58 My Sweet Pepero ( Finale )

Family Series 110448

“Deila Araferro!!!”

Jeritan bersama getar di hujung suaranya itu langsung tidak dipedulikan oleh sang isteri. Begitu rancak berbual dan bergelak ketawa bersama tok di gazebo depan rumah agam. Sikit pun tak pandang Rhett yang tercengat tidak jauh dari mereka, menahan amarah yang sedang membakar seluruh tubuh.

Oh, buat tak dengar ya? Nak cabar seorang Rhett Raffendy ya?!

Sambil kepal sekeping kertas, Rhett meluru laju ke arah Deila dan tok. Rhett tahu Deila dengar pekikan dia tadi. Begitu juga dengan tok. Tapi dua-dua mereka buat pekak. Sehinggalah Rhett sudah terpacak di depan pun tak dipandang langsung. Betul-betul mendatangkan marah!

“Del! Let’s talk!” Tanpa salam, Rhett terus rentap lengan Deila, mahu menarik Deila pergi dari situ.

“Rhett, kenapa ni? Tak nampak ke tok tengah berbual dengan Del?” Marah Tok Teh, jelas wajah kurang senangnya dengan kemunculan Rhett.

“Saya nak bercakap dengan isteri saya, nenda.” Rhett tarik Deila sehinggalah mereka berada di depan pintu rumah.

“Kenapa cancel last minute?” Rhett tayang sehelai kertas di depan wajah Deila. Dengan selamba Deila jongket bahu.

“Tak penting pun kan?”

“Tak penting kata kau? This trip is our honeymoon, Deila Araferro!” Melengking!

“Rhett… tak payah nak besarkan isu ni, boleh tak? Nak honeymoon apa lagi? Ini perkahwinan kedua kita. Kalau betul nak pergi honeymoon, kenapa tak ajak masa pertama kali kita kahwin dulu?”

Rhett terpempan dengar jawapan Deila.

“Dahlah, saya nak ke kilang.” Deila berlalu tanpa rasa bersalah.

Rhett mundar mandir di ruang yang luas itu, cuba kawal rasa marah yang meruap-ruap. Bukan main teruja dia plan semuanya. Takde bantahan pun dari Deila sebelum ini. Apabila berbaki sehari sebelum bertolak, Deila batalkan tanpa beritahu. Tak ke mendatangkan kemarahan?

Rhett hanya mampu memandang pemergian Deila yang sudah bersiap mahu ke kilang bakerinya dengan tatapan dingin. Sampai bila Deila mahu mendera dia? Masih dingin, langsung tak beri peluang untuk Rhett mendekati apatah lagi mahu bermesra, mimpi! Tak nampak usaha Rhett mahu pulihkan hubungan mereka?

Oleh kerana fikiran terganggu dengan peristiwa itu, Rhett tiada hati mahu bekerja. Asyik termenung di bilik pejabatnya. Akhirnya, Rhett bergegas pulang, lebih awal dari kebiasaannya. Rancangan diatur untuk meleburkan hati batu Deila. Masih tidak mahu berputus asa walau direjek berulang kali.

Bersiap sesegaknya lalu duduk melipat kaki di birai katil, menghadap pintu, mahu tunggu kemunculan Deila. Hampir sejam lewat dari waktu kepulangan Deila dari kilang, Rhett sudah seperti cacing kepanasan. Ulang-ulang kerling jam tangan. Dada mulai berbahang.

Mana perginya Deila Araferro?!

Rhett angkat punggung dengan kasar, menonong keluar bilik dan turun ke tingkat bawah dengan wajah tegang tak bergaris. Dada bagai mahu meletup saat dia lihat nenda dan Deila sedang bergelak ketawa di ruang tamu. Bahagianya dua ketul tu kan?! Tak sedar ke ada yang tengah terbakar sekarang ni? Berjam-jam Rhett tunggu dalam bilik!

“Deila Araferro!” Rhett terus memekik. Wajah berang tak mampu disembunyikan. Laju kaki meluru ke arah Deila dan Tok Teh.

“Wah, segaknya cucu tok! Nak ke mana tu?” Pertanyaan tok tak diendahkan. Bebola mata terhunus tajam di wajah Deila.

“Deila!”

“Keluar je. Saya benarkan.” Jawapan selamba Deila tambah memarakkan bara yang membakar dada. Lengan Deila direntap kasar. Punggung Deila auto terangkat dari sofa dek tarikan kasar tangan Rhett.

“I want to have a dinner date with you, Del!”

Terjegil mata Deila dengar.

“No, thanks! Saya dah makan dengan tok tadi.” Deila rentap kasar tangannya tetapi tidak berjaya melepaskan cengkaman Rhett.

“Suami kau tak makan lagi!” Bentak Rhett.

“Asal tak makan? Banyak pula makanan kat dapur tu.”

“I want to spend time with you, Del! Susah sangat ke kau nak faham?”

“Nak spend time kena keluar ke? Saya letih!”

“Penting! Dalam rumah ni ada baanyaak racun nyamuk, pengacau!”

Tok Teh menjeling. Tercebik bibir dengar perlian Rhett. Ditujukan kepada dialah tu. Rhett siap bagi jelingan maut kepada dia. Cis!

“Rhett! Saya belum mandi!”

Rhett tak peduli. Deila terus ditarik ke arah pintu.

