6 Bulan bergelar seorang duda, Hafizul menjadi rebutan ramai perempuan. Namun disisinya sudah ada yang merangkul lengannya erat.
Sofi merangkul lengan Hafizul erat dikhalayak ramai. Semua staff Hafizul melihat mereka yang mesra.
Beberapa orang berkata sesama sendiri. Pujian dari pekerjanya membuatkan Sofi kembang hidung.
"Boss, ni baru namanya sesuai dengan boss. Bagai Pinang dibelah dua." Kata Rimin salah seorang staffnya.
"Betul tu. Tak macam belas isteri boss dulu. Dah lah gempal, hitam pulak." Kata Que menyambung ayat sahabatnya.
Sofi mengusap lembut lengan Hafizul. Dia tahu siapa bekas isteri Hafizul. Fatimah juga sahabatnya yang selalu jadi bahan ejekan di sekolah kerana badannya yang gempal, pendek dan berkulit hitam manis.
"Jangan cakap macam tu. Kalau tak dia, mungkin boss korang ni dah takde kat sini." Kata Sofi.
"Cik Sofi memang cantik. Macam ni" Kata Rimin lagi menunjukkan ibu jari yang menghala keatas.
"Dia takde kena mengena dah dengan saya. So jangan pernah sebut soal dia lagi. Buat hilang mood saya je." Kata Hafizul.
Tapi hatinya berkata lain. Dia merindukan Fatimah. Apapun yang dilakukannya dahulu, Fatimah tak pernah tanya apalagi nak mengikutinya ke mana-mana dinner yang dibuat oleh rakan niaganya.
Fatimah patuh dengan arahannya. Dia juga tak pernah meminta minta seperti Sofi yang hampir setiap jam memintanya itu dan ini.
"Dahlah, pergi sambung kerja korang. Ke nak saya potong gaji kamu bulan ni?" Tanya Hafizul.
"Misha, masuk ke ruangan saya sekarang." Arah Hafizul meminta Secretary nya masuk kedalam menemuinya.
"Baik boss." Balas Misha.
Selang beberapa saat, Misha masuk dan melihat Sofi yang sedang duduk di atas riba Hafizul.
Misha memang anti dengan Sofi kerana perempuan itu menjatuhkan imej seorang gadis dan perempuan dengan sikap gedik nya pada Hafizul.
"Hari ni saya ada meeting tak?" Tanya Hafizul.
"Ada Boss. Dengan Syarikat Import dan Eksport Armada Port. Boss akan langsung bertemu dengan CEO nya Encik Fatih Faid." Kata Marsha.
"Jam berapa?" Tanya Hafizul.
"After lunch." Kata Marsha.
"Okay. Take note ye." Kata Hafizul.
Marsha menganggukkan kepalanya. Setelah itu dia terus pergi dari situ.
"You, kalau I ikut you jumpa CEO Armada port tu, boleh ke?" Tanya Sofi.
"Untuk apa?" Tanya Hafizul.
"Nothing. I cuma bosan. Lepas you jumpa dia, you nak tak teman I buat kuku? Kuku I dah rosak." Kata Sofi.
"Everything for you baby." Kata Hafizul lalu mengucup pipi Sofi lembut.
Di sisi lain, seseorang menemui Faiz yang sedang melayan pesakitnya seorang kanak-kanak.
"Maaf Encik, nak jumpa siapa?" Tanya jururawat yang baru saja keluar daripada ruangan Faiz.
"Saya ada appointment dengan Doktor Faiz." Jawabnya.
"Boleh saya tahu nama Encik?" Tanya jururawat itu lagi.
"Fariz Faiqh." Jawabnya lagi.
"Silakan duduk dulu Encik, saya akan bagitahu pada Doktor Faiz." Kata jururawat itu.
"Baiklah terima kasih." Kata Fariz.
Fariz duduk di kerusi menunggu didepan ruangan Faiz. Dia menemui Faiz hanya untuk meminta maaf atas ketidak hadiran nya disaat mereka membuat majlis tahlil buat arwah orang tuanya.
6 bulan selepas itu, barulah dia kembali semula ke Malaysia lepas bermacam-macam masalah 6ang dia dapat bersama sahabatnya Zhaf.
"Encik, silakan." Kata Jururawat itu sambil membukakan pintu ruangan untuk Fariz.
Fariz masuk dan melihat Faiz sedang menaip sesuatu didalam komputer nya.
"Assalamualaikum." Sapa Fariz apabila dia benar-benar melihat pintu ruangan tertutup rapat.
"Waalaikumsalam.. Fariz.." Ucap Faiz berdiri menghampiri Fariz lalu memeluk Fariz lama.
"Sorry sangat-sangat. Bukan aku taknak balik. Tapi masa tu aku betul-betul tak boleh balik. Misi baru je selesai minggu lepas. Dan semalam baru posting aku diluluskan." Kata Fariz.
"It's okay. Takpe, lagipun Fariz tak salah. Semua tu tugas. Demi negara, takkan Fariz nak tinggalkan?" Tanya Faiz.
"Mima masih duduk dekat rumah arwah?" Tanya Fariz.
"Hermm.. Maybe." Kata Faiz.
"Mungkin?" Tanya Fariz.
"Aku dan Fatih pun sibuk beberapa bulan ni. Selalu keluar dari sini. Kejap kejap pergi sana, kejap-kejap pergi sini. Ni pun baru 4 hari aku ada kat sini. Baru je balik dari Singapore." Kata Faiz.
"Fatih pun kalau tak silap baru je balik semalam dari London meeting." Kata Faiz.
"Apa khabar Mima??" Tanya Fariz.
"Kitorang dah deal, perang ni nak jumpa dia dekat banglo tu." Kata Faiz.
"Dia seorang ke? Besar banglo tu? Penakut penakut macam tu, dia nak duduk situ?" Tanya Fariz.
"Habis?? Kau nak dia duduk mana? Mengemis dekat ex husband dia tu?" Tanya Faiz.
"Aku nak jumpa lelaki tu. Letak pistol dekat kepala dia. Berani dia permainkan adik kesayangan aku." Kata Fariz.
"Dah lah. Mima pun dah boleh terima takdir." Kata Faiz.
"Ni sebelum aku lupa, aku nak bagitahu, aku nak ajak kawan aku tinggal dekat banglo tu." Kata Fariz.
"Lelaki?" Tanya Faiz.
"Hermm." Balas Fariz mengangguk.
"Mima?" Tanya Faiz.
"Takpelah. Biarlah kami bertiga tinggal kat situ. Takde hal lah. Lagipun kawan aku ni jenis takde kat rumah." Kata Fariz.
"Bincang lah dengan Mima. Takut Mima tak selesa." Kata Faiz.
"Tu yang nak jumpa Mima ni. Tapi aku call dia tak jawab." Kata Fariz.
"Tak jawab? Kau biar betul Fariz. Sejak bila?" Tanya Faiz mula risau dan fikir yang bukan-bukan.
"Semalam. Aku nak call dia minta jemput dekat airport. Last-last terpaksa lah naik grab." Kata Fariz.
"Jap, biar aku cuba call." Kata Faiz.
Dia mencapai handphone nya dan menghubungi Fatimah.
Sekali??
Dua kali???
Dan kali ketiga masih sama. Semua panggilannya tidak dijawab oleh Fatimah.
"Kemana pulak Mima ni?" Tanya Faiz mulai risau. Silap mereka juga jarang menghubungi adik bongsu mereka dan bertanya khabar berita Fatimah.
"Biar aku call Fatih. Kita pergi jenguk Mima kat Banglo." Kata Faiz.
Dia langsung menghubungi Fatih dan memberitahu plannya untuk menemui Fatimah waktu lunch ini.
"Aku tak boleh join. After lunch aku ada meeting dengan syarikat H&H." Kata Fatih.
"Tak boleh cancel ke? Aku dah risau ni. 3 kali aku buat panggilan pada Mima, Ketiga-tiga nya tak dijawab." Kata Faiz.
"Dia sibuk kot." Kata Fatih.
"Sibuk apa??" Tanya Faiz.
"Dia dah habis study kan? Nak sibuk apa lagi?" Tanya Faiz lagi.
"Maybe dia dah bekerja?" Tanya Fatih.
"Eh kau ni bang.. Takde rasa risau ye." Kata Faiz.
Sedangkan dekat luar hospital, dekat koridor, Fatimah melangkah sambil melihat panggilan daripada Faiz yang menghubunginya tadi saat dia baru masuk parking hospital.
Tanpa sengaja, dia yang jalan menunduk melihat handphone telah bertembung dengan seseorang yang tinggi darinya.
Handphone ditangan jatuh. Bungkusan kertas yang ada di tangan kiri juga terlepas dari genggamannya.
Share this novel