Bab 2

Romance Series 10561

“LEPASKAN aku! Jangan sentuh aku!”

“Ini yang kau nak dari dulukan? Tak perlu berpura-pura. Kau nak kekal jadi isteri aku, jadi aku akan ikut kehendak kau.”

Tubuh Isabella melorot ditarik ke sisi tilam. Tak peduli wanita itu baru pulang dari hospital, tubuhnya masih terasa nyeri. Tangannya menolak dada Adrian, lemah. Tapi tubuhnya tak cukup kuat untuk lawan. Bahkan jiwanya jauh lebih lemah.

“Kenapa kau tak nak cerai? Apa, jangan cakap yang kau sayang aku! Sebab kalau ya, kau memang perempuan paling bodoh.”

Isabella menjerit, cuba melawan. Tapi kedegilannya buat Tengku Adrian semakin berang. “Sini aku bagitahu kau. Mencintai aku adalah keputusan paling bodoh kau pernah buat. Aku bukan pengemis yang datang nak tagih cinta kau!”

Isabella tersentak mendengar kenyataan itu. Benar, dia menyayangi Tengku Adrian bahkan sebelum mereka berkahwin lagi. Dari dulu, dia kagumi lelaki itu. Kerana dia tak benar-benar mengenali sisi Tengku Adrian yang satu ini.

Di saat ini, Tengku Adrian tak boleh terima apa yang dia dengar daripada Diane.

“Kau panggil aku pengecut sebab nak ceraikan kau! Sekarang, aku jadi suami kau macam yang kau nak. Berhenti melawan!”

Isabella kerah sepenuh tenaganya untuk membuang tubuh lelaki itu jauh-jauh. “Lepaskan aku!”

Tubuhnya dilempar ke tilam.

“Jangan Adrian. Aku masih sakit. Aku baru keguguran.. Jangan buat aku macam ni…”

“Sekarang kau nak merayu? Kau nak menangis? Apa kau ingat, air mata murahan kau tu boleh lembutkan hati aku?”

Isabella ditindih Tengku Adrian ke atas tilam. Tubuh di bawahnya tak lagi bergerak. Tak lagi merayu. Tak mampu membalas.

Dan setelah itu, meratahnya tanpa belas. Segala tangisan dan raungan tenggelam dalam suara malam.

SEBATANG rokok dinyalakan di bibir.

“Shit…”

Tengku Adrian mendengus beberapa kali. Dia cukup membenci Isabella. Perempuan itu buat dia kesal, serabut.

Wanita yang disatukan secara paksa atau aturan ibu bapa buat Tengku Adrian susah nak terima kehadirannya. Dan bila dia usulkan perceraian, Isabella menolak mentah-mentah dan gelar dia pengecut.

Tapi, Tengku Adrian masih lagi terganggu. “Shit. Kenapa aku buas sangat tadi…”

Dia masih lagi lelaki. Sebenci mana pun dia pada Isabella, tubuh wanita itu tetap menggoncang kelelakiannya. Lagi-lagi hakikat yang dia hampir tak pernah sentuh Isabella walaupun bergelar isterinya. Kali terakhir, dua bulan lepas. Itu pun kali pertama selepas tiga tahun perkahwinan. Kerana dia begitu jijik dengan cara Isabella masuk dalam perkahwinan mereka.

Bahkan, pandangan redup Isabella yang dahulu penuh cinta juga tak kalah hebatnya menggoyahkan hati. Tapi Tengku Adrian buang rasa itu jauh-jauh.

“Aku akan minta Nona bagi kau pil.” ucapnya ketika berjalan semula di sisi katil. Isabella masih di bawah selimut, meringkuk dan menggeletar.

Tapi Tengku Adrian tahu wanita itu masih belum tidur. “Pastikan kau makan. Aku tak nak kau mengandung lagi.”

Isabella mendengar segalanya, tapi tak mampu bersuara. Dia hanya meringkuk dalam selimut. Menangis perlahan-lahan.

‘Aku dah hilang anak aku... Sekarang, dia nak pastikan aku tak pernah jadi ibu lagi. Tuhan, kalau ini bukan hukuman… aku nak tahu, apa lagi yang tinggal untuk aku hilang?’