“Kau tak mandi pun tetap cantik dan wangi!”

Cis!

Lebar sengih Rhett saat mereka berdua melangkah masuk ke sebuah restoran eksklusif yang awal tadi sudah Rhett tempah. Hanya mereka berdua pelanggan malam itu. Suasana restoran yang sangat romantis, pastinya tambah menyemarakkan rasa cinta. Itu pendapat Rhett. Sebab itu juga dia pilih restoran tersebut. Deila di sebelah dikerling penuh makna.

“Kenapa sunyi sepi?” Deila memandang sekeliling dengan rasa hairan. Hanya ada seorang pelayan restoran kelihatan.

“Saya tempah hanya untuk kita berdua je.”

Cis! Deila mencebik. Dia patut sedar tentang itu. Deila akur apabila Rhett menarik kerusi dan menjemput dia duduk. Sungguh-sungguh Rhett tayang gaya gentleman.

Makanan yang terhidang Deila jamah tanpa suara. Tak berminat langsung mahu berbual dengan Rhett. Kesenyapan Deila mendera batin Rhett. Cuba telan makanan enak yang terhidang, tetapi terasa macam telan pasir. Akhirnya, Rhett letak sudu dan garpu di atas pinggan. Wajah Deila ditenung mendalam.

“Kau tak suka?” Rhett pecahkan kesunyian yang mencengkam. Deila mendongak, membalas tatapan Rhett lalu menggeleng.

“Okay je.”

“Kau tak nampak gembira.”

Deila hela nafas panjang.

“Saya cuma letih. Banyak kerja di kilang tadi.” Deila beralasan. Rhett mengeluh. Tak disembunyikan riak kekecewaan di wajah.

“Kenapa kita jadi macam ni, Del?” Keluh Rhett, lirih.

Deila sudah jauh berubah. Tiada lagi kemesraan. Tatapan dingin dan beku. Rhett benar-benar rindukan Deila yang dahulu. Sentiasa tertawa riang, menyambut kepulangan Rhett dengan senyuman manja dan mesra.

Sangka Rhett semuanya mudah apabila Deila jadi miliknya semula. Ternyata, dia terluka lebih teruk. Setiap hari berhadapan dengan Deila, batin terseksa. Begitu dekat tetapi tidak boleh disentuh. Milik dia tetapi hanya zahiriah. Hakikatnya, Deila cuma perhiasan di taman hati Rhett.

“Hati yang teruk terluka tak mungkin akan kembali seperti sediakala. Pasti ada bekas parutnya. Sembuh tetapi sakitnya tetap terasa.”

Rhett terdiam. Memandang redup ke wajah Deila.

“What should I do, Del? Dah takde peluang langsung ke untuk saya tebus semua kesalahan saya?” Lirih Rhett tanya.

Deila tarik nafas panjang. Semua yang berlaku terlalu menyakitkan sehingga dia takut mahu buka hatinya semula untuk seorang Rhett.

“Rhett... bukan mudah untuk saya setelah apa yang berlaku. Setiap kali lihat kau, luka di hati berdarah semula. Beri saya masa. Kalau kau sanggup tunggu, saya hargai. Kalau tak, saya takkan salahkan kau. Saya faham.”

Rhett melarikan wajah. Sedaya upaya menahan empangan air mata dari pecah. Tahu dia sudah terlalu banyak melukai hati Deila, tahu memaafkan itu bukan mudah, apatah lagi melupakan.

“Baik… kalau itu yang kau mahu. I’ll wait, Del. Take as long as you want… but in the end, turn to me. Saya tunggu kau kembali.”

Deila angguk perlahan. Juga melarikan bebola mata. Tidak sanggup melihat wajah mendung Rhett.

“Dance with me?” Rhett bingkas berdiri lalu hulur sebelah tangan kepada Deila.

Dance?

Laju Deila geleng. Itu bukan kepakaran dia. Malangnya, Rhett terus menyambar tangan Deila. Buat tak faham gelengan yang diberi. Rhett menarik Deila menuju ke ruang tengah yang sengaja dibiarkan kosong.

“Rhett, saya tak…”

“It’s okay, saya ajar.” Seraya berkata, Rhett memaut pinggang Deila lalu menarik Deila merapat. Laju kedua-dua tangan Deila memaut bahu Rhett.

Muzik berirama lembut dan romantis berkumandang. Deila pandang sekeliling sebelum kembali memandang Rhett.

“Is this part of your plan?”

“Saya harap kisah kita berakhir dengan bahagia, Del. But it’s okay. Saya takkan paksa kau. Saya benar-benar berharap… ini bukan malam terakhir kita.”

Deila menjatuhkan wajah, tidak mampu menjawab. Rhett mulai menggerakkan kaki. Ke kiri, ke kanan dan kembali ke kiri. Terkial-kial Deila cuba menyamakan langkah.

“Do it slowly, Del… yes, that’s it! See? It’s easy, isn’t it?”

Deila sengih, senang hati apabila berjaya melakukannya. Rhett memandang dengan rasa hiba.

I hope this isn’t our last dance, Deila Araferro!

Bisik batin Rhett. Cuba ukir senyum, tayang wajah gembira di depan Deila. Hakikatnya, batin menangis hiba. Sungguh, apabila hati seseorang luka teruk, sembuh itu pasti. Tapi, ia sudah tidak sama walaupun bentuk fizikalnya tetap sama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience