BAB : 03

Family Series 8628

NIMRAH mula menapak langkah perlahan mendekati seorang gadis yang bersendirian itu. Kejap.. Dia mendengar seperti suara esakan kecil. Gadis itu menangis? Apa yang sudah berlaku padanya? Siapa yang menyakiti gadis itu.

Nimrah mula menyentuh bahunya. Namun yang membuatkannya semakin risau bila dimana dia merasakan seluruh tubuh gadis itu mengigil ketakutan. tangisannya bahkan tidak terdengar jelas. Dia langsung tidak berani mengeluarkan suara esakannya.

"Adik.. Awak kenapa??" tegurnya. Namun laju saja tangannya ditepis membuatkan tubuhnya hampir saja terjatuh.

"Lepaskan saya!!" herdiknya.

"Ini semua disebabkan awak! Kakak saya yang terpaksa tanggung semuanya! Kalau lah saya biarkan saja awak dekat lelaki tu. Mesti kakak saya takkan jadi mangsa!"

Nimrah terkebil kebil. Dia terdiam tanpa sempat berkata apa apa, gadis itu tiba tiba saja menyerang dia dengan tuduhan yang tak masuk akal.

Apa yang dia sudah buat sampaikan gadis itu begitu marah dan benci padanya? Dia bahkan belum sempat mengenali siapa mereka. Dan mengetahui apa yang sudah terjadi tadi.

"Adik cuba bertenang sikit! Boleh tak jangan nak marah marah saya macam ni. Saya sendiri tak tahu apa yang dah jadi, dan  macam mana saya nak tahu yang berlaku tadi disebabkan saya."

Nuha langsung tidak menghiraukan apa yang dikatakan wanita dihadapan nya itu. Matanya hanya mencerlung tajam menatap ke arahnya dengan air matanya yang tak berhenti mengalir. Dia merasa serba salah. Kalau lah tadi dia tidak masuk campur berkaitan kejadian tadi. Pasti Kak Nayla dia tidak akan diperlakukan seperti tadi.

"Adik.. Tolong bagitau saya apa yang dah jadi? Mana kakak awak? Kenapa awak menangis dekat sini?" soal Nimrah lagi sekali menyentakkan lamunan budak perempuan dihadapan nya itu.

"Kakak saya.. Kakak saya... Hikss.. "

"Adik tenang dik.. Jangan sedih, saya ada dekat sini.. Bagitahu saya apa yang dah jadi.. Mana kakak awak?" Nimrah sedaya upaya cuba menenangkan emosi budak perempuan di hadapannya itu. Dia sangat terlihat seperti ketakutan.

"Jangan percayakan siapa siapa.." pesan budak perempuan itu singkat sebelum dia berlari meninggalkannya disitu.

"Adik!! Tunggu!!" Baru saja Nimrah ingin mengejar kepergian budak perempuan tadi. Tiba tiba saja langkahnya terhenti bila dimana matanya tidak sengaja memandang ke arah lantai bawah.

Dia melihat ibu angkatnya yang baru saja tiba bersama seorang lelaki yang agak muda. Mereka berdua bergandingan tangan dan terlihat cukup mesra bersama. Siapa lelaki bersama dengan ibu angkatnya itu? Anak mereka ke?

~

"Dear, you tunggu sini kejap.. I nak naik atas dulu nak mandi.. Badan i melekit lah.. Tunggu tau.."

"Baby you nak pergi mana?? Nanti i rindu kan you macam mana?.."

"Ishh you ni.. Nak berenggang dengan i kejap pun tak boleh.. Asyik nak berkepit je.. I tinggal kejap je. Nanti kita makan malam dekat sini okey.."

"Okey.. Jangan lama lama.. Nanti i rindu.."

"I miss you too.." balas Puan Anara lembut sambil merangkul tubuh lelaki itu.

Dan hampir saja Puan Anara dan lelaki itu mendekatkan wajah mereka berdua. Satu suara dari belakang menyentakkan mereka.

"Mami.." panggil Nimrah yang sudah pun berdiri di belakang mereka berdua.

Secepatnya Puan Anara melepaskan pelukan dan membalikkan tubuhnya sedari mendengar suara itu. Dia sangat terkejut bila melihat anak angkatnya berada didekat disitu.

Takkan dari tadi anak angkatnya itu sudah melihat mereka bermesraan tadi?

"Nimrah.. Kamu buat apa dekat sini?"

Nimrah yang termenung sedikit tersentak dengan sergahan ibu angkatnya itu.

"Ta-takde apa mami.."

"Ohhh okey.. By the way mami nak kenal kan. Dia yusof kawan mami.. Nimrah kenal kenal lah dengan dia okey, mami nak naik atas dulu.." ujar Puan Anara sebelum ia beransur pergi dari situ meninggalkan anak angkatnya bersama dengan lelaki tadi.

"Hai.. Nama you siapa?" soal lelaki itu terus sebaik saja wanita nya sudah berlalu pergi dari situ.

Nimrah langsung tidak menghiraukan mahupun membalas pertanyaan lelaki itu. Dia lagi tidak bertambah selesa bila dimana mata lelaki itu dari tadi tidak lepas menatap ke arahnya.