Waktu itu, satu panggilan menggegarkan telefon pintar Tengku Adrian. Panggilan daripada pembantunya, Khai.

“Selamat malam, Tengku. Cik Iris dah pulang ke Malaysia. Dia nak berjumpa dengan Tengku esok.”

Tengku Adrian diam sejenak, menjeling ke arah Isabella di bawah selimut. Dia tahu Isabella masih tak tidur, malah mendengar suaranya.

“Cakap dengan Iris, aku akan berjumpa dia dekat hotel.”

Sengaja dia cakap begitu. Dengan jelas. Supaya Isabella dengar.

Dan seperti yang dia inginkan, tangisan Isabella semakin hebat, tapi tak ada suara kedengaran. Lelaki itu betul-betul hati kering.

Entah, mungkin dengan melihatnya terseksa begini, dia bahagia.

KETIKA Tengku Adrian melangkah keluar daripada pintu, atas objek kecil terkulai jatuh ke lantai. Sehelai kain sapu tangan putih pudar yang bukan miliknya. Ada sulaman abjad ‘I’ di bucunya.

Sapu tangan milik seorang gadis. Gadis yang dia tak pernah lupa jasanya. Bertahun-tahun dulu…

Dulu, masa usianya baru tujuh belas tahun, Tengku Adrian bukan siapa-siapa. Dia hanyalah pelajar sekolah yang bakal jadi satu-satunya pewaris tunggal kepada bisnes ayahnya.

Tapi pada satu hari yang kelam, musuh ayahnya menghantar sekumpulan lelaki bertopeng untuk menghabisinya.

Kebetulan, seorang gadis lebih muda menyaksikan semua itu. Dia nampak seorang lelaki ditolak, ditendang, disepak sampai tubuhnya tak bergerak.

Tengku Adrian Rhys. Anak orang kaya. Pewaris syarikat besar. Dan pada waktu itu, cuma seorang budak lelaki yang dah tak mampu angkat kepala sendiri.

Serta-merta gadis kecil itu menjerit minta pertolongan. “Tolong! Tolong! Ada orang jahat!”

Suara gadis kecil itu melantun keras, tak sepadan langsung dengan tubuh kecil dia yang berdiri jauh. Lelaki-lelaki bertopeng tu panik. Mereka tak sempat nak pastikan kerja mereka selesai.

Mereka lari. Dan gadis kecil itu dalam ketakutan, tetap berlari ke arah tubuh yang sedang berdarah.

“Awak… okay tak?”

Tak ada jawapan. Tapi mata Tengku Adrian terbuka sikit. Separuh. Kabur.

Gadis kecil itu lekas-lekas tarik sapu tangan dari beg sekolah dia. Bukan sapu tangan mahal, cuma kain putih dengan huruf ‘I’ disulam di atasnya.

Dia tekap ke luka di dahi lelaki itu. Darah merah meresap dalam putih kain.

“Jangan pengsan. Awak kena bertahan. Nanti ada orang datang tolong…”

“Sapu tangan awak… nanti…” suara Tengku Adrian terputus-putus. Rasa seperti nyawa-nyawa ikan di saat itu.

“Tak apa. Pakai dulu, sampai bantuan datang. Ini sapu tangan arwah ibu saya… Awak simpanlah. Mesti ibu saya gembira kalau tahu saya tolong orang guna sapu tangan dia,”

Gadis manis itu tersenyum. Menenangkan hati Tengku Adrian yang tadi rasa macam separuh mata. Dia perasan, tak jauh daripada tempat gadis itu muncul, ada sebuah violin yang tersandar di bawah pokok.

“Awak… main violin?”

Gadis itu tersenyum dan mengangguk. Tengku Adrian, dengan pandangan masih kabur cuba bersuara lagi. Satu soalan yang cukup penting…

“S.. siapa… nama–”

Sayangnya, Tengku Adrian tak sempat habiskan soalan itu ketika si gadis manis berlalu pergi. Hanya abjad ‘I’ yang disulam atas sapu tangan putih, mungkin namanya. Itu saja yang dia ada sejak dulu…

Hingga kini…

Sapu tangan putih itu dah tak sama putihnya. Sudah sedikit pudar, tapi masih terselip kemas dalam poket Tengku Adrian. Dia takkan pernah lupa.

KEESOKAN paginya apabila Isabella membuka mata, tidak ada siapa di sisi.

Tiada derap langkah. Tiada suara. Tiada bayang Tengku Adrian di mana-mana.

Sunyi. Tapi itu bukanlah sesuatu yang asing. Sunyi itu sudah menjadi isi rumah ini. Sudah menjadi bahagian dari hidupnya. Sudah lama menjadi sebahagian dari dirinya sendiri.

Isabella berbaring lama merenung siling dengan pandangan kosong. Dalam hati, dia mahu percaya yang hal semalam cuma mimpi. Mimpi yang buruk. Yang kejam. Yang tak sepatutnya berlaku.

Tapi realiti cepat membalas khayalannya.

“Aduh… Sakitnya…” dia merintih. Badan yang masih sakit. Perut yang terasa pedih dari dalam. Dan pakaian tidur yang koyak rabak terdampar di atas lantai. Semuanya saksi yang bisu…

Mahu tak mahu, Isabella mengangkat tubuh. Ada hari yang menunggu walaupun sendi-sendinya memberontak. Langkahnya goyah.

Tapi dia tetap melangkah. Kerana kalau Isabella baring terlalu lama, dia mungkin tak akan bangun lagi.

Masuk ke bilik air pun terasa seperti perjalanan yang panjang.

Dia tutup pintu. Tak kunci. Tapi cukup untuk ciptakan dinding antara dirinya dan dunia luar walau hanya seketika.

Air pancuran dibuka. Perlahan, hingga akhirnya menderu kuat menimpa tubuhnya yang masih bergetar.

Isabella membiarkan air itu menyembunyikan tangisannya.

Tangisan yang tak perlu didengar sesiapa. Tangisan yang dia pun tak pasti untuk siapa. Mungkin diri sendiri.

“EH, dia masih dekat rumah?” Hampir terkeluar soalan itu dengan kuat ketika melihat sosok tubuh Tengku Adrian di kamar tidur mereka. Bukan ke lelaki itu sepatutnya dah keluar?

Isabella memperhatikannya yang seperti sedang menjawab panggilan telefon. Dia hampir tak berani nak bergerak, takut Tengku Adrian sedar akan keberadaannya di situ. Tubuh Isabella yang masih bertuala, hanya membeku di tempat dia berdiri.

Ketika itu, Tengku Adrian tercium bau harum, seperti lavender. Haruman itu, buat Tengku Adrian terdiam sejenak.

Tapi tak lama. Dia langsung menoleh. Dan matanya membulat. Jantung berdetak menggila.

“Kau… Apa yang kau cuba buat?”

Isabella terpisat. Buat apa? Dia hanya menggeleng kepala dengan laju.

“Kau bertuala macam tu… Kau cuba nak goda aku ke?”

“Jangan mengarut! Tak ada maknanya aku nak goda kau…” Suara Isabella tertahan-tahan, dan ada getaran halus. Antara geram dan takut dengan lelaki itu yang ternyata kasar di atas ranjang.

“Jadi kau memang nak aku sentuh kau ke? Sebab tu kau tak nak bercerai? Itu yang kau nak, kan?”

Kini, lelaki itu sudah melangkah laju menghampiri Isabella.

“Aku tak nak! Jangan dekat!”

“Kau kata tak nak, tapi kau buat macam ni!”

“Aku baru habis mandi. Aku bukannya nak goda kau! Pergi mamp–”

Tak sempat habis pun ayat Isabella, tuala yang menutup tubuhnya dah direntap dengan kasar, meninggalkannya tanpa seurat benang.

Sekelip mata, dia dah dikurung dengan lengan lelaki itu pada dinding.

“Kau nak sangatkan, Isabella? Aku bagi… Aku bagi apa yang kau nak! Dan jangan melawan!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience