BAB 5: Haziq Hilang
BUNYIAN aneh itu terasa semakin di hampiri. Jefri menguak setiap batang pepohon jagung sambil berhati-hati memasang langkah. Pandangannya sentiasa di awas ke sekeliling.
Pucuk pepohon jagung itu tinggi-tinggi. Sinar mentari bagai tersorok di balik-baliknya. Bunyian aneh yang semakin kuat dan dekat telah menemukan Jefri dengan patung orang-orang yang di pacak pada sebatang tiang.
"Uih..ingatkan scarecrow cuma ada kat negara-negara barat je.."kata wartawan muda itu sambil melihat orang-orang yang terbuat dari gumpalan rumput dan ranting serta di pakaikan topi dan kain guni itu. Kegunaannya adalah untuk menghalau burung-burung yang hinggap lalu memakan jagung-jagung.
Jefri berasa hairan kerana bunyian aneh itu sememangnya datang dari orang-orang itu. Dia pun tertunduk-tunduk meraba dan mencari kamera video dari beg sandangnya untuk cuba merakam.
Namun ketika kepalanya di angkat semula,patung orang-orang tersebut telah hilang dari tiang pacaknya. Serta-merta Jefri berasa kehairanan.
''Mana dia pergi?"
Bunyi aneh itu telah menjauh. Tak bertangguh Jefri pun meredah kembali ladang jagung untuk mencarinya.
Bedebuk!
"Uhh!"
Jefri tersandung jatuh ke tanah. Entah apa yang di langgarnya tadi dia pun tidak pasti. Ketika cuba bangkit kembali,tiba-tiba patung orang-orang tadi telah muncul dan berdiri tidak jauh darinya.
Jefri berasa tidak sedap hati. Apa yang berlaku itu terlalu aneh. Seolahnya orang-orang itu mampu bergerak sendiri. Seram pula di rasakan oleh Jefri bila melihat patung orang-orang itu seakan sedang merenungnya tajam.
Dia pun berundur selangkah demi selangkah sebelum akhirnya cabut lari sekuat hati,keluar dari ladang jagung dan pulang semula ke pintu pagar dia masuk tadi.
                        *****
"Uhuhu sedap bin sodip ya rasanya..uhuhu..sekian"comot-comot mulut Yeob Maon dengan cili sos dan mayonis burger yang baru dibelinya dari kantin pejabat pengurusan ladang jagung itu sambil duduk di bangku panjang sebuah pondok.
Jefri muncul semula dekat pagar masuk tadi.
"Abang Yeob!!"teriak wartawan baru itu yang di lihat berlari macam tak cukup tanah menuju ke pondok.
"Huu?! uhuhu iye ko dah kenapa berlari cemas tak tentu pasal cenggitu haa?sekian"
Jefri tercungap-cungap seketika.
"Saya dah tahu apa yang menimbulkan bunyi aneh tu sebenarnya"
"Uhuhu iye apa dia tu?"
"Kat ceruk tengah ladang tu ada patung scarecrow pakai baju guni buruk. Bunyi tu datang dari dialah"
"Uhuhu iye ko ada bukti video ke gambor ke?"
"Tak sempat bang..dia boleh bergerak dan muncul kat tempat lain pulak. Saya rasa scarecrow tu berhantulah. Tak berani saya nak teruskan lagi. Sumpah tak berani dah"ujar Jefri. Wajahnya pucat.
Berkerut dahi Yeob Maon.
"Huu?! uhuhu naya..naya..macam mana ko boleh mohon kerja sebagai wartawan kat syarikat tabloid misteri BONGKAR kalau setakat jumpa patung guni buruk buat halau burung cenggitu pun ko dah takut haa?! Sekian"terbeliak-beliak mata Yeob Maon sambil mengunyah burger.
"Bang Yeob..abang je lah amek alih tugas ni. Saya surrender lah"
Usai makan burger,Jefri pun ikut wartawan gemuk pendek tu masuk semula ke dalam ladang jagung. Patung orang-orang itu di temui sudah berada dekat tiang pacak.
Yeob Maon tenang sahaja. Jefri menggigil-gigil ketakutan.
"Jangan berani-berani sangat bang Yeob..dia boleh bergerak tu"
"Buhuhu penakut..penakut..sekian"
Baru Yeob Maon nak sentuh patung guni buruk itu,tiba-tiba ia pun di lihat cuba berganjak.
"Huu!!"
Sepantas kilat wartawan gemuk tu tangkap dan cengkam dengan tangannya.
"Aaaaaaaaa!!"Jefri pulak yang terlolong-lolong kuat ketakutan. Siap tutup-tutup muka.
"Buhuhuhu mintak maaf banyak-banyak..ko dah fail ya. Mintak bior le ko tengok sini jap..sekian"
Yeob Maon pun melucutkan karung guni tu. Terkejut Jefri bila lihat rupanya kat dalam karung guni itu ada di pasang dron kawalan dan peranti semacam radio yang mengeluarkan bunyi aneh.
"Haa? Apa semua ni abang Yeob? Tak fahamlah"kata Jefri siap garu-garu kepala.
"Buhuhu bior le Encik Syahril je terangkan kat ko..sekian"wartawan Yeob ketawa geli hati.
Mereka pun kembali semula ke pejabat pengurusan ladang.
                         ****
"Haa dah fail dah? Hahahaha"Encik Syahril ketawa sakan bersama Yeob Maon.
Jefri masih kebingungan.
"Apa semua ni Encik Syahril?"
"Sebenarnya bunyi aneh dan patung orang-orang tu cuma nak ujibakat wartawan-wartawan baru je. Pihak syarikat tabloid BONGKAR dengan pihak kami dah kaw tim lama buat benda ni semua. Mana ada kes misteri kat ladang jagung ni. Saya sendiri yang pasang dron kawalan dan peranti bunyi kat badan scarecrow tu..kikiki..sori"jelas pengurus ladang jagung itu sambil tunjuk alat remote kawalan di tangannya.
Rupanya pengurus terbabit yang mengawal patung scarecrow itu dari dalam pejabat pengurusan ladang sambil melihat melalui cctv tersembunyi di tengah ladang jagung.
"Apa?jadi maknanya semua ni sengaja di adakan begitu?"soal Jefri.
"Buhuhu iya cenggitu..ko belum apa-apa dah gagal ya..buhuhu aku tak mo komen apa-apa..sekian"
Hahahahaha
Ketika pulang semula ke pejabat,Jefri terpaksa akur apabila pihak syarikat penerbitan tabloid BONGKAR terpaksa melepaskannya pergi kerana wartawan baru itu telah gagal dalam ujian kelayakkan yang di adakan.
                         *****
Yeob maon melambai kepada Jefri ketika wartawan muda itu sudah hendak beredar dari pejabat.
"Adoi..kalau tau semua tu ujian dah tentu saya buat betul-betul. Mana nak cari kerja lagi lepas ni?"rungut Jefri dah garu-garu kepala.
"Huhuhu iya cuba ko mintak kerja dengan kedai pasaraya Eleven Seven pulak lepas ni ya. Huhuhu kekosongan jawatan senantiasa ada ya..sekian"
Yeob Maon kembali semula meja tempat duduknya di dalam pejabat.
"Buhuhu kelakor..kelakor..huu?uhuhu iya dah tiba masa untuk makan keropok kentang ya..huhuhu iya..baik..baik..baik..sekian"wartawan Yeob tersengih-sengih sambil duduk di meja opis dan toleh-toleh ke arah staf lain yang sedang sibuk dengan kerja masing-masing.
Zip beg sandang pun di buka. Baru je tangan besarnya yang berlemak tu membawa keluar sebungkus keropok kentang,tiba-tiba satu tangan lain telah muncul dan lebih pantas merampasnya dengan pantas.
"Huu?!!"terbeliak mata Yeob Maon.
"Hm..nak curi-curi makan time kerja lagi ke Yeob? Mak oi besar kemain pek bungkusan ni"seorang wartawan wanita india muda yang agak cantik tertawa geli hati sambil layang-layangkan bungkusan keropok kentang yang berjaya di rampasnya dari tangan wartawan gemuk gedabak itu.
Beliau adalah Asywina,salah seorang wartawan muda berpotensi dan berdedikasi di syarikat penerbitan tabloid BONGKAR.
"Huwaaaaa..ko janganlah nak buat cenggini kat aku Wina. Uhuhu bagi baliklah kopok kentang besor aku..uhuhuhu naya..naya..sekian"
Yeob Maon cuba merampas kembali,namun wartawan minaci india itu lebih cekap dalam mengelak dan mengesampingkan bungkusan keropok tersebut.
"Huu!"
Yeob Maon pun terkam sebelum dapat semula bungkusan keropok besarnya.
"Hahaha berpeluh dahi kau Yeob"
"Huwwaaa ko memang tak patut ya..uhuhu ko sememangnya naya punya oranglah..sekian huu!"
Si gemuk tu pun melabuhkan punggung lebarnya ke bangku semula. Tersengih-sengih.
"Ahahaha..sori lah. Wei Yeob..aku ada hal nak bagitau kau ni.."Asywina pun tarik kerusi dari meja kosong di sebelah lalu duduk di sebelah Yeob Maon.
"Uhuhu iye ada hal apa ko nak bagitau haa? Uhuhu dah kenapa sepanjang hari ni aku tak nampak batang hidung Haziq haa?sekian"
Krup..krap..krup..krap..
Keropok kentang di kunyah macam apa entah.
"Itulah hal yang aku nak bagi tau kau ni. Berkaitan Haziq laa"kata Asywina.
"Huu?uhuhu iya Haziq dah kenapa haa?sekian"
"Dia pergi tinjau ke sebuah bangunan hospital kosong malam tadi untuk tugasan artikel. Lepas tu tau-tau hari ni dia tak datang. Kak Yana dah puas call dia sejak pagi tadi tapi tak jawab. So now hal ni dah jadi misteri beb! tadi waktu kau keluar pergi escort wartawan Jefri tu,kecohlah sekejap kat opis kita ni pasal Haziq"cerita Asywina.
"Uhuhu naya..naya..iya habis tu apa jadi haa?sekian"
"Encik Ghani tawarkan komisen kat sesiapa je yang sanggup pergi ke bangunan hospital tu untuk tengok-tengokkan Haziq. Tak ada yang sanggup nak sahut cabaran. Kau pun tau jelah kan..Haziq pun selalu dapat tugasan mencabar"
"Huu?uhuhu tawaran komisen tu masih ada lagi ke haa?sekian"
"Ya tawaran masih di buka sampai esok. Kalau Haziq masih gagal di hubungi,maybe Encik Ghani akan hantar abang Harun atau Kak Yana je ke sana. Aku menyesal tak amek tawaran tu tadi sebab tengah ada kerja. Kalau aku tau kerja tu cepat je nak siap tadi,dah aku amek. Dua ratus beb Encik Ghani nak bayar"
"Huu?dua ratus? Uhuhu lumayan..lumayan..sekian"
Yeob Maon dah tersengih lebar sambil gerak-gerak kening.
Rupanya perbualan itu telah di dengari oleh Yana yang lalu dekat meja Yeob Maon.
"Tawaran masih berjalan. Siapa cepat dia dapat. Encik Ghani cakap dia bayar dulu.."
ZUPP!
Sepantas kilat Yeob Maon dan Asywina berlari menuju ke bilik Encik Ghani.
"Mak aih dia orang ni..."ternganga Yana.
BERSAMBUNG...
Share this novel