Bab 1 - Desahan suamiku

Mature Content Series 792

SEKURANGNYA empat bulan dia merasa ada suami di sisi. Sekurangnya. Amira tertawa halus. Semenjak menjadi isteri kepada anak kawan baik bonda dan babanya. Dia tidak pernah merasa apa-apa.

Bahagia?

Mungkin bahagia sebab dapat suami yang dia idamkan. Tak semestinya kita dapat apa yang kita nak itu, boleh membahagiakan kita. Dan, boleh jadi satu penderitaan kepada orang lain juga.

Novel Strange House diletakkan di tepi, sudah menjadi rutinnya untuk menghabiskan masa di bilik bacaan sebelum masuk bilik tidur. Dia melangkah menuju ke dapur. Anak tangga dilewati satu per satu sehinggalah suaranya mendengar sesuatu desahan.

“Ahhh.”

Telinganya terus menangkap suara yang mendesah seperti sedang menikmati sentuhan? Takkanlah sudah jam begini Tengku Ean belum tidur? Selalunya bukan ke nak tidur awal je untuk bangun pagi bermain gim.

Amira mengendahkan dan menuju ke dapur sambil menajamkan telinga ke arah ruang tengah yang malap dan sunyi.

“Ergh…”

Suara ini Amira yakin adalah suara erangan seorang wanita yang semakin jelas di telinganya. Bukan sekali, tetapi berkali-kali, desahan dan deruan nafas itu terus mengganggunya. Yang membuatkan Amira hairan, suara itu bukan datang dari bilik tidur, tetapi dari ruang tengah bahagian menghadap kolam renang tempat beristirahat.

Siapa lagi pemilik suara itu kalau bukan Selena. Madunya, isteri kedua kepada Tengku Ean.

Saat itu juga, Amira kembali sedar akan posisinya di rumah milik ini. Dia lupa, bahawa suaminya kini sudah mempunyai isteri lain yang lebih dicintainya.

Selena kekasih Tengku Ean yang sudah lama menyulam cinta semenjak mereka muda remaja lagi. Mereka baru bernikah di Siam. Genap selepas empat bulan perkahwinan Amira dan Tengku Ean.

Andai dia tahu semuanya akan jadi begini, pasti Amira tidak akan menerima perkahwinan yang diatur oleh orang tuanya waktu itu. Dan, dia sanggup putus cinta sebagai seorang yang single berbanding sebagai janda.

Haih, kalaulah aku tahu korang ni memang dah bercinta lama. Tak adanya aku kat sini. Bila tanya kata kawan je, rungut Amira dalam hati.

Dialah orang ketiga dalam hubungan mereka, dialah yang sepatutnya tidak berada di sini. Amira menyesal. Dia menarik nafas panjang, menggeleng-gelengkan kepala cuba menghalau ingatan yang menyakitkan.

Siapa yang tidak merasa sakit apabila melihat suami bersama wanita lain di depan mata?
Apatah lagi, Amira sendiri bahkan tidak pernah merasa tidur sebilik dengan Tengku Ean.

Baru saja dia hendak berpaling dan menuju ke bilik di tingkat dua, tiba-tiba kedengaran bunyi ciuman yang berdecit-decit dengan keluhan yang mengasyikkan serta tertawa manja oleh Selena.

“Biy memang hebat. Penat gila. Macam tak boleh jalan dah kaki ni.” Suara manja Selena kedengaran. Selena memang seorang wanita cantik, berambut panjang dengan paras ayu dan suara lembut manja.

Siapa saja yang melihat Selena pasti terpesona. Mungkin itu juga yang membuat Tengku Ean begitu mencintainya.

Tapi, Amira juga yakin dia pun cantik cuma tidak berapa pandai bergaya.

“Hmm… sayang lagi sedap. Sempit. Esok, kita try cara lain?” Terdengar suara Tengku Ean menyahut.

Amira hanya menutup telinga, tidak mahu dengar lebih. Dia tidak mahu cemburu, tapi jujurnya dia rasa sangat terhina oleh Tengku Ean. Hingga kini, Tengku Ean tidak pernah menyentuhnya. Malam pertama dulu pun, mereka tidur saling membelakangi tanpa sepatah kata.

“Longgar lutut I nanti, biy. Nantilah, okey?”

Terdengar tawa bahagia Tengku Ean. Tanpa sedar, Amira sangat suka bunyi ketawanya itu. Sayangnya, Tengku Ean tidak pernah menunjukkannya di hadapan Amira. Bersama Selena, Tengku Ean ramah dan mesra. Bersama Amira, dia dingin dan pendiam.

“Lepas ni, janganlah kat luar. Tak tenteram I nak beraksi. Kita buat kat bilik je okey. Kalau Amira nampak macam mana?”

“Dia takkan sibuklah. Lagipun, dia dah tidur, takkan bangun. Kalau dengan I, sayang tak perlu fikirkan Amira. Fokus je kat I, sayang.”

Terdengar decakan kecil dari bibir Selena. “Biy… jangan macam tu. Apa pun Amira tetap isteri biy. Bukan biy dah janji nak berlaku adil kat kitorang ke. Kenapa sekarang biy macam nak langgar janji tu?”

Amira terdiam. Tanpa sedar, tubuhnya tersandar pada dinding antara dapur dan ruang tengah. Ternyata mereka sedang berbual tentang dirinya. Amira ingat Selena yang selalu menghasut dan mengada-ada dengan Tengku Ean, rupanya sangkaannya salah.

“Okeylah sayang. I minta maaf.”

“Janji? Esok dengan Amira, okey?”

Tengku Ean hanya mengangguk tanpa berkata.

Sayangnya, isyarat tubuh itu tidak dapat dilihat oleh Amira. Dia terdiam dan ketawa dalam hati menyindir dirinya sendiri.

Tak lama kemudian, Amira mendengar langkah menaiki tangga, diiringi bunyi pintu bilik dibuka lalu ditutup. Amira menghela nafas lega, perlahan-lahan mengangkat kepalanya.

“Kenapa aku? Haih, kenapalah kau nak haus ni, Mira? Kalau tahu tadi, tahan je.”

Amira meneruskan langkahnya. Sudah cukup sakit hatinya mendengar perbualan mesra itu, dia tidak mahu melukai hatinya lagi.

Namun, langkahnya terhenti. Tubuhnya kaku melihat Tengku Ean berdiri hanya berseluar pendek tanpa memakai baju.

Amira sangka Tengku Ean sudah masuk bilik, rupanya dia masih di sana untuk mengambil minuman di peti sejuk.

Amira kaku di tempat, menatap Tengku Ean.

Dia tidak pernah melihat suaminya sebegini. Baru kali ini dia sedar betapa kacak tubuh lelaki itu. Dada bidang, bahu lebar, perut berotot.

Tanpa sedar, Amira menelan liur menahan rasa aneh yang tiba-tiba meresap ke tubuhnya.

Namun Tengku Ean menatapnya dengan wajah tegang, setajam pisau.

“Kenapa you kat sini? You cari I ke? Ke you nak spotcheck I?”

p/s: Hai! Follow rapat-rapat!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience