HFM 45 | | Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Memikul

Romance Series 73463

Pintu dikuak ke dalam sebelum Dihya intai di balik celah untuk memastikan Zane berada di dalam bilik study tersebut. Dan seperti di duga lelaki itu sedang termenung menghadap jendela. Sejak siang tadi selepas Zane mengamuk pada Sarah,lelaki itu banyak mendiamkan diri dan berkurung dalam bilik tersebut.

Biasanya kalau Zane berkurung begini, adalah yang Zane fikirkan. Disebabkan Dihya sudah faham perangai Zane, dia ambil keputusan untuk dapatkan Zane walaupun dia tahu dirinya mungkin akan dimarahi.

Tanpa bersuara, Dihya atur langkahnya. Dia mendekati Zane yang sedang berdiri membelakangkan pintu masuk. Setibanya di belakang Zane, jarinya mencucuk perlahan lengan yang sedang bersilang pada dada itu.

Lamunannya mati. Perlahan-lahan Zane pun menoleh ke bahu kanan. Sentuhan itu mematikan menungnya. Lalu dia menurunkan tangan ke bawah semasa menghadapkan badan ke Dihya.


"Ada apa?"keningnya sedikit berkerut.


Dihya menarik senyuman nipis. Lega kerana reaksi tenang Zane itu. "Ikut saya keluar sekejap."jarinya menuding ke balik bahu.

Untuk beberapa saat Zane diam dan hanya merenung raut wajah Dihya. Terus teringat dia akan kejadian siang tadi. Dimana dia cuba menyakiti Sarah tetapi Dihya menghalang tindakannya. Terasa tercabar pun ada egonya saat itu. Tetapi berjaya jugak dia kawal diri dari meninggikan suara pada Dihya. Hal tersebut membuatkan Zane berasa serba salah pada Dihya dalam diam bila teringatkannya.


"Nak ke mana..."


"Tuan akan tahu lepas keluar nanti."Dihya menarik Zane sama semasa dia berjalan keluar dari bilik study Zane.

Mereka bergerak ke arah dapur. Apabila Zane sampai di situ, dia melihat kaunter island di situ telah tersusun dengan gelas, beberapa jenis botol kaca pelbagai saiz serta peralatan yang biasa di lihat dalam bar.


"Tadaa..."tunjuk Dihya pada set up yang dia sediakan sebelum memanggil Zane tadi.


"Apa semua ni?"bingung Zane di situ.


"Mini bar..."Dihya pimpin Zane ke bangku kaki panjang depan kaunter agar lelaki itu duduk."Hari ni saya akan jadi barista tuan..."tapi kelengkapan dia tak sempurna kerana banyak yang dia tak dapat sediakan kerana sumbernya terhad. Jadi dia gunakan apa yang ada aje.

Mini bar?Zane melepaskan dengusan lucu sebelum melirik setiap botol yang tersusun di situ. Rasanya di dalam rumahnya ini tiada alkohol apalagi minuman yang seiring dengannya. Dan dia melarang Kyren untuk menyediakannya walaupun Dihya yang minta.


"99plus?sunkick?Flanta?"sebutnya membelek setiap botol kaca dan tin minuman di situ. Kebanyakannya adalah minuman berkarbonat dan kordial semata. Zane pandang lucu akan Dihya yang sudah mengenakan apron serta menyanggul rambut serupa seperti barista.


Dihya membuat muka serius seperti profesional seperti dia bekerja. Tidak menghiraukan apa yang Zane katakan tadi. "Boleh saya ambil pesanan tuan?"


Kening kiri Zane terjungkit tatkala melihat perubahan tiba-tiba Dihya. Baru dia faham apa yang Dihya sedang lakukan. "Are we start role playing now?" sengihnya dengan meleret.


Mata Dihya melirik tatapan Zane sebelum mengangguk. "As usual?"


"Sure."angguk Zane mahu tak mahu.


Masih mempunyai kecekapan dan kepakaran sebagai barista bar, tangan Dihya cekap melakukan kerja." Disebabkan bahan terhad, malam ni tuan akan dihidangkan dengan minuman klasik dari saya iaitu sun quick ais... "


"Oh really? Dan Kenapa menurut awak minuman ni kena dengan citarasa saya?" bual Zane sedaya upaya untuk kekal profesional sebagai pelanggan di situ. Buatkan dia teringat akan pertemuan dia dengan Dihya tidak lama hari tu.


"Sebab tuan jarang tersenyum. Jadi air yang berperisa seperti lemon dan orange adalah minuman yang sesuai..sebab ianya bersifat masam. Seperti mood tuan yang selalu grumpy dan susah nak senyum." Dihya meletakkan gelas berkaki yang telah siap dibancuh air oren di dalamnya hadapan Zane. Masih dengan lagak seperti barista.

Ketika itulah Zane ketawa. Bibirnya terukir dengan senyuman paling lebar yang pernah dilihat. Hinggakan hujung matanya ikut berlekuk dek ketawa dia.


"Seriously?" tanya Zane dengan sisa tawanya. Matanya kelihatan bersinar dari cahaya lampu ketika memandang Dihya. Tangannya naik menghadang mulut saat ketawa.

Dihya ikut tersenyum.

See... Senang aje nak pujuk tuan misterinya ini. Detik hati Dihya ketika memerhatikan reaksi Zane.

Bersama sisa senyuman dibibir, Zane capai gelas berkaki itu lalu menyisip minuman sejuk itu sedikit sebelum memandang Dihya semula. Hilang terus kesesakan dalam kepalanya melihat wajah itu.


"Tuan dah okay sekarang?" Dihya menolak pinggan kecil berisi manisan ke depan Zane. Buat kudapan untuk Zane. Katanya manisan ni boleh naikkan hormon dopamin dalam badan manusia. Mana tahu mood Zane akan membaik selepas ni.

Zane tunduk memandang minuman di depannya sebelum mengangkat mata ke Dihya. Wajah itu ditatap untuk beberapa saat. Seumur hidup dia tak pernah ucapkan terima kasih atau menghargai sesiapa selepas menerima sesuatu. Tak pernah dia fikir yang hari ini akan tiba.


"Terima kasih Dihya."ucap Zane dengan ikhlas.


Dihya tersenyum meleret. "Kasih diterima."sambutnya dengan perasaan berbunga. Hanya satu kalimat itu sahaja dah cukup untuk membuatkan dadanya berasa hangat.

Zane menarik senyuman nipis di bibir sebelum mencapai manisan dari piring kecil tadi lalu dimakan.


Dihya menopang dagu. Matanya ikut bergerak setiap pergerakkan Zane. Sebelum dia pandang ke tangan bercincin kahwin lelaki itu. Cincin itu buatkan dia terganggu! "Apa yang berlaku pada Cik Sarah? Kenapa tuan ugut untuk hantar dia di rehab pemulihan semula?"tanya Dihya sambil tu.

Tangan Zane kaku. Mulutnya yang sedang mengunyah turut terhenti. Mata dia naik dari memandang makanan ke wajah Dihya. Renungan ingin tahu Dihya terarah padanya.


"Saya tanya aje. Kalau tuan rasa taknak beritahu, jangan risau. Saya tak-"


"Masalah dadah dan destructive behavior." sampuk Zane serta merta. "Sejak remaja lagi Sarah terlibat dengan masalah sosial yang berat."

Tegak kepala Dihya sebaik dengar. Dia berdiri lurus dari menopang dagunya.


Zane mengetap garis nipis di bibir sewaktu menatap raut wajah bungkam Dihya. Dia faham kalau Dihya terkejut dengar semua ni. Yalah siapa sangka orang kaya dan berpengaruh pun ada isu murahan macam ni. "Masa saya temui Sarah, dia berusia 19 tahun. Disebabkan banyak isu disiplin, dia dibuang sekolah dan pusat rumah kebajikan. Dari situ dia mula berjinak dalam dadah dan pergaulan bebas." ada alasannya kenapa Zane tak boleh buang Sarah sekalipun dia mahukan Sarah berhambus dari hidup dia.

Dihya mengedipkan mata selepas itu. Langsung tidak dapat mengatakan apa-apa selepas dengar apa yang disampaikan Zane. Dia ingatkan hidupnya dah cukup susah dah!


"End up dia dijadikan anak ayam oleh teman lelaki dia sendiri. Masa saya dapat tahu kedudukan Sarah, saya terus dapatkan dia. Sebab masa tu dia jadi mangsa domestic abuse dengan teman lelaki Dia. Hampir seluruh tulang di badannya patah. Luka luar dan dalam. Yang mana ambil masa 6 bulan untuk Sarah sembuh dan jalani pemulihan berjalan semula."

Menganga mulut Dihya. Secara refleks tangannya ikut berkepal kerana ngilu. Teruk-teruk dia kena belasah pun koyak dekat bibir dengan lebam je. Tak adalah sampai ke tahap serius macam tu!

Keluhan pendek lepas dari Zane. Lelaki itu menguak rambut ke belakang dengan kesal. Mengingatkan semula apa yang menimpa sedikit banyak buatkan dia berang.


"Tak lama lepas Sarah sembuh, dia jadi ketagih semula. Jadi saya tahan dia dekat pusat rehab. Tiga tahun Sarah dekat situ. Sejak tu saya jaga dia. Dan untuk elakkan dia ulang semula perangai lamanya, saya turutkan segala keinginan dia dan curahkan segala kemewahan dan perhatian yang dia mahukan."dengan perasaan teragak-agak Zane memandang Dihya. Dia taknak mata itu memandang simpati pada dia bila dengar semua ni. Sebab dia taknak orang pandang dia seakan dia lelaki yang lemah. Sebab ada masalah tapi tak boleh nak selesaikan dengan betul selain menggunakan wang.

Namun bila Dihya bertentang mata dengan Zane, senyuman lega terukir di bibirnya.


"Kenapa kamu senyum?" Zane agak terkejut dengan reaksi Dihya. Ada yang lucu ke?


Dihya menggeleng. "Tak. Saya cuma nak terima kasih sebab tuan bantu Cik Sarah."ucapnya dengan ikhlas.

Terangkat kening Zane lepas dengar, seakan bermimpi pula. Betul ke apa yang dia dengarkan ni?Jarang orang ucap terima kasih pada dia apalagi beri penghargaan atas usahanya. Paling ada pun hanya akan mengambil kesempatan ke atas dia aje.


"Saya tak tahu nak cakap apa lepas dengar semua ni. Tapi saya nak tuan tahu, yang Tuan dah lakukan kerja yang baik Dan saya yakin Cik Sarah pun fikir perkara yang sama."terus dia angkat tangan lalu mengusap kepala itu. Baru dia faham kenapa Sarah begitu insecure dengan kehadiran dia dalam hidup Zane. Sarah cuma enggan perhatian Zane beralih arah. Mungkin kerana Sarah takut Zane akan mengabaikannya sebab itu Sarah marah. Dan Zane pula kesal kerana lelaki itu perlu sakiti Sarah kerana hendak pertahankan dia. Kedua-dua adik beradik ini sama-sama terluka gara-gara orang luar sepertinya.


"Kamu rasa begitu?"

Dihya mengangguk.


"Ya. Cuma tuan perlukan sedikit perubahan."dia memincing jari merujuk tanda sedikit semasa berkata."Kalau tuan boleh lakukannya saya yakin, tuan akan kelihatan lebih baik."

Terus Zane capai tangan Dihya yang sedang mengusap kepala turun ke bibir. Di kucup jari jemari itu dengan kasih. Dia berasa lega. Ucapan Dihya sentiasa buatkan dia terpujuk. Hatinya yang gundah tadi sudah menjadi tenang semula dan dadanya tidak lagi sesak. Kini Zane semakin yakin, bahawa dia perlukan Dihya dalam hidupnya. Kerana Dihya seorang sahaja yang memahami dirinya.


"Thanks Dihya."gumamnya.

Dihya hanya tersenyum di situ. Dalam diam dia berharap Zane takkan murung lagi. Dia lebih gemar melihat riak wajah serius Zane dari wajah mendung lelaki itu.

Share this novel

Sal
2024-12-03 16:07:33 

lagi..best sgt


NovelPlus Premium

The best ads free experience