~

"Nimrah.. Kenapa awak diam? Makanan tak sedap ke?" tegur Tuan Azim sedari melihat anak angkatnya itu dari tadi hanya diamkan diri dari tadi dia lebih banyak termenung dari tadi. Bahkan makanan dihidangkan untuk nya hanya diusik tanpa dimakan.

Nimrah yang sedikit tersentak mula mengangkat wajahnya memandang ke arah ayah angkatnya itu. Sebelum matanya melilau melihat beberapa mata turut sama memerhatikannya dari tadi.

"Takde apa pak.. Makanan okey. Nimrah cuma rasa tak sedap badan sikit. Nimrah nak minta diri dulu.." balas Nimrah perlahan sesekali matanya bertentangan dengan budak perempuan tadi yang juga berada disitu. Namun peliknya mana kakak kepada budak perempuan itu?

"Nimrah tak sihat? Macam mana boleh tak sihat? Takpe kalau macam tu biar saya panggil dokter datang sini check kesihatan Nimrah.. Saya taknak sakit lama Nimrah datang lagi.."

Nimrah mendengar itu sedikit terkejut dan kalut. Dengan pantas dia menolak. Padahal itu hanya lah alasannya saja. Dia cuma tidak berselera untuk makan bersama mereka dan mahu cepat cepat beredar dari situ.

"Takde apa pak. Nimrah tak ada apa apa. Nimrah cuma penat sikit.. Nimrah pergi rehat dulu.." bidas Nimrah sebelum dia mengangkat pungungnya dan beransur pergi dari situ dengan secepatnya.

~
Nimrah mula mengunci pintu biliknya dan menapak langkah perlahan mendekati tempat tidurnya. Pikirannya saat itu begitu kacau dengan apa yang berlaku tadi.

"Ya Allah.. Engkau tenangkan lah hati dan pikiran ku. Engkau jauhkan lah pikiran ku dari memikirkan perkara yang tidak baik."

Nimrah perlahan melabuhkan pungungnya diatas katil. Tudung yang tersarung elok dikepalanya perlahan dilepaskan. Sebelum Nimrah menjatuhkan kepalanya diatas bantal dan berbaring seketika.

Beberapa minit dia diamkan diri. Bunyi ketukan diluar biliknya  menyentakkan lamunannya. Tubuhnya perlahan bangun sebelum tangannya mencapai tudung yang dilepaskannya tadi dan kembali  disarungkan dikepalanya.

"Nimrah.. Macam mana keadaan awak? Dah okey? Kalau belum saya nak panggil dokter datang kesini untuk check keadaan awak." Tuan Azim terus saja menyoal sebaik saja pintu dibuka.

"Nimrah tak apa apa pak.. Jangan risau.."

"Macam mana boleh takde apa apa. Nimrah makan tadi sikit saja. Saya risau ada apa apa.." bidasnya

Nimrah sudah terkedu tidak tahu harus membalas apa. Dia pikirkan alasannya tadi sudah cukup. Rupanya ayah angkatnya itu masih terus bertanyakan keadaan dirinya.

"Nimrah kalau tak sihat jangan sorokkan pada saya. Awak tahu kan saya risaukan Nimrah?? Saya taknak nanti jadi apa apa pada Nimrah.. Saya juga yang susah hati nanti.." ujar Tuan Azim seraya menyentuh wajah anak angkatnya itu.

"Te-terima kasih pak. Saya tak apa apa. Saya nak rehat dulu.." Nimrah mula berudur sedikit menjauhkan tangan ayah angkatnya itu dari menyentuh wajahnya.

Dia mulai rasa tidak selesa dengan tatapan dan setiap tutur kata yang keluar dari mulut ayah angkatnya itu. namun Nimrah sedaya upaya mengawal diri dan riak wajahnya tidak mahu berpikiran yang tidak baik mengenai ayah angkatnya itu.

"Nimrah kalau perlukan apa apa panggil saya saja. Jangan susahkan diri sendiri Nimrah minta tolong dekat saya ya.." pinta Tuan Azim sebelum dia berganjak pergi dari situ.

Nimrah hanya memandang kepergian ayah angkatnya itu. Sebelum Nimrah menarik nafas lega sebaik saja ayah angkatnya sudah pergi dari situ. Jantungnya yang berdegup kencang disentuh perlahan. Dia tidak tahu kenapa, perasaan takut setiap berdekatan dengan ayah angkatnya itu selalu saja dia rasakan.

"Jangan pikir bukan bukan Nim.. Ingat dia yang bantu kau, dan disebabkan dia lah kau kembali pulih.. Kau berhutang nyawa dengan dia.." desisnya cuba untuk tidak berburuk sangka dengan layanan mesra dari ayah angkatnya tadi.

Baru saja Nimrah hendak menutupi pintu biliknya semula. Seseorang tubuh wanita berdiri dihadapan pintunya. Perlahan ia mengangkat wajahnya memandang dari kaki sampai ke wajah orang itu. Sebelum pandangan matanya bertembung dengan seorang wanita seperti seumuran dengan nya.

"Awak.. Nimrah kan? Anak angkat Tuan Azim."

Nimrah yang bertentangan mata dengan wanita itu hanya mengangguk mengiyakan apa yang dikatakannya.

"Saya Nayla.. Anak angkat Tuan Azim juga. Kita sama.. Kita dijaga dan dibawa kesini.. Bezanya, saya dah lama tinggal di sini dan jadi anak angkat pada Tuan Azim.." katanya lagi sedikit datar.

"Ohh.. Saya ingatkan awak anak kandung Tuan Azim dan Puan Anara.."

"Boleh saya masuk??" pintanya sedari tadi Nayla hanya berdiri didepan pintu bersama nya.

"Ehh masuklah.." Nimrah terus membuka pintu biliknya sedikit lebar sebelum wanita itu melangkah masuk kedalam biliknya dengan langkah yang agak perlahan dan berhati hati.

Hairan Nimrah melihat wanita itu. Sebelum mata Nimrah tertancap pada belakang lehernya yang agak kemerahan.

"Kenapa dengan leher awak?" Nimrah terus saja bertanya dan laju mengikuti langkah wanita itu dari belakang.

Nayla yang sedikit terkedu. Pantas saja dia menutupi belakang lehernya dengan rambut panjangnya yang terurai. Sebelum Nayla membalikkan tubuhnya dan terus melabuhkan pungung diatas katil bersama dengan wanita itu.

"Takde apa apa.." balasnya sedikit kaku sambil menyentuh belakang lehernya cuba untuk diselindungi dari pandangan wanita di hadapannya itu.

Nimrah mula memandang pelik ke arah wanita itu. Dia sedikit curiga dan sangat ingin tahu. Apa yang sudah terjadi sebelum kejadian petang tadi.

"Saya tengok awak macam ada masalah aje. Awak ada apa apa nak cakap dengan saya ke?" soal Nimrah terus sebaik saja dia melabuhkan pungungnya di sebelah wanita itu.

"Awak selesa duduk dekat sini?" Nayla juga turut menyoalnya sengaja untuk mengalih kan topik pertanyaan dari nya tadi.

Nimrah yang tadi nya merenung pelik ke arah nya. Mula berpikir sejenak dengan pertanyaan itu. Apa yang cuba dikatakan wanita itu? Kenapa dia merasa seperti ada kalimat lain yang ingin di sampaikan.

"Kenapa awak tanya? Kan awak dah lama tinggal dekat sini. Patutnya soalan tu saya yang tanya.. Macam mana tempat ni selesa bagi awak?" Nimrah kembali membalikkan persoalan itu pada wanita di sampingnya itu.

Riak Nayla mula berubah. Tatapan matanya jadi tidak tentu arah. Mulutnya terbungkam tidak tahu harus mengatakan apa.

"Nayla.. Awak kenapa?" soal Nimrah sedikit pelik dengan tingkah laku Nayla yang begitu cemas.

"Takpe, jangan risau.. Saya tak apa apa.."

"Betul awak tak apa apa?"

Nayla hanya diamkan diri sambil merenung sejenak. Sebelum Nayla semakin mendekati nya dan meraih tangannya.

"Nimrah.. Saya tahu awak orang baik. Saya nak minta tolong dengan awak.. Apa apa jadi nanti. Tolong jaga adik saya.. Tolong bawa dia keluar dari tempat ini.. Tempat ni tak selamat.." ungkapnya terus. Seluruh tubuhnya mulai mengigil ketakutan. Mata nya mula mengeluarkan air mata.

Namun Nimrah masih tidak faham dengan apa yang dikatakan Nayla padanya. Apa yang dia cuba sampaikan. Apa yang dia maksudkan? Kenapa dengan tempat ini?

"Nayla bertenang.. Cuba jelaskan dekat saya. Kenapa? Apa yang dah jadi? Kenapa dengan tempat ini?" soalnya lagi dia mula tertanya tanya dan berasa susah hati dengan apa yang diberitahukan padanya. Cuma saja dia masih belum faham dengan maksud yang dikatakan padanya tadi.

"Sebelum terjadi apa apa dekat awak nanti. Lebih baik awak keluar dari sini.." kata nya lagi. Sebelum Nayla bingkas bangun duduk nya dan mahu beredar dari situ.

Namun Nimrah pantas menahan tangannya dari pergi.

"Bagitahu saya apa maksud awak! apa yang tak selamat!?"

Belum sempat Nayla membuka mulut tetiba saja satu suara muncul dari arah belakang.

"Apa yang tak selamat? Nayla? Kamu buat apa dalam bilik ni?" suara itu membuatkan tubuh Nayla bagaikan dihempap dengan sesuatu yang berat untuk dia bergerak dan berganjak. Apa yang akan terjadi dengan dirinya nanti? Bagaimana nasib dirinya itu?

enjoy.. thanks support me. see you in the next chapter. btw next chapter akan di lock. boleh unlock untuk baca setiap per chapter yg akan dipublish. thankyou..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience