Bab 27

Romance Series 39746

Datin maryam lalulah di hadapan bilik talhah semasa mahu pulang ke rumahnya, dilihat talhah tekun dengan kerjanya kadang-kadang tersenyum. Apa yang disenyumkan oleh anaknya dia pun tak pasti. Datin maryam pun menuju ke pintu bilik anaknya dan mengetuk

Knock knock knock

"Masuk" jawab talhah dari dalam

"Eh mummy" jawab talhah sambil menutup fail kerjanya

Mummynya berjalan menuju ke depan mejanya dan duduk

"Talhah sibuk ke? mummy ganggu?"

"Eh tak la mummy, tak sibuk mana pun. Biasa-biasa je"

"Ouhh, ingatkan sibuk. Kott la macam daddy" talhah hanya diam sahaja

"Emmm.......... mummy nak tanya sikit boleh?"

"Boleh mummy, pasal apa tu? Bunyi macam serious je?"

"Kamu dengan ariana tu macam mana?"

"Haiii, hilang terus mood nak buat kerja" jawab talhah perlahan tapi sempat didengari oleh datin maryam

"Kamu tak suka dekat ariana?"

"Tak pernah dan tak akan suka pun mummy"

"Kenapa kamu cakap macam tu?"

"Sebab........... entah, hati talhah tak pernah pun tersuka dekat ariana tu. Dengan perangai dia, dengan pakaian dia terlalu sosial la mummy"

"Ouhhh, ke sebab kamu dah ada yang lain?"

"Mana ada mummy"

"Kamu pasti? kamu tiada yang lain?"

"Pasti kott" kata talhah sambil ekor matanya memandang tania

Mummynya yang perasaan akan pandangan anaknya itu, terus ditegur anak teruna seorangnya itu

"Hehh! pandang apa tu? Pandang buah hati ye?" uji mummynya

"Haah" kata talhah tanpa sedar akan persoalan mummynya

"Ouhh, betul la ni pandang buah hati" kata mummynya dengan suara sedikit kuat

"Eh haaaaaaa? apa mummy?" tanya talhah semula

"Kamu ada buah hati?" tanya mummnya

"Emmm.......... kalau talhah kata ada mummy marah tak?"

"Mummy tak marah kalau talhah betul-betul sukakan dia" jawab mummynya

"Talhah sebenarnya adalah suka dekat seseorang ni mummy" jawab talhah jujur

"Talhah suka yang macam mana?"

"Talhah suka yang lemah-lembut, sopan-santun, comel, tutup aurat, pandai masak dan cantik menawan"

"Ouh......... memilih juga anak teruna mummy ni sorang ya?"

"Mana ada memilih mummy, talhah cuma cari yang elok untuk dijadikan isteri dan ibu kepada anak-anak talhah nanti. Tak kan talhah nak cari yang tak elok. Nanti anak-anak pun jadi tak elok"

"Ouh....... betul jugak tu. Pandai anak teruna mummy cari ya. Tapi siapa dia itu pun kalau mummy boleh tahu?"

"Emmm......... nantilah mummy. Kalau talhah dengan si dia betul-betul confirm barulah talhah akan bagitahu dekat mummy dan daddy"

"Ouhh, tak ada hint ke untuk mummy tahu siapa dia? Bagilah hint sikit, mummy nak tahu jugak taste talhah macam mana?"

"Ouhh, betul ni?? tapi mummy jangan nak bagitahu dia ataupun orang lain tauu"

"Okay"

"Mummy janji?"

"Iye, mummy janjilah"

"Emmmmm sebenarnya talhah suka dekat tania. Talhah suka dengan perangai dia, pemakaian dia yang menutup aurat dan cara kehidupan dia"

"Tania yang duduk bilik sebelah tu?"

"Haah, tania sofiana nama penuh dia"

"Ouhh, binti?"

"Binti apa mummy?"

"Kott la kamu tahu nama dia sampai binti apa? senang nanti boleh practise untuk akad nikah nanti" gurau mummynya

"Ehh mummy ni, ke situ pulak. Tak adalah sampai ke situ. Tapi mummy talhah kira crush je tauu dengan tania. Sebab tania tak tahu pun yang talhah suka kan dia. Mummy jangan bagitahu dia tauu. Janji tauu mummy" kata talhah sambil menunjukkan jari kelingkingnya tanda berjanji

"Apa pulak tak sampai ke situ? kahwin kann benda baik. Tapi dah talhah cakap macam tu takpelah. Nanti dah confirm bagitahu mummy cepat-cepat tau"

"Okay mummy, tapi sekarang ni. Kita kene setelkan dulu masalah talhah dan ariana. Talhah tak nak dengan dia mummy. Tolonglah mummy, kalau mummy nak tengok talhah happy. Talhah mintak tolong sangat-sangat dengan mummy"

"Mummy nak tolong macam mana? kamu tahu kann, syarikat kita bergantung harap dengan syarikat ayah dia"

"Itulah yang talhah sedang fikirkan ni, tapi mummy........" tak sempat talhah ingin menghabiskan ayatnya, datin maryam telah membuka bicara

"Mummy pun tak suka dia" kata mummnya pula

"I know that, but how to say tak suka tu mummy?"

"Why not kalau kamu.........." tiba-tiba ada orang mengetuk pintu bilik talhah daripada luar

Knock knock knock

"Masuk"

Tania pun membuka sedikit pintu, lalu dilihat ada talhah datin maryam

"Eh datin maryam........" kata tania segan

"Yeah tania, its okay. You can came and do your work with my son"

"Alright datin" tania pun menutup pintu berjalan dan duduk disebelah datin. Tangan tua itu disalami dengan lemah-lembut, amatnya menyentuh dengan kelakuan tania terhadap datin maryam dipandangan mata talhah

Tania pun menunjukkan fail yang dibawa, yang harus diperiksa oleh talhah. Datin maryam hanya memerhati kelakuan anaknya dan buah hati anaknya itu berbincang pasal kerja. Setelah selesai tania pun meminta diri untuk keluar dulu

"Saya minta diri dulu la datin, mr talhah. Assalamualaikum" kata tania lalu menyalami semula tangan datin dan keluar daripada bilik tersebut dan menuju ke biliknya

"Waalaikumsalam" jawab mereka bersama

"Hemmmm............ lemah-lembut, sopan-santun, cantik menawan, dan comel tu betul. Muka merah macam jambu air, cuma pandai memasak mummy tak nilai lagi"

"Ishhh mummy ni, dia nak nilai macam tu pulak. Kalau macam tu, mummy nak one day kamu bawak dia untuk rasa masakan dia. Boleh?"

"Talhah tak berani nak janji la mummy, tapi talhah cubalah nanti"

"Dia dah ada boyfriend?" tanya mummynya tiba-tiba

"Sape? Tania?"

"Haah, ada boyfriend?"

"Ouhh, tu talhah tak tahu dan tak pasti mummy"

"Ouhh, kalau single kamu nak masuk line?" tanya mummynya tiba-tiba

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience