bacdh 'Khairul/Hamsan'

Drama Series 55610

"Kau dah fikir nak belajar mana?."

"Entahlah..."

"Jangan macam ni. Hidup kena teruskan."
"Jangan jadi macam aku, pelajaran tak ada, duit tak ada... nasib baik Mama dengan Baba ada kau."
...
"Aku nak bagitau kau satu benda ni tapi kau jangan terkejut pulak."

Yusoff angkat muka dari meraut helaian rumput di jari lalu memandang wajah Yunus.

"Kita kena panggil pergi balai."

"Kenapa!?".

"Kes langgar lari Wati."

"Kenapa!?. Kau..."

"Bukan aku la, baik aku biar dia kena penjara hari tu kalau sebab sakit hati."
"Aku rasa kau kena keluar dari rumah besar tu sebab Wati."

"Apa cerita ni Yun?."

"Sebab tu aku jumpa kau ni. Polis panggil kita pergi balai bagi keterangan."
"Jom... cepat pergi, cepat kita tau apa cerita."

@@@@@@@

"Jemput masuk Tuan. Boleh saya bantu."

Hamdan cuba menenangkan dirinya supaya lontaran suaranya kekal tegas dan berkarisma seperti selalu.

"Nama saya Inspektor Haslam dari cawangan anti dadah Bukit Aman (Anggap sahaja Alam dah transfer cawangan ye kawan-kawan). Ini waran untuk menahan encik Hamdan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 atau Seksyen 302 Kanun Keseksaan."
"Sarjan!".

"Tuan!".

Seorang anggota dengan paku berpangkat sarjan di lengan baju mampir kepada Hamdan memegang sepasang gari di tangan.

"Tuan..."

"You!..."

Pintu bilik pejabat yang di buka kasar dari luar menghentikan ayat Hamdan. Faridah buru-buru masuk ke dalam pejabat dan mendekatinya.

"You, kenapa ni?".

Suara Faridah berbunyi cemas. Sarjan yang terhenti pergerakannya tadi kembali mendekat mahu melaksanakan tugasnya.

"Tuan, saya sedia memberi kerjasama sepenuhnya. Boleh tolong jangan gari saya."

"Maaf encik Hamdan. Ini adalah prosedur biasa untuk penahanan."

Sarjan bertugas segera menggari tangan Hamdan ke belakang badan dan kemudian memimpinnya menuju ke pintu untuk keluar.

"You..."

"It's okay Idah. Awak jaga company sementara saya tak ada."
"And please... call Salim for me".

Faridah sudah mengeletar seluruh badan. Macam mana ni? Apa dia nak buat?.

@@@@@@@

"Okay cerita daripada mula."

"Siapa? Saya atau Yusoff?".

"Siapa-siapa sahaja boleh mula dulu."

"Isteri saya Zawati didakwa atas kesalahan mencuri dan berbuat khianat oleh sepasang suami isteri bernama Sheikh Hamdan dan Faridah."
"Saya merayu pada mereka untuk menarik kes sebab kami ada bayi yang masih menyusu badan."
"Mereka tolak... tapi akhirnya setuju bersyarat."

"Apa syaratnya?."

"Yusoff nikah dengan anak perempuan mereka dan menjadi bapa tipu-tipu pada kandungan budak tu..."

"Pak Sangguplah?".

Anggota polis yang menyoal berbunyi sinis dengan pertanyaannya seraya memandang wajah Yusoff yang terlebih dahulu memandang wajah anggota polis yang menyoal kerana nada soal yang digunakan.

"Ya." Yunus.

"Hmmm... ini butir perjanjian? 100k?".

Anggota polis menyelak-nyelak helaian dokumen perjanjian yang Yusoff bawa bersama sebagai bahan bukti.

"Ya."

Yunus menyahut malas kerana sikap anggota polis yang menyoal sungguh tidak enak pada mata dan telinganya.

"Kemudian?".

"Itu sahaja." sahut Yunus pantas.

'Pap!'.
"Huh! korang biar betul! Bukan korang hantar Zawati untuk ugut orang kaya tu? minta duit satu juta ringgit!?".

Besar dan keras suara anggota polis yang menyoal dengan hempasan fail ke atas meja menyebabkan Yunus dan Yusoff tersentak kuat.

Yunus dan Yusoff saling berpandangan. Mereka baru tahu maklumat yang ini. Kerana inikah mereka dipanggil ke balai. Sebagai saksi atau sebagai suspek kes peras ugut?.

Wati!.
Kenapa dia tidak dengar nasihat arwah Mama tentang Wati. Bagai terngiang-ngiang suara Mama memujuknya memilih gadis lain sebagai calon isteri.

Kalaulah boleh Yunus putar kembali masa. Tidak! masa tidak boleh diputar tapi jika masalah ini berjaya selesai dia mahu beri gelaran baru kepada Wati.

Cukuplah! Yunus sudah tidak sanggup.

@@@@@@@

Ruang tamu yang besar itu serasa sempit seperti salur penafasannya. Faridah penat tapi entah mengapa dia gagal duduk setempat.

Sedari masuk ke dalam rumah selepas melayangkan beberapa kali penampar Jepun dan cubitan ke wajah dan tubuh Khaleeda beginilah keadaan dia.

Dia berjalan berulang alik sejak tadi. Cuba untuk duduk tapi mampu sekejap sahaja. Kemudian dia berjalan mundar-mandir lagi dan lagi.

Khaleeda duduk terperosok di penjuru dinding. Sudah beberapa kali anak itu cuba bangun tapi akan dia tarik anak itu.

Jika tidak direntap rambut ikal yang bergulung cantik itu, dia cubit tubuh Khaleeda atau ditampar wajah anak itu.

Malangnya kegusaran di hati tidak berlalu pergi. Semua ini terjadi kerana Khaleeda! Anak itu bawa malang kepada dia dan suami sejak lahir lagi.

Lihat sahaja sekarang! Sudahlah menconteng arang ke muka mereka, apabila mereka selesaikan masalah Khaleeda masalah lain pula muncul. Sakitnya hati Faridah mengenang kembali setiap satu cerita akhir-akhir ini.

Argh!
Kenapa dia mesti terlibat dengan makhluk bernama Wati itu. Kerana perempuan gila itu semua ini terbongkar! Sepatutnya dia biar perempuan gila itu ke penjara!.

Sial! sial! sial!.
Dia yakin tidak lama lagi giliran dia pula dikutip pihak polis.

Nak lari ke tidak?.

@@@@@@@

Dia boleh balik tapi Mama masih di dalam. Masalahnya dia mahu ke mana?.

Seminggu yang lepas dia masuk ke dalam bersaing dengan Mama. Habis sahaja dia toleh ke kiri solat Isyak pintu biliknya di rempuh masuk dari luar. Dua tiga orang anggota polis berpakaian lengkap buru-buru masuk daripada pintu yang sudah terdedah.

Seorang anggota polis perempuan menarik tangannya keras dan kasar agar segera berdiri daripada duduk bersimpuh tahiyat akhir. Apa cerita pun dia tidak tahu tapi dia kekal bertenang dengan dada yang gemuruh hebat.

Khaleeda yakin ada kaitan dengan ketidak pulangan Papa ke rumah yang sudah seminggu ketika itu. Seminggu juga Mama tidak ke pejabat yang amat mereka berdua sayang selama ini.

Seminggu tidak ke pejabat bermula dari hari Mama pulang daripada kerja seperti orang yang sedang kerasukan mendebik tubuh badan dia.

Seminggu pula kemudiannya hari rumah mereka diserbu berbelas anggota polis beruniform lengkap menahan Mama dan dia untuk di bawa ke balai.

Ketika dia dan mama keluar dari rumah besar itu diiringi anggota polis untuk masuk ke dalam kenderaan, mereka diserbu berpuluh wartawan yang rupanya sudah berkampung di luar rumah sejak awal.

Populariti produk dan farmasi Mama dan Papa menyebabkan kes itu menjadi viral dengan cepat dan menjadi cerita besar di media sosial.

Dan hari ini selepas seminggu ditahan di lokap polis Bukit Aman dengan pelbagai soalan pecah akal dia diizinkan pulang... tanpa Mama dan Papa.

Maka sudah hampir sebulan huru-hara ini berlaku. Sebelum keluar dia diizinkan berjumpa Papa. Susut teruk badan Papa selepas tiga minggu tidak berjumpa.

Wajah kacak Papa hilang seri kerana terlihat cengkung dengan mata yang gelap lebam mungkin kerana kurang rehat, tidur dan fikiran berat.

Papa raih ke dua tangannya di atas meja dengan tangan papa yang bergari, sejuk, kering dan kasar. Papa bawa ke muka kemudian mencium telapak dan kekura tangan Khaleeda sehingga basah dek air mata dan hingus Papa.

"Maafkan Papa... maafkan Papa."

Jeda lama kemudian apabila bersuara kembali ayat yang sama Papa ratib kepada Khaleeda.

Apabila anggota polis yang menemani pertemuan mereka bersuara mengingatkan Papa masa yang berbaki barulah Papa menenangkan diri.

"Di kena tolong Papa. Cuma Di harapan Papa..."

Papa menenangkan dirinya yang teresak.

"Di keluar ni... pergi rumah Pak Long Hamsan abang Papa. Ermm... Di cerita Papa kena tahan kes dadah. Di minta tolong anak Pak Long yang sulung tu tolong Papa. Papa lupa nama dia... Azrul... Khairul... Papa lupa..."

Papa cengkam rambutnya yang sudah sedia kusut menjadi lebih kusut. Berjurai air mata Khaleeda melihat keadaan Papa.

"Di aje harapan Papa... please sayang. Lawyer Papa encik Salim tak mau wakil Papa lagi. Dia tarik diri... dia cakap bukti semua tak boleh buat Papa menang. Dia kena jaga nama baik firma guaman dia sebab client dia semua orang penting. Semua saving dan aset Papa dan kena beku. Tak mungkin ada lawyer lain nak wakil Papa dan Mama."

Papa menangis lagi.

"Tolong Papa ye Di."

"Pa..."

"Ye sayang."

Akhirnya perkataan sayang Khaleeda dengar juga. Pada masa dan tempat seperti ini.

"Be..."
"Errmm... Betul ke Papa edar dadah?."

"Nooooo!!!".
"No sayang... you have to trust me! No! I'm not!".
"Papa kena naye... partner Papa jadikan Papa kambing hitam."
"He's runs away already."
"Dida sayang kena percaya Papa."

Khaleeda tunduk merenung sepasang seliparnya di kaki. Melihat seluarnya yang baru dia salin sebentar tadi kerana sudah dibenarkan keluar lokap bercorak gambar kartun, baru dia perasan dia hanya memakai sepasang baju tidur. Baju yang sama dia pakai ketika malam dia dibawa keluar anggota polis daripada rumah mereka.

Khaleeda angkat wajah memandang Papa dengan lelehan air mata di pipi dan angguk laju-laju.

"Di sayang Papa."

Semakin kuat Papa menangis hingga mengongoi-ngongoi dan terhinggut-hinggut bahunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience