bacdh 'Kifarah Dua'

Drama Series 58342

Aduhh!.
Banyaknya pinggan nak kena basuh. Bukan di sinki sahaja penuh. Di dalam dua besen besar di atas lantai juga penuh.

Patutnya perempuan tua itu ambillah lagi pekerja. Mana cukup tenaga kerja mereka bertiga sahaja. Nak patah pinggangnya melakukan kerja-kerja restoran dari pagi hingga ke petang.

Tengok sahaja sekarang ini, sekejap lagi sudah waktu jualan minum petang. Kerja pagi dan tengah hari masih tidak habis diselesaikan.

Chah merungut-rungut di dalam hati. Penat kerja di restoran pada waktu siang, malamnya pula penat dikerjakan laki perempuan tua itu. Menghempas-hempas Chah lakukan tugasnya kerana sakit hati.

Sudahlah malam tadi lelaki tua itu tidak memenuhi permintaannya. Ada sahaja alasan lelaki tua itu. Belum adalah, banyak sangatlah, nak buat apalah. Segala macam disoal tapi dapatnya tidak!.

Bukannya banyak sangat Chah minta. Cuma empat ribu ringgit. Buat menambah duit emaknya yang mahu membeli peti sejuk baru seperti yang dibeli jiran sebelah rumah. Peti sejuk itu kata ibunya tekan di luar sahaja sudah keluar air batu.

"Boleh tak kau buat kerja cepat sikit Chah! Orang lain kerja dah empat lima siap! Kau kerja yang satu tak siap-siap!."

Terperecik air paip yang baru di buka Chah ke muka. Terperanjat dengan suara petir Mek yang tiba-tiba. Angin Mek memang tidak baik sejak dari awal pagi.

Nasib baik sinki penuh. Kalau tidak sudah ada benda belentum dibaling Mek melepaskan rasa marahnya.

Dari pagi tadi Mek buat kerja merengus sahaja dalam diam tidak berbunyi. Penanda ada benda yang dimarahkan sangat perempuan tua itu.

Chot pun diam sahaja hari ini. Lelaki hodoh itu dia tahulah kenapa, merajuk dengan dia kerana semalam dia tidak mahu tidur di bilik sewa lelaki itu.

Macam mana dia mahu ke bilik sewa Chot kalau lakinya sudah berkehendakkan dia.

Mek sedang menggoreng keledek di dalam kuali besar. Terdencot-dencot bergerak ke hulu dan ke hilir kerana menggayakan sakit lutut.

Dah tahu sakit patutnya tutuplah restoran dua tiga hari. Ini tidak, tiap-tiap hari mahu berjualan dari subuh hingga ke senja.

"Buat Nes kaw-kaw gelas besar!".

Satu suara garau memecah kehangatan ruang dapur. Lakinya yang dikongsi menarik sebuah bangku dan duduk menghadap meja di tengah ruang dapur.

"Ada tak yang aku mintak?".

Tadi arahan ini soalan. Chah pasang telinga. Kalau ber'aku' tu bermakna lelaki tu bukan bercakap dengan dialah. Lagipun mereka tidak bertegur-sapa di hadapan Mek. Saja konon-konon tak terliur antara satu dengan yang lain.

"Aku bertanya ni! Jangan buat aku macam tunggul!".

"Minggu depan Along daftar UNIKL. Itu ini yuran daftar aje nak kena sediakan tiga ribu. Belum lagi kelengkapan masuk. Tutup kedai dua tiga hari tu nanti nak buka semula duit pusing lagi... Nak harap awak jangan beranganlah kan."

Mek jawab sinis. Mengeletar bunyi suara Mek. Entah takut entah geram Chah tak reti nak tebak. Dia tak berani menoleh. Bahang semacam rasa belakang badannya yang menghadap sinki membasuh pinggan.

Dari bunyi cakap dua orang di belakangnya itu agaknya laki dia minta duit dengan Mek. Hish! laki dia ni pun, patutnya tunggulah dia tak ada di situ kalau nak minta.

"Aku bukan nak pinjam banyak! empat ribu aje! Kau tu cakap aje tak ada duit tapi sebenarnya ada!".

"Malas saya nak melayan awak. Saya cakap tak ada, tak adalah!".

"Kau ingat aku tak tau ke EPF kau akaun dua dah keluar?!"

Laa... ye ke? Mek tengah kaya la ni!.

Chah curi-curi menoleh ke belakangnya, Mek masih dengan kerjanya di hadapan kuali besar menggoreng pisang pula. Tidak mengendahkan lakinya yang sudah bercekak pinggang di belakang Mek.

"Eh! Eh! Apa ni!".

Chah sudah menghadap sepenuhnya pasangan yang sedang bergaduh itu. Menyadar punggung ke sinki meninggalkan kerja membasuh pinggan.

Lakinya di belakang Mek sudah memulas tangan Mek ke belakang juga. Kemudian cuba menyeluk ke dalam kocek apron yang di pakai Mek.

Dia yang bercerita kepada lakinya Mek sekarang membawa ke mana sahaja duit di dalam apron yang di pakai sejak kes Khaleeda yang dikambing hitamkan mencuri.

Mek terus meronta-ronta. Habis semua barang berdekatan jatuh berterabur. Termasuk goreng keledek di dalam dulang. Berlempang bunyi dulang menyembah lantai.

Rontaan Mek menyukarkan lakinya untuk menyeluk ke dalam kocek apron. Dua tiga kali mencuba tidak berjaya. Apron itu berzip.

"Chah! tolong sini!".

Aduhh! kenapa menyuruh dia. Kalau tak berjaya ni habislah dia. Bodoh betullah lelaki tua ni. Chah datang takut-takut.

"Chah telefon polis! Chot tolong Chot!".

Mek menjerit kuat. Masih tidak menangkap hubungan dia dan lakinya. Chah datang mendekat. Tiada kelibat Chot masuk ke dapur.

Mujur sangat. Agaknya Chot mengular seperti selalu. Chah segera ke hadapan Mek mahu membuka zip apron.

Kaki Mek menendang-nendang. Susah betul jadinya. Chah ambil dulang besi dan hempuk ke lutut Mek. Kuat Mek menjerit sakit lalu jatuh berlutut. Segera Chah buka zip kocek apron dan ambil semua duit kertas di dalamnya. Termasuk ATM kad Mek.

Sudah dapat Chah masuk semua ke dalam kocek seluar yang dipakai. Tangan Mek yang masih dipulas lakinya ditarik supaya berdiri dari terduduk berlutut di lantai dapur yang berkecah dengan barang dan keledek yang sudah digoreng kerana Mek yang meronta sebentar tadi.

Apabila Mek sudah berdiri lakinya tolak Mek terhempas ke dinding dapur. Melepaskan geram kerana Mek melawan tadi. Chah di sebelah lakinya menengok sahaja Mek yang sudah terperosok di tepi bakul sampah.

"Chah!".

Kuat satu suara di belakang Chah menyeru namanya. Dia dan lakinya segera menoleh.

'Rhauu!!!'.

Boleh dengar bunyi rangup di situ. Sekuali minyak panas tercurah kepada Chah dan lakinya di sebelah. Terus jatuh dia dan lakinya terbaring mengelupur kesakitan.

Sempat dia nampak Chot yang masih memegang kuali kosong sekadar berdiri memerhati.

@@@@@@@

"Chot!"
"Ya Allah Chot!"
"Ya Allah! Ya Allah! Apa kau dah buat ni Chot!. Cepat tolong dia orang!".

Mek sudah huru-hara. Antara mahu memegang atau tidak dua orang yang sudah mengeletik dan mengelupur bagai lembu korban itu. Dia ngeri yang amat.

"Chottt... macam mana ni!?".

Mek menangis meraung-raung. Terus bodoh dia memandang perkara paling menakutkan dalam seumur hidupnya.

Chot campak kuali di tangan pada dua orang di atas lantai. Nampak gaya macam tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja.

Mek yang sedang menangis meraung merasa tubuhnya didakap dari belakang. Erat, dan dia dapat rasa sedikit bertenang dengan pelukan itu. Mek genggam kuat tangan yang melilit tubuhnya meminta semangat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience