Kecil besar sahaja Lee memerhatikan lagat Sarah yang tidak ubah seperti seorang paparazi sejak tadi. Sudah 15 minit mereka dalam keadaan begini. Bila dia tegur, Sarah langsung tidak mengendahkan dia. Malah di suruh senyap.
Tengok sajalah penampilan diri tu. Sesiapa aje boleh perasan akan kehadiran Sarah kalau tindak tanduknya sendiri kelihatan mencurigakan dari jauh lagi.
Dengan skraf menutupi kepala, cermin mata hitam di wajah dan dress paras lutut merah jambu sakura itu sesiapa boleh fikir Sarah ni seorang stalker.
Seakan sekelilingnya bukan apa-apa, Sarah masih terhendap-hendap. Sementara Lee di situ sudah malu. Dia bingung sama ada patut pergi dari situ menjauh dari Sarah ataupun tidak.
"Baby, you ni dah kenapa sebenarnya?Tau tak orang perhatikan pelik aje dekat you ni?"Lee mencuit pinggang Sarah ketika gadis itu sedang berdiri bersembunyi di pokok hiasan sebelah tiang. Terhendap-hendap intai sesuatu.
"Shhh....you diam. Sembunyi sekali sini. Jangan la obvious sangat!"desis Sarah kegeraman sambil menolak Lee agar bergerak ke belakang. Sambil tu dia lihat-lihat sekitar. Nak pastikan tiada kelibat Zane di mana-mana. Risau pulak kalau abangnya tahu. Bukan apa, dia cuma taknak Zane berleter pada dia kalau dapat tahu yang dia datang ke sini. Sebab yalah, kan Zane dah warning dia awal sebelum-sebelum ni supaya tidak berada dekat dengan Dihya lagi. Jadi kalau Zane dapat tahu yang dia berada di hospital ni, pasti abangnya akan naik hantu lagi.
"Jangan obvious? Baby.. You serious la? Sekarang ni I yang nampak obvious dekat sini I atau you?" Lee berdengus tak percaya.
"Tsk. Apa masalah you ni?"marah-marah Sarah berpaling ke Lee. Matanya mengecil geram." You tak nampak ke I tengah undercover sekarang ni? Tak boleh ke bagi kerjasama sikit? Itulah I cakap I nak pergi sendiri you beria nak ikut. Bila dah ikut, banyak pulak soalnya."
"Untuk apa?"bingung Lee di situ. Masih belum faham apa yang sedang dilakukan oleh Sarah. Memangnya teman wanita nya ini salah makan ubat ke apa? Buat perangai buang tebiat macam ni.
Ekoran terlalu geram dengan sikap blur Lee, Sarah memukul tepi lengan itu. Hilang sabarnya. Yang hairannya bagaimana dia boleh cintakan dan sayangkan lelaki blur seperti Lee ni masih menjadi persoalan dia sehingga sekarang.
"Auw. Kenapa you pukul I?"
"Kan I dah beritahu dekat you sebelum kita pergi. I datang sini nak jumpa dengan Dihya... Apa yang susah sangat You nak faham ni?"ujar Sarah dibalik ketapan gigi.
"Memang la... I faham baby nak jumpa Dihya. Tapi kenapa baby mesti terhendap-hendap macam stalker? Tak boleh ke kita pergi terus ke wad dia?Macam orang normal, maybe?"
Ugh!!! Sarah menepuk dahi sambil memejamkan mata. Menahan sabar dari melenting di situ.
"Sayang, you lupa ke yang Zane tak bagi I dekati Dihya lagi? You ingat I nak ke pakai macam ni dan terhendap-hendap macam pencuri semata nak jumpa Mistress lelaki tak guna tu?"tambah Sarah lagi.
Untuk seketika Lee diam. Dia hanya menatap wajah Sarah yang mengenakan skarf dikepala dan shade hitam itu. Kalau macam tu kenapa Sarah beria nak berjumpa dengan Dihya jika Zane sudah melarang? Kan mencari masalah namanya tu?
"Dah tu kenapa you nak jumpa dengan Dihya kalau dah tahu Zane tak bagi You jumpa dengan Dihya?"
