SUAMI UNTUK DITAWAN-4

Romance Series 4230

"hah sampai pun kau Hana.. dah lama sampai kenapa baru sekarang nak jumpa dengan orang tua ni? kenapa geli ke nak tengok muka tua aku ni?" sedikit tinggi suara mak mertuanya puan Hayati yang sedang bersantai-santai dengan saudara maranya dan dipandang jijik oleh saudara maranya yang lain terhadap Hana.

"maaf tadi Hana pergi tandas dulu.. perut Hana sakit.." dalih Hana yang mula tergagap-gagap untuk menjawab soalan dari mak mertuanya yang sangat-sangatlah dia rasakan pedih disudut kecil hatinya.

Dengan sopan Hana berjalan menuju kearah mak mertuanya untuk bersalaman dan menghulurkan hadiah hari lahir untuk mak mertuanya dengan perasaan takut dan malu.

"erm.. letaklah situ.." arah puan Hayati dengan mengelak dari bersalaman dengan Hana dan menunjukkan kearah meja yang dipenuhi dengan hadiah dari saudara mara yang lain.

Dengan malunya Hana menarik kembali tangannya yang tidak disambut oleh mak mertuanya dan meletakkan hadiah ditempat khas yang disediakan dengan perasaan bercampur baur.

Dan Ean hanya memerhati layanan mamanya pada isterinya, untuk masa sekarang keadaan masih terkawal, jadi dia hanya perlu memehatikan saja segalanya kelakuan mamanya pada isterinya.

"erm.. perut orang miskin memang macam tulah.. makan sedap sikit je dah tak tahan.. dulu kat rumah anak yatim tu makan apa je? tak kan makan nasi dengan garam je? kesian hidup kau yea Hana, kau tu beruntung sangat anak saudara aku nak juga kahwin dengan kau, kalau tak.. tak merasalah makanan sedap-sedap macam sekarang ini.." perli saudaranya yang lain dengan menunjukkan reaksi jijiknya pada Hana dan ditambah pula dengan ketawa mengejek dari yang lain sehinggakan riuh rendah dengan gelak ketawa.

"Hana tak sempat makan pun lagi makngah, makngah tu dah makan ke? kalau belum boleh la pergi makan.. Ean risau nanti makanan tu tak sempat makngah tapau buat balik bagi menantu jantan kesayangan makngah yang tak kerja tu makan, kempunan pula nanti menantu makngah tu kalau terlepas makanan sedap-sedap kat sini, yelah hidup pun cuma harapkan ehsan dari bini je.. kesian.." celah Ean dengan tangannya dipegang erat oleh Hana yang sudah menggigil menahan emosi amarahnya.

Hana? hanya mampu tersenyum manis walaupun hatinya sakit terluka dengan kata-kata yang tajam menusuk hatinya.. tapi hatinya tiba-tiba saja sejuk bila suaminya tetap membela nasibnya walaupun selalu dicerca oleh keluarganya sendiri.

'terima kasih abang sebab selalu membela nasib Hana' ucap Hana didalam hatinya dengan melihat lembut kedalam anak mata suaminya.

"kau ni Ean, kenapa suka sakitkan hati makngah hah? aku ni mak saudara kau lagi tahu tak.. makin kurang ajar kau sekarang ni lepas kahwin dengan perempuan ni! apa yang kau dah buat pada anak suadara aku hah perempuan? kau dah bomohkan dia kan? aku tahulah orang macam kau ni memang kaki bomohkan orang, buat sampai orang ikut cakap kau.." marah makngahnya kembali, sakit hatinya bila Ean tahu yang menantunya tidak berkerja selepas ditangkap oleh polis tempoh hari kerana kes dadah.

"ala makngah, sikit-sikit nak marah.. habis yang makngah mengata isteri saya okey pula? jangan lupa ye.. Hana ni ada suami yang boleh tolong jaga maruah dia dari dipijak-pijak oleh orang macam makngah tu, yang kena bomoh tu makngah sekeluarga tu sebab sanggup bela biawak hidup, sampai yang busuk pun makngah nampak wangi je.." ucap Ean tenang dari luarannya walaupun dihatinya dia merasakan ingin menumbuk muka mak saudaranya sendiri berkali-kali sampai pecah mukanya untuk melepaskan rasa sakit hatinya.

"Ean.. makin melampau kau ni.. semua ni salah kaulah perempuan!" marah puan Hayati selepas anaknya yang semakin biadap bila bercakap dengan kakak-kakaknya.

"hah.. kau bila lagi Hana nak beranak? kau tu pun bukannya muda lagi untuk enjoy sana sini.. dah tua, dah lima tahun kahwin takkan la tak dapat-dapat lagi anak? kesian, Ean tu dia tu lelaki mestilah nakkan zuriat dari darah daging dia sendiri! jangan-jangan kau tu mandul kot Hana? kau dah pergi hospital belum? kesian Ean tu, dah tua nanti anak pun tak ada, segala harta yang banyak-banyak tu mesti kau nak pulun sendirikan?.." perli maklongnya pula selepas melihat Hana yang hanya berdiam diri dibelakang Ean tidak bergerak kerana ketakutan.

"Hana.." jawab Hana perlahan tapi dihentikan oleh suaminya supaya diam dengan isyarat kerdipan matanya.

"maklong, sebenarnya kami ni nak enjoy dulu, kami tak nak la masa muda kami ni habis dengan tangisan anak-anak kecil macam maklong tu dulu, dulu maklong lupa ke macam mana maklong menderita sebab asyik beranak je tiap-tiap tahun? lepas tu siapa yang jadi mangsa, mama la yang kena jaga anak-anak maklong sebab maklong stress anak-anak asyik melalak kelaparan.. maklong lupa ke? ke nak Ean ingatkan balik?" perli Ean yang masih tak nak kalah dengan mak-mak saudaranya yang sangat jahat mulutnya.

"belum ada rezeki lagi maklong.. Insya'allah kalau Allah izinkan Hana mengandung secepat mungkin, nanti adalah zuriat untuk abang Ean nanti, lagi pun Allah tahu bila masa yang terbaik untuk kami, maklong doakan kami yea supaya dapat anak sendiri.." sampuk Hana lagi dengan menunjukkan senyuman manisnya. Dia cukup hebat berlakon untuk menutup lukannya sendiri sebelum Ean menjadi-jadi amarahnya dengan kata caci maki mak saudaranya yang bermulut jahat.

"Ean, kenapa kurang ajar dengan maklong? tu mak saudara kau tu, hah kau, nak minta kami berdoa untuk kau? buat apa? mintalah doa supaya kau tak kena cerai je nanti dengan aku, sebab tak boleh beranak.." marah puan Hayati lagi kerana dirasakan anaknya sudah berubah setelah kahwin dengan anak yatim piatu tersebut.

"habis tu maklong ada ke anggap Ean ni anak saudara dia? kalau dia fikir Ean ni anak saudara dia, dia tak akan sakitkan hati orang yang Ean sayang, tak akan cakap macam tu pada isteri Ean.." sambung Ean pula.

"Ean!" marah puan Hayati geram kerana anaknya langsung tidak mendengar katanya.

"alah maklong.. baru lima tahun.. anak maklong tu si Zira tu dah sepuluh tahun kahwin tak dapat-dapat anak juga, ke mandul juga? kesian suami Zira tu Zira tak dapat bagi anak kat dia, kalau maklong cakap dia masih menanti zuriat dia, sama la kami pun.. masih menanti zuriat kami sendiri dengan sabar, maklong pun jangan lupa juga berdoa untuk panjangkan jodoh Zira tu dengan suami dia, kot-kotlah kan tiba-tiba suami Zira kahwin lain ke.." celah Ean lagi kerana hatinya cukup sakit jika ada yang bangkitkan isu tentang anak, mandul dan semuanya, tak kiralah siapa orang tu sekali pun.

"Ean.. kenapa makin kurang ajar dengan makngah dan maklong ni Ean? mama tak pernah ajar anak mama cakap dengan saudara mama kasar macam ni, ni mesti Hana yang ajar kau kan?! dasar anak yatim piatu tak tahu diri.." marah puan Hayati selepas air muka kakak-kakaknya berubah setelah Ean melemparkan kembali kata-kata tersebut kepada mereka.

"lah, Ean cakap je.. kenapa pula mama nak marah? elok je maklong cakap Hana mandul, sedangkan kami baru je kahwin lima tahun.. yang Zira tu dah sepuluh tahun.. lagi lama dari kami.. kalau maklong boleh tuduh Hana macam tu maknanya sama la dengan mengata anaknya sendiri.." luah Ean geram.

"semua ni sebab kau la perempuan, sebab itulah aku tak suka jemput kau datang setiap acara yang aku buat kat rumah ni.. mesti jadi macam ni.." marah puan Hayati dengan bangun berjalan kearah Hana yang telah berdiam diri dibelakang anaknya Ean Yousoff.

"mama tak payah marah-marah Hana ataupun Ean.. Ean rasa mama tak adil untuk anak menantu mama sendiri, kenapa adik beradik mama hina Hana, hina Ean mama diam je.. tapi bila Ean balas balik apa yang mereka cakap pada kami mama dah naik hantu.. sebab ini jugalah Ean malas nak balik sini.. dengan mulut jahat kakngah lagi Ean nak kena hadap.. mama sendiri.. apa Ean ni anak siapa yang sebenarnya? dan untuk kesekian kalinya Ean tanya mama, kenapa mama bencikan Hana? sebab dia anak yatim? sebab mama tak tahu asal usul keturunan Hana? mama jangan lupa ye.. arwah papa juga dulu anak yang dibesarkan dirumah anak yatim sama macam Hana, sama macam Abang Adli suami kaklong tu.. kenapa berdosa ke jadi anak yatim dan membesar dirumah anak yatim piatu?!" soal Ean keras, kerana dirasakan semua yang berada disekelilingnya saat ini adalah manusia munafik!.

"abang.." panggil Hana perlahan dengan memegang tangan suaminya untuk meredakan kemarahan suaminya yang sedang memuncak.

"Ean.. mama tak pernah ajar Ean jadi anak kurang ajar macam ni.. kenapa Ean banyak berubah sekarang?!" bentak puan Hayati yang sudah mula naik hantu didepan anak dan menantunya.

"Ean jadi macam ni sebab mama yang ajar Ean untuk tidak hormat pada orang yang tak reti nak hormat pada orang lain.." marah Ean kembali.

"sayang jom kita balik, kat sini bukan tempat kita.. kat sini sesuai untuk orang-orang munafik macam mereka ni je yang layak tinggal.." ajak Ean dengan menarik tangan Hana yang ketakutan kerana Ean bukan seorang yang panas baran, tapi hari ni sikapnya cukup lain.

"erm abang, salam mama dulu.." panggil Hana pendek tapi dia sebenarnya cukup serba salah lagi pula mak mertuanya masih berdiri didepan mereka seakan ingin menelan mereka berdua hidup-hidup.

"tak payah, Hana rasa mama nak salam ke dengan Hana? diakan jijik dengan anak yatim, jadi bila abang dah kahwin dengan Hana ni pun mestilah dia pun jijik nak salam dengan anaknya sendiri.." jawab Ean geram kerana mamanya langsung tidak menunjukkan yang dia inginkan hubungan antara mak dan anak dalam keadaan baik.

"abang, janganlah macam tu.. salamlah mama dulu.." ujur Hana sekali lagi tak ingin mengalah.

"erm.. mama Ean balik dulu.." Ean memghulurkan tangannya kearah mamanya yang sudah bermasam muka dengannya.

"erm.." jawab puan Hayati geram dengan kekerasan kepala anaknya sendiri, apalagi baginya Hana hanya menyusahkan hidup anaknya saja dimatanya.

"mama.." panggil Hana dengan huluran tangan untuk bersalam tapi hanya diabaikan oleh mak mertuanya dengan berpaling kebelakang dan terus duduk kembali dikerusi empuk diruang mewah tersebut dan terus sambung berborak antara mereka.

"dah sayang, jangan salam dengan orang yang hatinya dah mati rasa.. buat sakit hati je.. orang cakap, yang tua dihormati yang muda disayangi.. ni ke yang patut kita amalkan?" perli Ean dengan menarik tangan Hana yang sudah menggigil menahan malunya.

Jika hanya dia dihina, dia tak kisah.. tapi bila suaminya juga mula ikut dihina sepertinya.. dia mula rasakan yang dia bukan seorang isteri yang baik untuk suaminya kerana setiap kali ada perjumpaan keluarga, pasti akan ada pergaduhan antara mereka, dan dirasakan dialah punca mereka semua bergaduh, bertekak dan saling menyalahi.. tapi apalah dayanya untuk mengubah sesuatu yang telah berlaku.. jadi dia harus akur dengan keluarga yang besar ini.

Hana, Ean Dan Puan Hayati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience