Bab 20

Romance Series 39746

Tania hanya diam sambil memandang kosong ke arah mejanya sendiri. Dia hairan mengapakah talhah berperangai sedemikian begitu terhadapnya?

"Asal talhah macam tu eh? aku ada buat salah ke? rasanya aku dah bagitahu nak cuti, tapi hemm lantak dia lah" kata tania lalu biarkan sahaja fail di atas meja bilik talhah. Malas nak pergi ambik, nanti kena pecat pulak

Tania terus menyambung semula kerjanya, tetapi tertunggak seketika kerana ada notifikasi yang masuk ke dalam telefonnya

"Ms tania, lunch nanti you temankan i makan. You turun bawah i ambik you" kata talhah melalui aplikasi whatsapp

Tania pelik kenapa talhah tiba-tiba mesej begitu dengannya? Sekejap marah, sekejap okay. Dia datang bulan ke? Tapi dia lelaki. Fikir tania sendirian

Selesai tania menyiapkan kerjanya, tania mengambil masa 5 minit untuk turun ke bawah. Tiba sahaja di bawah, kereta talhah sudah pun berada betul-betul di hadapan lobi office. Nak atau tak tania kena la naik kereta talhah dah tak ada pilihan lain kannn

"Tania you free kan?"

"Hehh, bila dah ajak orang baru nak tanya orang free ke tak. Tadi tu tak tanya pulak" marah tania dalam hati

"Tania, i tanya ni. You dengar ke tak?"

"Iye i dengar, i free je sebab tu i turun. Kalau tak, i tak kan turunlah"

"Okay, so memandangkan you free and you pun kawan i yang paling rapat dengan office. I nak mintak tolong dengan you sikit, boleh?"

"Insyaallah, kalau i boleh tolong. I akan tolong. But apa dia?"

"Nanti dah sampai dekat restoren i cerita semuanya dekat you" kata talhah lalu meneruskan perjalanan sehingga ke destinasi yang ingin ditujukan

Setelah hampir 15 minit perjalanan daripada office ke restoren itu. Mereka tiba di salah sebuah kedai makan yang menjadi rebutan ramai kerana kesedapan makanan yang dimasak itu, iaitu di restoren D'sedap. Mereka berjalan masuk lalu terus menuju ke meja kosong dan memesan makanan dan minuman itu mereka mengisi perut. Setelah siap makan, mereka pun diam seketika sebelum talhah membuka bicara tentang cerita yang ingin dikongsikan terhadap tania

"Okay ms tania, memandangkan kita berdua dah siap makan apa semua. So i nak bagitahu you sesuatu, but you have to promise with me you jangan cerita dengan sesiapa pun. Cerita ni hanyalah kita berdua sahaja faham?"

"Okay, faham. Cerita apa tu? serious je dengar"

Talhah pun mulalah cerita tanpa ada silap atau tertinggal walaupun satu huruf dan satu ejaan. Tania setia mendengarnya tanpa ada masuk celah sehingga cerita habis diberitahu

"Ouh............................ begitu, habistu mr talhah nak buat apa?"

"I dont'know, i pun still tak ada idea. I buntu bila abang dengan a.k.a tunang i sendiri yang nak pijak belakang i"

"Ouhh................."

"Cuba you bayangkan eh, if one day you ada syarikat. Lepastu your boyfriend dengan your abang buat macam tu. Apa yang patut you buat?"

"Ermmm........... let me think first" kata tania sambil berkerut mukanya memikirkan hal itu juga. Tiba-tiba tania tegakkan badannya dan merapatkan kerusinya kepada kerusi talhah lalu membisikkan sesuatu. Talhah yang mendengarnya hanya mengangguk-anggukkan kepalanya sambil tersenyum

"Okay, i percaya. But kalau tak jadi, apa jaminan yang you boleh bagi dekat i?" tanya talhah sambil memandang tania

"Emmmmm, tak ada jaminan apa-apa" kata tania sambil menghirup dan menghabiskan baki airnya

"No, i tak nak macam tu. I nak ada satu jaminan supaya you tak boleh lari"

"Okay, what?"

"Betul you tanya i nak suruh jamin apa?"

"Yes, apa dia?"

"Okay, kalau macam tu. I nak you jadi jaminan kalau tak jadi apa yang you plan ni. I akan jadikan you my girlfriend terus. But kalau jadi, kita sekadar kawan je boleh?"

"Emmm........... Okay deal, i akan pastikan plan i tu jadi untuk you mr talhah"

"Okay, promise?"

"Yeah, i promise insyaallah"

"Okay" jawab talhah lalu menghabiskan airnya juga

Dalam perjalanan pulang ke office, talhah terasa yang dirinya rasa bersalah kerana memarahi tania tadi, sedangkan tania seorang pendengar yang baik

"Emmm...... emmmmm tania" panggil talhah

"Yes"

"I nak minta maaf pasal pagi tadi, i betul-betul minta maaf sebab i marah dekat you. I tak tahu la kenapa, i rasa kepala i serabut sangat. Dengan abang dan tunang i pun nak tikam belakang i. Dengan kerja kira-kira you lagi, i rasa stress tertekan" luah talhah dalam rasa penuh bersalah

Ini kali pertama tania melihat, ada lelaki yang betul-betul meminta maaf terhadapnya kerana tertinggi suara di tempat kerja. Tetapi lelaki ini lain, tania terkesima dan terdiam buat seketika

"Erm......ermmm....... aduh gagap la pulak. Actually bukan salah you pun, i yang tinggalkan beban dekat you. I pun nak minta maaf sangat-sangat jugak if masa i cuti tu banyak kerja i you kena tanggung"

"Its okay, salah i mula-mula that why kaki you terseliuh and jadi macam ni. So kosong-kosong okay?"

"Okay, kosong-kosong" jawab tania sambil senyuman manis

Mereka pun meneruskan perjalanan sehingga tiba di pejabat, talhah memanggil tania masuk ke biliknya

"Tania you datang bilik i pagi tadi sebab nak ambik fail you kan?"

"Haah, boleh ke i ambik?"

"Yeahh, boleh je. Ada dekat rak sana, you ambiklah and you periksa balik takut kira-kira i salah habis i nanti" pesan talhah

"Okay, thanks. I balik bilik dulu, bye"

"Bye"

Talhah melihat tania yang gembira apabila mendapat semula fail kerjanya. Tania kembali masuk ke dalam biliknya sambil memegang fail. Setelah tiba di mejanya, tania terus membuka dan memeriksa fail tersebut sehingga khusyuk tidak sedar waktu pulang sudah tiba

Knock knock knock

Pintu bilik tania diketuk daripada luar oleh talhah

"Masuk"

Talhah pun masuk lalu menuju ke meja tania, dan duduk diatas meja tania

"Amboi, ms tania khusyuk betul you buat kerja sampai tak sedar waktu balik"

Tania terangkat muka dan terkejut, muka mereka betul-betul rapat

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience