Chapter 2 -Pertolongan

Romance Series 29439

Puan Aminah yang sedang menyiram pokok bunga di laman rumah terus sahaja menghentikan aktivitinya apabila mendengar sebuah kereta memasuki perkarangan rumah .
Dari nombor plat kereta dia yakin bahawa itu pasti Rafael teman lelaki Nurlydhia .

Tidak lama kemudian keluarlah satu sosok lelaki sebagaimana yang diteka oleh nalurinya sebentar tadi

"Maksuuu .."
Rafael menyapa dengan membawakan buah tangan lalu diserahkan kepada wanita yang digelar maksu sebentar tadi

"Ya Allah Rafael ...susah -susah jelah kamu ni "
Puan Aminah menyambut hukuran itu dengan senyum mesra

"Dah bagitau ke Dhia kamu datang ni?"
Puan Aminah bertanya apabila matanya melilau ke dalam rumah mencari kelibat Nurlydhia yang masih tidak kelihatan

"eh dah maksu ...Dhia cakap dia tengah bersiap"
Rafael menambah

Tidak lama dari itu Nurlydhia muncul dari dalam rumah dan sudah siap untuk keluar bersama teman lelakinya itu

"Kamu berdua nak kemana ni ?"
Puan Aminah mengajukan soalan

"Maksu kitorang keluar cari barang kawin sikit"
Nurlydhia menjawab soalan itu

Puan Aminah mengangguk-angguk tanda mengerti

"Kami pergi dulu Maksu "

Nurlydhia tidak lupa menyalami tangan ibu saudaranya itu sebelum berlalu masuk ke dalam kereta
Rafael turut meloloskan diri ke dalam perut kereta seusai berpamitan

Puan Aminah menyaksikan kedua -duanya berlalu pergi dari situ sebelum dia kembali dengan aktivitinya sebentar tadi

Di dalam kereta ,Rafael merenung bakal isterinya yang hanya diam disamping dengan seribu satu keinginan yang telah lama bersarang dihatinya namun ditahan kerana mereka masih tiada tujuan yang jelas ketika itu ,dan sekarang memandangkan mereka bakal berkahwin jadi tidak salah jika dia mulakan dulu .Dengan pandangan yang penuh keintiman kerana gelora jiwa mula melojak ,bermula dari wajah ,rambut ,tubuh hinggalah ke kakinya dan lenggok tubuh itu sungguh menawan dan menakjubkan sekali .Dia menelan air liurnya ,dadanya berombak kencang hingga kedengaran nafasnya yang kelihatan sukar diatur .

Suasana yang sepi dan sunyi di dalam kereta tanpa radio yang terpasang telah menarik deria pendengaran Nurlydhia .Nurlydhia menoleh ke samping dengan wajah berkerut .

"Rafael kenapa ni ,"
Nurlydhia bertanya dengan keadaan agak gelisah apabila melihat teman

Ketika soalan itu diajukan kereta baru sahaja berhenti di trafic light .

Rafael tersenyum sinis dan dia menggigit bibir atasnya sambil matanya melototi dada Nurlydhia yang agak terbuka

"Boleh saya peganggg "
Pintanya tanpa memikirkan akibatt

Nurlydhia terkedu dan agak ketakutan saat ini ,handbagnya diangkat untuk menutupi dadanya yang terdedah itu ,Wajahnya cuak habis

"Awak dah giler ke?,Kita takde apa- apa hubungan lagi tau ..awak dah kenapa ni ?"
Nurlydhia menengking lelaki itu sehinggakan lelaki itu merenungnya dengan tajam

"Eh perempuann ..kau tak payah berlagak sucilaa lagipun tak lama lagi kau akan jadi bini aku jadi layan jelah aku sekrang apa masalahnyaaa?"
Rafael pula membentak wanita itu apabila dirinya ditengking dengan nada tinggi

Nurlydhia makin terkejut ,tanpa melengahkan masa pintu kereta terus dibuka dan dia cuba untuk melepaskan diri dari kereta itu tapi sayang sekali lampu hijau dan dirinya ditarik oleh Rafael yang mula memecut hinggakan pintu yang dibuka tadi tertutup semula.Tetapi dia yakin hal yang terjadi tadi telah menimbulkan kekecohan di trafic light

Dia kembali terdiam ,matanya hanya memandang ke hadapan dan dia sedang dalam ketakutan yang luar biasa

"Rafael ,awak buat saya takut"
Nafasnya naik turun menahan gemuruh yang sedang bergejolak di dalam dada dan sudah pastinya nadanya sedikit bergetar

Rafael di sebelah turut laju nafasnya .Mukanya memerah menahan amarah dengan tindakan wanita itu tadi,dia lalu menoleh wanita di sebelahnya dan mencengkam rambut wanita itu itu kuat hinggakan Nurlydhia menjerit dan memohon agar dilepaskan

"Kalau kau tak buat macam tu tadi mungkin aku masih berlembut dengan kau tapi kauuuu betul -betul dah mencabar akuuu ..kau faham tak .....bodohhh punya perempuann "
Bnetaknya agak kuat sehinggakan Nurlydhia sudah tidak mampu membendung tangisnya dan dia menangis dengan teresak -esak

Rafael lalu menukar laluan mereka .

"Awak nak pergi mana ?hantar saya balik..saya nak balikk"
Nurlydhia melihat sekelilingnya yang mula sunyi namun dia perasan ada sebuah kereta yang mengekori mereka sejak dari tadi lagi

Rafael yang tidak puas hati apabila ajakannya ditolak mula memirkan tindakan yang lebih drastis

"bila aku mintak baik-baik kau taknak bagikan ...sekarang kau tunggu aku mintak cara paksa "
Rafael menyeringai jahat

Nurlydhia terkedu ,dadanya serasa sesak dengan hal yang tiba-tiba ini .Ya Allah peliharalah kesucian aku Ya Allah .Tiada apa yang dapat dia lakukan selain dari berdoa pada Allah agak mengirimkan malaikat untuk membantunya

Rafael memberhentikan keretanya di tepi tasik yang agak terpencil dari pandangan orang ramai .Tanpa memerhatikan keadaan sekeliling lagi dia terus keluar darri arah pemandu ke sebelah penumpang untuk melampiaskan nafsunya terhadap teman wanitanya

Nurlydhia pula hampir kehilangan nafas tatkala lelaki itu semakin susah dikawal dan kelihatan seperti dikawal oleh nafsnya sendiiri.Air matanya semakin deras mengalir tatkala dia cuba bergelut dengan Rafael yang cuba menodai kehormatannya

"Rafael jangannnn ,saya merayu dekat awak jangan buat saya macam ni"
Nurlydhia terus merayu dan memohon belas kasihan dari lelaki yang dia anggap sebagai penyelamatnya selama ini

Tetapi segala usahanya gagal kerana Rafaek kelihatan seperti hilang kawalan ...bajunya sudah mula terkoyak namun dengan matanya yang terpejam dia dapat rasakan tiada lagi pergelutan yang terjadi kerana cengkaman tangan Rafael telah terlepas seperti ada oorang menariknya dari situ .

Nurlydhia mula mengatur nafas dan membuka mata .Ya ALLAH ..ALLAHUAKBAR ...itulah ucapannya yang pertama tatkala menyaksikan Rafael kini telah ditahan oleh seorang lelaki yang tidak dia kenali.Kelihatan juga wajah Rafael berdarah mungkin akibat tumbukan oleh lelaki itu takla Rafael cuba untuk melawan .

Nurlydhia terus sahaja keluar dari kereta itu apabila diminta .

"Ya ALLAH Encik ..terima kasih sebab tolong sayaaa"
NurLydhia menyandarkan tubuhnya di kereta kerana kaknya terasa longlai untuk terus berdiri
"Kau diam ,kejap lagi polis sampai "
Seusai itu, dia mendekati wanita yang bersandar di tepi kereta dan mungkin wanita itu kini sedang mengalami trauma yang serius

"Cik okay ?"
Kayden bertanya setelah dia mengikat lelaki itu di pokok meskipun dia masih cuba untuk melawan
Nurlydhia masih cuba untuk menenangkan dirinya dengan mecuri sebanyak mungkin nafas

Nurlydhia menarik nafas panjang ,sekilas pandang dia melihat Rafel telah diikat di pokok membuatkan nadanya yang sesak tadi berjaya menerima oksigen semula

Nurlydhia memandang lelaki di hadapannya dan ingin bersujud syukur padanya namun Kayden dengan pantas menarik wanita itu berdiri semula

"Jangan ..saya bukan tuhan untuk awak sujud "
Kayden memandang wanita itu dengan perasaan simpati dan baginya wanita ini cantik dan rupawan tidak dinafikan mengapa hal ini boleh terjadi jika begini rupa dan pakaiannya

Nurlydhia kembali teresak -esak dan cuba menenangkan dirinya yang masih hanyut dalam trauma dan Kayden faham dengan situasi itu hal ini tidak mendesaknya untuk terus meminta wanita itu memberi keteranga

"Jangan paksa diri ,cakap bila awak dah sedia "
TuTUR kayden

Setelah diatelah rasa dirinya mula stabil Nurlydhia mula bercerita tentang hal yang terjadi dari awal hingga akhir dihadapan Kayden dan tidak lupa juga Kayden sebagai seorang yang ahli dalam hal ini pasti tidak akan lupa untuk merakam setiap butir penjelasan mangsa

"baiklah ..Cik jangan risau kejap lagi saya bawak pergi balai dan buat report and after that saya jugak akan bawak awak ke hospital untuk dapatkan rawatan "
Kayden memberi penjelasan tentang procedure yang perlu dilalui

Nurlydhia hanya menganggukkan kepala sahaja kerana masih cuba mencerna tentang hal yang terjadi dalam sekelip mata ini .Jika boleh dia mahu pengsang sekarang juga untuk membuktikan bahawa ini adalah satu kejutan buatnya .Mempercayai lelaki yang dia cinta 100% boleh membunuh dirinya dalam dian dan ini mungkin permulaan dan pengajaran baru buatnya

Kayden yang sedar dengan pakaiann wanita itu yang agak terdedah mengambil langkah proaktif dengan membuka jaketnya dan diberika pada wanita itu agar menutupi tubuhnya yang terdedah .

"Tutup tubuh awak ..mungkin ini salah satu sebabnya "
Seusai ayat itu dikeluarkan Kayden terus berlalu mendapatkan polis yang telah tiba

Di situ Nurlydhia mula sedar dengan etika pemakaiannya yang agak menjolok mata itu ,dia memerhati sahaja lelaki yang menyelamatkannya tadi berbual dengan anggota polis yang baru tiba dan Rafael kini telah dibawa pergi oleh kereta peronda polis .Today was the bad day .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience