MAIRA masih memikirkan hal yang sama bertahun-tahun. Kenapa bosnya tidak seperti orang lain? Sepanjang dia bekerja memang dia kerap makan tengah hari bersama dengan bosnya ini. Selalu saja belanjanya makan.
Pernah dahulu Fahad sakit di rumah dan Maira dipaksa satang untuk menemani bosnya makan. PA manalah yang buat kerja macam tu, tetapi bila difikirkan semula betapa berbaloinya kerja dengan Fahad. Maira hanya turukan saja.
“Kenapa nak tinggal kat rumah tu lagi? Jauhlah dari pejabat,” tanya Fahad tiba-tiba.
“Ya, hampir lima tahun dan saya suka rumah tu. Vibe dia macam tenang je,” balas Maira.
Suasana sepi semula.
“Bos, bos kenapa selalu ajak saya makan tengah hari sama-sama eh?” tanya Maira yang memang sudah lama mahu bertanyakan hal ini.
Tersenyum Fahad dibuatnya. Dia tahu gadis ini pasti akan bertanyakan tentang hal ini. Dia suka Maira yang selalu jujur dengan apa yang di fikirannya itu. “Awak selalu lupa lunch lah Maira. Awak lupa saya ingatkan, dan bila saya lupa. Awak pulak yang ingatkan saya.”
Jawapan Fahad membuatkan Maira terdiam. Telefon pintar Maira berbunyi dan tertera nama pak ciknya.
“Sorry bos. Saya kena angkat phone call ni. Pak cik saya call.”
Fahad hanya menganggukkan kepala dan melihat Maira bangun dan menjawab panggilan itu di satu sudut. Wajah Maira kelihatan muram dan sedih. Fahad tahu Maira datang daripada keluarga yang berpecah belah. Kehidupan Maira sangat mencabar dan penuh liku.
Kemudian, Maira datang semula ke meja makan dan seperti sedang memikirkan sesuatu.
“Maira?”
Maira seperti sedang bercakap sendirian. Lalu, wajahnya dihalakan kepada Fahad. “Ya, bos?”
“Terima kasih.”
Berkerut wajah Maira, sudahlah dia tertekan dengan apa yang diberitahu oleh pak ciknya itu. Ini pula ditambah dengan bosnya.
“Untuk apa?”
“Sebab selalu ada bila saya perlukan awak,” ucap Fahad.
“Mestilah, saya kan PA bos,” jawab Maira.
Fahad diam lagi. Bagaimana dia mahu menyuarakan hal ini.
“Bos nak tambah PA baru ke?” Bersinar mata Maira ketika ini.
“Untuk apa?” tanya Fahad.
“Yalah, nak senangkan kerja bos. Kalau saya tak ada ke, saya sakit ke, saya ada hal ke. Adalah PA lain yang boleh tolong bos,” kata Maira sambil tersenyum dan mengunyah makanannya.
Laju saja Fahad menggeleng. “Kalau awak cuti ke apa ke, pandailah saya buat kerja sendiri.”
Maira pandang penuh geram dengan Fahad. Hal peribadi kau pun aku uruskan.
“Tapi kan bos, saya takkan selamanya dengan bos. Takkan selamanya ada untuk bos,” ujar Maira dengan lembut.
Terus saja mata Fahad menatap mata Maira dengan tajam. “Awak nak tinggalkan saya ke?”
Gugup dibuatnya Maira, yalah dia pun wanita pastinya akan tergoda jugaklah melihat sosok bosnya ini. Tapi, bila memikirkan perangainya yang tak senegah tu jadi geram pulak.
“Taklah, kalau selalu sangat masuk kelab malam ambil bos kat sana. Apa pandangan orang kat saya? Sampaikan saya dah jadi member dengan Mike dah. Mike pun siap suruh saya kerja dengan dia. Kalau one day nanti saya ni terbuka hati nak bertudung, macam mana? Rosak pandangan orang terhadap wanita bertudung,” kata Maira sambil meneruskan makan.
Walaupun selalu dia dapat menikmati makanan di restoran mahal, tapi tidak pernah dia makan tidak habis kerana dia tahu ini semua adalah rezeki yang baik.
Fahad tergelak kecil. Lalu, mengangguk. “Entahlah. Saya ni percaya kat awak je Maira. Awak antara yang saya boleh harapkan.
LANGIT malam ini ditemani dengan hujan renyai bagaikan membasuh perlahan memori semalam dan duka yang tidak pernah terpadam baranya. Rumah ini luas, besar, indah, namun sunyi. Tiada apa yang istimewa.
Fahad duduk di ruangan yang paling dekat dengan tingkap, dia mahu menikmati keindahan malam ini selepas sudah berhari-hari dia hanyut dalam keseronokan dunia. Matanya terus dipejamkan bila dia merasa ada seseorang duduk di hujung sofa tenpat dia berbaring.
Kakinya disentuh lembut oleh wanita itu.
“Fad,” panggil Puan Sri Normah, nadanya penuh kasih.
Terus saja helaan nafas malas dilepaskan. “Ada apa ni ma? Kenapa datang mengejut macam ni?”
“Mama ni tak perlukan keizinan anak pun untuk datang ke sini. Mama ni mama tau. Mama punya hak atas anak-anaknya.”
Fahad terus duduk bersandar dan memandang emaknya. “Mama datang sini pun tak lain tak bukan nak cakap pasal bernikahlah ni. Mama boleh simpan dulu idea tu okey?”
Laju saja Puan Sri Normah menggelengkan kepala. “Bukanlah sayang.
“Habis tu?”
“Jumpa Dewi.”
Buntang mata Fahad. Ini lagi teruk cadangan untuk dia berkahwin. “Untuk apa ni pulak ma?”
“Dia perlukan penjelasan kenapa Fahad buat macam tu,” kata Puan Sri Normah dengan nada tegasnya.
“Benda dah settle lama dah.”
“Kalau dah settle takkanlah dia nak cari anak mama ni lagi. Takkanlah dia masih menganggap semua ini tak settle lagi. Perempuan ni lain tau cara dia untuk selesaikan sesuatu, tak macam lelaki. Lagi pula, masa tu dua-dua masih muda. Ada ego tinggi, tu yang putus tu. Padahal dulu, berkepit je ke sana sini,” kata Puan Sri Normah sambil memandang geram dengan anaknya.
Fahad garu kepala yang tidak gatal. “Ma, dulu yang mama cakap tu sebab cinta monyet. Semua nampak indah, macam monyet dapat bunga. Bila masing-masing dah besar, belajar tentang hidup. Barulah kita sedar pasangan jenis apa yang kita nak.”
Puan Sri Normah menggeleng perlahan, geram dengan jawapan anaknya itu. “Mudahnya lelaki sekarang ni. Fahad tahu kan mama tak suka Fahad layan perempuan ikut mood Fahad sendiri. Nak mama layan Fahad ikut mood mama ke?”
“Mama? Apa ni?”
“Jumpa Dewi selesaikan apa yang patut,” arah Puan Sri Normah.
Keluhan demi keluhan dilepaskan oleh Fahad, sudah lama dia mengelak untuk bertemu dengan gadis itu. Argh, kenapa ketika ini wajah Maira yang melintasi fikirannya?
Share this novel