Bab 17

Romance Series 39746

Sudah selesai membeli, talhah masuk semula ke dalam kereta dan memandu pulang ke rumah lalu masuk ke dalam rumah terus ke dapur untuk memasak. Talhah seperti biasa memasak penuh dengan rasa kasih sayang

"Untuk you i sanggup masak apa je sayang" kata talhah seorang diri

"Emmm ada orang dah angau" suara taufiq yang tiba-tiba hadir daripada belakang

"Ish kau ni, terkejut aku. Bila kau balik? tadi kau keluar kann?"

"Haah, baru je balik beberapa minit sebelum kau balik rumah. Kau daripada mana?"

"Ouhh, aku daripada supermarket baru balik daripada beli barang" jawab talhah sambil tangannya lincah membasuh ayam yang telah dipotong

"Ouhh, banyak beli barang. Baru gaji ke?"

"Haah, and nak masak untuk my sweetheart"

"Ouhh, wowwww. Rajin pulak kau eh, masak lebih sikit untuk aku. Aku malas nak masak"

"Hemm ye la"

Talhah menyambung memasak tomyom yang dipesan oleh tania. Abangnya pula khusyuk bermain telefon kadang-kadang tergelak seorang diri

"Apasal dengan abang aku tu?"

Semakin lincah talhah memasak tomyam itu, lalu menuju ke ruang tamu mahu menanyakan sesuatu

"Wehh abang aku nak tanya kau something" kata talhah sambil menanggalkan apron

"Apa dia?" jawan taufiq sambil matanya masih melekat pada skrin telefon

"Kau keluar tadi pergi mana?"

"Ouhh, aku keluar jumpa kawan"

"Kawan perempuan?"

"Haah, aikk! macam mana kau tahu? Kau nampak eh?"

"Haah, memang aku nampak. Kau dekat stesen minyak tadi kan" teka adiknya

"Hemm dah kau nampak tu, maksudnya betul la. So salah ke? aku tak bawak balik rumah eh?"

"Kau jangan cari pasal along, sebelum aku bagitahu daddy dengan mummy"

"Okay-okay. Whatever aku nak naik atas. Nak rehat dan mandi lepastu nak keluar jumpa dia lagi" jawab abangnya lalu terus naik ke atas

"Suka hati kau la along, dia tu tunang aku cuma atas kertas je. Kau ambiklah, benda murah aku tak nak. Aku bagi free je dekat kau" jawab talhah dalam hati

Talhah terus bangun dan mengisi masakkan yang dimasak ke dalam bekas tapawey. Talhah hanya perlu ambik tahu pasal tania sahaja. Pasal tunangnya abangnya sudah ambik tahu

"Patutlah abang aku tak bagi apa-apa pendapat pun untuk aku putuskan ikatan pertunangan dengan ariana. Rupa-rupanya dia jadi wallet untuk perempuan tu. Mudah sangat terpedaya, pantang kena goda sikit hilang semuanya"

Talhah terus naik ke bilik untuk berehat dan terus membersihkan diri sebelum pergi ke rumah tania buat kali ke dua

Pada pukul 1.30 talhah bertolak daripada rumahnya sehingga ke rumah tania. Talhah masuk dan menunggu di depan pintu rumah tania. Sementara menunggu, talhah duduk di tangga terlebih dahulu

Setelah hampir 30 minit menunggu, akhirnya pintu rumah tania terbuka. Dilihat tania mengenakan baju blouse dan seluar palazzo berwarna coklat sedondon dengan warna pakaiannya

"Sorry sebab i lambat bukak pintu"

"No no its okay, but why lambat sangat? i call tak angkat, i mesej tak balas. Panas kita ni tau dekat luar"

"Okay okay, sorry again. I baru siap mandi so that why lambat. Came kita duduk tempat tadi"

"Alright"

Tania masuk kembali ke dalam rumah, untuk membuat air kepada talhah. Tania keluar dan membawa air ke meja. Talhah mengambil air tersebut dan minum

"Wowwww jus strawberry? emm sedap"

"You like it?"

"Yeahh, i love jus strawberry. Thanks"

"Welcome"

"Ouhh, yeah i lupa. Nah your lunch tomyom ayam" kata talhah sambil menghulurkan tapawey ke arah tania

"Thanks, susahkan you ke?"

"Eh tak lah, ni i memang masak ikhlas untuk you dan ikut permintaan you. Selagi kaki you tak 100% sembuh selagi tu i akan memasakkan untuk you"

"Ouhh, wowww thank you. But for malam ni..... emm i think you tak payah nak masak kan untuk i la sebab kawan i nak datang. Dia akan stay sini temankan i"

"Ouhh, okaylah kalau macam tu. Jangan lupa makan, i kena pergi dulu ni. I ada hal"

"Okay, bye. Thanks sayang"

"Bye, welcome"

Pada malam tersebut wani hadir ke rumah tania untuk temannya di rumah

"Wehh babe, rajinnya la si perfect tu memasakkan untuk kau eh? istimewa betul kau eh?"

"Mana ada, kau ni. Tak ada istilah istimewa lah dia layan aku camtu maybe sebab rasa bersalah kott sebab dia punca kaki aku terseliuh sampai ke harini"

"Ouhh, begitu rupanya cerita dia. Kaki kau still teruk ke?"

"Tak, dah elok dah. Dia pun ada la jugak datang tanya pasal kaki aku. Periksa, buka balutan apa semua. Dah macam doktor aku tengok"

"Ouhh, suka la tu?"

"Suka sebab benda free, siap ada makan lagi. Untung besar wehh, kalau aku la kalau la dia doktor kan, aku sanggup pergi klinik dia hari-hari demi rawatan dan masakan dia"

"Tapi betul wehh, sedap la masakan dia tu. Lagi sedap daripada tunang aku punya masakan. Untunglah sape yang dapat dia"

"Itulah, untung sangat-sangat wehh. Eh tapi cakap pasal tunang kau kann, dia tak marah ke kau datang bermalam di rumah aku?"

"Tak, aku dah bagitahu dia"

"Dia pernah masak untuk kau ke?"

"Pernah, sekali. Tu pun sebab mak dia suruh masak. Kalau tak, dia tak pandai masak sebenarnya"

"Ouhh, ishh kau ni. Kutuk tunang sendiri eh?"

"Mana ada aku kutuk, benda betul. Memang dia tak reti pun, dia memasak pun sebab mak dia yang suruh aku rasa air tangan dia. Tu je"

"Ouhh, patutlah. Suka hati kau lah. Aku nak naik atas nak rehat. Aku dah mengantuk, bye good night. Jangan lupa tutup tv nanti"

"Okay, bye good night"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience