BAAMMM!!!!
"Betina sial!! Aku nak ayam tu ada depan muka aku dalam 1 jam kalau tak kau yang kena layan si botak tu." Amuk Don pada Sheila.
Sheila bergegas keluar dari ruangan Don sambil merengus panjang. Tak disangka perempuan di bawah jagaannya sendiri berani melarikan diri.
"Kalau aku dapat betina ni. Aku cincang kau hidup - hidup Ayu. Menyusahkan betul." Ketat muka Sheila menahan amarah.
Langkah Ayuni makin perlahan, manakan tidaknya hampir satu kilometer dia berlari tanpa henti. Apakah tenaga seorang gadis mampu menandingi serigala.
"Aku dekat mana dah ni. Rasanya dah jauh ni." Kata Ayuni sambil mencari nafas.
Tercungap - cungap Ayuni memegang dada sambil matanya tetap memerhati sekeliling. Jika tertangkap oleh Don, hayatnya mungkin masih panjang tapi raganya pasti teruk dikerjakan.
Akibat hutang, ayah kandungnya sendiri tergamak menjual Ayuni pada Madam Cha dan dijadikan ayam sewaan. Hidupnya di sarang pelacuran bagaikan neraka. Setiap hari setiap masa diratah syaitan bertopeng manusia. Sehingga ada satu hari dia terpaksa menahan seksaan pabila tubuhnya diratah sepuluh orang dalam satu masa.
Bayangan Ayuni mulai kabur. Penglihatannya kian kelabu sehingga sekeliling menjadi dua.
"Kenapa ni." Sambil tangannya memicit kepala.
Dia tahu dia akan rebah. Dikumpul sepenuh kudrat kembali mencari tempat berlindung. Dia berlari ke arah lorong - lorong gelap supaya bayangnya tak kelihatan.
"Rasanya selamat dekat sini." Direbahkan perlahan tubuhnya di sebalik tong sampah.
Terdiam sejenak mengenang nasib dirinya. Air mata yang telah lama tidak keluar kini mencurah membasahi pipi. Difikir dihitung berulang kali apakah tuhan lupa padanya. Apakah dia dicipta hanya untuk mainan duniawi.
Ditadah kedua belah telapak tangan halus ke langit "Ya Allah, jika ini ujianmu ke atas ku. Kuatkanlah hati hambamu ini untuk percaya yang kau masih sayang pada diri ini."
Belum sempat Ayuni mengaminkan doanya. Matanya terus terpejam rapat. Lemah bersandar di tepi lorong gelap berbantalkan kotak - kotak kosong.
Belum sempat kepala Ayuni bertemu dinding, bahunya dirangkul seseorang. Tengku Farhan pada ketika itu sedang menuju ke kereta sempat terlihat Ayuni yang sudah sekerat nyawa di sebalik kotak - kotak kosong.
Otaknya tak keruan memikir ke mana mahu dibawa si Ayuni. Nak dihantar pulang, tak tahu alamat rumah. Kalau ke rumah sendiri sudah pasti bondanya memekik melolong. Nak dibiar tak kesampaian.
"Ahhhh bawa masuk kereta dululah baru aku pikir." Omel Tengku Farhan.
Dikerah separuh kudrat memikul si tubuh kecil Ayuni masuk ke dalam kereta. "Berat jugak budak ni." Sambil menghela nafas panjang.
Belum sempat Tengku Farhan menghidupkan enjin keretanya. "Assalamualaikum cik."
Tingkap pintu keretanya diketuk oleh anggota polis. Terkejut Tengku Farhan dibuatnya.
"Diturunkan tingkap pintu kereta. "Sa...saya tak buat apa - apa cik." Sedikit gementar nada Tengku Farhan.
"Berduaan dengan perempuan dalam kereta dekat tempat gelap macam ni. Kau ingat aku nak percaya." Balas anggota polis berpangkat lans koperal itu.
"Betul cik...saya jumpa perempuan ni pengsan tepi tong sampah tu. Jadi saya angkatlah dia." Kata Tengku Farhan.
"Lepas kau angkat dia masuk kereta. Kau nak bawa dia ke mana pula?" Soal anggota polis itu lagi.
Ligat otaknya berkerja watu itu. "Saya ingat nak bawa dia ke hospital dulu. Dia dengan IC telefon apa semua tak ada." Jawab Tengku Farhan.
Polis itu separuh percaya dengan kata - kata Tengku Farhan. "Kalau macam tu. Jom kami escort kau ke hospital berdekatan." Kata anggota polis itu lagi.
"Baik cik. Saya ikut cik daripada belakang." Ujar Tengku Farhan.
Anggota polis bergegas masuk ke dalam kereta peronda dan terus menghidupkan siren menandakan ada kecemasan. Sebaik sahaja kereta peronda bergerak, rapat Tengku mengekori daripada belakang.
Di tengah pemanduan melusuri lebuhraya yang sedikit sesak. Tengku Farhan tidak melepaskan peluang curi - curi pandang tubuh si Ayuni.
"Cantik juga budak perempuan ni." Kata Tengku Farhan seorang diri.
Dibiarkan fikirannya mengelamun seorang diri. Setelah sepuluh minit, akhirnya mereka tiba di bahagian kecemasan Hospital Shah Alam.
Jururawat yang berada di pintu masuk kecemasan berlari ke arah kereta Tengku Farhan sambil menolak kerusi roda "Kenapa ni cik." Soal jururawat itu.
"Saya tak pasti, saya jumpa dia pengsan tepi jalan tadi." Jawab Tengku Farhan.
"Okay tak apa. Kita bawa dia ke unit rawatan untuk periksa keadaan dulu." Kata Jururawat itu.
"Okay baik." Balas Tengku Farhan.
Anggota polis yang membawa kereta sebentar tadi turun menuju ke arah Tengku Farhan. "Saya gerak dulu, kalau ada apa - apa nati awak boleh hubungi balai polis tersekat." Sedikit lembut tutur anggota polis itu.
"Baik cik. Terima kasih banyak - banyak."
Tidak lama selepas itu, kereta peronda hilang dari pandangan. Tengku Farhan yang tegak berdiri di hadapan pintu kecemasan buntu. Tidak tahu apa yang harus dilakukan.
"Kalau aku tinggal dia macam tu je. Kesian pula. Ahh lantaklah." Monolog Tengku Farhan.
Tengku Farhan tidak mahu dirinya dibebani dengan masalah orang lain. Dia ambil langkah berlalu pergi meninggalkan Ayuni seorang diri. Baru sahaja nak dihidupkan enjin kereta, hatinya berbolak balik memikirkan nasib Ayuni. Hatinya sedikit cair pabila melihat tubuh Ayuni yang sudah sekerat nyawa sebentar tadi.
Dibatalkan niatnya dan kembali masuk ke ruang kecemasan.
Setiba dia di sana. "Encik ni suami kepada yang pesakit tadi ke." Tengku Farhan ditanya jururawat yang baru keluar dari wad kecemasan.
Sedikit tersentak Tengku Farhan dengan pertanyaan jururawat. "Be...betul, saya suami yang pengsan tadi." Tak salah rasanya menipu sunat.
"Maaf cik isteri encik mengalami luka pendarahan yang teruk di bahagian rahimnya. Kemungkinan isteri encik..." Terhenti ayat jururawat itu.
"Kemungkinan apa cik." Tanya Tengku Farhan nak kepastian.
Dicari semula nafasnya "Kemungkinan isteri encik dirogol." Perlahan nada jururawat itu supaya tidak kedengaran orang di sekeliling.
"Apa!! Betul ke?." Kuat nada Tengku Farhan.
"Ya encik." Selalunya luka pendarahan pada rahim akibat melakukan hubungan intim secara paksa. Tetapi kita perlu tunggu sehingga isteri encik sedar dahulu untuk dapatkan kepastian." Ujar jururawat itu.
Terkejut Tengku Farhan dengan kenyataan jururawat tersebut. "Ya Allah, kalau benar apa yang dikata. Sungguh berat ujian hambamu ini ." Terbit secebis simpati dalam hati Tengku Farhan.
Share this novel
10org serius cr**zy .. kdg ksian jugk pd yg tpaksa tu
why I can't read the story