Sedang Uwaisy duduk termenung di tangga blok D, memikirkan latihan debat yang akan datang, tiba-tiba bahunya disentuh seseorang.
"Uwaisy, ada benda penting aku nak cakap," kata seorang lelaki berwajah serius.
Uwaisy mendongak.
Khairul Anam, Ketua Pengawas Rakan Sebaya sekolah, berdiri di hadapannya.
"Ada apa, Khairul?"
Khairul Anam kelihatan gelisah.
Dia mengerling ke kiri dan kanan, memastikan tiada sesiapa mendengar.
"Aku dapat tahu... Faiq sekarang selalu lepak dengan Idzlan Farhan."
Uwaisy mengerutkan dahi. "Aku tahu tu. Mereka satu kelas."
"Tapi ini bukan sekadar kawan biasa, bro," sambung Khairul. "Aku dengar mereka plan nak masuk lumba haram. Ada dengar sebut-sebut tentang PACITO."
Darah Uwaisy berderau.
PACITO? Kelab motorsikal idaman remaja, tapi penuh dengan aktiviti haram?
"Serius kau ni, Khairul?"
Khairul Anam mengangguk laju.
"Kalau kau betul-betul sahabat dia, tolong selamatkan dia sebelum terlambat."
Tanpa membuang masa, Uwaisy bangkit.
Dalam hatinya hanya ada satu tekad — memenuhi janji kepada Amir Furqan, menjaga adiknya walau apa pun yang berlaku.
Petang itu, Uwaisy menunggu Faiq di belakang kantin, tempat biasa budak-budak PRS buat mesyuarat kecil.
Tidak lama kemudian, kelihatan Faiq berjalan sambil menendang batu kecil di tanah, mukanya masam seperti biasa.
"Faiq!"
Uwaisy menahan langkah Faiq.
Faiq berpaling, wajahnya sedikit terkejut.
Namun riak itu segera diganti dengan wajah selamba.
"Apa hal?"
"Aku nak cakap sikit. Boleh?"
Faiq mengangkat bahu, malas. "Cakap cepat."
Uwaisy menarik nafas dalam-dalam.
"Faiq, aku dengar kau... kau nak join lumba dengan Idzlan, masuk PACITO."
Faiq tersentak, tetapi cepat-cepat menutup reaksi wajahnya.
"Kenapa? Kau polis ke?"
"Aku bukan polis. Aku sahabat kau, Faiq," kata Uwaisy dengan nada serius. "Kau kena tahu, PACITO bukan tempat untuk kita. Di luar nampak hebat, tapi di dalam penuh dengan tipu daya."
Faiq ketawa kecil, sinis.
"Uwaisy, dunia kau dengan dunia aku lain. Kau ada keluarga yang sayang, aku? Keluarga aku sendiri buang abang aku macam sampah. Aku bukan budak baik macam kau."
Uwaisy maju selangkah.
"Jangan hukum diri sendiri, Faiq. Jangan sebab kau kecewa, kau musnahkan masa depan kau sendiri."
Faiq memandang Uwaisy lama. Ada kilat kemarahan dan kelukaan dalam matanya.
"Sudahlah Uwaisy. Aku tahu apa aku buat. Aku tidak perlukan kau tentukan jalan hidup aku."
Seketika, sunyi mengisi ruang antara mereka.
Faiq menoleh, melangkah pergi.
Uwaisy hanya mampu memandang sahabatnya itu dengan hati yang pilu.
Dia tahu — Faiq sedang menuju ke jalan yang salah.
Tapi sekurang-kurangnya, dia sudah cuba.
Dia sudah menunaikan janji kepada Amir Furqan, sekurang-kurangnya untuk hari ini.
Malam itu, Uwaisy duduk termenung di tepi meja belajarnya.Hatinya tidak tenang. Dia tahu, Faiq sedang berada di persimpangan yang salah.
Tiba-tiba satu nama terlintas di fikirannya.
Amir Furqan — abang Faiq yang kini menjadi Mudir Madrasah An Najm.
"Aku kena jumpa abang dia dulu..." bisik Uwaisy.
Tanpa membuang masa, Uwaisy mencapai telefon bimbit, mencari nombor Amir Furqan yang pernah diberikan sewaktu sesi tazkirah beberapa bulan lepas.
[Mesej WhatsApp]
"Assalamualaikum, abang Amir. Saya Uwaisy, kawan Faiq. Boleh saya jumpa abang? Hal penting pasal Faiq."
Tidak lama kemudian, balasan diterima.
"Waalaikumsalam. Datanglah ke Madrasah An Najm. Malam ini ada usrah. Lepas itu kita berbual."
Di Madrasah An Najm
Malam itu, Uwaisy menunggang motosikalnya ke Madrasah An Najm, yang terletak agak hujung kampung.Kelihatan deretan pelajar madrasah sedang duduk bersila di dalam dewan kecil, mendengar usrah yang disampaikan oleh seorang ustaz.
Tajuk usrah malam itu:
"Fitnah itu Dosa Besar."
Uwaisy mengambil tempat di hujung saf, cuba fokus mendengar.Sambil mendengar, hatinya berdoa semoga Allah permudahkan urusan malam ini.
Isi-isi penting usrah:
Fitnah bukan sahaja berdosa, malah membawa kehancuran.
Allah melaknat golongan pemfitnah.
Menjaga lisan dan hati adalah tanda iman.
Tajuk itu menikam hati Uwaisy.
Dia terkenang Faiq — bagaimana selama ini Faiq termakan
dengan hasutan dunia, mungkin kerana dia pernah 'difitnah' oleh keadaan sekelilingnya sendiri.
Seusai majlis usrah, semua pelajar madrasah bersalam-salaman.
Uwaisy mencari wajah Amir Furqan.
Kelihatan Amir Furqan, memakai jubah putih dan serban kecil, tersenyum menyapa setiap pelajarnya dengan penuh kasih sayang.
Uwaisy melangkah ke arahnya.
"Assalamualaikum, abang Amir."
"Waalaikumsalam, Uwaisy. Alhamdulillah sampai juga. Jom ke pejabat madrasah, kita berbual."
Di pejabat Madrasah An Najm
Setelah duduk, Uwaisy menarik nafas panjang.
"Abang... Saya datang ini sebab saya risau tentang Faiq."
Amir Furqan mendengar dengan penuh perhatian.
"Saya dapat tahu Faiq sekarang... rapat dengan Idzlan Farhan. Dia mungkin akan masuk geng motor haram, PACITO."
Wajah Amir Furqan berubah.
Ada riak sedih yang tidak mampu disembunyikan.
"Terima kasih, Uwaisy. Terima kasih sebab tidak berdiam diri," katanya perlahan.
"Abang, saya cuba nasihat dia... Tapi dia tidak mahu dengar. Saya buntu, abang."
Amir Furqan menepuk bahu Uwaisy.
"Jangan putus asa, Uwaisy. Tugas kita adalah berusaha. Hidayah itu milik Allah."
Dia bangkit berdiri, memandang ke luar tingkap dewan madrasah.
"Dulu aku pun pernah hilang arah. Tapi Allah tarik aku semula.Doakan Faiq juga ditarik balik sebelum terlambat."
Uwaisy mengangguk perlahan.
Malam itu, dia rasa sedikit lega.Dia tahu, dia tidak lagi berjuang seorang diri.
Wajah Amir berubah tegang.Ada resah yang muncul jelas pada rautnya.
"Terima kasih, Uwaisy.
Kau sahabat sejati.Kau sudah tunaikan janji kau dengan aku."
Sunyi sebentar.
Kemudian Amir bersandar, wajahnya jauh memandang ke luar jendela.
"Uwaisy... kau tahu tak, kenapa aku sebenarnya dihalau dari rumah?"
Uwaisy hanya menggeleng perlahan.
Amir menarik nafas dalam, seolah-olah mahu meluahkan satu rahsia besar.
"Semuanya... berpunca daripada fitnah."
Fitnah 1: Nazirul
"Aku dulu kerja di Selangor.
Ada seorang kawan sekerja, Nazirul.Masa itu, dia rasa tidak puas hati sebab aku tidak jadi anak buah dia."
Amir tersenyum tawar, mengimbas kenangan pahit itu.
"Tapi sekarang... alhamdulillah, aku dan Nazirul sudah berbaik.
Semua yang lama sudah kami lupakan."
Fitnah 2: Alif Aiman
Nada Amir berubah sedikit berat.
"Tapi ada seorang lagi... yang masih terus menyebar fitnah sampai sekarang."
"Siapa, abang?" soal Uwaisy perlahan.
"Alif Aiman.Bekas kawan sekerja masa aku kerja di Singapura."
Amir menghela nafas panjang.
"Dia licik.
Dia ambil kesempatan dalam hal-hal peribadi aku — cari dalam telefon bimbit aku, kutip perkara privasi tanpa izin.Kemudian dia sebarkan pada orang sekeliling aku... seolah-olah akulah manusia paling hina."
Suara Amir bergetar.
"Walaupun dah bertahun-tahun aku tinggalkan kerja itu, dia masih juga sebarkan cerita buruk tentang aku.
Aku sendiri tidak tahu kenapa dia buat begitu.Apa salah aku padanya.
"
Puncak Fitnah: Peristiwa di Masjid
Amir diam seketika sebelum menyambung.
"Dan ada satu lagi peristiwa yang jadi kemuncak."
Uwaisy tekun mendengar.
"Satu hari, aku berbincang dengan seorang rakan aktivis, Amirah, di masjid.
Kami nak rancang Program Kem Motivasi Remaja Tahunan bawah Persatuan Remaja Islam Malaysia (RIM)."
Amir tunduk sebentar.
"Kami duduk di ruang anjung terbuka. Tapi... ada orang awam nampak kami.Tanpa bertanya, mereka buat andaian.
Mereka kata kami berdua-duaan buat perkara tidak baik."
Air mata Amir bergenang.
"Desakan orang kampung terlalu kuat.Untuk menjaga nama keluarga dan maruah Islam... aku dan Amirah dipaksa berkahwin."
Realiti Sekarang
Amir mengangkat wajahnya semula, kali ini ada sinar redha.
"Amirah kini isteri aku.
Dan lebih dari itu, dia Mudirah Madrasah An Najm ini.Dia mendidik pelajar-pelajar perempuan di madrasah ini, membimbing mereka menjadi wanita solehah."
Suara Amir menjadi perlahan tetapi tegas.
"Allah tarik aku keluar dari dunia fitnah... dan hadiahkan aku dunia dakwah ini.
Aku redha, Uwaisy. Tapi aku tidak mahu Faiq lalui apa yang aku lalui."
Uwaisy menunduk, matanya berkaca.
Dia faham kini, kenapa Amir begitu menjaga Faiq.
Amir tersenyum kecil, penuh tabah.
"Uwaisy... jangan berputus asa.Hidayah milik Allah.
Kita hanya mampu berusaha."
Dan malam itu, dua hati yang sarat luka, sama-sama bermunajat dalam diam —mendoakan seorang adik yang sedang bergelut dalam badai hidup.
Share this novel