Bab 23

Romance Series 39746

Pada waktu lunch, tania pun keluarlah untuk makan di luar. Tania terus berjalan menuju ke tempat letak kereta, tetapi dirasakan ada orang yang mengikutinya. Tania melangkah dengan langkah yang perlahan, langkah orang yang mengikutinya daripada belakang pun turut perlahan. Apabila langkahnya laju, langkah itu juga menjadi laju

"Kalau dia nak kacau aku, aku buat macam mana aku buat dekat talhah dulu" kata tania dalam hati sambil berjalan laju menuju ke kereta dan memegang kuat beg tangannya

Setelah tania masuk ke dalam kereta, tania terus mengunci pintu agar tiada sesiapa boleh memasuki. Tania memandang sekeliling andainya ada yang meragukan dirinya sendiri

"Maybe fikiran aku je kott" kata tania seorang diri lalu meneruskan perjalanan keluar daripada office tersebut dan menuju ke destinasi yang diinginkan

Tibanya disana, tania ternampak seseorang yang dikenalinya tetapi dia tidak mengetahui siapakah perempuan itu?

Tania beranikan diri dan duduk mendekati mereka untuk mendengar perbualan mereka. Tania terkejut apabila perempuan itu menyebut nama talhah sekali

"Hahhhh!? maksudnya ni abang talhah dan perempuan tu tunang talhah? talhah dah ada tunang?" kata tania lalu tiba-tiba hatinya terasa akan tersakit

"Apasal dengan hati aku ni? apasal nak sakit semacam? aku bukannya suka si talhah tu pun, dia cuma majikan aku je. Apa benda lah hati ni pun, nak sakit tak bertempat" kata tania lalu terus fokus mendengar perbualan mereka walaupun mulutnya mengunyah dan matanya memandang telefon tetapi telinganya masih mendengar apa yang dikatakan oleh mereka

Tania mendengar dan merakam perbualan mereka itu dengan telefonnya. Selesai mereka berbincang barulah tania tamat merakam. Tania hairan apa motifnya mereka mahu membuat jahat kepada talhah

"Sebab apa dia nak buat macam tu dekat talhah eh? talhah baiklah, ataupun ada sisi jahat dia yang aku tak pernah nampak sebab dia tak pernah tunjuk? tapi hati aku cakap dia baik" kata tania dengan berkerut dahinya memikirkan hal itu

Selesai makan, tania terus menuju ke keretanya dan meneruskan perjalanannya kembali ke pejabat, sampai di pejabat dilihat bilik talhah kosong. Kemana pula talhah pergi kali ni?

Tania pun pergi bertanya dekat PA talhah. "Hi, i nak tanya encik talhah pergi mana?"

"Ouhh, cik tania rupanya. Encik talhah katanya keluar sekejap sebab ada hal kecemasan katanya"

"Ouhh, takpelah kalau macam tu" kata tania lalu ingin pergi tetapi dihalang oleh PA talhah lagi

"Cik tania ada apa-apa ke nak bagitahu encik talhah?"

"No, i ada nak suruh dia tandatangan fail penting"

"Ouhh, macam tu. Takpelah. Nanti encik talhah dah masuk office nanti saya bagitahu cik tania"

"Okay, thanks" tania pun beredar pergi menuju ke biliknya semula

PA talhah hanya senyum dan menyambung semula kerjanya yang tertangguh akibat kedatangan tania di mejanya

Tania sampai dibiliknya tetapi masih sama, tidak dapat melakukan kerjanya kerana risau akan talhah

"Ishhhhh, aku tak boleh macam ni. Tak boleh tak boleh, dia bukan sesiapa pun dengan aku. Jangan fikir itu masalah dia, bukan masalah aku" kata tania seorang diri lalu terus membuka failnya dan membeleknya

Pada pukul 3 petang talhah barulah tiba di pejabat dengan rambutnya yang agak serabai dan mukanya bengkak di pipi macam lepas bergaduh

Tania yang melihatnya, hanya mampu berdiam diri. Kalau nak pergi tanya, nanti kena marah pulak

"Kalau aku pergi dia marah tak? kalau tak, pasal-pasal aku kena pecat pulak" kata tania perlahan

Tiba-tiba bunyi notifikasi masuk dalam telefon tania. Tania membuka aplikasi whatsapp

"Tania, masuk bilik i sekejap. Bawak ais dengan kain lap tangan. Thanks"

"Ushhhh, dia pesan dekat aku? macam aku ni PA dia pulak. Tapi aku pergi ambik je la, tolong tak salah. Haritu dia tolong aku, harini dia tolong aku pulak" kata tania lalu bangun keluar menuju ke cafe mengambil ais dan kain dan terus pergi ke bilik talhah

Knock knock knock

"Masuk"

Tania pun masuk lalu menghampiri talhah yang berada disofa. Tania hanya berdiri sahaja

"Duduklah, ke you memang nak berdiri sampai tahun depan?" perli talhah

Tania pun duduk di sebelah talhah, dan membalut ais dengan kain lalu meletakkannya di pipi talhah dengan perlahan-lahan

"Auchhh, slow-slow la sikit. Sakit la you ni!" marah talhah kerana pedih di pipinya

"Ishh, dah habis slow i buat ni. Nanti slow-slow dia lambat sembuh" kata tania sambil menilik luka di pipi dan kening talhah

Talhah hanya diam sahaja semasa tania merawat lukanya, hatinya terusik dengan satu perasaan yang tidak pernah dirasai sebelum ini. Perasaan yang dia suka tapi dia biarkan dahulu. Matanya memandang gerak-geri tania terhadapnya tanpa berkelip. Dia suka cara tania lakukan terhadapnya kerana dengan sentuhan lembut

"Emmmm tak sangka, you pandai jugak eh rawat luka-luka ringan macam ni" jawab tania sambil senget-senget mulutnya kerana pedih luka

"Pandai sikit-sikitlah, sebab i pun suka je rawat orang kalau luka-luka macam ni. Sebab i suka main ais" kata tania dalam senyuman manisnya

"Ouhh, suka main ais rupanya. Patutlah kadang-kadang you tekan kuat jugak eh?"

"Ouhh, yeke? Sorry. Tak sengaja" kata tania dan perlahankan sedikit

Talhah sengaja ingin menguji kesabaran tania dengan menduganya

"Tania ni dekat sini belum" kata talhah lalu menunjuk ke arah keningnya

Tania pun beralihkan tempat ke arah keningnya

Talhah pun mengarahkannya lagi "tania ni dekat kening sebelah ni pulak" tania pun terus meletakkan ais disebelah itu pulak

Lepastu talhah memberitahu pulak "ni dekat sini pulak" tania yang sudah tidak dapat menahan sabar dengan talhah yang suka mengarah-arahnya. Tania terus menekan kuat disitu sampai terjerit talhah dibuatnya

"Haaaaaaaa!, apa ni tania!?? sakit lah!. You tekan kuat-kuat kenapa? sakit tahu tak!?" kata talhah sambil memegang pipinya

"Sape suruh gedik nak arah-arahkan orang suruh letak ais sana sini. Letak la sendiri" kata tania lalu meletakkan ais di atas tangan talhah supaya melakukannya sendiri

Talhah mengambilnya dan meletakkannya sendiri, tak sampai seminit dia sendiri pun terjerit kerana tersalah letak kuat

"Aaaaaaaa! aduh aduh, sakit" kata talhah mengaduhkan sakitnya sambil memandang tania dengan membuat muka kesian

Tania yang memahaminya, tania terus mengambil semula ais yang dibalut dengan kain lalu meletakkannya semula di kawasan bengkak itu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience