“BESAR juga bilik dia. Teratur, tapi confirmlah bukan dia yang kemas,” bebel Armel sambil berpusing sekeliling bilik Khair Yusof. Keluhan dia lepaskan, dia risau dengan rahsia yang dia sembunyikan beberapa tahun ini. Dia tidak mahu keluarga ini mengetahuinya.
Jam di dinding menunjukkan jam 11.00 malam. “Mana bos ni? Hmm, tak apalah baik aku segarkan badan sebelum tidur.”
Terus saja Armel masuk ke bilik mandi, selesai menyegarkan badannya terus dia melilit tubuhnya dengan sehelai tuala putih yang disediakan.
Pap!
Tergamam dia apabila pintu bilik mandi sama-sama dibuka. Dan wajah Khair berada di hadapannya. Sama-sama mereka menelan liur.
Jantung Khair jadi tidak menentu. Matanya mengitari tubuh badan Armel, terus saja badannya memberi reaksi.
“Bos, tepi sikit saya nak lalu. Sejuk ni,” tegur Armel yang cuba mengawal keadaan. Dia juga malu dalam keadaan sebegini.
Khair terus saja memberi ruang dan masuk ke dalam bilik mandi lalu menutup pintu dengan keras. Terkejut Armel dengan tindakan keras bosnya itu. Perangai dari pejabat sampai ke rumah dibawanya.
Di dalam bilik mandi, Khair ke hulu dan ke hilir dia cuba mengawal tubuh badannya yang memberi reaksi pada tindak balas melihat tubuh munggil Armel yang selalu bermain di mimpinya. Suara Armel dan tubuh badan Armel yang terdedah kini di hadapannya.
“Argh, aku kena selesaikan juga.”
MALAM tadi tiada apa yang berlaku. Khair mungkin tidak tidur di dalam bilik bersamanya, itu lebih baik. Kakinya diayunkan menuju ke dapur untuk membantu menyiapkan sarapan. Tersenyum dia melihat ibu mertuanya membancuh kopi hitam dia tahu itu untuk siapa.
Makanan dihidangkan di atas meja, Khair Yuszran antara paling awal. Kemudian diikuti oleh Tan Sri Malik dan akhirnya yang terpaling kacak Khair Yusof.
“Black coffee.” Perlahan suara Armel menghulurkan kepada suaminya. Ehem.
“Thanks.” Terus saja Khair Yusof minum dan terangkat keningnya. Memang sedap terus saja moodnya menjadi lebih baik.
“Sedap?” tanya Puan Sri Dewi ingin menguji.
Khair Yusof tersenyum paling manis yang Armel pernah lihat. “Sedap ma. Macam biasa, dan lebih sedap.”
“Good job, menantu. Mama can focus to serve Khair Yuszran punya teh pula,” kata Puan Sri Dewi kenyitkan mata kepada anak bongsunya itu.
KEHIDUPAN seorang Khair Yusof dan Armel masih seperti biasa tiada siapa yang tahu tentang hal itu dan kini Khair Yusof tidak langsung rasa serba salah dengan mimpi basahnya kerana yang dia mimpi itu adalah halal untuknya.
Hari ini Armel terpaksa meninggalkan keretanya di pejabat. Lalu, dia menaiki Grab. Hujan sangat lebat sehinggakan kawasan untuk memasuki perumahan banglo Khair tidak dapat masuk.
“Tak apa saya jalan sendiri. Terima kasih,” ucap Armel lalu keluar dari kereta itu dan membuka payung kecilnya. Baru saja beberapa langkah dia sudah pun basah kuyup.
“Alamak, jauh lagi ni. Tak apa jalan jelah.” Dengan gigih Armel berjalan walau tubuhnya sudah menggigil kesejukan.
Tiba saja di hadapan banglo itu pagar dibuka dari dalam. Kereta Khair Yusof masih belum kelihatan. Terus saja dia masuk ke dalam rumah dan meminta pembantu rumah memberi bathrob kepadanya.
Masuk ke dalam bilik Armel kerap bersin dan tubuhnya masih menggigil. Badannya jadi bisa-bisa, entah kenapa dia seperti tidak larat untuk ke bilik mandi lalu dia tertidur di sofa di hadapan katil.
Tatapan Khair tak boleh lepas daripada Armel yang terlihat sangat penat terbaring di sofa. Wanita ini memang kelihatan sangat bersahaja di hadapannya. “Aku ni jahat sangat ke dengan dia? Patut ke suami buat macam ni kat isteri? Tapi aku tak nak lepaskan nafsu semata.”
“Ergh…” Armel seperti mendesah.
Desahannya membuatkan Khair tidak senang duduk. Dengan posisi Armel yang sebegini membuatkan dia teringat akan momen mimpi panasnya.
“Armel?” panggil Khair.
Mata Armel seperti ingin celik, namun tangannya seperti cuba ingin mencapai sesuatu. Khair menangkap tangannya dan terkejut. Badan Armel terlalu panas. Terus saja dia merasa kepala Armel yang sangat panas.
“Bos?”
“Awak demam. Jom kita pergi klinik. Bangun.” Khair mula menegang. Apalagi bila bahagian dada Armel begitu terasa di lengannya. Mahu tak mahu matanya terus tertumpu ke arah situ. Wajah Armel memerah kelihatan begitu seksi dan menggoda. Belum lagi belahan dadanya yang sangat jelas terpampang.
Khair menelan liur dengan payah. Siut betul yang kat dalam seluar ni. Dengan sekelip mata saja Armel berada dalam kendongannya, terus saja dia membawa Armel masuk ke bilik mandi dan membasahkan badan Armel.
“Apa awak buat ni?” Armel seperti mahu menghentikan perbuatan Khair, namun dia tidak berdaya badannya sungguh mencucuk dan bisa.
Khair mengerang perlahan dalam hati, berusaha keras untuk tetap menjaga ekspresi wajahnya tetap tenang. Dan tentu saja agar hal lain dalam dirinya juga tenang! Setelah berjaya memandikan Armel terus dia membalut tubuh Armel dengan tuala.
Laju dia keluar dari bilik mandi dan menghantar pesanan kepada doktor peribadinya untuk datang ke rumah. Sempat tangannya mencapai baju untuk Armel. Armel semakin mendekatkan wajahnya pada Althaf, membuat lelaki itu kejung dan segera mundur sedikit.
“Bos tahu tak bos handsome?” Desah Armel di telinga Khair.
Tiba-tiba Armel menatap dengan pandangan menggoda begitu juga dengan senyumnya. Elusan demi elusan pada leher Khair membuatkan perasaannya menjadi tegang dan ada yang lebih tegang.
Khair terus tidak mengendahkan Armel dan mendukung Armel kembali ke katilnya dengan berdoa agar doktor peribadinya cepat sampai.
“Diam sekejap boleh tak?” kata Khair dengan menyusun nafasnya.
Armel terdiam, membalas tatapan itu dengan mata sayu yang setengah terbuka, bibirnya terkatup rapat. Pandangan mereka bertemu dalam jarak yang begitu dekat, dan Khair dapat merasakan jantungnya seketika berdegup semakin kencang.
Kali ini, Khair tidak lagi menolak untuk tidak memandang Armel. Bibir mereka semakin rapat. Tatapan Armel yang polos tetapi sangat menggoda, senyumnya yang manis, bau yang wangi dari rambutnya. Tidak lagi dia dapat menahan perasaannya.
Lalu, bibir mereka bertemu dan bersatu dalam desahan yang panas. Armel langsung membenarkan tiap elusan yang Khair berikan.
“Ahhh…” Terlepas satu rasa oleh Armel yang tidak pernah dia rasakan sebelum ini.
Khair tidak dapat lagi menahan keinginannya. Semuanya menjadi sangat laju, momen mereka bersama di dalam mimpi mula terbayang di fikirannya. Baju Armel sudah habis butangnya diturunkan terdedah dan tangan Khair terhenti di situ bila ketukan di pintu membantutkan rasa.
Tok! Tok! Tok!
“Abang, bukak pintu. Doktor Mira dah sampai,” kata Puan Sri Dewi di balik pintu.
Ah, potonglah!
Semuanya jadi tergendala. “Kejap mama.”
Lantas, Khair membetulkan baju Armel dan dia terpaksa menutup sesuatu di hadapan seluarnya kerana ada benda yang belum selesai. Mata Khair mengamati wajah Armel yang memerah dan setengah terpejam.
Saat itu, Khair menyesali keputusannya untuk melakukan hal tak berguna ini! Dia tidak patut melakukan ketika Armel dalam keadaan tidak sihat.
Pintu dibuka. Puan Sri Dewi memandang Khair Yusof dengan senyuman yang sukar dimengertikan. Mungkin faham dengan keadaan anaknya sekarang ini.
“Masuklah Dr. Mira. I dah mandikan my wife sebab badan dia panas sangat-sangat. Oh, by the way… rahsiakan apa yang you tahu hari ini,” pesan Khair Yusof dengan wajah seriusnya.
Doktor Mira mengangguk dna terus saja merawat Armel.
“Dia demam panas. Sangat panas. I dah masukkan ubat dalam badannya cuma kena pantau suhu lagi malam ni. Kalau naik lagi, sila bawa ke hospital,” kata Doktor Mira selepas merawat Armel.
Khair Yusof memandang wajah Armel yang kelihatan lebih tenang. “Baik, Dr.”
“Okey, I balik dulu,” kata Doktor Mira sambil membawa peralatannya dan diiringi oleh Puan Sri Dewi. Sempat Puan Sri Dewi mengenyitkan matanya kepada Khair Yusof seperti mengetahui apa yang terjadi tadi.
Tergelak kecil Khair Yusof. Sekarang ini dia berduaan semula dengan Armel. Perlahan dia labuhkan badannya di sebelah Armel dan memerhatikan wajah Armel dan…
Tubuh badan Armel.
Argh!
Mimpinya hampir menjadi kenyataan.
Share this novel