1 Kisah 'tak berapa suwit' Kita

Romantic Comedy Series 1331

TING!

Dua pasang mata yang masing-masing sedang menghadap komputer riba saling berbalas tatapan.

“It’s her!” dengan nada penuh teruja, salah seorang pemuda itu kelam kabut menggeser tetikus, membuka notifikasi yang baru masuk tadi.

“You dah teruk, tau tak?! Tak penat ke asyik stalk adik I?”

“Diamlah!” rungutan teman sebilik tak dipedulikan. Dia lebih berminat mahu tahu status terkini yang dikemakini oleh sang dambaan hati.

Kahwin? Keperluan atau kehendak? ~ Cik Bunga

Dahi berlapis halus saat bebola mata menelusuri setiap bait-bait perkataan nukilin gadis yang menggunakan nama Cik Bunga. Kahwin? Mengapa isu itu diketengahkan di laman sosial milik gadis itu?

Mudah, tanya pada hati. Maaf tanya… Cik Bunga bakal disunting? ~ Encik Katak

Sebelum saya jawab, apa pendapat Encik Katak tentang persoalan yang saya kemukakan? ~ Cik Bunga

Berkahwin itu Sunnah Rasulullah. ~ Encik Katak

Beberapa detik berlalu. Sepi tanpa balasan. Jemari menari-nari di atas meja, cuba kawal rasa resah yang melanda. Ah, penantian sesungguhnya satu penyeksaan.

Kalau macam tu, saya akan berkahwin. ~ Cik Bunga

“Arash!” Laju kepala menoleh ke sisi, meneriak nama teman sebilik.

“Kenapa?”

“Dia nak kahwin!”

“Seriously?” laju Arash mengangkat punggung lalu buru-buru menghampiri. Skrin komputer riba milik temannya ditenung mendalam.

“How? I mean… bagaimana you buat hingga Raana setuju dengan perkahwinan tu?”

Hanya senyuman penuh erti dilempar kepada Arash. Dia percaya pada jodoh dan takdir. Janji yang termeterai di zaman kanak-kanak bakal terkota. Ada hikmah dari kesabaran penantiannya selama ini.

“Za’inn Altamis! Bagaimana you pujuk adik I yang terpaling rebellious tu? Tell me!”

“Mudah, I tak buat apa-apa. Ajal, jodoh… tu semua di tangan Allah. Kita merancang, Dia yang menentukan.”

Arash mencebik. Skrin komputer milik temannya itu kembali disoroti. Ada sesuatu menganggu fikiran, buat kening berkerut sedikit.

“Inn… nak tanya ni, Raana tahu ke siapa pemilik nama Encik Katak tu? Korang dah lama berhubung dekat Insta kan?”

Za’inn tersenyum senget mendengar pertanyaan itu. Andai gadis itu tahu siapa sebenarnya lelaki di sebalik nama Encik Katak itu… Masih sudikah gadis itu mahu berkawan dengannya? Tak semua perkara perlu didedahkan. Ada kepentingan yang namanya rahsia. Melihat Za’inn hanya membisu dengan fikiran yang sudah melayang entah ke mana, Arash berdecit sebal. Kawannya yang sorang ni memang sudah parah!

“I hairan sebenarnya. You tak pernah update apa-apa status dekat Insta, sekeping gambar you pun tak ada. Hanya gambar katak hijau. Setahu I, adik I tu cerewat orangnya. Apa je yang buat dia tertarik nak berkawan dengan you?”

“Kerana I… putera katak!”

“Uhuks!” spontan terbatuk keras Arash dengar jawapan yang diberi. “You? The almighty Za’inn Altamis? Are you kidding me?”

Senyum senget terukir di wajah Za’inn. Ya, ada kisah di sebaliknya. Sebab itu dia pilih nama itu. Awalnya nak guna Putera Katak, tapi macam terlebihlah pula. Akhirnya, dia pilih Encik Katak. Nampak lebih humble. Cuma saja, dia tidak beritahu Arash jawapan yang diberikan oleh Cik Bunga ketika dia tanya mengapa gadis itu mahu terus bersahabat dengannya di alam maya.

“Saya sukakan nama awak. Ia mengingatkan saya pada seseorang di zaman kanak-kanak.”

Za’inn tersenyum lagi. Ya… zaman itu… memori yang tak mungkin dia lupa.

“Bukalah selimut tu, bagi saya tengok wajah abang!”

“Saya tak nak awak takut. Saya dah tak hensem. Wajah saya menakutkan. Mungkin lepas ni, dah takde yang sudi nak kawan dengan saya. Termasuk awak kot."

“Tak, saya ada. Nanti, kalau takde yang nak kawan dengan abang, cari je saya. Saya janji, saya akan kawan abang sampai bila-bila.”

“Umur awak baru lapan tahun. Bila dewasa nanti, awak mesti akan lupakan saya.”

“Tak! Saya janji saya takkan lupakan abang. Bila dewasa nanti, abang kahwin jelah dengan saya.”

“Awak tahu ke apa itu kahwin?”

“Tahulah! Kahwin tu bererti kita kena tinggal bersama-sama. Abang takkan kesunyian sebab takde yang nak berkawan dengan abang. Lepas kita kahwin, saya akan selalu ada di sisi abang!”

Tanpa sedar, Za’inn memejam mata. Kenangan itu! Buat jiwa terleka seketika. Indahnya waktu itu. Main cakap lepas je. Tiada masalah perlu difikirkan selain risau tiada teman mahu bermain. Dia sendiri terbuai dengan janji kanak-kanak berusia lapan tahun itu.

“Inn!”

Beku dan statik. Tatapan kosong, tunak di siling bilik. Arash menderam. Tapak tangan dikibas di depan wajah Za’inn.

“Inn! Hoi, Za’inn Altamis!!!”

“Eh?!” Za’inn terpinga, memandang kebingungan sepasang mata Arash.

“I rasa you dah parah sangatlah, Inn! I suggest you baliklah ke Malaysia dan uruskan perkahwinan you secepatnya! Raana dah setuju kan? Tunggu apa lagi?”

Za’inn kelam kabut buang wajah. Dia tidak mahu Arash melihat wajah tersipunya. Teruk dia dikutuk nanti. Tak sedar, kuku ibu jari digigit perlahan. Ah, siapa yang tak nak kahwin? Ikut hati esok dia kahwin! Tiga bulan saja lagi, dia dan Arash akan kembali ke tanah air. Dia kena sabar. Semua urusan di sana, dia serahkan bulat-bulat kepada keluarga kerana mereka lebih tahu apa yang patut dibuat.

“Argh, bosan! Mata I dah penat hadap buku. I nak keluar ambil angin. Tambah lagi bila tengok you, meremang! Alergik dengan orang yang tengah dilamun cinta, ewww!”

Za’inn menjuih, pemergian Arash diiringi dengan tatapan tajam. Tak guna! Teruk sangat ke orang yang tengah dilamun cinta di mata Arash? Cis!

Kesibukan buat masa berlalu tanpa disedari. Hanya buku jadi peneman siang malam. Dada perlu lengkap dengan ilmu supaya dia mampu teruskan legasi keluarga. Dia anak tunggal, sudah tentu semua tanggungjawab di atas bahunya.

“Ah, sedihlah pulak I nak tinggalkan tempat ni!’ tengah sibuk mengemas, Arash berkata dengan nada sebak.

Sedar tak sedar, sudah tiga bulan berlalu. Kini, tiba masa untuk mereka kembali ke tanah air.

“I tak sabar nak balik!”

Arash menjeling Za’inn. Bibir muncung sedepa.

“Yela… memanglah tak sabar, orang tu balik-balik je terus nak nikah!” siap perli! Za’inn jeling tajam.

“Jealous ke? Nak I tolong carikan supaya orang tu tak kesunyian bila teman baik dia dah jadi suami orang?” Tak kurang sinisnya! Giliran Arash mencebik.

“I boleh cari sendiri. Yang penting, wanita idaman I takde ciri-ciri macam adik I tu! You tak kenal siapa Araana, tak pernah hidup sebumbung dengan dia. Setakat chit chat kosong di alam maya takde maknanya, Inn! Korang hidup sebumbung nanti baru you kenal siapa pasangan hidup you, trust me!”

“Raana takdelah teruk sangat. I pernah jumpa dia kan?”

“You jumpa Raana masa umur budak tu baru lapan tahun, Inn! Tu pun cuma sekali.”

“I ada datang masa majlis harijadi Raana yang ke-16 tahun. Masa tu kita balik bercuti kan?”

“Masa tu? Hello?! You ada kesempatan berbual dengan adik I ke masa tu? Gara-gara papa hampir terlanggar seorang penghuni rumah anak yatim, habis seisi rumah anak yatim dia suruh angkut ke rumah masa hari jadi dia tu! I yang sesak nafas dikerumuni budak-budak hingusan.”

Za’inn terdiam. Hanya secebis senyuman terpeta di wajah. Ah, tak semua perkara perlu dia ceritakan pada Arash, termasuk pertemuan yang tak disengajakan itu. Takdir memang memihak kepadanya.

“Psyt! Abang! Ohhh abang badan sado kemeja putih!”

“Eh?! A-Awak! Buat apa atas pokok tu?”

“Saya selamatkan anak kucing ni. Kasihan tau, entah macam mana boleh tersesat masuk kat laman rumah ni, lepas tu panjat pokok tak reti nak turun.”

“Eh, bahaya betul! Kenapa awak panjat pokok dengan gaun kembang macam tu? Turun! Bagi kucing tu. Abang sambut!”

“Ini baju harijadi saya, papa dan mama hadiahkan. Saya pun tak suka, saya dah 16 tahun kot. Tapi kena pakai baju ala princess Disney ni. Nak buat macam mana, dah hadiah, kenalah pakai jugak!"

"Yelah! Baju tu tak penting. Sekarang, abang nak awak lepaskan kucing tu dulu. Abang akan sambut. Betul!"

"Abang nampak ke dalam keadaan gelap macam ni? Kang mati anak kucing ni abang tak tersambut. Saya tak nak ambil risiko!”

“Lepaskan anak kucing tu dulu. Abang janji abang akan sambut. Tengok betul-betul. Tak gelap sangat kan? Ada cahaya bulan… ada lampu nun kat tepi pagar tu. Abang masih boleh nampak walaupun samar.”

“Tak nak! Saya tak nak ambil risiko dan bahayakan anak kucing ni.”

“Habis tu, macam mana awak nak turun?”

“Tula pasal! Macam anak kucing ni jugaklah, reti panjat, tak reti turun. Abang… saya takut!”

“Macam mana eh? Tunggu kat atas pokok, abang cuba dapatkan tangga.’

“Tak nak! Abang… jangan tinggalkan saya.”

“Kalau macam tu, awak kena lompat! Abang janji, abang akan sambut awak!”

“Anak kucing ni?”

“Sebab tu abang nak awak lepaskan anak kucing tu tu dulu, abang akan sambut. Jangan risau.”

“Tak nak, lebih selamat di pelukan saya.”

“Baiklah, whatever. Now, hati-hati. Bila dah sedia….’

“Abang! Aaahhh!”

BUK!

Za’inn kelam kabut menguak mata. Dada diusap perlahan. Argh! Kenangan di majlis harijadi itu… akibat tergelincir, anak kucing itu mati tersepit apabila tubuh Araana menghempap tubuhnya. Sepanjang malam Araana menangis di bawah pokok, menyalahkan dia. Sepanjang malam, dia gali lubang bersebelahan pokok untuk menanam bangkai anak kucing itu. Sampai lencun baju dek peluh.

“Hoi Inn! Dah siap kemas ke? You ni kan… pantang dibiarkan, berangan tak sudah. Letihlah!”

Za’inn melepaskan dehaman kekok lalu pura-pura menyibukkan diri. Buat tak endah jelingan tajam Arash.

TING!

Sontak pergerakan tangan mati. Arash turut mendongak, merenung komputer riba Za’inn di atas meja belajar.

“Raana ke?” tebak Arash lalu mengekek halus. Tergeletek hati melihat Za’inn meluru mendapatkan komputer ribanya bak dikejar hantu.

Just watched ‘Runaway Bride’ and I say… why not? ~ Cik Bunga

Za’inn terlopong. Mata dikelip beberapa kali dengan harapan tulisan itu tidak benar. Araana… what’s going on? Dada dilanda debar menggila. Wajah segera dipaling, memandang Arash dengan riak serba salah.

“Kenapa?” tanya Arash, mulai rasa tidak sedap hati melihat air muka Za’inn ketika itu.

“Tak… takde apa-apa,” Za’inn menjawab laju, lesu nadanya. Tak bermaya. Jika Arash tahu, Araana pasti teruk dimarahi keluarga. Dia tak nak itu berlaku.

What happens? Boleh saya tahu? ~ Encik Katak

Nothing… cuma, perkara yang terpaksa dilakukan jadi tak ikhlas. Saya tak nak macam tu. ~ Cik Bunga

Melarikan diri bukan penyelesaian. Bincang elok-elok. Pasti ada penyelesaiannya.~ Encik Katak

Saya tahu. Cuma buat masa ini, hanya itu yang mampu saya fikirkan. ~ Cik Bunga

Cik Bunga kata terpaksa. Adakah ia pilihan keluarga dan bukan pilihan hati cik? Saya yakin pilihan keluarga adalah yang terbaik. Guess what? Saya juga bakal berkahwin dengan pilihan keluarga dan saya yakin gadis itu terbaik buat saya. Have a little faith and the rest biar Allah tentukan. ~ Encik Katak

I know… just a little act won’t hurt, betul tak? ~ Cik Bunga

Za’inn mengeraskan tubuh. Jari jemari membeku di atas pad kekunci. Just a little act? Lari masa nikah dikata just a little act? Nekad sungguh Araana! Tak fikir apa perasaan dia? Argh! Betulkah apa yang Arash selalu tekankan?

“Trust me, Inn! There’s nothing special about Araana except troublemaker!” terngiang kata-kata Arash dalam minda.

And what’s that little act? Mind to tell me? Maybe… just maybe I can help. ~ Encik Katak

Tak salah tindakannya! Walau tampak seperti seorang psiko, niat dia baik. Bertahun-tahun dia sabar menunggu. Sekarang, apabila impian yang berkurun lama dibina hampir dalam genggaman, tak mungkin dia biarkan terlepas macam tu je. Bebola mata ralit di skrin komputer riba. Sabar menunggu sambil jemari mengetuk-ngetuk permukaan meja.

TING!

Dan balasan yang diterima sesungguhnya tak mengecewakan. Bibir melakar senyum tipis yang sukar ditafsir maknanya. Yang pasti, ia mengandungi emosi berserabut.

Dear Araana...
Wait for me, my beautiful bride!

M back with new story hihi..., citer ni bakal gantikan Bekas Suami Untuk Ditawan yg cuma tinggal beberapa bab je lagi, so bacaan percuma cuma untuk empat bab permulaan. Bab 5 dan selanjutnya kena guna coin untuk baca ya. Hope you like n enjoy citer santai yg light tapi ada juga konflik yg tak seberapa ni. Tq for your endless support. Tanpa pembaca, maka tidak wujudlah yang namanya Mandakz kekeke... untuk new readers, Mandakz juga ada citer free reading. just tekan profile dan cari bacaan percuma dalam list novel Mandakz tu, enjoy! published : Saturday, 21 June 25, 10.00 am

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience