Series
226
SUASANA wad sunyi sama seperti hatinya. Dia berdiri sambil mulut membaca potongan ayat yang ada skrin telefon perlahan. Tiada siapa tahu perasaannya sekarang.
"Cepat sedar ya Kak Lysa." Pipi yang basah dilap kasar.
Selesai sahaja membaca beberapa potongan ayat, Rafael berdiri di sudut bilik. Dia bersandar di dinding sambil memeluk tubuh. Pandangannya jatuh ke arah perempuan yang sedang terbaring kaku di atas katil. Satu keluhan dilepas kasar. "Demi Bella dan Ben, kau sanggup abaikan diri sendiri."
Ben duduk di tepi katil dan menggenggam tangan Lysa yang masih belum sedar. Sebak kini kianmeresap ke dalam dirinya.
"Semua salah Ben. Ben tak kunci pintu lepas balik,” keluh Ben dengan suara bergetar.
Rafael diam dan hanya memandang wajah Ben kosong. Wajah Lysa yang pucat dari tadi mengunci rapat mulutnya. Jika turutkan kata hati jujur dia mahu marah tapi apa dayanya, semuanya sudah berlaku.
"Kak, jangan buat Ben serba salah, Ben minta maaf."
Senyum kecil menghiasi bibir Rafael setelah beberapa jam dia membeku. Senyuman yang sukar ditafsir dan pandangannya masih tidak lepas dari wajah Lysa. Senyuman yang penuh dengan seribu rasa.
"Ben, yang penting sekarang semua selamat."
"Papa, kakak tak akan kena tikam kalau Ben tak cuai."
"Ben, sekarang ni kita kena doakan mereka ni cepat sedar."
Pintu bilik terbuka perlahan. Rafael dan Ben berpaling dan senyum hambar. Mereka memandang seorang doktor bersama seorang jururawat melangkah masuk membawa fail di tangan.
"Encik Rafael. Saya nak maklumkan keadaan Puan Bella Amiera dan Puan Lysa Madihah.”
"Ya, saya Rafael. Ada perkembangan terbaru ke doktor dengan isteri saya Bella?" Dia mendekati doktor dan sempat menjeling anaknya masih erat menggenggam tangan Lysa.
"Saya nak maklumkan kedua-dua pesakit, Puan Bella dan Puan Lysa stabil."
Riak wajahnya yang sugul berubah ceria sedikit dengan berita tentang isterinya. Wajahnya diraup dan mulut mengucap syukur. "Abang tahu Bella kuat. Allhuakbar, alhamdulillah."
Seminit, tangan doktor naik perlahan di bahunya.
"Satu lagi, saya ada berita gembira untuk Encik. Puan Bella dengan Puan Lysa mengandung. Mungkin mereka berdua tidak tahu sebab dua-dua kandungan masih awal."
Gegendang telinga Rafael bagai disambar petir. Kakinya secara tiba-tiba terasa lemah. Pandangannya beralih ke arah anaknya seketika. Dadanya mula terasa sesak. Entah mengapa berita ini sukar untuk dia hadam dan cerna dengan sempurna.
"Dua-dua... mengandung?" soal Ben, terkejut.
"Ya dik. Mama awak dan Puan Lysa."
Ben memandang papa mencari reaksi tapi papa nampak tenang dengan berita ini.
"Jangan risau, pihak kami akan pantau keadaan dua ibu ni dengan anak. Kita doakan yang baik-baik.”
"Terima kasih doktor."
"Sama-sama. Encik dah call family Puan Lysa?"
Rafael mengangguk lambat manakala Ben memandang wajah Kak Lysa lama. Perut pembantu rumahnya disentuh lembut. Setahu dia, Kak Lysa belum kahwin tapi kenapa mengandung.
Pada masa sama Ben gembira dirinya sudah ada adik. Hampir 14tahun dia menjadi anak tunggal papa mama. Hari ini Tuhan berikan dia dua adik dari dua rahim yang berbeza.
Sayangnya perasaan Rafael mula terbelit. Nafasnya mula hilang rentak. Dia tidak tahu mahu melepaskan emosinya kepada siapa. Ini kerana rahsia dia dan Lysa hanya mereka berdua sahaja yang tahu. "Lysa awak mengandung anak kita!"
"Syukur, akhirnya mama Ben mengandung lagi," gumam Rafael di bibir namun di hatinya sebaliknya.
"Papa, setahu Ben... mama kata Kak Lysa belum kahwin?"
Rafael senyum segaris. "Masa dia masuk rumah kita memang dia belum kahwin. Mungkin masa kita bercuti dulu kakak kau ni nikah dekat kampung.”
"Oh, ya la! Masa tu kakak cuti lama. Maknanya Ben dapat adik dua sekali. Seronoknya.”
Rafael menghampiri Ben dan menepuk bahu anaknya lembut. "Papa nak pergi tengok mama. Ben jagakan Kak Lysa ya. Ada masalah call terus."
..
..
"Abang, sini cepat. Tengok muka dia, comelkan. Apa kata abang azankan baby ni." Tangan suaminya diraih agar lebih dekat dengan anak Lysa yang berada di dalam katil bayi.
Rafael meraup wajah menghilangkan rasa gelisah. Dia memandang Lysa dan Bella bersilih ganti. Hatinya sebagai seorang lelaki kini goyang antara kasih sayang dan rasa tanggungjawab.
"Abang, awak ni macam first time pula azankan baby," usik Puan Bella.
"Gemuruh agaknya Puan," sahut Lysa, lemah.
"Ya agaknya. Ben pun dah besar panjang. Abang jangan la panik sangat."
Tanpa berlengah, suaminya mengangkat malaikat kecil ini dengan penuh hati-hati.
"Lysa jangan risau, anak awak anak kami juga," ucap Bella dengan penuh rasa teruja.
Azan bergema perlahan namun di dada Rafael ada ribut yang kuat belum berhenti. Setiap lafaz yang keluar dari mulut terasa seperti menampar dosa silamnya sendiri.
Tanpa sesiapa sedar air mata Lysa mengalir di tubir matanya. "Alhamdulillah, walaupun ayah tak dapat temankan mak tadi... ayah tetap ada untuk azankan baby."
"Boleh saya namakan anak awak Lysa?" soal Rafael spontan.
Lysa mengangguk lambat. Wajah Rafael tenang ditenung sekejap sebelum menoleh ke arah Puan Bella. Jauh sudut hati bersyukur suaminya tidak lupa tanggungjawabnya sebagai seorang ayah kepada anaknya.
"Saya namakan dia Luthfan."
"Luthfan, cantik nama tu abang. Tiba-tiba saya nak doakan anak kita ni perempuan."
"Dah kenapa pula? Abang tak kisah pun janji awak dengan baby selamat."
Bella menarik tangan suaminya dan diletak ke perutnya yang bulat.
"Saya nak Luthfan membesar dengan anak kita. Ada rezeki mereka boleh berjodoh.”
Terbit batuk kesat daripada Lysa apabila mendengar bicara majikannya. Tangan Rafael membeku di perut isteri. Lidahnya kelu. Sumpah, dia terperangkap dengan sikap isterinya yang terlalu baik dengan Lysa.
"Sayang, kalau awak tahu Luthfan tu anak abang... boleh ke awak senyum seperti sekarang," bisik Rafael sendirian.
..
..
Rafael berdiri di belakang Afieqa. Cahaya jalan samar menerangi mereka yang sedang menanggung rasa yang paling dalam. Bahu Afieqa diraih perlahan. Wajah Afieqa cukup buat dirinya makin celaru.
"Fael, kalau suami saya tahu kita jumpa...."
Tangan Rafael naik menekup mulut wanita di depannya.
"Saya tahu, Eqa... sebab tu saya tak pernah minta lebih daripada awak." Tangannya dialih. Kedua bahu wanita ini digenggam lembut. Ada sesuatu di dalam mata Afieqa dapat dibaca sekarang. Perasaan letih, kosong tapi penuh harapan yang tinggi.
"Andainya satu hari nanti Eqa pilih kembali untuknya, ingatlah... saya ni cuma teman untuk buat awak positif, tenang."
Afieqa tunduk menahan air mata dari gugur. Suara Rafael yang tenang cukup mengusik dan menoreh hatinya.
"Andainya saya boleh ceraikan Asy, dah lama saya pilih awak Fael," keluh Afieqa dengan suara bergetar.
Rafael meneguk liur. Wajahnya diraup kasar.
"Dulu saya fikir... isteri orang yang selingkuh jenis perempuan yang tak baik." Dia mendesah panjang. Ingin dibelai tapi sayang, mereka diluar.
"Tak sangka rupanya... mereka perempuan yang tersakiti, yang selalu dikhianati dan tak pernah dihargai."
Afieqa tunduk. Hujung baju Rafael ditarik-tarik manja. "Saya cuma cari sedikit ketenangan luar supaya sakit tu tak terasa lagi."
Rafael cuba menahan diri untuk tidak memeluknya. Hanya angin yang menjadi saksi dua jiwa yang saling mengerti tapi tidak sepatutnya bersatu.
Teringin Nak Curang new baby daripada win penutup 2025. Mana yang buruk jangan ikut ya lepas baca cerita ni. Risiko membaca di tangan anda. Happy reading sampai epilog. Jangan nakal ya reader. Janji okey.?❤️
Share this novel