Bab 44

Romance Series 39746

Setelah hampir 15 minit perjalanan, mereka pun tiba di kediaman rumah keluarga talhah. Tania keluar sambil menghembuskan nafasnya takut andainya benda lain yang terjadi. Talhah yang melihat tania seperti akan takut-takut itu terus talhah pergi menegurnya

"Heii, tania. Kenapa ni?"

"Ahhhh!!? i cuma gementar je. Takutlah"

"Lahhhh, nak takut kenapa? bukannya kita berdualah, ada my family sekali. You ni don't worry lah i tak kan buat benda tak baik lah. You ni punn" kata talhah lalu terus menarik lembut pergelangan tangan tania

Lalu mereka pun berjalan bersama dan memasuki rumah itu, dilihat tan sri anaqi dan datin maryam sahaja yang ada

"Assalamualaikum" kata talhah lalu pergi ke arah ibu dan ayah

"Waalaikumsalam, on time kamu ya?" tanya mummynya

"Alhamdulillah mummy on time. Dah orang disana on time, kita tukang ambik pun on time lah" kata talhah lalu duduk

Tania pun menyalami tangan datin maryam lalu tangannya dipegang oleh datin maryam

"Duduklah" kata datin maryam sambil duduk disebelahnya

Tania pun duduk sambil tersenyum dan bertanya khabar

"Datin dan tan sri sihat?"

"Kami sihat alhamdulillah, kamu?"

"Tania sihat je, alhamdulillah"

"Cantik kamu tania, cantik sangat. Mummy suka tengok sedap mata memandang"

"Mana ada datin, saya biasa-biasa je. Datin lagi cantik" puji tania sambil merendah diri

"Hehh kamu ni, datin apa pulak? panggil mummy je la. Mummy dah tua, apa cantiknya. Kamu yang cantik"

"Tania kamu nak tahu, mummy masa muda ni samalah cantik dengan kamu. Itu yang daddy berkenan" kata tan sri anaqi. Lalu mereka pun bergelak ketawa bersama

"Hahahahahahahahahaha ada-ada je lah daddy tu, dah la. Ehh jemputlah minum tania jangan malu-malu"

"Ye ye terima kasih mummy" kata tania lalu minum air coklat panas

"Emmm sedap air mummy buat" puji tania

"Biasa-biasa je. Kalau sedap tambah la lagi" kata mummynya. Talhah hanya melihat perlakuan diantara mereka berdua. Datin maryam seperti menyukai tania

"Eh banyak pulak kita bercakap, jomm la minum. Kesian tania lapar pulak nanti, jomm la kita ke dapur" kata datin maryam lalu menarik tangan tania untuk dibawa ke dapur

Tania hanya mengikuti sahaja lalu duduk disebelah datin maryam. "Jemputlah makan tania, jangan malu. Buat macam rumah sendiri je ye?"

"Hahh? baik mummy" tania pun makanlah. Talhah hanya melihat tania sambil makan

"Sambil makan pun comel dia ni, dengan pipi merah malu-malu tu" kata talhah dalam hati

Tan sri anaqi yang perasan akan anak itu, terus ditegur supaya tidak keterlaluan. Tan sri anaqi pun menyiku anaknya dan mengelengkan kepalanya. Talhah terus tertunduk lalu makan

Setelah selesai makan, tania pun ingin menolong membasuh pinggan tetapi ditahan oleh datin maryam

"Eh eh tania tak payahlah basuh, kan tania pakai baju cantik-cantik. Baju mesti mahalkan tak payah basuhlah, nanti mummy suruh bibik je yang basuh. Buat apa mummy bayar duit kalau kita yang buat kerja kan? so tania tinggalkan je. Nanti dia datang basuh" kata datin maryam lalu menarik tania keluar

Tania mengikuti sahaja langkah datin maryam, lalu duduk semula di ruang tamu

"Tania, kamu dah berpunya?" tanya datin maryam secara tiba-tiba. Terkejut talhah terus dipanggil mummynya itu

"Mummy, apa ni?"

"Ishh, diamlah kamu tu" marah datin maryam terhadap talhah. Talhah pun tertunduk kepalanya lalu dicuit oleh daddynya

"Itulah kamu, jangan masuk campur. Biar je dorang tu. Mummy dah berkenan kott dengan dia" kata tan sri anaqi lalu menukar siaran televisyennye

"Mummy nak tanya sekali lagi, kamu dah berpunya ke?"

"Emmm belum lagi mummy, kenapa?"

"Tak adalah, kamu cantik menawan orangnya. Tak kan tak ada boyfriend ke?"

"Tak adalah mummy, tania suka belajar dengan kerja je. Busy nak cari boyfriend"

"Ouhh, macam tu. Cantik cincin kamu ni. Itu yang mummy tanya"

"Ouhh, saya memang suka pakai cincin mummy"

"Ouhh, patutlah mahal" kata datin maryam sambil mengosok tangan tania

"Kamu ni bagus tau, mummy suka. Ada pelajaran, ada kerjaya, ada rupa. Mummy berkenan, kalau mummy nak jodohkan kamu dengan anak mummy boleh?"

"Eh anak mummy yang mana?"

"Mummy ada 2 orang anak lelaki, yang kamu kenal tu talhah adik. Kalau yang sulong abang, taufiq"

"Ouhh"

"Aku macam pernah dengar nama taufiq tu, tapi dekat mana eh?" kata tania sambil otaknya ligat memikirkan untuk mengingati semula

"Kalau kamu dah alang-alang single, kamu jadi menantu mummy nak?"

"Ushhhh" lagi terkejut talhah

"Apa nye kamu ni? terkejut semua orang dengan ushh kamu tu"

"Hehehe, mummy" panggil talhah perlahan sambil mengelengkan kepalanya. Menyesal pula dirinya membawa tania datang ke rumahnya andainya ini yang berlaku

"Ouhh, macam tu rupanya mummy. Emmm tapi saya baru je bekerja mummy. Tapi saya minta maaf sangat-sangat mummy. Saya dah ada pilihan hati" kata tania jujur tidak mahu menipu

"Ouhh, yeke? kamu dah ada pilihan hati. Takpe lah kalau macam tu. Mummy bukan apa, mummy cuma bertanya je. Sebab talhah dah bertunang, si abangnya itu tidak lagi"

"Ouhh, saya faham tu mummy. Tapi saya betul-betul minta maaf"

"Takpelah mummy tak marah pun, kan mummy cakap mummy tanya je. Iye la kalau orang cantikkan tak kan la single. Rupanya dah ada pilihan hati. Mummy mintak maaf la ye?"

"Eh takpe mummy, bukan salah mummy. Sebab mummy pun tak tahu" kata tania sambil mengosok lembut tangan datin maryam andainya datin maryam rasa seperti dimarahi olehnya

Talhah nampak tania melalui sisi yang tak pernah dilihatnya, iaitu sisi yang lemah lembut dan sopan santun. Dia pun cair melihat tania sebegitu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience