Bab 3

Other Completed 38227

Amira sibuk menyediakan makan malam untuk abah dan emaknya di dapur. Begitulah tugasnya seharian apabila di rumah. Dia tidak pernah merungut malah segala perbuatan yang dilakukan adalah tanggungjawab sebagai seorang anak.

“Mira ha, bilalah kau ni nak mencari agaknya?” Soalan itulah yang sering diungkapkan oleh ibunya. Sedangkan dia sudah penat untuk menjawab. Kadang-kadang soalan yang sama diulang-ulang oleh ibu atau saudara-maranya itu membuatkan dia bosan dan jemu.

“Kalau ada jodoh, InsyaAllah mak,” jawabnya ringkas. Amira menghidangkan nasi dan lauk pauk di atas meja makan.

“Amira, dalam bulan depan ayah dengan mak nak ke Kuala Lumpur.” Tutur Pak Lang Amat yang sebelum ini lebih banyak diam kini bersuara.

“Kenapa pula ayah?” soal Amira.

“Eh, kan Zura bini si Jefri dijangka bersalin bulan depan.” Mak Lang Siti menjawab persoalan Amira pula.

Kemudian baru dia teringat yang adik lelakinya bakal menjadi seorang ayah. Bertuah sungguh adiknya kerana dapat menimang cahaya mata yang pertama. Jefri merupakan anak bongsu dan satu-satunya anak lelaki di dalam keluarga itu.

“Wah, bestnya!" Amira tersengih sambil mencedok nasi ke pinggan.

“Dah hendak tunggu kamu beranak entah bila.” Kata-kata emaknya sedikit menyindir.

“Kalau Amira kahwin… siapa pulak nak duduk di rumah ni.. jaga minum mak dan ayah… Tengok Kak Long dan Kak Ngah.. sebulan sekali tak tentu balik ke rumah ni.” rungut Amira.

Amira memuncung bibirnya. Dia menarik muka. Geram dengan sindiran emaknya yang tak pernah berhenti mengikut perkara kahwin. Dia bukan tak mahu kahwin lagi, tapi mungkin dia belum bersedia untuk menjadi seorang isteri.

“Dahla cakap pasal tu... makanlah.” Tingkah Pak Lang Amat cuba meredakan suasana yang boleh menjadi tegang setelah melihat anak gadisnya menarik muka masam.

Usai makan malam Amira terus ke kamar beradunya, pada mulanya dia mahu menonton drama melayu di TV3 namun dibatalkan hasratnya. Merajuk dengan emaknya. Walhal, isu itu bukan pertama kali diungkit oleh emaknya.

Lampu bilik dibuka. Begitu juga kipas siling. Terasa hangat malam ini. Panas membahang. Dengan spontan dia membuka baju T dan menampakkan colinya bewarna merah. Dia membuka coli dan disangkut pada penggantung dinding di atas penjuru katil. Setelah itu, dia menarik simpulan kain batik dipinggang dan disimpul kembali pada dadanya.

Secara tradisi dia amat gemar berkemban, mungkin kerana dia gadis Melayu yang telah sebati dengan pemakaian kain sarung batik ketika bersantai di dalam rumah. Bukan ada sesiapa yang dapat melihat keadaan Amira sebegini. Baginya tidak menjadi satu kesalahan untuk dia berkemban di dalam bilik sendiri. Tidak semena-mena dia melangkah ke jendela biliknya. Dikuak jendela separuh, dia mendongak ke atas melihat langit yang kelam.

“Nak hujan ke?” tanya pada dirinya sendiri. Seolah-olah dia tidak menyedari bahawa dia tidak berbaju kerana dia leka menikmati suasana malam yang masih muda. Lama juga dia terpaku di birai jendela itu.

Penglihatan mula terarah kepada rumah jiran yang berada di sebelah rumah. Jarak antara kedua-dua rumah memang agak berdekatan. Sekilas dia melihat jendela rumah jirannya di mana dia melihat Hakimi pada awal pagi tadi sedang terbuka separuh. Tetiba jendela itu tertutup. Dengan cepat Amira menutup daun jendela. Jendela itu kembali terkatup rapat.

Kemudian, Amira merapati almari solek yang mempunyai cermin yang berukuran empat kaki tinggi. Dilihat tubuh badannya sendiri, dia membuka ikatan kain dan membiarkan terlurut ke bawah. Badannya masih lagi solid dia tersenyum melihat buah dadanya yang pejal dan bulat. Dia menarik nafas perlahan-lahan.

Dia merebahkan badan ke tilam yang empuk. Kedengaran deringan telefon bimbit berbunyi membuatkan lamunannya terhenti. Lalu diangkat panggilan tersebut dengan rasa serba-salah.
Sebentar tadi, Haikal menelefon dengan membawa hajat untuk mengajak Amira keluar bersama. Dia sedar Haikal cuba memikat hatinya. Lewat kebelakangan ini, lelaki itu kerap menghubungi Amira sehinggakan dia mula merasa rimas. Kalau dia tidak melayan, lelaki itu tetap juga menghubunginya tanpa jemu. Sebenarnya pintu hatinya masih ditutup rapat untuk menerima cinta daripada seorang lelaki.

Pengalaman lampau di dalam percintaan membuatkan jiwanya tidak tenteram.
Ketika ini, fikiran Amira mula menggamit kembali memori sepuluh tahun yang lalu.
Syafiq, jejaka yang sangat dicintai pada masa dahulu. Bertahun-tahun mereka menyulam kasih akhirnya ikatan itu putus terlerai tak mungkin disambung.

Perkenalan dengan Syafiq secara tidak sengaja di Universiti telah membuka lembaran baru dalam hidupnya di ketika itu. Sungguh indah tatkala jatuh cinta.Saat manis bercinta di kampus membuat hidupnya bersinar. Syafiq berwatakan agak gentleman dan romantik yang membuatkan dia terpesona dan terus menerima lamaran cintanya. Tambahan pula sifat Syafiq yang caring dan penyayangnya. Ketika itu cintanya sangat kuat kepada Syafiq. Lelaki itu terlalu disayangi dan dipujanya. Dia betul-betul rasa bahagia disamping Syafiq.

Ramai antara rakan-rakannya cemburu apabila dia berpacaran dengan Syafiq. Syafiq merupakan pelajar yang bijak dan mempunyai rupa paras yang kacak. Tambahan pula Syafiq pandai berqasidah. Alunan suaranya yang lunak merdu pasti memukau para pendengar. Namun hubungan mereka yang berlanjutan sehingga tiga tahun itu berkecai di tengah jalan. Syafiq membuat onar. Amira menjadi mangsa kerakusan nafsu makhluk bernama lelaki. Manusia yang berlagak alim itu adalah syaitan yang bertopengkan manusia. Musang berbulu ayam.

Pipinya dibasahi air yang merembes keluar dari kelopak matanya. Dia menyeka matanya. Ahh… kenangan itu tidak sepatut menjelma. Dia telah membuang jauh kenangan itu dari hidupnya sekarang. Biarlah kenangan itu menjadi rahsia dirinya.

Tersedar dari lamunan yang amat meruntun jiwanya, Amira bangkit menggapai kembali telefon pintarnya. Diteliti mesej-mesej Whatsapp yang masuk ke telefon satu per satu. Matanya tetiba terhenti pada paparan nombor yang tidak dikenalinya. Terdapat fail video masuk.
Dia membuka video. Matanya bulat melihat adegan seorang gadis sedang disetubuhi oleh seorang lelaki. Kedua-dua pasangan itu asyik dengan asmara. Nafas Amira berterabur seraya jantung mula berdegup kencang… Dan akhirnya telefon itu dihempaskan ke tilam. Amira terlentang dengan mata yang terkatup. Fikirannya mula berserabut.

Hakimi menapak keluar dari bilik. Semasa mengatur langkah kaki ke dapur dia bertembung dengan ayah tirinya. Memang agak dingin hubungan mereka. Shukor suami baru Mak Salmah hanya memandang wajah Hakimi yang berlagak dan tidak memandangnya.

Semenjak Mak Senah bernikah dengan Syukor pada tiga tahun lepas, Hakimi jarang berkomunikasi dengan Syukor. Dia hanya bercakap dengan ayah tiri apabila ibunya berada bersama-sama di antara mereka. Itupun untuk menjaga hati Mak Senah. Namun begitu Hakimi tidak terlalu menunjukkan tanda protes tentang perkahwinan mereka berdua. Cuma telinga Hakimi tidak tahan menerima sindirin dari mulut orang-orang kampung.

Ada kedengaran dari kalangan orang kampung yang mengatakan bahawa Syukor selalu ke Siam untuk melanggan pelacur. Ada juga khabar angin mengatakan Syukor selalu meniduri pekerja kilang warga Indonesia dan Vietnam di tempat kerjanya. Sebenarnya Hakimi tidak pasti akan kebenarannya kerana itu hanyalah khabar angin dari mulut-mulut orang ataupun berita itu sekadar fitnah. Itu dia tidak peduli! Bagi Hakimi, perkahwinan dengan seorang lelaki yang jauh lebih muda dari ibunya adalah satu kejanggalan yang sangat jelas.

“Mari makan Kimi,” Mak Senah bersuara apabila melihat batang tubuh anaknya menghampiri meja.

“Pakcik Syukor kerja ke malam ni?” Soal Hakimi.

“Ya, minggu ini ayah kamu bekerja shift malam,” balas Mak Senah merujuk kepada Syukor yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di kilang membuat pakaian di pekan yang tidak jauh dari kediaman mereka.

Mendengar perkataan “ayah” yang dituturkan oleh emaknya membuatkan dia merasa jengkel. Ayahnya yang sebenar bukan Syukor. Ayahnya ialah Munir seperti yang tertera pada kad pengenalannya. Tetapi ayahnya sudah menghilang entah ke mana. Mungkin telah lama mati. Emaknya tidak pernah sekalipun menceritakan perihal ayah kandung. Apabila dia mula menanyakan berkenaan ayah kandungnya, pelbagai alasan diberitahu tetapi emaknya banyak berdiam diri.

Dia berjalan kembali ke dalam bilik. Niat hatinya untuk mengulang tonton rakaman yang sangat istimewa di dalam telefon bimbit. Terbayang wajah Amira yang manis dan cantik di ruang mata.

Setibanya di bilik, dia terpandang ke jendela yang sedikit terbuka. Dia melangkah untuk menutup daun jendela yang terbuka. Malam-malam begini nyamuk pasti datang menyerang. Hakimi ternampak sosok tubuh di jendela yang terbuka di rumah sebelah. Ketika itu dia terpandang sosok tubuh Amira yang sekadar berkemban sarung batik. Walaupun dalam samar-samar, dia pasti itu adalah Amira.

Dapatlah Hakimi melihat sekujur tubuh Amira yang berkemban walaupun hanya sementara sahaja. Selajur Hakimi merebahkan dirinya ke tilam. Fikirannya mula meneroka imaginasi. Bayangan wajah dan tubuh mulus Amira berlegar-legar di dalam ruang imaginasi Hakimi. Fantasi Hakimi bergerak semakin nakal menembusi alam nyata. Kini dia berada di dalam dunia fantasi yang diciptakan sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience