"Mimaaaa!!!!" Panggil abangnya yang sulung.
"Hermm.. Nak apa?" Tanya Fatimah.
"Tak bosan ke berkurung lama-lama?" Tanya Fateh.
"Ikut suka Mima lah. Nak join?" Tanya Fatimah.
"Mima tak boleh sedih. Yang lepas tu biarlah. Tak de guna Mima nak ingat lelaki macam tu." Kata Faiz abangnya kedua.
"Mima ni memang lahir untuk dikecewakan je ke Bang?" Tanya Fatimah.
"Siapa cakap? Bagitau abang Fateh. Biar abang karate dia." Kata Fateh.
Seminggu lalu, Fatimah sah dilepaskan Hafizul lepas Sofi kembali ke Malaysia.
Cerita 5 tahun di saat usia Fatimah 21 tahun, dia terpaksa menggadaikan cita-cita nya demi membantu sahabat sekolahnya Hafizul yang ditinggalkan pergi oleh bakal isterinya Sofi ke Europe untuk sambung study nya.
Dan saat dia sah menjadi isteri Hafizul, tanpa sedar dan hati nurani, Hafizul memberikannya surat kontrak pernikahan.
"Apa ni?" Tanya Fatimah.
"Tu Kontrak. Kau bacalah. Perkahwinan kita ni hanya akan terputus bila Sofi dah kembali." Kata Hafizul.
"Habis tu, kalau Mama tanya?" Tanya Fatimah.
"Mama aku tu taknak pun kau jadi menantu dia. Cuma taknak tanggung malu, kami terpaksa lah tarik kau jadi ganti Sofi.“ Kata Hafizul lagi.
"Habis, kalau Sofi tak balik?" Tanya Fatimah.
"Dia janji dengan aku. Habis je belajar kat situ, dia akan terus balik. Dan masa tu kau siap-siap lah jadi janda ye." Kata Hafizul.
"Perlu ke kau buat aku macam ni? Aku pernah buat dosa ke kat kau?" Tanya Fatimah.
"Dosa tu takdelah. Tapi kau je kawan kitorang yang bengap dan bodoh. Tambah lagi tak cantik, gemuk miskin pulak tu. Mana ada orang nak jadi kambing hitam. Kau je kemaruk nak kahwin dengan aku." Kata Hafizul.
"Aku kemaruk nak kahwin dengan kau?? Memang tak lah. Walaupun hidup aku macam ni, aku tak ganggu orang tau." Kata Fatimah.
"Memang lah. And one more sebelum aku tinggalkan kau dalam rumah ni, aku akan bagi kau 200 sebulan untuk nafkah. Tapi kau jangan pulak nak minta nafkah batin pula. Memang aku takkan bagilah. Sebab aku nak benih aku, Anak-anak aku lahir pada rahim Sofi. Bukan rahim kau." Kata Hafizul.
"Kau nak buat apa pun kau buatlah. Nak kerja? Cari skandal? Aku memang tak kisah. Yang penting jangan cari aku melainkan aku yang cari kau. Faham!!!" Ucap Hafizul garang.
Tanpa pengetahuan orang lain, Fatimah adalah adik kepada CEO yang terkaya. Apalagi abangnya yang kedua pula adalah seorang pakar bedah di dalam negara. Seorang lagi abangnya adalah salah seorang pegawai tinggi di sebuah agensi rahsia kerajaan.
Hanya dia taknak memberitahu pada abang-abang nya tentang perkahwinan mengejutnya dan menyembunyikan diri daripada pengetahuan ketiga abangnya.
Namun siapa sangka, lepas 11 tahun, Sofi kembali semula ke tanah air dan menagih semula cinta Hafizul.
Malam itu lepas selesai melakukan assignment terakhirnya, Fatimah terkejut dengan kedatangan Hafizul kerumah yang disewakan lelaki itu untuknya.
"Kau nak apa datang sini? Kalau kau takde hajat, kau takkan munculkan diri kau kat sini." Kata Fatimah.
"Aku nak kita bercerai." Kata Hafizul.
"Ooo okeyy.." Balas Fatimah.
Hafizul melihat wajah isterinya itu yang langsung tidak bereaksi sedih walau sedikit pun.
"Kau takde rasa sedih ke?" Tanya Hafizul.
"Sedih? Nak kenapa aku nak bersedih pulak?" Tanya Fatimah walaupun pada hakikatnya dia mula jatuh hati pada HafiUl sejak 2 tahun lepas.
Begitu juga dengan Hafizul, 2 tahun lepas, dia yang hampir mati kerana di kejar Ah Long sebab hutang, diselamatkan oleh Fatimah yang membayar semua hutangnya yang mencecah 30 ribu ringgit tanpa ada tunggakan pun.
Dan duit itu adalah hasil titik peluh Fatimah yang berjualan di kampusnya dan berniaga online selama ini.
"Kau betul ke ni nak bercerai?" Tanya Hafizul.
"Habis tu? Dalam kontrak pin, dah jelas tertulis haram bagikau sentuh tubuh aku jika Sofi dan kembali semula." Kata Fatimah mengingatkan baris terakhir dalam ayat kontraknya.
Dan Hafizul benar-benar menyesal atas apa yang ditulisnya didalam kontrak pernikahan itu. Dia juga merasa bersalah kerana sudah mengabaikan Fatimah selama pernikahan mereka.
"Tapi aku belum lagi menjalankan tugas aku sebagai seorang suami pada kau" Kata Hafizul.
"Tugas? Maksud kau Nafkah zahir?" Tanya Fatimah.
Perlahan-lahan kepala itu mengangguk.
"Tak tak. Kau lupa ke dengan apa yang kau katakan dulu pada aku lepas selesai majlis kita?" Tanya Fatimah.
Hafizul menelan air liurnya. Tidak menyangka ingatan Fatimah sekuat itu.
Dan bila saatnya tiba, di bilik mahkamah Syariah didepan Mak mertuanya dan Sofi, dengan lantang Hafizul menjatuhkan talak keatas dirinya.
"Saya Hafizul Binti Daud menceraikan Fatimah Zahra Binti Mahmud dengan talak satu." Kata Hafizul sekali lafaz.
Dan saat lafaz cerai diucapkan, saat itulah kedua abang Fatimah masuk kedalam bilik mahkamah.
Dan Hafizul menyangka yang Fatimah memang mempunyai lelaki lain selama ini dan sebab itulah dia tidak kisah bercerai dengannya.
"Dahh, tak perlu nak dikenang lah Mima. Minggu depan Mima dah nak exam kan?" Tanya Fatih.
"Betul tu. Habis je belajar, ikut Abang Faiz. Tinggal bersama abang Faiz." Kata Faiz.
"Taknaklah. Mima nak kat sini." Kata Fatimah.
"Sebab apa lagi Mima nak kat sini? Kalau taknak ikut Abang Faiz, ikut abang Fatih tinggal dengan Abang Fatih dan Kak Sara." Kata Fatih pula.
"Tak nak. Mima nak berdikari sendiri. Mima nak hasilkan duit sendiri. Taknak guna duit Abang." Kata Fatimah.
"Abang kagum dengan adik abang ni. Tapi, abang bukan tak percaya pada Mima. Abang taknak Mima ditindas lagi." Kata Faiz.
"Ye Mima tahu. Tapi Mima janji, lepas ni Mima takkan lembut hati lagi pada orang. Mima nak kejar cita-cita Mima." Kata Fatimah.
"Nak jadi chef??" Tanya Fatih.
"Hermm..." Balas Fatimah sambil mengangguk laju.
"Baiklah.. abang akan tunggu result Mima nanti. Banggakan abang abang Mima dan akak akak ipar Mima ye." Balas Faiz.
"Kalaulah Abang Fariz ada." Ucap Fatimah.
"Abang Fariz sibuk lah Mima. Tapi dia ada bagitahu Abang Faiz, Hujung bulan ni dia akan datang kesini. Sebab kita nak buat kenduri sikit nak bagi dekat Anak-anak yatim." Kata Faiz.
"Ooo.. Kalau macam tu, bila kita nak pergi jenguk Dd dan Mama?" Tanya Fatimah.
"Kita tunggu abang Fariz." Jawab Fatih.
"Ni pipi ni kenapa dah tak tembam ni?" Tanya Faiz mencubit pipi Fatimah.
"Mima diet lah." Kata Fatimah.
"Diet, diet juga jangan sampai sakit." Kata Fatih.
"Nanti, Abang Fariz akan pindah ke sini. Tinggal dekat rumah ni." Kata Fatih.
"Hahhh??? Betul ke?? Yesss. Tak sabarnya." Kata Fatimah.
Melihat wajah ceria sang adik, sudah cukup untuk mereka bahagia bersama.
Share this novel