BAB 4

Drama Series 28980

"TU LAH, Like how I tak jealous with her? You pun nampakkan? Tapi apa nak buat, anak kesayangan mami. I ni termasuklah dengan yang lain-lain apa je, cikai-cikai bolehlah. Tengoklah, I minta you jadi driver sekaligus bodyguard pun payah. Tak you, tu... orang kenal pun, bukannya kena bayar asing. I pun tahu I ni siapa. Tapi, see lah... si Ryn tu boleh pula? You as her driver, pengawal pula sanggup mami bayar asing, huh... anak emas sungguh. Kadang I dengan yang lain-lain terfikir juga apa istimewanya Ryn tu. Nak kata putih? Kami yang putih. Body? Sama je, tak ada apa yang kurang even I lagi lentik. I yang rajin ke gym berbanding dia," cemuh Maia jelas benar perasaan cemburunya pada Ryryn di penglihatan Ray yang bekerja sebagai pemandu peribadi Ryryn sekaligus Mami Leha.

"Tak apalah you, mana nak tahu kan? One day you dengan yang lain-lain pula naik. Kita tak tahu. Bak kata pepatah untung sabut... hah, begitulah..." Ray menyahut.

Di dalam hal ini, dia juga tidak boleh bercakap banyak kerana tidak berhak sama sekali. Mansion dan agensi ini pun tempat dia juga mencari rezeki bukan miliknya.

"Sometime kan you. I think, I nak change agency lah," ujar Maia tiba-tiba saja berkata demikian. Ray terus bangun menuruti Maia yang sedang menyanggul rambut. Bathrobe lantas dikutip dari atas lantai disarung semula, menutupi apa yang terdedah. Hanya Ray yang tidak mengenakan bajunya lagi. Dia berpeluh-peluh.

"You ada dapat offer mana-mana ke?" Ray cuba mengorek. Maia sambil tersenyum dia mengangguk. Dia tak mahu, sampai bila-bila jadi second 'barbie' without many privilleage.

"Wah, tak tahu pun. You dapat dekat mana? Mami tahu tak ni? You jangan buat pasal nak lari-lari macam tu saja, Maia. Orang-orang mami banyak kat luar tu. You kena bayar gantirugi lagi," sahut Ray. Bukan nak menakut-nakutkan tapi ia prosedur.

"Bayar jelah you. Bukannya I tak mampu. I kan top jugak tapi I tak mahulah, buat selamanya jadi second 'barbie' dan si punggung kuali tu saja jadi yang 'utama'. I jemu lah, you. Lagipun agency ni, offer I lagi mantap dari mami offer selama ini," sahut Maia.

"Tapi di buatnya lepas you resign sini, tiba-tiba yang sana tu pula buat tahi macam mana? Nak dapat kerja lain pun bukan senang, nak-nak ada yang tahu siapa kau sebelum masuk kerja situ. Maafkan aku, aku bukan nak pandang rendah kat kau. Tapi yelah... kita mana nak tau kan?" Ray sekadar meluahkan risiko-risiko. Itu saja.

"Nope. Impossible you. Majikan agensi sana I kenal dah lama before sini lagi. Tapi tu lah, on that time payment murah sangat para pelanggannya. Tapi now tak lagi, you..." Sahut Maia dengan yakin sekali.

"So, you memang dah habis fikir ke? Kalau you pergi dari sini habis tu, I ni macam mana pula? Rindulah nanti. I dah sememangnya, tak boleh pergi mana-mana dah. I driver mami sama tau, bukan Ryn saja."

"Alah baby... janganlah merajuk. I tak kata pun dah habis berfikir. Tak pun, beginilah I try dahulu di sana tu bila I dekat sini takde pelanggan or cuti. Or ambil cuti dalam beberapa hari, try tengok stail pelanggan sana macam mana. Tapi you kenalah tolong I, tutup mulut tu. Boleh baby..?" Maia sudah mula merengek sambil memegang lengan Ray.

"You nak I ambil you ke? Tapi I kena tengok schedule lah jugak. So, tak berani nak janji," ujar Ray yang kadang akan bawa Mami Leha ke tempat-tempat yang majikannya itu mahu pergi sekiranya, dia tidak bawa Ryryn menemui pelanggan.

"Balik sajalah itu pun, kalau you free. Kalau tak, it's okay I boleh naik Grab. Naik Grab more save, no need minta dia berhenti depan mansion. Jauh sikit pun okay, lagi selamat dari mata-mata bodyguard yang berkawal kat luar laman atau dash cam mansion..." Sahut Maia dengan pelan tindakan.

"Bila starting? Dah apply cuti? Or you nak ambil masa you dapat cuti?" Ray menyoal lagi walau dia tahu, waktu semakin lewat malam. Menghampiri subuh pun, sebenarnya.

Ambil Ryryn pun sebelas malam. Belum lagi menghala ke Mansion yang sememangnya, jauh dari pusat bandar.

"Oh yang tu, I baru merancang. Maybe hari I bercutilah kut. Selamat sikit dari suddenly take leave kan? Bukannya kita semua ni, ada annual leave pun," sahut Maia lagi.

"Okay. Nanti I try tengok. Kalau ada ruang, kut mami tak ke mana-mana atau Ryryn ke lokasi diaorang yang ambilkan, I try call you tanya you berada dekat mana and I fetch you, okay?" Ray juga memberikan cadangannya.

"Hah... boleh. Boleh," sahut Maia juga tersenyum. Rangkulan lengan terlepas, bila Ray menunduk untuk mengutip pakaiannya yang tercampak atas lantai mansion bercorak mozek coklat gelap itu.

"Nak masuk bilik dah ni. Kang mami bangun dapat tahu, mati I..." Ujar Ray berjalan ke sisi wanita yang memakai bathrobe itu. Menunduk dan berkucupan bibir sebentar.

"Apa-apa bagitahu I..." Sebelum memulas tombol pintu. Ray berpaling semula ke arah katil dan memberi pesanan. Maia hanya mengangguk selain berikan flying kiss.

Setelah melangkah keluar dan pintu terkatup. Ray meliarkan dahulu matanya ke kiri dan kanan lorong yang menempatkan bilik para call girl di tingkat dua itu. Termasuklah cctv. Ray menunduk agar cctv tidak dapat mengesan ada pergerakan di bawah kameranya.

'Maia nak pergi dari sini? Okay jugak. Dapat aku try Ryn pula. Hahahaha... Ray. Ray, berangan je kau... tak sudah-sudah. Jangan berharap dapat merasa Ryryn,' gumamnya nakal sesekali.

Sementara di dalam bilik Maia pula. Wanita itu masih lagi ralit menatal akaun Instagram Ryryn dengan bibir yang terjuih-juih. Dia terlalu cemburukan Ryryn semenjak wanita berkulit Tan dan berwajah eksotik tu di nobatkan 'barbie' utama agensi sedangkan dia lagi lama.

"Weh, you orang-orang macam kita ni memang selalulah ke Thailand. Sana bomoh-bomoh handal banyak. Minta saja nak minyak apa pasti dapat. Nak kaya, nak pelanggan jutawan-jutawan ni lah ubat paling mujarab selain pasang susuk."

"Betul ke apa yang Lily kata tu, ya? Better aku try dulu. Takut juga kalau aku ke sana pun, sama je nasibnya. Baik aku pergi jumpa bomoh dulu. Dengar kata dari Pathalung tu hebat-hebat," ujarnya berbicara seorang dan kini jari menaip perkataan minyak pengasih siam di bar Google.

Yang banyak keluar minyak dagu.

"Entah-entah, you si punggung kuali pun kuat mandrem juga. Kalau tak, mana mungkin senang nak dapat pelanggan. Aku yang berkulit putih melepak pun payah," tokok dia lagi.

"Better aku try Whatapps si Lily bila dia boleh ambil cuti. Kerja sama je macam aku pun,"Ujar Maia beralih pula ke aplikasi sembang Whatapps. Nama Lily dicari setelah itu, jari laju menaip mesej.

"You bila free? I nak try ke sana untuk ambil minyak macam kawan-kawan you ambil tu. I kalau boleh nak cepat you... tak tahan dah I, asyik si punggung kuali tu saja dapat 'ikan emas dan jerung' aku asyik bilis saja. Macam low class je."

Share this novel

emysharniza
2024-11-06 19:19:08 

Bila next chapter


NovelPlus Premium

The best ads free experience