Naurah melihat matanya yang bengkak akibat nangis.Dia mengambil ais dan perlahan-lahan menuam.
"Nangis macam putus cinta"ucap Noreen dari belakang.Naurah terasa sejuk air batu.
"Kak tak faham... Naurah nangis teruk sebab sikap manusia yang pentingkan diri sendiri"ucap Naurah.
Kak Noreen duduk dimeja makan bersama segelas air.Naurah turut menarik kerusi dan duduk sekali.
"So.... sekarang ni nak cari kerja baru atau rehat dulu?"soal Noreen.
"Entahlah... memang nak kerja pun...tapi semangat nak kerja balik tu..tak tahu nak kutip dekat mana"ucap Naurah yang masih sugul.
Ting! Tong!
Kak Noreen memandang Naurah.Naurah masih menuam matanya.
"Takpelah tuam mata tu..Akak pergi tengok siapa datang"ucap Noreen bangkit dan berjalan ke arah pintu.
Zukie menanti diluar pagar rumah Naurah.Berharap gadis itu masih sudi nak jumpa dengannya.
Kak Noreen membuka pintu dan berjalan ke arah pagar.Zukie pandang dan melihat seorang gadis yang bertudung sarung mendekati pagar.
"Cari siapa?"soal Noreen.Zukie menggelengkan kepalanya.
"Ni rumah Naurah kan?"soal Zukie.Noreen memandang lelaki didepannya itu berpakaian kemas dan berkereta nampak mewah.
"Ya...ni rumah Naurah.Ada apa nak jumpa adik saya?"soal Noreen.
"Adik? Cik ni Kakak Naurahlah"ucap Zukie.Noreen mengangguk perlahan.
"Saya Zukie.. pembantu peribadi Tuan Althaf tempat Naurah pernah berkerja"ucap Zukie.
Noreen memeluk tubuh.Wajahnya yang comel bertukar garang.
"Oh jadi awak nilah pembantu peribadi pada bos yang tak ada hati perut tu...sampai pecat adik saya tanpa sebab...kalau saya ni..jahat lama dah saya buat laporan polis"marah Noreen.
Zukie menundukkan pandangan sedikit.Dia sangka kakak Naurah ni lemah lembut orangnya.
"Encik Zukie..."
Zukie memandang pada suara yang memanggilnya.Dia tersenyum sedikit.
Naurah berjalan ke arah mereka berdua.
"Kak...boleh tak tinggalkan kami berdua..."ucap Naurah.Noreen memandang adiknya.
"Betul ni?"soal Noreen.
Naurah mengangguk perlahan.
"Terima kasih Kak..."ucap Zukie.Noreen menjelingkan matanya pada lelaki itu.
"Sejak bila mak aku kahwin bapa kau...Kak..Kak..."marah Noreen sebelum hilang ke dalam rumah.
Zukie menggaru kepalanya yang tak gatal.
"Maaf ...Akak saya dia pantang kalau ada orang cuba cari pasal dengan adik dia..."jelas Naurah.
Zukie tersenyum manis.
"Takpe...saya faham...mestilah sebab dia sayang adik dia.."ucap Zukie meredakan keadaan.
"Tapi apa sebab Encik Zukie datang sini?.Saya kan dah diberhentikan..nanti marah pulak...orang tu..."ucap Naurah memeluk tubuhnya.
Zukie mengeluarkan sesuatu seakan sekeping kertas dan diserahkan pada Naurah.
Naurah mengambil dari tangan Zukie.Dia melihat cek yang tertulis jumlah yang banyak.
"Banyaknya...saya baru sebulan kerja..."ucap Naurah pada Zukie.Zukie berdeham.
"Tu... Tuan minta saya bagi pada awak..."ucap Zukie.Naurah rasa meluat.
"Memang patut...pun...mulut lancang... menyakitkan hati..betul...patutlah Encik pun nampak berusia...."ucap Naurah.
Zukie tersentak.
"Kenapa dengan saya pulak?"soal Zukie.
"Ialah umur Encik baru 30 tahun..tapi luaran Encik dah macam 40 tahun...mesti sebab Encik hari-hari hadap makian dia...kan?"soal Naurah.Zukie melihat wajahnya dicermin kereta.
"Awak kira beruntung Naurah..awak diberhentikan, orang lain sebelum ni...berhenti sendiri tau.. kira awak ni paling lama..dapat kerja dengan Tuan...orang lain sehari datang esok dah hilang..."cerita Zukie.
"Dia yang beruntung bukan saya....itu pun tak bersyukur.."ngomel Naurah.Zukie tergelak sedikit melihat gadis itu meluahkan perasaan.
"Awak tak nak tanya khabar Tuan?"soal Zukie.Naurah mengerutkan dahinya.
"Buat? Buat sakit hati baik tak payah..."ucap Naurah menepis rasa ingin tahunya.
Zukie faham dengan perasaan Naurah.
**********
Naurah sibuk didapur masak untuk makan malam.Harini dia teringin nak makan ayam kurma.Dia menumis bahan semua dan masak dalam masa yang pantas.
Telefon pintarnya berbunyi tertera nama Zukie.Dia mematikan api dapur dan menjawab panggilan telefon.
"Asalamualaikum...."
"Walaikumusalam...Naurah...saya nak minta tolong awak ni..."ucap Zukie dalam keadaan kelam kabut.
"Kejap....cuba Encik cakap perlahan-perlahan...saya tak faham..kenapa ni?"soal Naurah.
"Tuan.. Althaf...hilang...ni...saya datang hantar makanan tengok dalam wad kosong..."ucap Zukie.
"Wad?"soal Naurah.Tuan Althaf masuk hospital ke?.
"Ya sejak semalam lepas jumpa dia pengsan...kena tahan wad... sekarang hilang...doktor tak bagi dia keluar lagi.."ucap Zukie.
"Emm...awak dah cari sekitar... hospital...?"soal Naurah.
"Dah... tapi saya risau satu je...kalau Isaac kawal badan dia..."ucap Zukie.
"Allah...emm... nanti saya maklum dekat Encik..saya cuba..."ucap Naurah mematikan panggilan.
Naurah duduk disofa.Dia cuba memikirkan kemana kalau Isaac yang ada pada badan Tuan Althaf.
"Wah...sedapnya bau...adik jom makan sekali akak tolong hidangkan..."ucap Noreen.
"Akak Naurah keluar kejap..."
Naurah terus mencapai kunci keretanya dan keluar.
"Naurah!" panggil Noreen melihat adiknya keluar tiba-tiba.Kereta kenari berwarna merah jambu itu keluar dari garaj.
Naurah memandu berdekatan dengan tempat terakhir dia jumpa Isaac malam sebelum kejadian.
"Mana ni?"soal Naurah memandu ke depan lagi.Dari jauh dia nampak seorang lelaki duduk di tepi jalan.Dia mengecilkan matanya sedikit.
"Tuan...."ucap Naurah menghentikan keretanya.Dia keluar dari kereta melihat lelaki itu dengan pakaian hospital duduk dengan kepalanya tunduk.
Dia mendekati perlahan.Dia mencangkung didepan lelaki itu.
"Tuan..."ucap Naurah.
Lelaki itu tidak bergerak.Naurah memegang bahu lelaki itu perlahan dan mengoncang sedikit.
"Tuan...."seru Naurah.
Lelaki itu mengangkat wajahnya yang nampak lemah.Terbit senyuman sedikit.
"There you are..."
Senyuman yang terbit dibibir pucat itu seakan menyiat-yiat hati N
Naurah.
"I've been looking for you...."ucap Isaac.Dia memandang kaki lelaki itu tanpa apa-apa selipar ataupun kasut.
"Kenapa Tuan buat macam ni?"soal Naurah perlahan.Isaac memandang wajah yang dia rindu itu.
"Saya...tak setuju .. dengan apa Althaf buat.....dia..... cemburu... dengan saya .."ucap Isaac menahan diri dari pitam supaya dia tak kehilangan saat dengan Naurah.
"Tapi Tuan lemah ni ..saya...hantar pergi hospital sekarang...."ucap Naurah yang risau.
"Tak....!" tubuh itu jatuh.Naurah dengan pantas memegang kedua-kedua bahu lelaki itu.
"Tuan...."seru Naurah.Dia menyentuh pipi itu.
"Saya....tak nak hilang..janji... jangan buat saya hilang ..."ucap Isaac.Naurah terdiam.
*******
Celik mata dia rasa sudah lama tidur.Dia memandang dua orang depannya.
"Tuan Althaf....dah sedar?"soal Zukie mendekatkan dirinya.Naurah yang berdiri sedikit jauh hanya memerhati.
"Nasib Naurah jumpa semalam...kalau...Arghhhh....."jerit Zukie sebaik sahaja telinganya ditarik.
"Tuan.. "Naurah dah takut.
"Kau dengan mamat ni sama je .."ucap Isaac.
"Tuan... Isaac?"soal Zukie.Isaac melepaskan tangannya.Naurah turut terkejut sepatutnya Tuan Althaf tapi kenapa Tuan Isaac masih keluar?.
Zukie merapatkan diri dengan Naurah.
"Naurah aku istiyhar kau tak berhenti lagi ..kau kena tolong...aku ..hadap benda ni..."rayu Zukie.
"Ahhh?"
Kedua-dua mereka seakan mangsa yang sedang berhadapan dengan pemangsa yang memerhati mereka untuk ditelan.
Kedua-dua mereka seakan mangsa yang sedang berhadapan dengan pemangsa yang memerhati mereka untuk ditelan.
Share this novel