BAB 23: Tawaran Berharga
BERIKUTAN kejadian menyayat hati yang menimpa salah seorang wartawan tabloid misteri SELONGKAR,rating jualan untuk isu keluaran mereka yang seterusnya telah jatuh merudum. Ini adalah kerana syarikat terbabit tidak lagi dapat menyiarkan artikel sambungan Haunted Hills kerana lokasi berkenaan sudah di jadikan sebagai kawasan kes oleh pihak polis.
                          °°°°°°
PAKK!
Encik Daud Junaidi menampar ke meja di bilik mesyuarat dek tidak berpuas hati dengan laporan rating jualan terkini akhbar tabloid mereka. Sidang redaksi staf dan wartawan terkejut dengan sikap yang di tunjukkan oleh pengarah urusan mereka itu.
"Saya tak kira! untuk isu keluaran seterusnya kita mesti tampil semula dengan artikel sambungan Haunted Hills. Tak kira dalam apa jua cara sekalipun"tegas Daud Junaidi.
"Tapi bos..macam mana kita nak turun ke tapak tu lagi? Kan pihak polis masih bertumpu menyiasat kat situ"kata salah seorang wartawan yang ada dalam bilik mesyuarat.
"Betul lah Encik Daud..lagipun selepas apa yang terjadi pada Izak..kami tak fikir kita masih berani untuk menyiasat ke Haunted Hills lagi"sokong staf lain pula.
"Kenapa? Kamu semua dah serik dan takut ke?! Hei di mana kredibiliti kewartawanan kamu semua hah? Saya tak mahu jiwa-jiwa penakut bekerja di syarikat SELONGKAR! bagaimana kita nak menyaingi BONGKAR kalau kamu dah jadi pengecut dek kerana seorang wartawanan kita tewas?!"tinggi suara Daud Junaidi.
Semua orang yang berada di bilik mesyuarat hanya mampu tertunduk diam dan saling berpandangan sesama sendiri.
Pengarah urusan syarikat tabloid SELONGKAR itu menoleh kepada wartawan Yen yang di lihat masih sugul dan kurang bersemangat.
"Yen!"teriaknya.
"Entahlah Encik Daud..saya tak berani dah nak turun ke sana. Tolong passing tugas ni kat orang lain pula"kata Yen.
"No! Kamu yang mesti selesaikan apa yang dah kamu mulakan Yen!"tegas Daud Junaidi.
"Encik Daud tak boleh memaksa-maksa begini! ini berkaitan soal keselamatan nyawa!" Wartawan Yen bangkit dari kerusi dan menyanggah arahan pengarah urusan terbabit.
"Saya berhak untuk paksa awak Yen. Sebab saya majikkan awak! Faham!"tegas Daud Junaidi yang tampak sangat beremosi itu.
"Baiklah..kalau begitu saya akan letak jawatan saya selaku wartawan SELONGKAR berkuatkuasa dari sekarang!"tegas Yen sebelum beredar meninggalkan bilik mesyuarat.
Riuh-rendah jadinya suara di dalam bilik mesyuarat itu. Keadaan jadi sangat tegang. Semua yang berada di situ dapat merasakan bahangnya.
"Arghhh! Damn!!"Daud Junaidi melepaskan geramnya dengan menumbuk ke permukaan meja mesyuarat.
Keretakkan yang berlaku di dalam syarikat penerbitan akhbar tabloid misteri itu sudah mulai menampakkan tandanya. Daud Junaidi bukan sahaja kehilangan satu,malah dua orang wartawan terbaik SELONGKAR.
Mampukah syarikat terbabit terus bertahan?
________________
KEDAI runcit kecil itu agak terperuk sedikit kerana di himpit oleh bengkel kereta dan kedai gunting rambut di kiri kanannya. Lagu Bangladesh sedang bersiaran melalui corong radio kedai terbabit.
Kedai itu di usahakan oleh seorang lelaki warga Bangladesh bernama Jangahir. Terteleng-teleng kepala Jangahir mengikuti rentak lagu sambil bersiul-siul dan menyusun roti-roti buku dekat rak.
Tau-tau sebuah kereta Perodua Kenari hijau muda berhenti di hadapan kedainya. Wartawan Yeob Maon melompat turun. Hari ni pakai smart. Kemeja sendat dan seluar warna coklat. Tersengih-sengih dah macam apa entah.
"Ayo..itu abang busar sudah mari. Matilah saiya. Dia misti mau piriksa adakah saiya birani mau jual itu Silongkar punya paper"Jangahir merungut.
"Huhuhu iya berapa banyak surat kabor BONGKAR ko dah jual haa?sekian"
"Yitu Bungkar sudah habis jual dari simalam lagi lah bang. Tapi itu Silungkar juga tiyada laku saya lihat di kedai lain. Lagi banyak juga. Tiyada orang mau bili"
"Huhuhu patut..patut..iya memang patut SELONGKAR orang tak mo nak beli dah ya..sekian"kata wartawan gemuk pendek tu selamba je capai roti krim yang ada di jual kat kedai tu dan terus di buka bungkusannya lalu di makan. Bayar pun belum.
"Kinapa patut juga abang?''tanya Jangahir.
"Uhuhu iya wartawan dia dah mati ya..huhuhu aku tak mo komen banyak-banyak..sekian"
Pipi tembam wartawan Yeob bergoncang-goncang mengunyah roti yang penuh di dalam mulut. Bibirnya penuh krim strawberi. Setiap dua ke tiga hari sekali datanglah wartawan gemuk tu ke situ. Sibuk bertanyakan tentang jualan akhbar tabloid BONGKAR.
"Bang! Yitu roti krim bulum bayar juga"teriak Jangahir ketika wartawan Yeob beredar.
"Huu?uhuhu mintak bior ko catat dulu dalam buku hutang tiga lima. Nanti aku bayor le bila datang lagi..sekian"
"Ayo ini abang..lagi-lagi saya di sikian kan juga"Jangahir hanya mampu geleng kepala je lah tengok kereta perodua kenari hijau muda kepunyaan wartawan gemuk tu berlalu pergi. Walhal hutang roti,jajan,gula-gula dan air kotak yang sebelum-sebelum ini pun belum di bayarnya lagi.
_________________
LEPAS makan tengahari,staf dan wartawan syarikat BONGKAR kembali semula ke pejabat untuk menyambung tugasan kerja masing-masing.
"Yes! aku dapat tugasan misteri yang best untuk minggu ni"kata wartawan Haziq yang sudah bersiap dengan vest dan beg sandang wartawannya.
"Kau dapat kes apa Ziq?"tanya Asywina yang sedang menaip artikel dekat komputer di mejanya.
Haziq pun menayangkan sekeping tiket.
"Tiket keretapi? ai kena naik tren ke pergi ke lokasi tugasan?"tanya Asywina.
"Yup. Setepatnya lagi ialah aku kena siasat tentang sebuah keretapi yang di katakan membawa gerabak penumpang orang bunian. So aku dah berjaya dapatkan tiket dan nombor keretapi yang di maksudkan"ujar Haziq.
"Wow..menarik jugak tu"
Ketika pintu lif terbuka,Haziq yang baru aja nak melangkah masuk telah di kejutkan dengan kehadiran seorang pemuda. Wartawan Yeob Maon pun ada sekali tengah berbalah apa entah dengan pemuda terbabit.
"Huu?uhuhu iya setelah ko doa kan syarikat surat kabor BONGKAR gulung tikor bagai tempoh hari,ko masih berani nak datang lawat pejabat kami ke hah?!sekian"parau dan tinggi je suara wartawan Yeob.
"Iya memang lah aku salah sebab dah cakap macam tu tempoh hari. Tapi tujuan kedatangan aku ni dengan niat baik. Aku pun dah letak jawatan dengan syarikat tu"kata pemuda terbabit.
Haziq berkerut dahi kerana kurang memahami perbalahan yang berlaku di antara wartawan Yeob dan pemuda berkenaan. Akan tetapi Haziq seperti pernah lihat pemuda tersebut entah di mana-mana sebelum ini.
"Kenapa ni Yeob? Apa hal nya ni"tanya Haziq.
"Uhuhu iya Ziq..bior le aku perkenalkan kat ko dulu..uhuhu mamat kerek ni wartawan SELONGKAR ya. Sekarang dia datang nak jumpa dengan kak Yana. Uhuhu aku suspect dia nak kelepetkan Kak Yana supaya boleh dapat bahan untuk tulis kesinambungan artikel Haunted Hills..uhuhu itu sebab aku nak halang dia naik ke pejabat kita..sekian"ujar Yeob Maon dengan suara parau dan mengah-mengah.
"Err maafkan saya..awak ni wartawan Haziq Khairullah kan? Saya Yen Nazrin,wartawan dari akhbar tabloid SELONGKAR seperti yang wartawan Yeob cakap tadi. Cuma sebenarnya bukan macam tu niat kedatangan saya...
"Uhuhu ko jangan nak tipu lah..sekian"sanggah Yeob Maon.
"Sabarlah Yeob..kita bagi peluang dia terangkan dulu.."kata Haziq.
Wartawan Yen pun di bawa ke pejabat syarikat penerbitan akhbar BONGKAR lalu di pertemukan dengan wartawan Yana.
_______________
DALAM bilik berhawa dingin itu,Yen duduk di sebuah meja. Turut berada sekali di situ ialah wartawan Yana,Yeob Maon dan Kak Husna. Haziq tidak menyertai pertemuan tersebut kerana dia ada tugasan luar yang harus di buat.
"Jemputlah minum"Yana menghidangkan secawan kopi segera dan sepinggan biskut krim coklat kepada wartawan SELONGKAR terbabit.
"Terima kasih"kata Yen.
"Uhuhu iya mintak bior ke cerita sikit bagaimana ko 'racun' fikiran seorang pelanggan BONGKAR agar beralih kepada surat kabor SELONGKAR waktu kat kedai 24 jam hari tu..sekian"kata wartawan Yeob Maon sambil capai sekeping biskut krim coklat dari pinggan sebelum di kunyah macam apa entah.
"Betul..memang lah saya tak nafikan ada bertikai dengan wartawan Yeob waktu terserempak kat kedai 24 jam tu tempoh hari,tapi waktu tu saya masih pro dengan SELONGKAR. Tapi lepas apa yang terjadi pada rakan wartawan kami Izak Kensyi..saya benar-benar dah ubah fikiran"ujar Yen.
"Apa yang dah terjadi?"tanya Yana.
Wartawan itu pun ceritalah bagaimana dia dan arwah Izak bertemu orang misteri dan mendapat amaran melalui telepati minda. Kedegilan Izak telah memakan dirinya sendiri. Perkara di burukkan lagi dengan desakkan pengarah urusan syarikat SELONGKAR yang terus-menerus mahu memaksa Yen untuk turun ke tapak Haunted Hills dan membongkar rahsia di sebaliknya.
"Saya tak tahan dah dengan semua tekanan yang muncul. Encik Daud Junaidi yang baran tu pulak asyik nak memaksa je kerjanya. Jadi saya pun resign dan bagi notis 24 jam terus''
"Uhuhu tidak..tidak..dekat sini dah tak ada jawatan kosong untuk di tawarkan kat ko lah..sekian"
"Yeob!.."Yana menyiku ke perut boroi Yeob Maon.
"Hukk!"(senak sekejap)
Kak Husna sampai terpaksa tekup ke mulut wartawan Yeob yang debab dan bermulut celupar serta parau suaranya tu.
"Uuuuu...uuuuuuu"
Yeob Maon meronta cuba melepaskan tangan Kak Husna yang menekup mulutnya dari belakang.
"Aih..jangan risaulah..saya bukan datang nak mintak kerja dengan BONGKAR. Saya dah tak berminat dengan kerja ni lagi. Dah serik..cuma saya fikir saya boleh bantu syarikat BONGKAR dalam meraih kembali kepercayaan sebahagian besar pembaca setia kalian yang beralih kepada tabloid SELONGKAR"
"Bagaimana tu?"Yana,Kak Husna dan Yeob Maon pun tertanya-tanya.
Yen tersenyum.
Beberapa keping foto ngeri sewaktu wartawan Izak di temui tergantung dekat bangunan blok G Haunted Hills di keluarkan dari beg sandangnya. Yana,Kak Husna dan Yeob nyata terkejut besar dengan foto pendedahan tersebut. Malah ia tidak pernah tersiar di mana-mana akhbar arus perdana pun sebelum ini.
"Saya juga akan ceritakan bentuk bicara telepati yang berlaku di antara saya dengan orang misteri tu sewaktu kejadian. Pihak syarikat tabloid BONGKAR boleh anggap saya sebagai informer sahih untuk di temubual dan di terbitkan artikel ini dalam isu keluaran terbaru kalian nanti. Saya harap apa yang saya lakukan ini dapat menaikkan kembali rating pembaca tabloid BONGKAR "kata Yen.
Yana,Kak Husna dan Yeob Maon saling berpandangan sebelum tersenyum dan saling mengangguk. Tawaran dari Yen itu sungguh sangat berharga sekali.
BERSAMBUNG....
Share this novel