' Folobek}

DIKUNJUNGI tetamu tidak di kenali pada lewat malam serta amaran yang di terima oleh Yana agar dia menghentikan sebarang penulisan artikel berkaitan tapak apartman terbiar Haunted Hills telah menggemparkan suasana di pejabat syarikat penerbitan tabloid mingguan misteri BONGKAR.

"Fuh..abang ingat dia tu mahir psikik kot. Siap boleh control Yana punya minda dan berkomunikasi secara telepati"abang Rauf memberi pendapat. Beliau adalah Juru Editor Salinan syarikat tabloid BONGKAR.

"Uhuhu naya..naya..iya sebenornya siapa yang datang kat rumah Kak Yana lewat-lewat malam cenggitu haa? Uhuhuhu siap lempar surat kabor BONGKAR dan bagi warning bagai?sekian"soal wartawan Yeob Maon dengan loghat Muar Johornya ketika bersembang bersama rakan wartawan lain di pejabat.

"Siapa dia tu kita masih belum tahu,tapi menurut Kak Yana, dia dan anak-anak dah di ekori sejak waktu pergi piknik di siang hari lagi"kata Haziq dengan wajah serius sambil duduk di meja dan berpeluk tubuh.

"Menurut anak-anak Kak Yana..wajah tetamu misteri tu agak menakutkan dan tak nampak macam manusia. What is that means?"Asywina pula membangkitkan persoalan.

"Haih..kesian Kak Yana. Sampai dia terpaksa bincang dengan Ghani dan abang Harun samada nak dismiss sambungan artikel berkaitan apartmen Haunted Hills atau tidak"kata seorang wartawan lain.

"Itulah tu..Kak Yana pun dah pening kepala sekarang. Kalau nak dismiss sambungan artikel tu,takut rating akhbar tabloid BONGKAR pulak yang jatuh merudum nanti. Lagipun Artikel berkaitan Haunted Hills antara yang tertinggi mendapat sambutan pembaca BONGKAR"ujar Asywina.

Sementara itu di dalam sebuah bilik khas,Yana bersama Pengarah urusan iaitu Encik Ghani,Kak,Husna iaitu ketua Kerani Editor Pengurusan serta wartawan Harun sedang rancak berdiskusi mencari jalan penyelesaian di atas permasalahan yang timbul.

"I'm pretty sure tetamu tak di kenali yang datang ke rumah i tu adalah orang misteri yang sama Zurin nampak. He talk and comunicate to me by telepathy"tegas Yana.

Harun dan Ghani saling berpandangan. Yana telah pun menceritakan segalanya termasuk ugutan yang di terima.

"Yana..kalau you tak berani..its okey..you boleh stop investigate and stop the articles about Haunted Hills"kata Ghani.

"No!"Yana membangkang.

''Cakap Ghani tu betul Yana. Engkau janganlah degil sangat"celah Harun.

"We must considered that the articles is one of the highest rating on our official website and social media and it got viral too. So kalau Yana stop the articles tentang apartmen Haunted Hills,di bimbangi reputasi tabloid BONGKAR juga akan jatuh termasuklah pasaran dan jualannya sekali"kata Kak Husna yang bertindak selaku ketua kerani/Editor pengurusan syarikat.

"Yup! I agree with Kak Husna"tegas Yana.

"Habis tu engkau tetap akan teruskan lah?"soal Harun.

"Of course..lagipun dah tugas wartawan misteri macam kita ni memang mencabar. Kalau nak takut,lebih baik i berhenti dari dulu je Run"

"Yana..please rethink about it again. This not just about keberanian semata-mata. Think about ugutan yang you terima. Kalau dia boleh muncul depan rumah you..apa jaminannya yang dia tidak akan memperapa-apakan you dan anak-anak? Kita tak tahu apa lagi tindakan yang dia boleh buat"kata Ghani.

Kali ini baru Yana sedikit tersentak,kerana ia akan melibatkan keselamatan tiga orang anaknya.

"Syarikat tidak akan memaksa you atau mana-mana wartawan untuk meneruskan sebarang investigasi dan penulisan artikel sekiranya di dapati subjek yang di tulis dapat mendatangkan sebarang bentuk ancaman keselamatan Yana. Fikir masak-masak"tegas Ghani.

"Aduh..i pun dah kusut ni Ghani. You bagi i masa untuk fikirkan dulu boleh?"Yana dah termenung menongkat pipi di bilik mesyuarat. Keadaan yang di tanggungnya ibarat di telan mati emak,di luah mati bapak.

"Take your time. Tapi i nasihatkan you supaya jangan terlalu memaksa diri okey"kata Ghani.

Yana mengangguk.

Mesyuarat pun tamat. Masing-masing kembali ke bilik atau meja duduk mereka semula. Yana pergi ke bilik air dan mencuci wajah yang kelihatan sedikit lesu.

Dia berdiri menghadap ke cermin sambil merapikan rambut dan mekap.

Suara tetamu misteri dalam bentuk komunikasi telepati yang datang ke rumahnya semalam masih terngiang-ngiang di dalam kepala Yana.


________________

SEKITAR jam sebelas pagi. Pacuan empat roda yang di pandu oleh Harun tiba di sebuah kawasan pinggir luar bandar. Harun ke situ demi tugasannya selaku wartawan dalam membongkar suatu misteri baru yang heboh di perkatakan oleh penduduk sekitarnya.

Harun di fahamkan bahawa dekat kawasan luar bandar tersebut ada kawasan tebing tanah tinggi yang akan memunculkan kabus di puncaknya.

Beberapa orang yang cuba mendaki ke tebing tersebut di dapati tidak pernah turun dan pulang semula sehingga meresahkan penduduk. Sejak dari itu tiada sesiapa pun yang berani untuk mendaki ke tebing kabus berkenaan.

Inilah yang menarik minat Harun untuk datang ke kawasan pinggir luar bandar terbabit. Dia bertekad mahu membongkar sendiri rahsia di sebalik kabus itu.

Sebelum itu sempat Harun singgah minum di sebuah warung desa dan bertemu dengan Jikun, seorang lelaki dari suku orang asli yang bertanggungjawab menyalurkan maklumat berkaitan kabus misteri itu kepadanya.

"Akuk sudah cubak mau panjat tebing ituk..tapi setiap kalik sampai dekat situk tiba-tiba akuk rasa gementar. Langsung aku lupakan saja hasrat ituk"kata Jikun.

Harun mengangguk-angguk berminat mendengar lebih lanjut berkaitan tebing tanah tinggi dan kabus misteri yang heboh di perkatakan. Secawan teh tarik dan sepinggan roti telur baru selesai di nikmatinya.

Usai minum di warung,tak bertangguh Jikun pun membawa Harun ke tebing tanah yang di perkatakan.

Harun mendongak tinggi ke arah tebing tersebut. Memang seperti yang di dakwa,kabus-kabus di lihat bergumpal melayang di puncaknya. Jikun menghantarnya setakat di situ sebelum pulang kerana lelaki orang asli itu tidak begitu berani untuk berlama-lama di tebing terbabit.

Nasib Harun agak baik. Dia menemui ada tali yang kukuh di pasang dekat tebing terbabit. Harun amat pasti tali tersebut pastinya di tinggalkan oleh pendaki yang di dakwa hilang setelah tiba di puncak terbabit. Jadi,dapatlah dia menggunakan tali itu sebagai sokongan untuk tiba di puncak.

Tenaga dan kudrat di kerah secukupnya ketika Harun telah memulakan pendakian. Tidak di lupakan juga beg sandang mengandungi beberapa perkakasan mustahak turut di bawa oleh Harun. Dan pendakian itu turut di rakam melalui video kamera digital yang tersandang di tubuh.

Harun tidak sabar untuk tiba di puncak. Dia mahu membongkar misteri kabus dan pendaki hilang seperti yang heboh di perkatakan.

Semakin tinggi di daki,semakin sejuk dan dingin pula di rasakannya. Tebing itu bukanlah tanah sepenuhnya,akan tetapi masih terdapat batu-batu atau dahan yang boleh digunakan untuk berpaut dan berjejak.

Pun begitu,pendakian yang di lakukan juga bukan mudah. Dapat Harun rasakan betapa banyak juga fokus, tenaga dan stamina di perlukan untuk tujuan tersebut.

Lebih kurang setengah jam kemudian..

"Ughhhhh..."Harun mengerah segala tenaga yang masih berbaki.

Kedua telapak tangan Harun berjaya juga memaut dan menggenggam akar dan rumput di puncak tebing sebelum dia akhirnya terbaring di atas permukaan berumput dan berkabus.

"Fuh..fuh"

Buat seketika Harun termengah dan mengatur kembali nafasnya.

"Hahahaha..aku dah berjaya sampai ke puncak.."

Video kamera di laras. Harun merakam suasana di puncak tebing tinggi. Tiada apa yang dapat di rakam sangat kerana keadaan di situ agak terlalu berkabus.

Kakinya terus berjalan di atas dataran berumput sambil sesekali tangan mengibas-ngibas kabus yang terawang-awangan. Dingin membaluti diri.

Nun di hadapannya kabus mulai pudar dan menipis sebelum suasana sebenar di puncak itu jelas pada pandangan mata.

Ya,Harun kagum mendapati dirinya sedang berdiri atas padang rumput di mana terdapat sebuah rumah.

''Siapa yang tinggal kat rumah puncak tebing tinggi berkabus ni?"soalan itu terpacul di benaknya. Video kamera masih sedang berjalan membuat liputan rakaman.

Harun pun memberanikan dirinya memulas tombol pintu rumah.

Kreekkkk...

Daun pintunya terbuka. Sejurus dia melangkahkan kakinya masuk,tiba-tiba suasana sekelilingnya berubah. Harun muncul di luar pintu pejabat syarikat tabloid mingguan misteri BONGKAR.

Harun lihat pintu gril pejabat telah di rantai mangga serta ada papan kenyataan bertulis 'FOR SALE' di gantung pada gril pintu.

"Mustahil!"dahi Harun berkerut.

Loceng pintu Harun tekan berkali-kali sambil pintu di ketuk beberapa kali.

"Hello! siapa yang ada kat dalam pejabat,tolong buka pintu ni!"teriak Harun.

Malangnya tiada jawapan.

"Mustahil! apa dah jadi sebenarnya ni? Mana perginya semua orang? Aku sedang bermimpi ke ni?"Harun tertanya-tanya sendiri.

Pipi lalu di tampar-tampar beberapa kali.

"Tidak..ini nyata..ini bukan mimpi!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience