bacdh 'Alhamdulillah!'

Drama Series 49696

Banglow dah jadi homestay. May Rose tidak mahu tinggal di situ apabila Mommy tidak setuju May Rose dan Khaleeda tinggal di bawah satu bumbung yang sama.

Sudahnya mereka tinggal di rumah semi D dua tingkat sederet tiga buah rumah. Mommy di tengah, May Rose dan Khaleeda di kiri dan kanan rumah Mommy.

Khalisya paling gembira. Lebih banyak masa di rumah Mommy kerana May Rose sibuk dengan butik dan Khaleeda sibuk dengan Cafe.

Pergi dan balik sekolah diuruskan Mommy. Jadi cucu kesayangan dan anak kesayangan semua orang. Mommy sudah hilang taring, sudah hilang muka asam kelat.

Senyum memanjang dan sudah tidak mahu ke mana-mana jika Khalisya tidak mahu mengikut atau tidak diteman salah seorang dari dua anak perempuannya.

Kadang-kala datang perangai mahu perhatian dia mahu semua anak, cucu dan menantu ada bersama jika dia mahu ke satu-satu tempat. Tiada siapa tidak mengikut cakap Mommy.

Semua sayangkan keluarga yang sangat mereka hargai Allah takdirkan menjadi milik mereka selepas ujian silih berganti.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

@@@@@@@

Pin!.

"Salam Ibu dulu!".

Sebenarnya sudah bersalam sebentar tadi. Sengaja Khaleeda mahu menyakat Khalisya yang teruja mahu pergi berjalan dengan Kak May dan Mommy.

Khalisya berlari berpatah balik mendapatkan Khaleeda di sofa ruang tamu. Yusoff ketawa melihat gelagat anak daranya yang sudah naik darjah dua tapi sangat manja kerana ramai rajin melayan kerenah anak itu.

Selepas Khaleeda, Khalisya berlari pula memeluk Yusoff yang sudah berdiri di muka pintu sambil melambai tangan kepada May Rose dan Mommy di dalam kereta di luar pagar.

"Elok-elok Sya. Jangan jauh dari Mommy dan Nenek".

"Okay Ayah!. Bye!".

Berlari melompat-lompat macam arnab yang comel. Pagar rumah sudah Yusoff tekan alat kawalan dan sudah terbuka luas. Khalisya masuk ke dalam kereta, melambai seketika dan Yusoff tunggu sehingga hilang dari pandangan.

Daun pintu Yusoff tutup. Khaleeda di sofa sedang melipat pakaian sambil menonton drama Korea. Yusoff pandang jam di dinding. Sembilan pagi. Masih awal.

"Argh!!!".

Khaleeda terjerit. Yusoff sudah mencempung dirinya kemudian sudah mendukung gaya pengantin baru dan berjalan laju membawanya naik tangga ke tingkat atas.

"Abang!"

Yusoff buat tak dengar walau perit juga lubang telinga kerana Khaleeda menjerit dengan 'high pitch' macam itu. Yusoff bantai gelak sahaja.

Sampai di dalam bilik Yusoff humban Khaleeda atas tilam empuk sampai melantun kecil. Khaleeda terjerit lagi. Yusoff langsung buat terjunan tenuk ke atas katil lalu mengerjakan Khaleeda bersungguh-sungguh.

Setengah jam kemudian masing-masing tercungap-cungap mencari nafas. Baring terlentang kepenatan. Khaleeda sudah pejam mata mahu tidur.

"Sayang, jangan tidur! jom mandi. Nanti lambat!".

Khaleeda buat tak dengar. Melihat Khaleeda yang tidak bergerak buat Yusoff jadi tidak sampai hati. Agaknya bolehlah dia beri 15 minit untuk Khaleeda pejam mata.

Yusoff tersenyum merenung wajah tidur Khaleeda. Dia kucup puncak hidung Khaleeda dan baring semula di sebelah isterinya itu.

@@@@@@@

"Nak pergi mana ni?".

"Adalah."

"Dari semalam adalah, adalah..."

"Ye la... Kan Abang cakap surprised. Surprised tu rahsialah sayang."

Yusoff toleh ke wajah Khaleeda yang cemberut merenungnya tidak puas hati. Yusoff cuit dagu Khaleeda. Dia nampak Khaleeda kulum senyum. Suka, tapi nak mengada-ngada.

Tak apa sayang, buatlah merajuk macam tu. Abang pun suka. Yusoff ketawa kecil. Kalau dulu zaman sekolah dia cukup anti Khaleeda yang suka merenungnya curi-curi begitu.

Mana tak anti, nanti malamnya jadi masalah pada dia. Haish! payah la nak cerita. Pagi kelam-kabut nak pergi sekolah tapi kena basuh banyak kain pula.

Paling Yusoff tak boleh lupa selepas dia dipaksa menumpangkan Khaleeda pulang ke rumah membonceng motosikalnya. Yusoff garu pangkal kening sambil tersenyum mengenang cerita dulu.

"Apa Abang ni senyum sorang-sorang macam tu. Abang nak kenakan Di eh?".

"Laaa... mana ada. Tak kanlah Abang nak naye Di. Di kan cinta maut Abang."

"Yelah tu... Tu yang sampai tinggal-tinggalkan Di kan."

"Abang tinggalkan Di ke... Di yang tak nak Abang?".

"Tapi Abang tinggalkan Di... hidup Abang berjaya kan."

"Abang sampai mereng tau kena paksa tinggalkan Di. Alhamdulillah, Allah kesian kat Abang masih boleh belajar."

Mereka saling merenung, teringat cerita dulu yang menyakitkan. Yusoff ambil tangan Khaleeda di atas riba lalu di bawa ke bibir. Dikucup lama sambil memandu.

"Sayang Abang tak?".

Soal Yusoff tiba-tiba. Khaleeda angguk cepat-cepat. Yusoff tersenyum. Cantiknya isteri dia. Mata bundar itu sarat dengan kasih untuknya. Itu yang Yusoff nampak. Dibawa sekali lagi jemari Khaleeda ke bibir dan dikucup lagi.

@@@@@@@

"Sayang duduk sini."

"Rumah siapa ni Abang?".

"Rumah kawan."

"Kawannya mana?".

"Tunggu kejap. Nanti dia balik. Sayang tunggu sini aje tau."

Yusoff keluar dari pintu apartment. Khaleeda tidak jadi duduk di sofa. Kenapa dengan Yusoff ni? Dia boleh rasa Yusoff mahu beri satu kejutan besar. Tapi apa?. Madu baru ke?.

Astaghfirullah hal Azim!
Ke situ pula fikirannya pergi. Mudah-mudahan perkara itu tidak berlaku.

Dia harap tidak berlaku. Jika berlaku... InsyaAllah untuk dia tak mengapa, dia sudah selalu diuji tidak disayangi tapi kasihan dengan Kak May.

Tapi mereka sudah berbincang tiga pasang mata suatu masa dulu dan Yusoff berikrar untuk sehabis daya dia, hanya Khaleeda dan May Rose sahaja isterinya sehingga ke akhir hayat. Mudah-mudahan Allah makbulkan. Cukuplah segala ujian dahulu.

"Assalamualaikum."

Suara seorang perempuan memberi salam dari pintu yang sudah di tolak buka dari luar. Namun si empunya suara masih tidak memunculkan diri.

Khaleeda pula bagai jadi bodoh kekal berdiri di sofa sahaja. Langsung tidak terfikir untuk bergerak mengejar pintu yang sudah terdedah. Posisi sofa dan pintu membuatkan keadaan menjadi suspen.

Bagaimana jika anggapan awalnya benar?.

"Di..."

Khaleeda terpatung di situ. Matanya tidak mampu berkelip merenung wajah si pemilik suara yang memberi salam.

Sesaat... Khaleeda sudah menghamburkan tangisan lalu mendepangkan tangan meminta sosok itu yang datang kepadanya dan masuk ke dalam pelukkannya.

Mereka kemudiannya saling berpelukan dan menangis teresak-esak. Sampai ke duanya terduduk ke lantai masih juga berpeluk dan menangis.

Tiada kata yang dapat keluar dari mulut masing-masing. Hanya tangisan dan tangisan.

@@@@@@@

"Abang Usop dah cerita semua."
"Bagi pihak Abang Am aku minta maaf sebab apa yang dah jadi pada kau semua berpunca dari dia."
"Tolong maafkan Abang ye Di."

Khaleeda genggam jari-jemari Michan. Begitulah keadaan mereka sejak beberapa lama yang lepas.

Sudah beberapa kali Michan menyebut tentang permohonan maaf Hamzah. Khaleeda masih tidak membalas apa-apa.

Dia sendiri tidak pasti dengan hatinya tentang pengalaman dan kenangan cerita dulu yang satu itu. Dia tidak pernah dapat melupakan. Dia sudah pernah cuba memaafkan.

Ada masanya dia rasa sudah hilang rasa sakit itu pada ketika aras imannya cuba reda dengan setiap ujian dalam perjalanan umur. Namun ada masanya dia masih di datangi mimpi-mimpi ngeri akibat dari perbuatan Hamzah.

"Aku macam tak percaya dapat pegang kau Mi. Semua ni macam mimpi."

Mungkin satu hari nanti. Mungkin!.

"Aku pun Di."

Dan mereka berpelukan lagi. Perpisahan mereka suatu masa dahulu terlalu menyedihkan. Mereka dipaksa berpisah tanpa pamitan yang rasmi.

"Kau kerja kat mana Mi? Kau nak kerja dengan aku?."

"Abang Usop ambik aku kerja dengan dia. Admin department."

"Ye ke? Abang tak cakap aku pun. Betul-betul surprised ni."

"Aku bersyukur sangat jodoh kau dengan Abang Usop Di. Syukur sangat."
"Aku minta maaf bagi pih..."

"Mi!..."
"Jom makan. Aku belanja. Tak pun kau ikut aku balik. Aku nak kenalkan kau dengan Mommy aku, dengan Kak May, dengan Khalisya."

Khaleeda belum bersedia. Tidak bersedia!. Dia tahu Michan mahu ke situ lagi. Buat masa sekarang dia hanya mahu Michan sahaja.

Michan yang tersentak, tapi tersenyum lemah juga akhirnya. Khaleeda tahu Michan faham rasa hatinya.

InsyaAllah satu hari nanti.

@@@@@@@

"Sorry la Mi kau ikut aku balik tapi tak masak apa-apa lagi ni."

"Tak apalah... Nanti kita masak sama-samalah."

Mereka tersenyum gembira. Khaleeda mengajak Michan ke rumahnya. Mahu mengenalkan Michan dengan Mommy, Kak May dan Khalisya.

"Abang bukakkan pintu..."

"Abang nak ambik barang kat bonet. Sayang bukaklah."

"Hmm kau tengok Mi... Abang tak sayang aku."

Michan hanya mampu ketawa. Suka melihat pasangan kesayangannya ini bergurau.

"Jom Mi jemput masuk."

Khaleeda menarik tangan Michan untuk bersaing masuk ke rumahnya sambil menolak daun pintu.

'Pom!'
'SURPRISED!!!'

Di dalam ruang rumah penuh dengan ramai orang dan hiasan selamat ulang tahun.

Rupanya hadiah sebesar Michan adalah sempena ulang tahun kelahirannya.

Mommy, kak May dan Khalisya meluru datang kepadanya dan memeluk erat bersama hadiah masing-masing.

Khaleeda sampai menitiskan air mata kerana terharu. Semuanya ada. Kakitangan butik, cafe dan pejabat Yusoff ramai-ramai menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuknya.

@@@@@@@

Tetamu sedang menjamu selera. Pelbagai hidangan terhidang di atas meja jamuan. Semuanya diuruskan Mommy, Kak May, Khalisya dan Yusoff secara rahsia.

Patutlah sejak kebelakangan ini perangai semua kesayangannya agak pelik. Rupanya mereka merancang jamuan ulang tahun kelahiran untuknya.

Untuk hari ini, butik dan cafe Kak May sengaja tutup sehari supaya semua kakitangan dapat datang serentak. Sampai begitu sekali! Khaleeda sungguh terharu.

Selama ini dia sangka hanya pelakon Ashraf Muslim yang mampu berpoligami dan hidup baik-baik sahaja berkeluarga.

Manalah dia sangka Allah beri mereka hadiah yang sama dan setakat ini mereka bertiga mampu menjalaninya dengan baik. Alhamdulillah. Mudah-mudahan beginilah mereka hingga akhir hayat.

"Mak Usu"
"Abah nak dulang".

"Kejap ye. Nanti Mak Usu hantar kat Abah."

Khaleeda ambil dulang di dalam kabinet lalu keluar ke tepi rumah. Yunus sedang membakar kambing golek di situ.

"Tiga cukup tak Abang Yun?".

"Cukup Di..."
"Abang suruh Boo tadi, Di pulak yang hantar."

"Tak pe. Biar dia main. Kawan ramai hari ni."
"Dulang Di letak sini ye."

"Okay Di."
"Terima kasih."

Khaleeda letak dekat bersebelahan Yunus. Memudahkan Yunus mengambil kerana pergerakkannya yang terbatas. Masih perlu menjalani rawatan fisio kerana kecederaan akibat kemalangan dulu.

Khaleeda masuk semula ke dalam rumah. Mahu menyudahkan kerjanya yang tergendala sebentar tadi.

"Hai! Miss Di..."

"Oh, hai...

Seorang perempuan mungkin seusia Kak May menegurnya.

"Nak rasa puding ni? Di buat malam tadi. Rezeki tetamu hari ni. Tak sangka ada surprised macam ni. Kalau tau, Di buat lebih semalam."

Khaleeda yang sedang menatang setalam puding jagung yang baru dikeluarkan dari peti sejuk segera mempelawa tetamu yang menegurnya.

Perempuan itu mengambil seketul kecil dari talam yang Khaleeda tatang dan terus disuap ke dalam mulut.

"Sedap!".

"Alhamdulillah."

Khaleeda tersenyum senang hati.

"Miss Di..."

"Ya..."

"Miss Di... ingat saya?".

"Siapa ya...?".

Khaleeda masih tersenyum. Cuba mengingat sosok yang bertanya di hadapannya ini. Hmm... tiada di dalam fikirannya.

"Saya nak minta maaf dengan Miss Di. Saya salah faham dulu."

Iya ke mereka pernah berjumpa?. Siapa ini orang?.

"Di..."

Khaleeda menoleh. Bulat matanya merenung. Allah... janganlah Yusoff nampak sosok ini. Tujuh tahun Yusoff berdendam dengan lelaki ini.

"Abang Khai!".

"Kami minta maaf Di. Abang minta maaf sebab mementingkan diri dulu. Minta maaf sebab ikut hati."
"Ni isteri abang... Yang Safura."

@@@@@@@

Khaleeda rasa sudah melayang. Otaknya sudah masuk ke alam luar sedar. Tangan sejuk yang menjalar di perutnya mengejut dia bagai arus elektrik.

"Sorry, Sorry..."
"Abang terperanjatkan sayang ye."
"Sorry ye. Okay, okay. Tidur balik. Sayang penatkan. Shuu... shuu"

Yusoff tepuk tepuk perlahan penjuru bahunya yang baring terlentang di atas katil. Penat yang amat!.

"Tangan Abang sejuk. Terkejut Di."

Hilang terus kantuk di mata. Dia sebenarnya belum mahu tidur. Tadi menunggu Yusoff masuk ke bilik air terlalu lama membuat dia melayang masuk ke alam tidur.

"Sorry Sayang."

Yusoff pusingkan Khaleeda mengiring membelakangkan Yusoff. Suka menyauknya ke dalam pelukkan dengan cara begitu. Kemudian mencium tengkuk Khaleeda bertalu-talu dan merata.

"Abang dah ngantuk ke?".

"Belum... Abang sejuk."

Sudah berselimut dan berpeluk begitu. Memang Khaleeda boleh rasa tangan, kaki dan tubuh Yusoff yang kesejukkan dan menggigil kecil.

Tengah malam, hari hujan dan Yusoff tetap mandi kerana badan merengas membersihkan rumah selepas jamuan. Yusoff tidak izinkan Khaleeda menolong.

Yusoff pula ada satu perangai tidak suka mandi air panas. Kata Yusoff tidak bagus untuk telur orang lelaki. Huhu... Iyolah tu!.

"Abang..."

"Ermm..."

Lain macam sahutan Yusoff. Sudah mahu hilang rasanya seperti Khaleeda sebentar tadi.

"Lampu belum padam."

"Kejap lagi Abang padam."

Ye ke?... jauh sangat bunyinya. Khaleeda tersenyum.

"Terima kasih untuk hari ni. Terima kasih untuk hadiah, terima kasih untuk semua yang Abang beri pada Di."

"Sama-sama Sayang."

"Di pun ada hadiah untuk Abang."

Yusoff di belakangnya sudah tidak menyahut. Khaleeda tersenyum, boleh mengagak Yusoff sudah mengantuk sangat.

Khaleeda seluk tangan ke bawah bantal. Satu sampul surat putih keluar bersama tangan Khaleeda.

"Abang... nah!"

Khaleeda hulur kepada Yusoff di belakang. Yusoff capai tapi terdiam.

"Abang tak suka eh?".

Khaleeda berbunyi merajuk. Yusoff bergerak baring terlentang. Khaleeda tahu Yusoff sedang membaca isi di dalam sampul.

"Hah! Ah! Oh! Oh!".

Yusoff bangun dan berdiri terloncat-loncat di atas katil. Khaleeda segera duduk menyandar. Dia bimbang...

"Ooo oh! oh! sorry Sayang. Sorry..."

Yusoff segera duduk bersila menghadap Khaleeda. Mencengkam lengan Khaleeda kiri dan kanan. Mencium wajahnya bertalu-talu kemudian memeluk erat.

"Abang.... Di tak bernafas."

"Sorry Sayang, Sorry."

Yusoff lepaskan sekejap sahaja kemudian memeluk lagi. Erat. Mereka berdua ketawa suka.

"Terima kasih Sayang..."

"Sekarang baru Abang tau kenapa Abang asyik nak makan aje kan."

Khaleeda menyakat Yusoff.

"Bila Sayang tau ni?".

"Dah sebulan. Di tunggu birthday Di konon hadiah Di untuk Abang."

Yusoff tidak menyahut. Tersengih-sengih macam kerang busuk.

"Terima kasih Sayang. Siapa aje dah tau? Mommy? Kak May?".

"Belum... Mestilah Di bagitau Abang dulu."

Yusoff tenung kertas di tangan. Tersenyum lebar macam orang mabuk bercinta.

"Satu untuk Sya, satu untuk Kak May, satu untuk Mommy."

"Abang?".

"Tiga-tiga eh!... tujuh-tujuh semua Abang punya."

Hahaha
Yusoff ketawa besar, tergolek di atas tilam dan ketawa lagi.

Turun dari katil kemudian bersujud pula. Balik semula kepada Khaleeda dan memeluk erat sekali lagi.

Tak sangka.
Kembar tiga!
Alhamdulillah!

TAMAT

Sy up Ari ni la. esok pagi dh ada appointment nk urut. sedey kn dh abis. Sy la sedey. kwn2 jgn lupa kn Sy okay. klw ada rezeki Sy dpt idea lg tlg dtg bace ye. mtk maaf klw tk sempurna n tk dpt memenuhi selera pembacaan kwn2. terima kasih banyak2 sudi follow, luangkn masa singgah bce, yg sudi Komen rmai2, yg sudi donate. terharu sgt sb Sy cuma penulis amatur n tk de ilmu penulisan. sklh pn tk tngi. terima kasih, terima kasih, terima kasih. syg uoll sgt2. smpi jmpe lg InsyaAllah

Share this novel

Zahra haniffa
2024-10-10 09:25:33 

dah tamat cite...tapi kurang puas....sbb kes Samantha waiting xde cite...


NovelPlus Premium

The best ads free experience