Rate

Bab 2

Romance Series 122296

Dato Rizal mengangkat tangan.

Arahan tinggal diberi. “Panggil Doktor Sufi. Mintak dia cek apa yang ada dalam kopi susu ni,”

Tahu sahaja dia yang dua anak perempuannya ini tak ‘ngam’ dengan satu sama lain. Sofya anak isteri pertamanya, terlalu dimanjakan manakala Lina pula anak isteri keduanya, jauh lebih kuat bersabar. Hanya bukti kukuh sahaja mampu menyelesaikan isu mereka.

Doktor Sufi kemudiannya tiba dengan beg berisi alat kelengkapan dan mula memeriksa kandungan kopi susu tadi.

“Lina, bagi sini telefon kamu,” arah Dato Rizal.

“Tadi Sofya pukul telefon Lina sampai jatuh. Lina tak pegang pun lepas tu,” ujar Lina sedih.

Dato Rizal mula mengutip telefon Lina di atas lantai, tak terlalu jauh dari tempat mereka berdiri. Lina memang ada lakukan panggilan menggunakan telefonnya sepuluh minit yang lepas, selari dengan analogi penceritaan Sofya.

Sofya mengintai log panggilan di telefon Lina. Dia ingin lihat macam mana hendak Lina nafi kalau buktinya dah sekukuh ini.

Dato Rizal tekan dial nombor tersebut dan…

“Sila tekan satu untuk lihat baki kredit anda dan tekan dua untuk pembayaran…”

Wajah Sofya bertukar marah. Macam mana boleh macam ni? Baru tadi Lina bercakap dengan sesorang yang menggunakan nombor tersebut untuk datang rogolnya. Mustahil panggilan tadi diubah suai dalam tempoh yang singkat.

Tapi, jelas panggilan akhir yang dibuat sepuluh minit tersebut dilakukan kepada syarikat panggilan telefon.

Mata-mata memandang Sofya dengan kekecewaan.

Lina terus menangis seolah-olah dia tertuduh yang tidak bersalah.

Sofya menggenggam tangannya kemarahan. Macam mana boleh jadi macam ni? Tak masuk akal, fikirnya sendiri.

“Doktor Sufi, macam mana?” soal Sofya, berharap. Doktor Sufi sahajalah yang boleh dipercayai buat masa ni.

“Cik Sofya, saya tak jumpa apape yang pelik dalam bancuhan air kopi susu ni…” jawab Doctor Sufi dengan nada lembut.

“Tapi rasa dia pelik masa saya minum. And Lina sendiri mengaku dia letak dadah dalam air tu.” Jelas dalam kepalanya macam mana kata-kata itu dimainkan di dalam kepala Sofya.

“…” Doktor Sufi berdiri, mengusap tangannya dengan kain bersih. “Memang tak ada apa-apa yang pelik. Saya dah double check tadi,”

“Fiya, Lina tak ada niat pun nak sakitkan Fiya…” ujar Lina perlahan. Pandai sungguh berlakon dan rembat simpati orang lain.

Hariz memandang Lina lembut dengan perasaan kesian untuk memujuk Lina.

Jika dibandingkan Lina dengan Sofya, Sofya jauh lebih tenang dan elegen berfikir secara rasional.

“…!”

Baru Sofya faham apa yang sedang berlaku pada ketika itu. Dari awal lagi, memang tak ada dadah yang diletakkan di dalam air yang diminum Sofya. Panggilan telefon juga dipalsukan supaya nampak macam Lina bercakap dengan seseorang. Apa yang berlaku dimainkan semula ke dalam kepalanya dan semuanya mula masuk akal.

Semuanya dipalsukan supaya nampak seperti Sofya menuduh Lina dan bila Sofya tak dapat membuktikan dirinya betul, semua orang akan hilang kepercayaan dengan kata-katanya.

Sofya terus memandang bapanya. Suaranya terketar cuba menerangkan apa yang dia fahamkan. “Abah, Fiya dah tau. Lina buat semua ni supaya…”

Belum sempat ayat dihabiskan, telapak tangan Dato Rizal melekat ke pipi anak pertamanya itu.

Semua yang berada di dalam bilik terus tersentak dan terdiam.

Lina yang menyorok di belakang Datin Rafina tersenyum bangga melihat kakak sulungnya dilempang oleh bapa mereka.

Sofya tidak terdaya melihat senyuman memerli yang diberikan oleh Lina. Dia hanya mampu memegang pipinya yang terasa pedas sambil memandang bapanya dengan perasaan sukar untuk percaya apa yang bapanya baru lakukan kepadanya.

Tak pernah sekalipun bapanya berkasar begitu dengannya.

Wajah Dato Rizal berubah bengis. “Dendam! Dendam je yang kamu tau dengan Lina. Sampai macam ni sekali kamu sanggup tuduh darah daging kamu?!” jerkah Dato Rizal. “Salah abah la terlalu manjakan kamu dari kecik sampai besar macam ni!”

Habis hilang kepercayaan Dato Rizal terhadap anak perempuannya.

Dengan tangan masih di pipi menahan pedih penampar yang diberi oleh Dato Rizal, Sofya memandang Hariz, mengharapkan bakal suaminya percayakan kata-katanya.

“Hariz…” belum sempat berkata apa, Hariz terus mencelah.

Wajah Hariz yang sentiasa tenang bertukar serius. Matanya yang sering kelihatan lembut kini kelihatan dingin. Dengan suara yang berat, dia berkata…

“Sofya, abang kecewa dengan awak,”

Terkebil dia memandang Haris. Seolah-olah Hariz memandang orang yang langsung tidak dikenali. Seperti segala kasih sayang dan memori bersama lesap begitu sahaja. Namun bila matanya memandang Lina, wah, simpati menggunung tinggi.

Sofya terkedu dengan kata-kata Hariz. Walaupun marah mengisi hati, dia tak dapat mengabaikan perasaannya yang mengatakan betapa mengarutnya keadaan yang sedang berlaku sekarang hinggakan dia tergelak sendiri. Macam mana dia sahaja boleh jadi bahan kutukan pada hari bahagianya?

Tak pernah sekalipun dia hiraukan tentang keberadaan Datin Rafina atau Lina. Padanya, Datin Rafina memang seorang penyondol. Jadi, dia memang bencikan Datin Rafina dan Lina. Semua orang tau yang dia bencikan dua beranak itu.

Apa pun, dia sendiri tahu yang dia tak ada hak untuk kenakan mereka berdua.

Tapi hari ini, bukan sahaja mereka berdua berjaya menuduh Sofya, Apa yang mereka lakukan kepada dia hari ini memang menghancurkan imej dan maruah Sofya di mata bapa kandungnya sendiri hinggakan tiada siapapun yang berpihak dengannya.

Yang paling menyakitkan hatinya adalah tunangnya sendiri hilang kepercayaan terhadap dirinya.

Dari awal lagi dia sedar yang bapanya dan Hariz memang sudah berpihak dengan Lina, membenarkan perasaan sendiri mengaburi logik akal fikiran mereka. Namanya juga sudah tercalar dan diburukkan.

Sofya sentiasa beranggapan yang dialah anak Dato Rizal yang sebenar-benarnya dan yang dia akan menjadi sebahagian daripada keluarga Hariz. Tapi, bila difikirkan semula, karut!

Tak ada siapa yang percayakan atau kisah langsung pasal dirinya!

Sofya akhirnya berhenti tertawa. “Hariz, kau pun apa kurangnya? Mengecewakan.” ujar Sofya seakan mengejek.

Sebilah gunting diambil dan gaun kahwinnya terus digunting dan dirosakkan, Koyak dan jahanamlah baju kahwin yang dikenakan. Baki yang dikoyakkan terus dilempar ke lantai dengan penuh kebencian.

“Apa yang awak buat ni?” soal Hariz, terkedu.

“Ini yang kau nak, kan?” soal Sofya. Mata yang selalunya terang dan bersinar kini kelihatan pudar dan dilitupi dengan lapisan air mata.

Sofya berlari ke biliknya dengan Langkah yang berat. Bagasinya diambil dan dibawa turun dan keluar.

“Dato! Cik Sofya nak larikan diri!” lapor salah seorang orang gaji kepada Dato Rizal.

“Biarkan dia!” jerkah Dato Rizal. Dia rasa yang Sofya selayaknya diberikan pengajaran.

Mata Hariz dilitupi kerisauan. Baru sahaja dia hendak mengejar langkah Sofya, Lina terus merengek lemah dan pengsan.

“Kamu kenapa pulak, sayang…?” tangis Datin Rafina lemah. “Janganlah takutkan mommy…!”

Niat Hariz terpadam dan terus dia berlari ke arah Lina.

Datin Rafina memeluk Lina dalam dakapannya erat.

Sofya memandang Dato Rizal dan Hariz. Setelah melihat reaksi mereka, dia terus melangkah keluar dari rumah agam itu tanpa rasa teragak-agak.

Dengan bagasi yang dibawanya, Sofya terus membawa diri ke pejabat agama.

Share this novel

Guest User
2025-01-04 00:19:53 

lulaby


NovelPlus Premium

The best ads free experience