Giliran Sarah pula yang terdiam. Gadis itu menggigit bawah bibir. Keningnya ikut berkerut seakan cuba menahan diri dari mengatakan sesuatu. Ada benarnya apa yang Lee katakan. Tapi sekarang Sarah ada sebab dia sendiri kenapa dia sanggup bahayakan dirinya sendiri semata mahu berjumpa dengan Dihya!
"Baby, I tak suka you cedera macam hari tu lagi. Jadi sebelum Zane dapat tahu you dekat sini, baik kita pergi...."Lee sudah mencapai tangan Sarah. Bersedia hendak menarik Sarah pergi dari situ.
Sarah mengeras. Dia rentap tangan yang di cengkam Lee itu lepas darinya.
"No."
Lee berpaling ke arah semula Sarah dengan kening berkerut. "What do you mean by no?"
"I taknak balik selagi I tak jumpa Dihya."
"Why not?"
"I kena jumpa dengan Dihya jugak. No matter what!" Sarah berdegil.
"Untuk apa you jumpa Dihya? Bukannya Dihya nak jumpa You.."
"Ada la, tak kira. I nak jumpa Dihya. With or without you."
"Fine. Beritahu I sebab yang kukuh kenapa you nak jumpa Dihya? Sebab you nak sakiti dia atau sebab you risaukan dia? Which one?"
Sarah mencemik bibir tidak puas hati.
"Sarah." tegas Lee.
Sambil membuat muka protesnya, Sarah menghentak kaki tidak puas hati dengan Lee kerana terus menerus di desak sejak tadi untuk tahu apa niatnya berjumpa Dihya. Tak boleh ke Lee biarkan aje? Perlu ke dengar sendiri dari dia? "Sebab I nak beritahu dekat Dihya la..."
"Yalah. Beritahu apa?"
"Beritahu la yang Dihya hampir mati sebab salah I. Kalau I tak expose pasal Dihya dekat kakak ipar I. Kakak ipar I takkan cuba sakiti Dihya sampai ke tahap macam ni... Kalau I diam, hal takkan jadi serius macam ni.."
Kening Lee mencerlung. Lelaki itu melepaskan keluhan tidak terkata selepas mendengarnya. Semata untuk itu aje? Itupun susah sangat ke nak beritahu dari awal?
"So basically you nak minta maaf dekat Dihya? Macam tu?"
Merinding kejengkelan Sarah bila dengan Lee cakap macam tu. Nampak sangat la kalau Lee dah tahu niatnya ke situ. Rosak imej dia! Sebolehnya di enggan perkataan 'minta maaf' tu diungkit sebab dia pun ada ego yang perlu dijaga. Tapi diungkit jugak."You nak temankan I ke tak ni? Kalau you cuma nak buat I jengkel. Baik you balik office. Tak payah temankan I!"
"Kalau you pergi pun boleh ke you masuk? Bukan ke Zane letakkan bodyguard dekat luar wad Dihya?"
Melotot bulat mata Sarah. Ya tak ya. Dia baru teringat tentang hal tu.
"Apa susah. You kan ada." ujar Sarah selamba mengajuk tangan ke dada Lee.
"I pulak yang kena?"
"Yalah, you."
Lee menggeleng kepala. Dia tak tahu hendak katakan apa lagi. Mujur la dia sayang. Kalau tidak memang tak hingin dia susahkan diri!
Tepat pada masa itu la muncul kelibat Zane dari arah lif. Lee yang terlebih dahulu menyedari kemunculan Zane Cepat-cepat menyorokkan Sarah ke balik pohon di situ. Matanya dengan laju mengekori langkah Zane yang sedang berjalan sendirian menuju pintu keluar. Baru aje sebut dah muncul!
"Fine. Jom kita pergi."ajak Lee menggengam erat jari jemari kanan Sarah.
Tinta betul Confuse sama ada nak publish chapter ni dulu atau chapter yg satu lagi. Sebab mcm ada something off tp tak sure apa dia yang kurang pada dua chapter ni. So tinta decide untuk publish chapter ni dulu
Share this novel
Tak relaks la iklan Novelplus ni... Hahahaha... Stress pulak
lanjut sis tinra...saya byk baca novel sos...ditgg next chspptet
tq update Tinta makin menarik cerita ni teruskan berkarya